Sunday, 23 November 2014

Saya Seorang WAHM


Salam Hujung Minggu semua pembaca blog umie...

Setiap hujung minggu adalah milik WAHM seperti saya.Wah...kenapa ? Sebab hujung minggu lah saya nak tengok dunia luar ( alasan anak bosan duduk rumah ) heheee...

Seperti biasa setiap hujung minggu lah saya kena masak sedap-sedap.Hujung minggu lah untuk saya ronda buat kerja ( edar flyers ).Tapi minggu nie minggu untuk anak-anak.

Kisah nya semalam kami pergi ke Karnival Upin Ipin tu...hati ibu mesti nak gembira kan anak.Lagi-lagi Si Adam memang peminat upin ipin.Maka bawak lah dia ke sana untuk tengok maskot upin ipin tu.Tapi hampa sebab orang terlalu ramai.Hanya suara ultraman dan upin ipin yang kedengaran,maskot nya tak nampak pun.lagi-lagi orang pendek macam saya nie.kesian...tapi adam nampak lah jugak sebab ayah die dokong.Nampak dia teruja sangat.Tapi sebab terlalu padat dengan manusia.Xdapat nak ambik gambar dengan upin ipin.Sudah nya hanya bergambar di luar je...

Nie jelah gambar yang saya sempat ambik.ingat nak posing banyak lagi...tapi tak sanggup nak berhimpit dengan manusia yang terlalu ramai.

Sampai sini pun dah pening...confirm kena parking jauh.

Depan pintu dewan.

Moto Besar nie kat luar dewan.lame jugak lag tunggu turn.

 Adam dah ngantuk tu..tu takde mood nak ambik gambar.umie nyer jelah posing.

Ontheway nak ke parking kereta.Penat stop dulu...cantik jugak view kat belakang tu.

Nasib baik dalam duka ada suka...saya suka saya suka...dialog si memei selalu.heheee...Register member Rm20...dapatlah semua nie.Ok lah daripada takde langsung...untuk kenangan si adam.Dah selesai ambik gambar,kami pun beransur pulang.Sebab malam tu kami kena ke KLIA pulak.Hantar barang customer.syukur barang dah diserah pada tuan empunya...risau simpan barang lame-lame.

Saguhati dari customer ( made in sabah )

Sepatutnya nyer saya dah lena kalau seharian berjalan...badan memang penat.Tapi entah kenapa malam tadi tak boleh nak lelap langsung.Disebabkan bahan chessekut nie dah dibeli...maka terhasil lah cheesekut saya nie tengah malam tadi.resepi dari kakton sahabat saya.kerana dia,saya terliur nak makan benda nie.

Sebab takde plan nak kemana hari nie.cakap kat husband..hari nie makan mee goreng jelah.saya malas nak masak...ngantok kononnya.tapi sampai sekarang tak tidur lagi.Dasyat sungguh mata nie...terkena aura ultraman ke ape.hehee...
 
Mee goreng udang kering

Petang tadi reward diri kat situ..rimas simpan rambut panjang.Potong pendek tadi ..ringan kepala.

Nie je lah aktiviti saya dan hujung minggu nie.Hujung minggu depan ade warehouse sales pureen dan majlis kawan bertunang menanti pulak.Sibuk sungguh rasa diri nie.Ade je urusan menanti...Alhamdulillah menjadi seorang WAHM memang seronok.

Anda pun teringin nak jadi WAHM ? Meh hubungi saya...hidup ini diberi piliham...maka pilih lah apa yang anda mahukan.

Sekiranya anda perlukan supplement Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya : 
Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

12 comments:

  1. Amboii..reward diri tu yg syok.kalau dpt buat massage lg best.lega badann
    kalau sy x dpt tido atau stress, sy pun akan buat dessert yg sng2 mcm chiskut,pankek,kek batik..gulppp lapar pulak bila sebut2 ni huhu

    ReplyDelete
  2. Seronoknya boleh jalan-jalan kan...hilang stress sekejap.

    kawal kolestrol secara semulajadi

    ReplyDelete
  3. Mee goreng tu nampak menyelerakan sue....memang best jadi WAHM ni kan....masa kita sendiri yang tentukan nak buat apa. Nak kemana dan bila-bila saja. Memang seronok jadi WAHM.

    Meriahnya acara perpisahan menyambut cuti sekolah di tadika alfa omega

    ReplyDelete
  4. Bestnya.. Jadi wahm Masa tak terhad.. Blh luangkan masa dgn family.. jaga anak sndiri.. Jaga makan pakai suami dgn lengkap.. Insyaallah. Allah tlg dlm pelbagai aspects..
    TIPS KEKAL CERGAS MACAM ZAMAN MUDA REMAJA

    ReplyDelete
  5. Hujung minggu hari untuk bersama keluarga..

    Resepi Kek Pecan

    ReplyDelete
  6. Bestnya....saya suka saya suka!!

    JommSihatDanCantik -> BAHANA UBAT DIET

    ReplyDelete
  7. Jadi wahm pun tetap ada plan ahead dah ehehe oh kesiannya, saya baca komen byk complaint pasal karnival upin ipin tu

    ReplyDelete
  8. Hujung minggu yang padat.. siapa kata surirumah lenggang kangkong takde koje memang silap besar :p jangan terkejut surirumah pun mampu jana income bertengkek-tengkek. Hehe.

    ReplyDelete
  9. hujung minggu sesekali beriadah ke luar sangat menyeronokkan..wah sedapnya cheeskut

    ReplyDelete
  10. WAHM memang best.. masa kita, kita yang punya... tak terikat dengan sesiapa kan... hihihi

    Mengapa Perlu Berhenti Merokok? Apa Kebaikannya Untuk Anda, Keluarga Dan Masyarakat?

    ReplyDelete