Tuesday, 10 June 2014

Bahayanya Kolesterol Tinggi


Apakah dia KOLESTEROL ?
Kolesterol itu ialah :
Suatu zat lemak yang beredar di dalam darah, dihasilkan oleh hati dan sangat diperlukan oleh tubuh.
Namun begitu  kolesterol yang berlebihan akan menimbulkan masalah, terutama pada pembuluh darah jantung dan otak.
Dari manakah asalnya KOLESTEROL?
Setiap orang memiliki kolesterol di dalam darahnya, di mana 80% dihasilkan oleh tubuh sendiri dan 20% berasal dari makanan. Kolesterol yang dihasilkan terdiri atas 2 jenis iaitu kolesterol HDL dan kolesterol LDL iaitu:-
  • Kolesterol LDL, adalah kolesterol yang kurang baik, apabila jumlahnya berlebihan di dalam darah, ia  akan dimendapkan pada dinding pembuluh darah seterusnya ia akan membentuk bekuan yang dapat menyumbatkan pembulun darah.
  • Kolesterol HDL, adalah kolesterol baik, ia mempunyai fungsi  membersihkan pembuluh darah dari kolesterol LDL yang berlebihan. Kadar kolesterol HDL yang tinggi merupakan suatu tanda yang baik selagi kolesterol LDL kurang dari 150 mg/dl.
Selain dari itu terdapat  juga Trigliserida. Lemak ini terbentuk sebagai hasil  dari metabolisme makanan, bukan saja makanan yang berasaskan lemak tetapi  juga makanan yang berasal dari  karbohidrat dan protein yang  berlebihan, yang mana bukan keseluruhannya diperlukan sebagai sumber tenaga. Kadar trigliserida ini akan meningkat apabila kita mengambil kalori yang berlebihan, yang mana ia lebih besar daripada apa yang badan kita perlukan.
Mengapakah kolesterol darah yang tinggi membawa masalah ?
Kolesterol darah yang tinggi merupakan salah satu faktor risiko yang menyebabkan :
1. Penyumbatan pada pembuluh darah jantung yang dapat menimbulkan serangan jantung.
2. Penyumbatan pada pembuluh darah otak yang dapat menimbulkan serangan stroke.
Apakah trigliserida yang tinggi merupakan masalah ? 
Kadar trigliserida yang tinggi juga akan meningkatkan lagi  risiko terjadinya penyumbatan pada pembuluh darah jantung dan otak, jika ia didapati ada bersamaan dengan tingginya kadar kolesterol LDL  dan kadar kolesterol HDL pula  rendah.
Bagaimana cara untuk kita memantau kadar kolesterol ?
Satu-satunya cara memantau kadar kolesterol dan lemak darah adalah dengan melakukan pemeriksaan contoh darah yang diambil setelah kita melakukan puasa(tidak makan) selama satu malam atau 10-12 jam atau sekurang-kurangnya 3-4 jam. Dengan pengambilan darah tersebut, doktor akan melakukan ujian tahap kolesterol dan bacaan normal adalah seperti :-
  • Kolesterol total < 200 mg/dl
  • Kolesterol HDL 35 – 65 mg/dl
  • Kolesterol LDL < 150 mg/dl
  • Trigliserida < 200 mg/dl
  • Ratio kolesterol total : kolesterol HDL < 5
Apakah penyebab bagi peningkatan KOLESTEROL di dalam darah ?
1. Faktor genetik
Tubuh kita memang banyak menghasilkan kolesterol. Seperti yang kita ketahui, 80 % dari kolesterol di dalam darah dihasilkan oleh tubuh kita sendiri. Ada sesetengah orang, ia  boleh menghasilkan kolesterol lebih banyak dibandingkan dengan sesetengah yang lain. Ini disebabkan oleh faktor keturunan. Bagi sesetengah  orang seperti ini, meskipun ia hanya mengambil sedikit saja makanan yang mengandungi kolesterol atau lemak tepu, namun tubuhnya tetap juga menghasilkan kadar kolesterol lebih banyak.
2. Faktor makanan
Dari segi faktor makanan, makanan yang  berlemak merupakan hal yang sangat penting untuk diperhatikan. Lemak merupakan bahan makanan yang sangat penting, apabila kita tidak makan lemak yang cukup maka tenaga kita juga akan berkurang, namun begitu, sekiranya kita makan lemak yang  berlebihan, ia dapat mengakibatkan kerosakkan pada pembuluh darah. Seperti yang kita ketahui, lemak dalam makanan banyak terdapat dari makan dari sumber daging, namun begitu terdapat juga sumber lain lemak tepu seperti:-
  • Lemak tepu berasal dari daging, minyak kelapa.
  • Lemak tidak jenuh terdiri dari : asam lemak omega 3, asam lemak
  • Omega 6 dan asam lemak omega 9.
Fakta kajian tentang kolesterol :
o Lemak yang berasal dari ikan, atau omega 3 dapat mencegah terjadinya kematian mendadak yang disebabkan oleh penyakit jantung koroneri.
o Asam lemak omega 3 dapat menurunkan kadar LDL kolesterol dan meningkatkan kadar HDL kolesterol serta menurunkan risiko terjadinya gumpalan dalam pembuluh darah.
o Asam lemak omega 6 yang berasal dari sayur-sayuran juga dapat mencegah penyakit jantung koroneri.
o Asam lemak omega 9 atau dikenali sebagai minyak zaitun, juga didapati dalam minyak goreng kelapa sawit yang telah mengalami proses tertentu. Asam lemak omega 9 ini dapat menyebabkan peningkatan kadar HDL kolesterol.
o Untuk sebahagian besar kes, kolesterol berasal dari makanan yang dimakan iaitu makanan yang mengandung lemak tepu seperti daging haiwan dan minyak kelapa.
o Lemak tak tepu yang terdapat pada minyak goreng apabila  digunakan untuk menggoreng dengan kadar pemanasan yang tinggi akan dapat mengubah struktur kimianya. Perubahan tersebut membawa kepada setuasi negatif.
Bagaimana menjaga agar kadar kolesterol darah tetap normal ?
1.Mengambil makanan yang seimbang sesuai dengan keperluan. Makanan seimbang adalah makanan yang terdiri dari :
  • 60 % kalori berasal dari karbohidrat
  • 15 % kalori berasal dari protein
  • 25 % kalori berasal dari lemak
  • kalori dari lemak tepu tidak boleh melebihi dari 10 %
Kelebihan kalori dapat diakibatkan dari pengambilan yang berlebihan (makan banyak) atau penggunaan tenaga kurang atau kurang melakukan aktiviti.
Kelebihan kalori terutama yang berasal dari karbohidrat dapat menyebabkan peningkatan kadar trigliserida.
  • Contoh makanan yang mengandungi karbohidrat tinggi iaitu nasi, kuih, snack ringan, mee, roti dsb.
  • Contoh makanan yang mengandungi protein haiwan tinggi iaitu  daging, ikan, udang, putih telur.
  • Contoh makanan yang mengandung protein sayuran tinggi seperti makanan yang berasal dari kekacang.
2. Menurunkan penggunaan lemak tepu.
Lemak tepu terutama berasal dari minyak kelapa, santan dan semua minyak lain seperti minyak jagung, minyak sayuran dll yang mendapat pemanasan tinggi atau dipanaskan berulang-ulang.
Kelebihan lemak tepu akan menyebabkan peningkatan kadar kolesterol LDL.
3. Menjaga agar penggunaan lemak tepu tetap baik secara kuantitinya ataupun kualitinya.
Minyak tidak tepu terutama yang didapati dari ikan laut serta minyak sayur dan minyak zaitun yang tidak dipanaskan dengan pemanasan tinggi atau tidak dipanaskan secara berulang-ulang.
Penggunaan  lemak tidak tepu ini akan dapat meningkatkan kadar kolesterol HDL, dan mencegah terbentuknya endapan pada pembuluh darah.
4. Menurunkan pengambilan makanan berkolesterol
Kolesterol yang paling  banyak ditemukan pada lemak dari haiwan, kuning telur, serta “makanan laut” (kecuali ikan).
5. Mempelbagaikan makanan yang  lebih banyak serat dalam menu makanan sehari-hari.
Serat banyak ditemukan pada buah- buahan (misalnya buah epal, pir yang dimakan dengan kulitnya) dan sayur-sayuran. Serat yang disyorkan adalah sebanyak 25 – 40 grm/hari, bandingan dengan 6 buah epal merah dengan kulit atau 6 mangkuk sayuran. Serat berfungsi untuk mengikat lemak yang berasal dari makanan dalam proses pencernaan, sehingga mencegah peningkatan kadar LDL kolesterol.
6. Mengubah cara memasak makanan
Sebaik-baiknya memasak makanan tidak dengan cara menggoreng tetapi dengan merebus, mengukus atau membakar tanpa minyak atau mentega. Minyak goreng dari asam lemak tidak tepu sebaik-baiknya jangan  digunakan untuk menggoreng tetapi hanya digunakan untuk minyak salad, kerana ia mempunyai kesan positif terhadap peningkatan kadar HDL  kolesterol serta  pencegahan dari terjadinya mendapan pada pembuluh darah.
7. Melakukan aktiviti-aktiviti fizikal dengan cara yang teratur.
Digalakkan untuk melakukan senaman  yang bersifat aerobik (berjalan cepat, lari-lari kecil, menunggang basikal, berenang dll.) secara  teratur 3 – 5 kali setiap minggu, selama 30 – 60 minit sehari. Senaman  yang teratur boleh membantu meningkatkan kadar kolesterol HDL. Apabila melakukan senaman  berjalan, lari-lari kecil sebaik-baiknya menggunakan kasut  yang sesuai untuk mencegah dari kecederahan pada sendi kaki.


Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya )
Email: sunita.arzansu@gmail.com
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
Sms / call / whatsapp: 013-3493711
Pages Facebook : Vitamin Umie Beauty & Healthy

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.