Showing posts with label ESP Shaklee Bantu Kawal Kencing Manis Ketika Hamil. Show all posts
Showing posts with label ESP Shaklee Bantu Kawal Kencing Manis Ketika Hamil. Show all posts

Thursday, 26 March 2015

Cadangan Supplement Shaklee Untuk Kencing Manis


Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh pihak kementerian , 1 daripada 7 rakyat Malaysia menghidap diabetes ataupun penyakit kencing manis. Rata-ratanya dikaitkan dengan gaya hidup dan amalan hidup yang tidak sihat.

Diabetes adalah salah satu penyakit kronik di mana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 di mana dianggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun ke atas menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa.


Apabila usia semakin meningkat, risiko untuk anda terkena penyakit ini adalah lebih tinggi terutamanya jika anda peminat air berkarbonat, minuman yang manis, kek, gula-gula, kuih yang manis-manis atau apa saja makanan yang manis. 


Mari kita berkenalan dulu dengan diabetes...apa itu diabetes?

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah ke dalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

2 JENIS UTAMA DIABETES

1. Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
o Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
o Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin
2. Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)
o Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
o Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.

TANDA TANDA ANDA MENGHIDAP DIABETES

Anda boleh mengalami berlainan tanda-tanda dan gejala. Walaubagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:

* Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
* Letih
* Berat badan menurun
* Penglihatan kabur
* Otot lemah
* Gatal

Lain-lain gejala termasuk:

* Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
* Luka yang lambat sembuh
* Kencing yang kerap
* Gatal pada bahagian kemaluan
* Rasa kebas

Ingat ye...jangan tunggu ada tanda-tanda ni baru anda nak kenalpasti anda penghidap diabetes atau tidak sebabnya ada juga yang menghidapi diabetes tanpa ada apa-apa gejala.

INDIVIDU YANG BERISIKO TINGGI

Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:

* Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
* Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
* Impaired glucose tolerance (IGT).
* Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
* Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
* Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
* Tekanan darah tinggi
* Gaya hidup tidak aktif
* Faktor pemakanan - pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
* Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi

Shaklee ada menyediakan rangkaian produk yang boleh diambil bagi mengawal penyakit kencing manis ini.

1) ESP 
- Membantu mengekalkan paras gula normal dalam darah dan penyembuhan luka

2) VITA-LEA
- Mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap.

3) GLA COMPLEX
- Mengimbangi hormon insulin dan menurunkan paras kolestrol

4) VITA-C 
- Mengukuhkan kapilari dan salur darah

5) ZINC COMPLEX
- Membantu tubuh menghasilkan insulin dan pemulihan luka dengan cepat

6) ALFALFA COMPLEX
- Membantu menstabilkan gula dalam darah

Selain produk di atas, jika anda mempunyai bajet yang banyak atau anda memang tidak suka makan suplemen tablet dalam kuantiti yang banyak, anda boleh mencuba VIVIX. Sangat-sangat berbaloi!


Resveratrol di dalam Vivix membantu meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin. Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes dan jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh mengurangkan diabetes.

Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan keluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula darah.

Resveratrol juga mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita. Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah di aktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan tahap sensitivitinya.


Pilihan adalah di tangan anda dan bergantung kepada bajet yang anda ada. Hubungi CESKU untuk buat pilihan mengikut bajet anda ok?


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : 
Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://ceksuvitamin.blogspot.com/ 
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, 19 March 2015

Bagusnya Tepung Ajaib untuk Ibu Mengandung


Apa itu Tepung ajaib? Tepun ajaib nie ialah ESP.ESP Shaklee hanyalah SOY PROTEIN ISOLATE, dibasuh dengan menggunakan air bersih dan bukannya dengan alkohol seperti kebanyakkan porduk soya di pasaran. Juga mengandungi Lecithin soya yang kaya dengan kolina untuk perkembangan otak. Jadi ESP SHAKLEE selamat diambil oleh ibu mengandung. 



ESP shaklee juga selamat diambil oleh ibu mengandung kerana kacang soyanya adalah asli dan tidak terubah suai secara genetik (non-gmo soy). DANNNN istimewanya ESP shaklee ini adalah diproses tanpa melalui proses haba untuk mengekalkan kandungan proteinnya. Oleh sebab itu, rata-rata orang yang mengambil ESP shaklee dapat merasai perubahan, seperti  LEBIH BERTENAGA, KULIT LEBIH BERSIH TANPA JERAGAT, TURUN BERAT BADAN DENGAN ESP SHAKLEE, SUSU BADAN SEMAKIN BANYAK hanya dengan permulaan 1 TIN ESP SHAKLEE. Hebat bukan. 

Jadi tiada masalah ibu mengandung mengambil ESP shaklee malahan menjadikan bayi dalam kandungan mempunyai cukup protein untuk perkembangan otaknya, anda juga sihat dan lebih bertenaga, dan menjadikan kulit anda dan bayi lebih bersih dan gebu. 

Selain protein setiap hidangan ESP Shaklee seperti yang disyorkan mengandungi 500mg kalsium yang sangat-sangat diperlukan oleh wanita hamil. jadi sangat-sangat sesuai untuk ibu mengandung yang tak berapa gemar minum susu. 

Bagusnya juga ESP Shaklee ini adalah memelihara tekanan darah tinggi, kencing manis semasa hamil kerana kandungan karbohidrantnya yang rendah dan juga rendah glisemik dan gula. Berbeza dengan memebeli produk soya di luar atau di pasar malam sudah tentu anda minta ditambah gula samaada gula merah atau putih. Betulkan? Nak pulak soya tu ditambah garam nak bagi sejuk lama, lagila tak boleh minum kalau tak tambah gula. hehe. 

Dengan ESP Shaklee tak perlu lagi minum 5 botol soya setiap hari memadai 3 sudu sehari sudah cukup membekalkan jumlah perotein yang diperlukan oleh ibu hamil. 


SET HAMIL SHAKLEE



Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : 
Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://ceksuvitamin.blogspot.com/ 
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, 17 October 2014

ESP Shaklee Bantu Kawal Kencing Manis Ketika Hamil


ESP Shaklee Bantu Kawal Kencing Manis Ketika Hamil


Penyakit kencing manis wujud ketika hamil dan akan hilang selepas bersalin. Masalah GDM selalunya berpunca daripada keturunan sebelah ayah atau ibu yang mempunyai sejarah kencing manis.

Masalah GDM atau kencing manis ketika hamil sangat dipandang serius oleh pihak kementerian kesihatan. Kawalan paras gula ketika hamil sangat penting untuk mengelakkan risiko-risiko berkaitan seperti:

-Saiz bayi lebih besar dari umur semasa dalam kandungan, menyukarkan proses bersalin
-Kelahiran pra-matang
-Risiko anak mengalami masalah hypoglycemia selepas kelahiran
-Air ketuban berlebihan
-Anak-anak yang dilahirkan oleh ibu yang mengalami masalah GDM mempunyai peratusan yang tinggi mendapat jaundis

Oleh kerana saya itu saya menyarankan ibu-ibu mengambil ESP Shaklee setiap hari untuk mengawal paras gula dalam darah dan juga mengelakkan hypoglycemia (paras gula terlalu rendah). Hal ini kerana, Protein soya dalam ESP Shaklee yangmembantu menstabilkan tahap gula dalam darah.

InshaAllah dengan aturan jadual pengambilan ESP Shaklee yang betul,ia boleh membantu mengawal masalah GDM atau kencing manis ketika hamil ini daripada tidak terkawal hingga memerlukan suntikan insulin.

Tambahan ESP juga sesuai diambil oleh pesakit diabetes kerana:
-Rendah karbohidrat iaitu hanya mengandungi sebanyak 5%-10% karbohidrat,
-Rendah lemak,
-Bebas kolestrol
-dan bebas laktosa.



Bagi ibu hamil yang mempunyai masalah kencing manis, anda harus berhati-hati dengan sumber makanan yang anda ambil. Sebagai contoh, susu tepung biasa mengandungi kandungan gula yang tinggi berbanding susu rendah lemak berperisa asli yang telah dipasteur. Kandungan gula dalam nestum 3 in 1 lebih tinggi dari nestum original. Jadi antara dua contoh sumber makanan berkhasiat ini susu rendah lemak berperisa asli dan juga nestum original lebih sesuai diambil oleh ibu yang sedang hamil serta boleh dicampur dengan ESP Shaklee.

Jadi apabila anda mengambil sumber makanan yang sedikit kandungan gula ataupun gula ringkas beserta ESP Shaklee badan lebih mudah dan cepat menukarkan gula tersebut kepada tenaga dan juga mengelakkan hypoglicemia. Sesetengah ibu hamil apabila mengamalkan diet khusus untuk ibu hamil yang mempunyai masalah GDM. Anda turut berisiko mengalami hypoglicemia iaitu paras gula berkurang dalam badan apabila anda tidak mengikuti jadual waktu makan yang sepatutnya.

Saya faham, kadang-kadang kita terlupa untuk mengambil makanan pada waktu minum pagi atau minum petang disebabkan kita terlalu fokus pada tugas harian dan juga tiada waktu terluang untuk menikmati makanan.

Simptom-simptom Hypoglicemia - Paras Gula Rendah Dalam Darah
Anda tahu anda mengalami hypoglicemia apabila bacaan gula anda adalah kurang dari 3.3 mmol apabila diukur menggunakan glukometer. Selain itu, anda mengalami simptom-simptom loya, pening, kurang fokus dan rasa berdebar-debar. Simptom-simptom hypoglicemia ini biasanya akan diterangkan oleh jururawat klinik kesihatan sewaktu anda (ibu hamil dengan masalah GDM) membuat temujanji di klinik-klinik kesihatan.

Masalah GDM bagi ibu hamil agak kompleks kerana ia melibatkan tindakbalas hormon insulin yang tidak stabil ketika hamil. Maka, anda perlu mengambil diet berkhasiat dalam jumlah yang sedikit tetapi 5 hingga kali sehari waktu makan. Anda juga perlu mengambil makanan kurang gula, gula kompleks, rendah natrium, elakkan makanan segera dan diproses. Anda juga perlu aktif supaya gula yang diserap oleh tubuh ditukar menjadi tenaga dan tidak berkumpul dalam tubuh.


Nak cuba? Sila hubungi saya.


Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.