Tuesday, 10 June 2014

Kolesterol Membunuh Anda


Jangan Biarkan Kolesterol Membunuh Anda


Kolesterol adalah satu zat daripada golongan lemak. Tubuh manusia akan membina dan membentuk kolesterol. Kolesterol dalam tubuh manusia boleh terdapat dalam makanan. Kolesterol ini boleh datang daripada lemak binatang dengan kadar yang tinggi manakala sayuran pula mempunyai kandungan kolesterol yang paling rendah.
Pertumbuhan yang tidak sempurna akan lebih peka kepada jangkitan penyakit. Kolesterol dalam tubuh akan pecah dan menjadi hormon yang dinamakan ‘steroid’. Hormon inilah yang bertindakbalas dalam tubuh manusia untuk mengawal jangkitan penyakit. Itulah sebabnya kolesterol yang seimbang diperlukan. Seseorang itu dapat mengetahui kandungan kolesterol dalam tubuhnya melalui ujian darah.
Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh mereka. Pertamanya, dari segi pemakanan. Jika dia mengambil atau makan makanan yang mengandungi lebih lemak binatang, jadi berkemungkinan dia akan mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh. Keduanya, boleh disebabkan oleh keturunan iaitu bila ibu atau bapa kanak-kanak tersebut mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh mereka, ini mungkin akan diwarisi oleh anak-anak mereka pula. Oleh sebab itulah, kolesterol menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Ketiganya, bila organ yang bertindak balas dengan kolesterol dalam tubuh kita iaitu hati telah rosak, ianya tidak akan bertindak balas dengan normal. Hati akan terus menghasilkan kolesterol dalam tubuh hingga boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh. Bila seseorang itu mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi, kemungkinan dia akan mempunyai tanda-tanda seperti tompok-tompok kuning pada siku, pergelangan tangan, sudut mata atau di bahagian atas dan bawah kelopak mata. Tompok-tompok ini boleh berada dalam bilangan yang banyak ataupun satu sahaja. Tetapi perlu diingat, bukan semua orang yang mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh menunjukkan tanda-tanda seperti ini. Manakala bagi mereka yang gemuk, perokok atau mempunyai masalah darah tinggi adalah berkemungkinan besar mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh mereka.
Kolesterol yang tinggi boleh membuatkan saluran darah tersumbat. Arterioscleriosrs merupakan penyakit pada salur darah dalam tubuh. Bila kandungan kolesterol tinggi, ia akan melekat di dinding darah menyebabkan dinding darah menjadi sempit. Lemak atau kolesterol akan menjadi keras (beku) dan menyebabkan saluran darah tidak elastik serta berfungsi dengan sempurna. Sakit jantung juga boleh disebabkan oleh kandungan kolesterol yang berlebihan. Bila lemak membaluti jantung, jantung tidak boleh berfungsi dengan normal. Lemak juga akan membaluti saluran-saluran kecil darah yang terdapat pada jantung. Bila keadaan ini berlaku, seseorang itu mungkin terpaksa menjalani pembedahan jantung untuk memulihkan kembali fungsi dan pergerakan jantungnya.
Kandungan kolesterol yang tinggi boleh dirawat melalui gabungan di antara dua iaitu pertama, dia mestilah mengubah cara pemakanannya. Jika selama ini dia makan makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi, tabiat makannya mestilah diubah. Dia hendaklah mengurangkan makanan yang mengandungi kolesterol tinggi. Keduanya, dia akan diberi ubat yang bertindakbalas untuk menghancurkan kolesterol tersebut. Mereka yang mengalami masalah ini, mestilah melakukan kedua-dua jenis rawatan ini dengan serentak.
Oleh itu bagi mengatasi dan mengawal masalah ini, cara pemakanan kita adalah penting. Makanlah makanan yang seimbang. Senaman boleh menolong menghancurkan kandungan kolesterol dalam tubuh. Dari itu, senaman adalah salah satu cara untuk mengawal masalah ini.
PEMAKANAN UNTUK MENURUNKAN PARAS KOLESTEROL
Menurut Pakar Pemakanan, amalan pemakanan sihat dan seimbang dengan pengambilan hidangan lengkap bercirikan bijirin penuh berserat, jenis protein yang betul, sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi serta lemak yang sihat mampu membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah. Antara saranannya adalah:
1. Makanan Bijirin Penuh Dan Tinggi Serat
Makanan berserat kaya dengan serat larut yang dapat membantu menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) dari dalam tubuh. Serat ini berfungsi seperti span yang menyerap kolesterol dan membuangnya bersama pembuangan sisa perkumuhan seharian. Sejumlah 10 gram hingga 15 gram serat larut yang diambil setiap hari mencukupi untuk menurunkan kadar LDL. Serat larut boleh ditemui dalam pisang, kacang buncis, barli, epal, prun dan pear.
Oat mengandung beta-glukan, yang membantu menyingkirkan kolesterol jahat. Untuk mendapatkan hasil terbaik, kita boleh membiasakan diri dengan menggantikan sarapan oat setiap hari. Minum dua gelas susu bersama sekurang-kurangnya tiga sudu makan oat setiap hari dapat menurunkan paras kolesterol
2. Ikan Dan Asid Lemak Poli-tidak Tepu Omega-3
Kita disarankan memakan hidangan protein jenis ikan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu. Asid lemak tidak tepu omega-3 yang terkandung dalam ikan ini dikatakan mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan. Di samping itu, omega-3 juga boleh menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah.
Antara jenis ikan yang tinggi kandungan asid lemak tidak tepu ini adalah ikan laut dalam iaitu tuna, salmon, cencaru, sardin dan kembung. Sebaik-baiknya ikan ini disediakan dengan cara masakan yang dibakar, dipanggang, ditumis, dimasak sup atau dikukus.
 3. Kekacang Badam, Walnut, Pistachio Dan Soya
Kajian menunjukkan sesetengah protein jenis kekacang mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah kerana mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggi. Asid lemak ini membantu menjadikan dinding pembuluh darah yang sihat dan bebas daripada pelekatan kolesterol.
Namun begitu, umumnya kekacang mengandungi kalori yang agak tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan kacang jenis pistachio pada kadar 40 hingga 50 gram sudah cukup untuk memberikan kebaikan kepada jantung.
Tetapi awas kerana pengambilan secara berlebihan boleh mengakibatkan kegemukan sekali gus meningkatkan risiko serangan jantung. Sebaiknya, bersederhana dalam pengambilan jenis kekacang ini.
Makan atau minum soya sebanyak 20 hingga 30 gram setiap hari mampu mengurangi paras kolesterol. Ada banyak pilihan makanan yang berasaskan kacang soya seperti tauhu dan tempe.
4. Buah-buahan Kaya Antioksidan Mengandungi Vitamin A, C Dan E
Buah-buahan sitrus masam seperti mangga, belimbing, oren, strawberi dan kiwi mengandungi vitamin C yang tinggi serta berupaya mencegah pelekatan kolesterol dalam salur darah. Sayuran dan buah berwarna terang seperti brokoli, tomato, lada benggala, labu kuning, ubi, buah zaitun, avokado, betik, aprikot dan sayuran berdaun mempunyai kandungan antioksidan seperti beta karotina, vitamin A dan E.
Panduan penjagaan lemak dan kolesterol mestilah saling berkaitan dengan prinsip pemakanan sihat mengikut piramid makanan Malaysia.

Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya )
Email: sunita.arzansu@gmail.com
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
Sms / call / whatsapp: 013-3493711
Pages Facebook : Vitamin Umie Beauty & Healthy

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.