Thursday, 13 November 2014

SUPLEMENT SHAKLEE BUKAN UBAT


SUPLEMENT SHAKLEE BUKAN UBAT



Ramai tersalah faham antara supplement dengan ubat.

Sebab ramai yang lepas makan supplement habis sebotol bajet dah sihat walafiat takde apa-apa masalah dan terus stop makan.

Ramai juga yang bila makan beberapa biji, tak nampak kesan then complain vitamin ni tak de kesan.

Supplement Shaklee bukannya ubat. Harini sakit, malam makan ubat, esok dah hilang sakit. no no no..!


Apa itu supplement? Atau lebih tepatnya dietary supplement.

Supplement atau makanan tambahan ialah sesuatu yang membekalkan nutrien kepada tubuh yang mana jika tidak mengambilnya, tubuh tidak mencapai kuantiti yang mencukupi.

Supplement secara amnya adalah vitamin, mineral, serat, asid lemak dan asid amino juga beberapa bahan yang lain.

Supplement BUKAN bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Untuk mereka yang seringkali gagal mendapatkan nutrien mencukupi dari diet, suplemen bertujuan mencukupkannya.

Apa itu ubat?
Mengikut Wikipedia, ubat ialah dadah atau bahan yang di ambil untuk mengurangkan simptom ataumengubati penyakit. Ada 2 jenis ubat iaitu OTC (over the counter) dan preskripsi (yang di preskripsi oleh doktor)

Ubat dihasilkan oleh syarikat farmaseutikal. Ada sesetengah dadah telah dipatenkan, yang mana syarikat tersebut memegang hak milik untuk menghasil dan melesenkan sebatian dadah tersebut untuk tempoh masa tertentu. Ubat yang tidak berpaten di panggil ubat generik.

Tak bleh nak citer lebih lanjut pasal ubat sbb bukan arif dan pakar dalam bidang ini. Yang arif pasal ubat ialah ahli farmasi dan juga doktor.

Jadi, kenapa ramai je orang yang sakit-sakit makan supplement (Shaklee khususnya) dan bukan ubat?


Jawapan saya:
1. Sebab mereka dah letih dan tak larat nak makan ubat, steroid dan segala bagai sedangkan penyakit tak baik-baik jugak.

2. Sebab mereka mahukan kesan penyembuhan semulajadi, bukannya ubat. Ubat semakin di makan semakin meningkat dos yang kita kena makan. Tak caya gi tnya orang sakit kencing manis.

3. Sebab tubuh kita perlukan vitamin, mineral etc untuk kembalikan fungsi normal tubuh. Contoh untuk kesuburan, kami cadangkan pasangan suami isteri makan vitamin/ suplemen. Sebab? Bila tubuh mendapat nutrisi yang mencukupi, segala tindakbalas biokimia yang 'pause', tergendala, mati tu dicetuskan semula.
Contohnya zink komplex. Kita cadangkan suami isteri makan zink kerana zink sangat diperlukan untuk kesuburan lelaki dan wanita.


Kenapa pula ada yang makan supplement tapi tak berkesan pun?

1. Ia bergantung kepada individu. Janganlah kita expect malam ni makan zink, besok isteri dah hamil. Adoii kalo begitu gayanya beribu2 bayi Shaklee dihasilkan setiap hari.

2. Cek balik gaya pemakanan kita, air cukup tak, jadual makan ikut tak, konsisten makan atau waktu ingat je baru makan?

3. Kemungkinan ia healing crisis.

4. Kemungkinan tubuh kita memang tak dapat terima/ alergi terhadap produk tersebut. Contoh alfalfa, memang ramai yang mengadu gatal. Selepas 14 hari jika gatal masih berterusan elok berhenti makan alfalfa. Jika tidak teruskan saja. *Healing crisis juga boleh mengambil masa sehingga 6 bulan*

5. Supplement dikatakan berkesan selepas 4-5 bulan penggunaan. Kalau sebelum-sebelum tu rasa tak berkesan, konsisten lah makan selama 5 -6 bulan.. Kalau takde perubahan jugak, say good bye lah pada supplement tersebut.

Saya dah makan Vitamin E sebotol, kulit pun dah cantik, jadi tak de masalah kalau saya nak berhenti kan?

Memang tak de masalah kalau nak berhenti. Tetapi setelah beberapa ketika, kemungkinan masalah lama kembali datang. Sebab? sebab badan kita dah tak dapat nutrisi yg best itu, ia jadilah seperti asal sama sebelum kita makan suplemen.

Contoh Ostematrix (kalsium magnesium) yang penting untuk tulang, gigi, otot, saraf. Bila simpanan kalsium dalam tubuh sudah digunakan, gigi pun patah, sakit urat, mudah terkehel, dan sebagainya.


Bayangkan analogi ini...

Situasi #1.
Negara Malaysia sedang menghadapi pencerobohan oleh pihak asing. Bayangkan kesultanan Sulu. Askar-askar kita sudah bersedia untuk bertempur. Tak semena-mena PM panggil askar dari China untuk lawan dengan penceroboh Sulu. Agak-agak apa jadi dengan askar kita? Balik rumah je gamaknye, skill berperang pun hilang tah ke mana..

Situasi #2.
Negara Malaysia sedang menghadapi penceroboh Sulu lagi. Askar-askar sudah dikerah untuk bertempur, dan mereka bertempur sehabis tenaga.. Sampai habis senapang-senapang, M-16, peluru ke hape benda dah guna. Segala strategi, skill perang habis semua keluar. PM pun tambah lagi senjata, untuk memperkuatkan barisan ketenteraan Malaysia. Dan Malaysia pun menang.. Apabila ada penceroboh lagi, askar Malaysia dah yakin, lebih bersemangat untuk bertempur untuk bebaskan Malaysia dari pencerobohan.

Nampak tak perbezaannya??

Penceroboh asing tu seperti bakteria, virus, mikrob, racun, toksin, radikal bebas, bahan kimia, bahan sintetik yang sama sekali bukan daripada tubuh kita.

Askar China seperti ubat. Ia melawan penceroboh, dalam masa yang sama melemahkan sistem pertahanan perumah iaitu kita sendiri.

Senjata tambahan tu seperti suplemen (pastikan ia semulajadi macam Shaklee, kalau tak sama je macam makan penceroboh sintetik). Ia memperkuat sistem pertahanan tubuh kita melawan penceroboh.

Ok, sekarang dah boleh faham kan sebab apa dikatakan supplement Shaklee bukannya ubat. Tapi ramai juga yg panggil ia sebagai 'ubat' kerana sifatnya mampu 'memulihkan' penyakit.



Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

21 comments:

  1. Itulah kan. Ramai yang tak faham konsep vitamin dan ubat. Bila dah makan vitamin, nak pula result dengan kadar segera. Ohh no..beza tau vits and drugs..
    TERSEKSA SEBAB BUASIR
    Jomm ke sini->

    ReplyDelete
  2. Ubat jika diambil berterusan akan menyebabkan resistant...dimana ianya takkan memberi kesan kepada microrganisma yang meneybabkan seseorang sakit.

    Kulit Kering dan Menggelupas

    ReplyDelete
  3. Anda harus boleh membedakan antara vitamin dan ubat. Vitamin untuk menjaga kesihatan tetap terjaga dan mencegah risiko terkena pelbagai penyakit. Sedangkan ubat adalah penyembuh. Obat digunakan apabila kita menghadapi sesuatu penyakit dan harus dimakan secara teratur.

    Bibir , kulit dan kuku akan menjadi pucat bila ibu mengandung mengalami masalah ini

    ReplyDelete
  4. Tu kdg org lain salah tafsir antara ubt & supplement. Ubt mmg tindak bls cepat tp ada risk nye tersndiri. Suplement mgkin kesan dia lambat nampak, tp amik secara consistent, insyaAllah nampak hasilnya.

    ReplyDelete
  5. Pada zaman skrg ni, sukar hendak memenuhi semua keperluan zat dgn kebanyakan makanan kita perolehi dlm bentuk sudah terproses. Jika ada yg tidak terproses sekalipun, proses penghantaran atau pengawetan dh cukup untuk mengurangkan nilai makanan. Option terbaik, drpd supplemen. Sbb byk penyakit pun bermula akibat kurang zat

    ReplyDelete
  6. ramai yang dok keliru anggap supplement ni ubat. sedangkan supplement ni makanan tambahan, bantu mengisi kekurangan nutrisi yang tidak dapat dipenuhi melalui pengambilan makanan harian.

    Ketahui 10 Sebab Kenapa Patut Beri Anak Meal Shakes

    ReplyDelete
  7. jelas sangat mengenai perbezaan ubat dan suplemen..
    tq for sharing

    ingin miliki zuriat sendiri

    ReplyDelete
  8. yerlaa sesetengah orang yg tak tau..dia ingatkan suplement tu ubat...padahal suplement ni adalah makanan tambahan...dalam sehari kita tak dapat abik nutrisi secukupnya..sbb tu penting abik suplement...bukan time sakit baru nak cari suplement...

    ReplyDelete
  9. Bagi pengguna baru..perlu tukar cara berfikir sebelum ambil sebarang jenis suplement... makan suplement secara berterusan...baru nmpk hasil... suplement oula kena lah pilih yang berkualiti...baru dijamin selamat

    ReplyDelete
  10. Saya dah penat ambil ubat sebagai penawar. Alhamdulillah sekarang ini saya amalkan kaedah secara semulajadi aje.. bila demam makan oren atau VitaC Shaklee aje..

    Isteri makan hati sebab susah kurus badan sampai suami jemu nak pandang

    ReplyDelete
  11. supplement ini pelengkap, tidak menggantikan yang utama. tapi kalau boleh amik yang semulajadi kenapa kita kena sakit dulu baru nak cari supplement kan. masa sakit tenat ubatlah yang kita cari. tapi sebelum sakit, eloklah kita jaga kesihatan dengan amalkan supplement dan pemakanan yg baik..

    ReplyDelete
  12. Ubat x elok utk jangka masa panjang.tapi supplement kalau ambil secara konsisten kesan nya amat menakjubkan..


    khasiat bunga lawang

    ReplyDelete
  13. Nama pun dah makanan tambahan kan... Kadang kala mereka yang tak berilmu akan menyebarkan sesuatu yang tak sepatutnya... Jangan samkan supplemen dengan ubat... Shaklee is different...

    Ibu hamil Risau Komplikasi Pada Diri Akibat HB Darah Rendah

    ReplyDelete
  14. Moga ramai lagi CAKNA perbezaan ubat dan suplemen. Jangan pukul rata je semua ni.. hehe

    ReplyDelete
  15. Saya Setuju ada pencerahan yg mcm ni.. Ramai yg salah anggap bhawa makan sbotol, tak perlu ambik lagi.. Dan Knp Klau stop, bdan Makin Lemah.. Sebabnya, bdan sblm amik supplement Mmg lmah, cuma tak sdar.. Bila amik supplement bdan Mmg Akan segar sbb Cukup vitamin, bila dah Tak amik, jadi mcm sblmnya lah..
    Rmai yg tak faham itu..
    SELENIUM BOLEH MEMBANTU MENGELAKKAN LELAKI DARI MANDUL

    ReplyDelete
  16. betul masih ramai yang tak faham konsep suplemen ni. sebba tu rakyat malaysia ramai yang tak ambil suplemen

    ReplyDelete
  17. betul tu.. kita kena faham dahulu dengan konsep ubat dan makanan tambahan/suplimet.. ubat diambil ketika sakit tetapi makanan tambahan adalah untuk menambah apa2 jenis nutrient yg terkurang dibadan kita.. contohnya 1 hari tu belum tentu kita ambil jumlah sayur dlm kuantiti yang diperlukan oleh tubuh kita, entah-entah tak ambil langsung.. jd fungsi makanan tambahan ini adalah untuk membantu menambah nutrient yg kita tidak ambil itu..

    ReplyDelete
  18. Pemakanan yang seimbang memainkan peranan penting untuk tubuh yang sihat. Untuk mencukupkan lagi nutrien dalam badan, kita perlukan suplemen sebagai makanan tambahan.

    Wanita resah bakal suami terkejut ada masalah kepala botak

    ReplyDelete
  19. Pemakanan yg seimbang dn penjagaan kesihatan yg baik akan dpt elakkan penyakit..tu yg terbaik dr makan tak ingat2, tp lepas tu dpt mcm2 penyakit baru nk kalu cari ubat..

    ReplyDelete
  20. masih ramai yang tidak tahu dan faham ttg suplement ni. Supplement adalah makanan tambahan pelengkap nutrisi yang diperlukan dalam badan. ubat adalah untuk merawat sakit.

    ReplyDelete