Wednesday, 12 November 2014

Tips Jimat Duit Berbelanja di Pasar Raya


Kita membeli kerana emosi.
Jadi, apabila berbelanja pastikan kita dapat mengawal emosi.
Lagi-lagi apabila lapar. Semua benda nampak sedap. Semua benda mahu dicuba. Berikut adalah 7 tips berbelanja di pasar raya:
tips berjimat
1. Beli ketika ada jualan murah (sale)
Jualan murah atau sale memang sentiasa ada. Lebih-lebih lagi pada akhir tahun yang lebih dikenali dengan YES ; Year End Sales. Produk yang selalu dijual pada harga diskaun ini adalah produk seperti pakaian, beg tangan, kasut, perabot dan lain-lain lagi. Malah,  kalau bijak dapat buat duit pula. Beli dan kemudian jual balik pada harga pasaran.
2. Beli menggunakan voucher/ kupon/kad ahli
Beli guna kad keahlian anda akan dapat mata ganjaran yang boleh ditebus dengan baucer atau kupon. Mungkin nilainya hanya RM10-RM50 sahaja tetapi sedikit sebanyak dapat membantu kita berjimat.
3. Sediakan senarai yang perlu dibeli sahaja
Senaraikan barang yang hendak dibeli sahaja. Tulis. Bukan sebab takut terlupa beli barang tetapi yang lebih menakutkan adalah terlebih beli barang. Cadang hendak beli 10 sahaja barang tapi bila sampai rumah, rupanya baru tersedar barang yang dibeli sebentar tadi berjumlah 20 jenis barang.
“Takpe lah abang, nanti bila-bila mesti akan gunakan juga. Standby dalam rumah” kata si isteri.
Akibatnya kita membeli barang yang bukan keperluan kita. Akhirnya kita sendiri hairan ke mana duit habis setiap bulan disebabkan kita membeli barang yang tidak perlu tetapi dirasakan perlu.
4. Bawa duit yang mencukupi sahaja
Ini cara yang terbaik. Kombinasi dengan teknik sebelum ini. Senaraikan semua barang yang ingin dibeli dan kemudian di tepinya letakkan harga barang tersebut. Jumlahkan kesemuanya dan bawa wang mengikut bajet yang telah ditetapkan.
5. Makan siap-siap sebelum keluar
Makan kenyang-kenyang dahulu sebelum keluar ber-shopping. Ini disebabkan kita akan cepat lapar dan letih apabila berjalan mengelilingi shopping kompleks tersebut. Makan di kedai pastinya lebih mahal daripada masak sendiri di rumah. Orang bujang mungkin tidak terasa sangat bezanya tetapi orang yang berkeluarga besar pasti terasa. Bila sudah kenyang makan di rumah, maka apabila melintas di mana-mana restoran sekalipun pasti tidak tergugat imannya, he he he.
6. Beli dengan kuantiti yang banyak
Barang kering boleh kita dengan kuantiti yang banyak. Jika dibeli di pasar borong, pasti harganya lebih murah. Jika beli di pasar raya biasa, harganya tidak berubah dengan kuantiti yang dibeli. Tetapi kita dapat jimatkan kos dari segi kos minyak dan parking. Tak perlu nak pergi beli barang di pasar raya 2-3 kali seminggu, mungkin hanya perlu sekali sahaja untuk 2 minggu. Jimat duit minyak dan parking.
7. Beli bukan kerana jenama
Jenama terkenal harganya lebih mahal berbanding jenama yang tidak ternama. Beli sahaja apa sahaja jenama asalkan ianya murah dan menepati piawaian kita sendiri. Mungkin kualitinya tidak sebaik jenama terkenal, tetapi ianya masih dapat menjalankan fungsinya dengan baik.
Contohnya sabun cuci pinggan jenama Axion dan sabun jenama XYZ. Pastinya sabun XYZ lebih murah. Jika sabun tersebut boleh membersihkan pinggan kita dengan baik, beli sahaja. Walaupun bezanya hanya RM1, tetapi nilai tersebut besar bagi mereka yang mengalami negatif cashflow setiap bulan.
Sumber : http://www.pakdi.net/

Dulu saya tak pernah ambik tahu pun tip tip jimat nie.Sebab nya malas nak mengkaji.Walhal banyak lagi kedai kedai yang harga nya lebih jauh murah.Kini saya akan pergi ke supermarket yang kecik sahaja untuk berbelanja sebab harga nya lebih jauh berbeza dari supermarket yang besar seperti tesco,giant,hero dan dll. Susu anak saya,kalau di tesco harga rm25 plus.Dikedai runcit PP rm20.90.wah...jimat dah rm5.heheee...


Berminat nak sertai kami di Shaklee?? Jika berminat, sila hubungi saya segera.

KELEBIHAN JOIN GROUP KAMI

(1) Anda akan dibimbing sehingga berjaya secara online dalam group tertutup, tidak perlu keluar meeting mlm2 dan meninggalkan keluarga spt MLM lain. Dan yang paling best, group kami mmg hebat. Bila anda masuk, anda akan rasa, betapa bertuahnya anda!! Tiada rahsia untuk berjaya…anda bina empayar anda mengikut kehendak anda sendiri.


Jom keluar daripada zon selesa…untuk menuju kpd zon yg lebih selesa.


Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

24 comments:

  1. Kalau nak beli time jualan murah memang kena jaga2. Kadang tu dah nak sampai tarikh luput dah. Kalau boleh tengok expired date.

    BAWANG PUTIH DALAM BOTOL COMEL

    ReplyDelete
  2. tang bawak duit ngam-ngam ni selalu mak jemah buat. kadang-kadang tertinggal duit hahahaha..jadi bila dah hati nak beli sangat tapi takleh beli terpaksala redha. bila balik rumah fikir balik sbnrnya benda tu tak perlu nak beli pun. itulah sebenanrnya kita lebih banyak kehendak dari keperluan..

    ReplyDelete
  3. Selalu kalau nak membeli saya tengok yang betul-betul perlu. Kalau nak terlebih beli pun untuk anak-anak je. Nak lagi tips kalau nak beli terus tuju je kat barang yang kita nak. janganla berlegar lama-lama karang terambil pulak barang yang tak tersenarai

    Tips Tingkatkan Sistem Imun Bayi

    ReplyDelete
  4. tips yg berguna utk saya...biasa dah buat list pun terbeli jugak benda lain...rambang mata bila g blanja barang dapur nim...semua nk letak dalam troli...hihihi

    Cara Atasi Penyakit Tonsil

    ReplyDelete
  5. Selalunya saya akan makan dulu sebelum pergi ke pasar malam..so takde lah beli banyak sgt makanan..hehe

    ReplyDelete
  6. Makan siap2 sebelum keluar tu memang betul. jimat banyak sangat. hihihi


    Pernah cuba Air Detox ?

    ReplyDelete
  7. Yang penting tulis siap2 apo yg nk dibeli. Duit pn kna bajet2 kalau tak lain yg nak, lain yg dibeli. Hehe

    ReplyDelete
  8. Zaman sekarang kalau xberingat nanti tua cmnelah..xnakla cmtu. Alhamdulillah sejak bershaklee, simpanan hari tua makin bertambah.

    Jemput baca: RAWATAN ASLI PUTIHKAN KETIAK YANG BERKARAT DENGAN BERKESAN

    ReplyDelete
  9. Mmg Setuju... Kena buat shopping list.. N bwak duit Byk tu je.. Pastu makan dlu.. Nnt tak trasa nk bli pape.. Hehe..
    Lagi 1, Guna voucher.. N Klau rajin pegi cari voucher n kumpul byk2, skali bli Byk trus ikt voucher.. Mmg berbaloi.. Org barat Rmai buat mcm tu..
    APA ITU SIRAP AJAIB??

    ReplyDelete
  10. Setiap kali pergi shopping kami hanya beli barang dapur je itu yang lebih penting dari barang lain, semuanya makanan yang untuk dimasak saja. Barangan lain rasa perlu baru beli kalau rasa tak perlu tak payah beli.

    ReplyDelete
  11. Setiap hujung bulan list barang yang perlu d beli memang panjang.beli stok barang kering dpur cukup-cukup,barang kegunaan bilik air.. Paling penting beli stok susu anak dan pampers..hehee



    kawal paras gula dalam darah pesakit kencing manis

    ReplyDelete
  12. ida pergi beli barang keperluan dapur sebulan sekali je(barang kering la), kadang tu barang yang dibeli bulan ni boleh dibawa ke bulan depan.. jadi untuk bulan depannya jimat lah sikit duit barang dapur tu.. boleh la save budget untuk beli barang basah 1x selang 3 hari.. beli baraang ni pon dengan pengawasan suami, jika xde pengawasan suami pasti banyak barang yang tidak perlu dibeli masuk dalam list.. hihihi

    BAGAIMANA MAHU KURUS DAN DIET DENGAN JAYANYA

    ReplyDelete
  13. Pergi time sale lagi bahaya.. selalu terr over spend. Hehe. Tapi bawa duit cukup-cukup tu memang saya setuju. Boleh kawal sikit nafsu nak membeli.

    ReplyDelete
  14. Sekarang ni memang kena banyak berjimat. Beli apa yang perlu saja. Harga barang makin lama makin naik.

    ReplyDelete
  15. Sekarang betul2 kena berjimat.tp bila datang sale..tak tahan pulak nk berjimat..

    ReplyDelete
  16. Dulu masa anak sorang, wah..! Semuanya takpe.. tak kisah.. sekarang bila anak dah 3 baru ada akai.. hahaha.. semuanya perlu dijimatkan.

    ReplyDelete
  17. Sebelum keluar hendak membeli barang rumah macam-macam dah janji nak beli yang penting,sampai je pasaraya jadi hilang ingatan nak membelinya heheheh

    ReplyDelete
  18. Berbelanja memang best sampai tak sedar yang duit dalam poket dah habis. Sebab itulah penting untuk kita merancang perbelanjaan untuk setiap bulan.
    Makanan Penyebab Batuk dan Selsema Anak

    ReplyDelete
  19. Sukkaaa tips ni..Tapi banyak juga kadang yang langgar pantang bershopping ni..haha. Shopping ikut hati, bahaya2.. Tp yang paling mudah Fiza buat adalah, duit cash dlm dompet jgn byk2 bile nak shopping.. Kalau tak, asyik duk pk je "Takpe dlm dompet ada duit lagi..hihihi." Kut punye pengaruh syaitan ni.. Kene amalkan jugaklah tips ni..

    Bekerja dari Rumah dengan Income Tetap Bukan Lagi Anganan Kosong

    ReplyDelete
  20. selalu saya buat sebelum keluar berbelanja membeli barang saya akan buat cheklist terlebih dahulu, bukan apa sebab takut terbeli barang yang x berapa perlu..

    ReplyDelete
  21. list buat tapi selalu tak ikut...haha

    ReplyDelete
  22. List selalu buat tapi barang yang dibeli selalu melebihi daripada list.

    Akhirnya Tadika Al Falah untuk Najihah

    ReplyDelete
  23. Saya pon rambang mata jugak.. nasib dapat hubby yang control... sebelum beli tanya hubby dulu... then die yang bagi keputusan.. wahal duit sendiri... perlu ada penasihat yang bijak...

    ReplyDelete
  24. Tips yang sangat berguna kepada semua wanita dan lelaki. Terutamanya sekarang ini yang tengah musim sales sana sini. Wanita akan rambang mata membeli pakaian manakala lelaki rambang mata memilih accessori kereta, telephone dan juga games. Ayuh, buat list sebelum keluar dan rangka budget anda sebelum membeli.

    Jom tambah ilmu di blog Aju@VitaSyopz Master of Mind and Body

    ReplyDelete