Showing posts with label SUSU IBU. Show all posts
Showing posts with label SUSU IBU. Show all posts

Friday, 4 July 2014

4 Jenis Set Penyusuan Shaklee


Ada 4 set mengikut kesesuaian para ibu2 di luar sana..


Set B

- Terdiri daripada Vitalea , B complex, Vitamin C, dan Alfalfa
- Untuk ibu yang TIDAK mempunyai masalah penyusuan dan sesuai untuk bayi yang mempunyai masalah eczema.
- Kurang sesuai untuk ibu-ibu yang baru melahirkan / berpantang kerana tidak sesuai untuk bayi yang mengalami jaundis dan ada sesetengah bayi mengalami sedikit alahan (cirit-birit) dengan alfalfa.
- Sangat sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan keputihan
- Alfafa membantu penghasilan susu ibu dengan lebih cepat

Set Eu Four Pack 

- Terdiri daripada Vitalea, B complex, Vitamin C, dan Ostematrix
- Sesuai untuk ibu yang baru melahirkan (bayi berumur kurang 6 bulan).
- Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemerunduman susu ketika haid (PMS).
- Sesuai untuk ibu yang sering sakit belakang dan masalah kerapuhan gigi.
- Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu kerana ostematrix membekalkan kalsium yang 
secukupnya kepada ibu
- Dapat membantu ibu lebih bertenaga dan cergas walaupun kurang tidur 

Set E

- Terdiri daripada Vitalea, B complex, vitamin C, Ostematrix dan Alfalfa 
- Sesuai untuk ibu-ibu yang mengalami kemerunduman susu ketika haid (PMS)
- Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tidak minum susu kerana ostematrix membekalkan kalsium yang 
secukupnya kepada ibu
- Sangat sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan keputihan
- Alfafa membantu penghasilan susu ibu dengan lebih cepat
- Memberi kesan cepat berbanding set di atas kerana Alfafa dan Kalsium merupakan milk booster 

Set 3M

- Terdiri daripada Vitalea , B complex, Vitamin C, Ostematrix, Alfalfa dan ESP
- Amat digalakkan untuk ibu yang mempunyai masalah penyusuan 
- Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah 
melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini 
membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh 
si ibu dapat berfungsi dengan baik:)
- Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang baru nak mula menyimpan stok
- Paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi/ induce relactation - contohnya ibu telah berhentikan 
menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi 
susu,bersama-sama tips yang diberi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha.


So,ibu2 xperlu risau lagi utk memilih...
Pilih dan Hubungi saya :

Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

APA ITU G6PD Deficiency ?


G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) bila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.
Kekurangan enzim ini boleh memusnahkan sel darah merah apabila terdedah kepada jangkitan, ubat-ubatan tertentu ataupun melalui makanan.
Susu yang sesuai untuk bayi G6PD adalah SUSU IBU. Oleh kerana G6PD Deficiency tidak dibenarkan mengambil makanan berasaskan HERBA DAN SOYA maka Set penyusuan yang sesuai adalah :



SET PENYUSUAN EU FOUR PACK
Vita lea
B complex
Vitamin C
Ostematrix

B COMPLEX
  • B Complex mengandungi semua jenis vitamin B termasuk yang famous, asid folik.
  • Seorang ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk metabolisma, menukarkan makanan kepada tenaga, mengurangkan stess dan menghasilkan susu.
  • Bukan saja ibu hamil, ibu menyusu juga perlukan asid folik.
  • Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat.
  • Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat.
  • Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

VITA C
  • Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.
  • Menyusui bayi secara ekskusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C
  • Keunikan vitamin C Shaklee ialah, ia Sustained Released iaitu dilepaskan secara perlahan-lahan. Vitamin C tidak dapat bertahan lama dalam badan kita, jadi badan kita perlukan vitamin sebegini untuk memenuhi keperluan harian.

VITA LEA- MULTIVITAMIN
  • Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian.
  • Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian.
  • Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.
  • Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

OSTEMATRIK
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
  • Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, retensi air, mudah radang dan kemurungan, sakit-sakit badan serta lenguh-lenguh badan.
  • Memberi sumber kalsium yang mencukupi kepada ibu-ibu dan juga anak yang disusui..
  • Kalsium, magnesium dan vitamin D juga membantu membanyakkan susu secara tidak langsung.

APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DILAKUKAN?
Sebagai ibu bapa kepada anak yg menghidapi masalah kekurangan enzim G6PD ini, anda haruslah peka dan sentiasa memantau setiap ubatan ataupun makanan yg anak anda ambil. Elakkan anak anda daripada mengambil sebarang ubatan atau makanan yg boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah dengan lebih awal. Elakkan dari mengambil atau memberikan anak sebarang jamu, ubatan tradisional atau ubat-ubat senseh.
Dari segi makanan pula, seharusnya dielakkan daripada makanan-makanan seperti kacang parang, makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene dan toluidine blue, kacang soya atau produk soya, semua jenis kacang atau produk kacang dan makanan berperisa menthol. Sebaiknya juga dielakkan daripada mengambil alfalfa kerana alfalfa tinggi kandungan Vitamin K.

TANDA-TANDA APABILA ANAK TERSALAH MAKAN ATAU AMBIL UBAT?
• Boleh menyebabkan sel darah merah musnah dengan cepat.
• Bayi akan mendapat kuning (Jaundice).
• Air kencing berdarah atau berwama teh pekat.
• Letih lesu dan tidak bermaya
• Demam dan pucat.


Diharap dengan perkongsian ini dapat membantu ibi-ibu yang menyusui anak G6PD untuk mendapatkan makanan tambahan yang sesuai untuk mereka. Sila beritahu pengedar Shaklee bahawa anda mempunyai anak G6PD agar tidak berlaku kesilapan dalam memilih makanan tambahan.


Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Makanan yang perlu dielakkan ketika tempoh penyusuan


Sesetengah ibu yang menyusukan bayi mesti risau apabila medapati anak yang menyusu badan sering jatuh sakit atau pun sakit perut. Anda jangan terkejut sekiranya ini adalah berpunca dari pemakanan ibu itu sendiri.

Oleh itu dinasihatkan ibu-ibu yang menyusukan anak mestilah mengamalkan pemakanan yang sihat.

Antara makanan yang tidak sesuai diambil oleh ibu yang menyusu adalah seperti berikut:


  • mengambil terlalu banyak buah-buahan citrus - seperti limau, lemon, oren kerana boleh menggangu sistem gastro-usus dan sistem penghadaman bayi yang belum matang. Bayi yang sensitif terhadap buah-buahan citrus akan mudah mengalami ruam lampin. oleh itu ibu-ibu dinasihatkan makanlah buah-buahan tropikal, seperti mangga, betik dan jambu.
  • makanan laut yang kandungan merkuri yang tinggi - seperti ikan yu, tenggiri, kerana kandungan merkuri yang tinggi akan menggangu otak dan sistem saraf bayi. Pilihlah makanan laut yang kurang kandungan merkuri seperti udang, ikan salmon, tuna dan ikan air tawar.
  • meminum alcohol - bukan sahaja di larang oleh Islam malah alcohol juga boleh dirembes ke dalam susu ibu.
  • minuman berkafien - minuman berkafien seperti kopi, teh, minuman tenaga, minuman ringan dan minuman bercoklat. ini adalah kerana boleh dirembeskan ke dalam susu ibu dan boleh menyebabkan gangguan pada pola tidur bayi.

Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Set Penyusuan Shaklee



SET PENYUSUAN 3M

B COMPLEX
B Complex mengandungi semua jenis vitamin B termasuk yang famous, asid folik.
Seorang ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk metabolisma, menukarkan makanan kepada tenaga, mengurangkan stess dan menghasilkan susu.
Bukan saja ibu hamil, ibu menyusu juga perlukan asid folik.

Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisma yang sihat.
Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel, dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat.
Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu.

VITA C

Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.
Menyusui bayi secara ekskusif dapat melindungi bayi anda dari kekurangan vitamin C
Keunikan vitamin C Shaklee ialah, ia Sustained Released iaitu dilepaskan secara perlahan-lahan. Vitamin C tidak dapat bertahan lama dalam badan kita, jadi badan kita perlukan vitamin sebegini untuk memenuhi keperluan harian.


VITA LEA- MULTIVITAMIN

Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ianya tidak diperolehi daripada diet harian.
Vita Lea adalah multivitamin dan multimineral, yang mengandungi 23 jenis vitamin mineral yang lengkap untuk keperluan harian.
Membekalkan tubuh ibu dengan nutrient yang perlu agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga. Dilengkapi dengan zat besi yang amat diperlukan oleh ibu yang menyusukan anak.

Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

ALFALFA

Alfalfa ialah milk booster (makanan penambah susu) yang telah digunakan sejak turun-temurun di Amerika Selatan. Ia adalah tumbuhan yang sangat kaya dengan protein, kalsium dan klorofil. Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, kalsium, zink dan zat besi.
Semua bahan-bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat.
Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu.
 *Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE dan mereka yang alergi terhadap alfalfa.

OSTEMATRIK

Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf

Menolong mengurangkan simptom-simptom senggugut seperti perut kembung,
 kekejangan, retensi air, mudah radang dan kemurungan, sakit-sakit badan serta lenguh-lenguh badan.

Memberi sumber kalsium yang mencukupi kepada ibu-ibu dan juga anak yang disusui..
kalsium, magnesium dan vitamin D juga membantu membanyakkan susu secara tidak langsung.

ESP
Komposisi utama susu ibu adalah protein, diikuti dengan kalsium, dan barulah vitamin, mineral, lemak dll.
Protien adalah makanan sel yang mana kita tahu 25% badan kita adalah protein, unsur kedua terbesar selepas air (75% badan kita adalah air). 
Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter. 
Energizing Soy Protein ini membekalkan 14 gram non-GMO Protein Soya berkualiti tinggi yang mengandungi semua Asid Amoni Perlu termasuk 9 Asid Amino yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan manusia. 
Energizing Soy Protein membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam selepas diminum kerana mengandungi 5 jenis Vitamin B yang diperlukan tubuh, serta Kalsium separuh daripada jumlah keperluan seharian.


Siapa yang perlukannya??
1.Amat digalakkan untuk ibu yang mempunyai masalah penyusuan
2.Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari… maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau ketiadaan zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik:)
3.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang baru nak mula menyimpan stok
4.Paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi/ induce relactation - contohnya ibu telah berhentikan menyusui anak, jika mengamalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi 
susu,bersama-sama tips yang diberi, insyaAllah penyusuan boleh dimulakan semula dengan syarat ibu kuat berusaha
.


Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, 17 April 2014

CARA YANG BETUL UNTUK BANYAKKAN SUSU BADAN



Bukanlah menjadi satu kesalahan kalau inginkan susu badan yang banyak.Itu namanya naluri keibuan dan ianya sangat mulia kerana niat itu bersangkut paut dengan tanggungjawab kita pada si kecil. Juga bukan menjadi kesalahan jika ingin mencuba pelbagai supplement/milk booster yang dipercayai dapat meningkatkan penghasilan susu ibu. 

Tetapi pengambilan supplement/milk booster/ ini sebenarnya perlu seiring dengan usaha yang kerap untuk mengosongkan payudara (breast) ibu kerana ia sangat perlu/penting dan menjadi kunci utama dalam konsep supply & demand yang mana sangat penting dalam proses penghasilan susu ibu. Kalau payudara tidak dikosongkan ataupun tidak kosong dengan betul, bagaimana susu yang baru nak dihasilkan, bukan?

Secara logiknya la sebagai contoh, kalau hari ini kita memasak, dan kemudian anak dan hubby makan hanya sedikit aje. Kemudian kita masak lagi, masak sikit jer sebab lauk semalam ada lagi. Kemudian hal ni berlarutan selama seminggu,.Hubby dan anak hanya makan sikit setiap kali kita masak dan panaskan balance lauk semalam. Kemudian cukup seminggu kita pun dah malas nak masak lagi sebab lauk semalam banyak lagi. Kita hanya panaskan lauk balance semalam dan hubby/anak dah tak nak makan-makan lagi dah sebab kita hanya hidangkan lauk yang dipanaskan tu. Akhirnya kita dah completely malas nak masak dan hanya beli la makanan kat restoran makanan segera sebagai ganti.Buat apa nak masak ek kalau dah tak de orang nak makan? Nampak tak kesannya?

Ha, cam tu la badan kita berfungsi... kalau susu tu dikeluarkan sepenuhnya, maka breast kita akan produce susu lain. Tapi kalau tak dikeluarkan sepenuhnya, buat apa nak hasilkan susu yang lain sebab balance susu masih ada dalam breast, kan? Lagipun no space untuk simpan susu dalam breast sebab susu balance ada. Penyudahnya, breast kita dah bagi signal kat otak, tak payah la susah payah nak hasilkan susu sebab keperluan dan permintaan tak banyak( dalam breast masih ada susu). Akhirnya susu kurang/ kering dan kita kena la beli susu segera dalam tin atau kotak kat pasaraya. Nampak tak persamaan dengan contoh diatas tadi?

Satu lagi kesan akibat kurangnya pengosongan breast (samada menyusu bayi atau pam), air susu badan ibu akan lebih cair kerana mengandungi lebihan air dalam kandungan susu tadi.Ramai yang mengeluh kerana susu cair dan anak cepat lapar bila diberi susu ibu. Ramai yang tidak perasan dan sedar akan kesan yang satu ini. Petuanya senang sajakalau nak susu nampak pekat, kerapkan pengosongan payudara tadi. Anak pun kenyang dapat susu pekat.



Berikut adalah tips2 untuk membina/me-maintain bekalan susu if you ended up with pumping:

1. Breastpump
Pam yang efektif adalah sangat2 crucial didalam isu ini. Pam yang berkualiti akan membantu menggalakkan pengeluaran susu secara efektif dan memudahkan tugas-tugas pengepaman. Pam yang heavy duty diperlukan kerana proses pengepaman yang kerap. Dikhuatiri pam yang kurang berkualiti akan menyakitkan dan membantutkan proses pengepaman. Saya petik kata-kata yang pernah saya dengar 'a pump should never hurts!'

2. Ketetapan waktu mengepam
Ketetapan waktu mengepam juga adalah sama penting dengan kekerapan mengepam. Tentukan masa-masa yang tetap untuk mengepam setiap hari. Ini kerana timing yang tidak konsisten menyebabkan badan sukar mendapat signal dan meng-adjust untuk menghasilkan lebih susu. Hasilnya seseorang itu akan merasakan susunya tiada pertambahan. Sebagai contoh, pagi ini pam pukul 7, esok pam pukul 10. Percayalah ada masa yang kita akan terlepas waktu yang sepatutnya mengepam. Kerana saya juga begitu :) oleh itu buat satu jadual dan tampal di fridge! atau set timing di telefon bimbit! Bagi yang baru-baru mengepam ini, konsisten di bulan2 yang awal sangat penting.

Sebagai contoh jadual saya, pada awal bulan pertama saya mengepam (sepanjang tempoh 4 bulan ini), saya memulakan frekuensi pengepaman sy hanya sebanyak 5-6 kali sehari sahaja (masa tu takde ilmu lagi) selepas itu saya terus meningkatkan frekuensi sekurang 8-10 kali sehari. Saya juga mengepam pada waktu tengah malam. Boleh dikatakan tanpa henti!. Apabila pengeluaran tenusu saya sudah stabil, saya mula mengadjust sedikit waktu pengepaman dimana saya tidak lagi mengepam di waktu tengah2 malam dan tidak lagi mengepam setiap 2 jam sekali tetapi selang 2.5 jam atau 3 jam.

3. Buat jadual mirip seperti penyusuan bayi
Sebenarnya kejayaan mengepam ini bergantung kepada jumlah kekerapan mengepam. Bagaimana bayi menyusu setiap 2-3 jam sekali sebanyak 7-8 kali sehari, same goes to pumping as well! jika kita mengepam mengikut jadual peluang untuk mengeluarkan susu yang lebih daripada bayi kita perlukan. Oleh kerana pam kurang efektif daripada bayi untuk menghasilkan supply, jadi kita PERLU untuk over-supply pengeluaran susu sebagai bekalan.

PERINGATAN!
1 hari = 24jam untuk semua ibu yang menyusu. Tiada ibu yang dapat 25jam dalam sehari. Jadi kalau ibu lain boleh, beritahu diri kita, SAYA BOLEH!. Tak sempat, letih mahupun, tak cukup tidur bukan alasan untuk kita tidak pam susu. Ibu lain juga rasa apa yang anda rasa. Ibu lain boleh bangun malam untuk pam, saya juga boleh! 

Kredit to : pakar penyusuan