Monday, 24 November 2014

JANGAN BELI PRODUK INI JIKA ANDA TIDAK MAHU ANAK PANDAI!


  • JANGAN BELI PRODUK INI JIKA ANDA TIDAK MAHU ANAK PANDAI!

  • ✕ Anda risau anak tidak fokus di dalam kelas?
    ✕ Guru selalu komplain tentang pretasi anak anda?
    ✕ Anak anda selalu mendapat markah corot di dlm kelas?

  • Testimoni:
    "Ya Allah, sejak anak saya mengamalkan mealshake dan omega, saya perasan anak saya lebih fokus dlm kelas. Cikgu2 pn tegur. Anak makin bnyk bertanya. Final exam lepas anak saya dpt no 1 dlm kelas. Anak sy bkn shj cemerlang dlm kelas, tapi aktif juga dlm kokurikulum! Happy sgt! Mmg x sia2 bg omega dan mealshake" - Pn. Rashidah Mat Salleh

  • SAYA BOLEH BANTU ANDA!
    ➤ ➤ Memperkenalkan Mealshake dan OmegaGuard! Wow!



  • ✓ Kebaikan Omega Guard:
    1. Omega Guard Shaklee memiliki tujuh jenis asid lemak Omega 3 yang semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi
    2. Amat bagus untuk bayi dan kanak-kanak yang sedang membesar untuk kecerdasan otak dan daya tumpuan yang tinggi
    3. Membekalkan khasiat untuk sistem imunisasi kepada anak dan membantu perkembangan otak juga
    4. Sesuai untuk anak yang mudah jatuh sakit seperti batuk, selesema, asma

  • ✓ Kebaikan Mealshake :
    1. Membekalkan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak
    2. Memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
    3. Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
    4. Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar

  • Wow! Byknya kebaikan Omega Guard dan Mealshake.
    Dapatkannya daripada saya segera bulan ini dengan harga promo.
    Istimewa hanya untuk anda.Berikan yang terbaik untuk anak syurga anda.

Sekiranya anda perlukan supplement Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya : 
Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, 23 November 2014

Saya Seorang WAHM


Salam Hujung Minggu semua pembaca blog umie...

Setiap hujung minggu adalah milik WAHM seperti saya.Wah...kenapa ? Sebab hujung minggu lah saya nak tengok dunia luar ( alasan anak bosan duduk rumah ) heheee...

Seperti biasa setiap hujung minggu lah saya kena masak sedap-sedap.Hujung minggu lah untuk saya ronda buat kerja ( edar flyers ).Tapi minggu nie minggu untuk anak-anak.

Kisah nya semalam kami pergi ke Karnival Upin Ipin tu...hati ibu mesti nak gembira kan anak.Lagi-lagi Si Adam memang peminat upin ipin.Maka bawak lah dia ke sana untuk tengok maskot upin ipin tu.Tapi hampa sebab orang terlalu ramai.Hanya suara ultraman dan upin ipin yang kedengaran,maskot nya tak nampak pun.lagi-lagi orang pendek macam saya nie.kesian...tapi adam nampak lah jugak sebab ayah die dokong.Nampak dia teruja sangat.Tapi sebab terlalu padat dengan manusia.Xdapat nak ambik gambar dengan upin ipin.Sudah nya hanya bergambar di luar je...

Nie jelah gambar yang saya sempat ambik.ingat nak posing banyak lagi...tapi tak sanggup nak berhimpit dengan manusia yang terlalu ramai.

Sampai sini pun dah pening...confirm kena parking jauh.

Depan pintu dewan.

Moto Besar nie kat luar dewan.lame jugak lag tunggu turn.

 Adam dah ngantuk tu..tu takde mood nak ambik gambar.umie nyer jelah posing.

Ontheway nak ke parking kereta.Penat stop dulu...cantik jugak view kat belakang tu.

Nasib baik dalam duka ada suka...saya suka saya suka...dialog si memei selalu.heheee...Register member Rm20...dapatlah semua nie.Ok lah daripada takde langsung...untuk kenangan si adam.Dah selesai ambik gambar,kami pun beransur pulang.Sebab malam tu kami kena ke KLIA pulak.Hantar barang customer.syukur barang dah diserah pada tuan empunya...risau simpan barang lame-lame.

Saguhati dari customer ( made in sabah )

Sepatutnya nyer saya dah lena kalau seharian berjalan...badan memang penat.Tapi entah kenapa malam tadi tak boleh nak lelap langsung.Disebabkan bahan chessekut nie dah dibeli...maka terhasil lah cheesekut saya nie tengah malam tadi.resepi dari kakton sahabat saya.kerana dia,saya terliur nak makan benda nie.

Sebab takde plan nak kemana hari nie.cakap kat husband..hari nie makan mee goreng jelah.saya malas nak masak...ngantok kononnya.tapi sampai sekarang tak tidur lagi.Dasyat sungguh mata nie...terkena aura ultraman ke ape.hehee...
 
Mee goreng udang kering

Petang tadi reward diri kat situ..rimas simpan rambut panjang.Potong pendek tadi ..ringan kepala.

Nie je lah aktiviti saya dan hujung minggu nie.Hujung minggu depan ade warehouse sales pureen dan majlis kawan bertunang menanti pulak.Sibuk sungguh rasa diri nie.Ade je urusan menanti...Alhamdulillah menjadi seorang WAHM memang seronok.

Anda pun teringin nak jadi WAHM ? Meh hubungi saya...hidup ini diberi piliham...maka pilih lah apa yang anda mahukan.

Sekiranya anda perlukan supplement Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya : 
Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, 22 November 2014

Karnival Upin & Ipin 2014, PICC Putrajaya



Karnival Upin & Ipin 2014, PICC Putrajaya

Karnival yang saya nantikan sangat-sangat,sebab nak bawak adam jumpa upin ipin.Dia peminat tegar cerita upin ipin,hari-hari memang layan.Maka hari nie saya nak bawak adam jalan-jalan ke karnival upin ipin nie.Nanti saya share aktiviti kami disana di entry seterusnya.




Pada tahun ini, Karnival Upin & Ipin akan dianjurkan secara besar-besaran di Putrajaya Interational Convention Centre (PICC), Putrajaya pada 21 hingga 23 November 2014. Keunikan karnival kali ini adalah dari segi pengisian dan persembahan yang telah diaturkan. Tambah istimewa lagi, buat pertama kalinya Les’ Copaque Production bekerjasama dengan syarikat gergasi Jepun iaitu Tsuburaya dengan menampilkan watak terbaru Ultraman di Karnival Upin & Ipin.
Selain itu juga, pelbagai aktiviti menarik dari 9 pagi hingga 10 malam yang telah diatur oleh semua pengunjung seperti penampilan 13 maskot dari siri animasi Upin, Ipin dan Pada Zaman Dahulu. Terdapat juga penampilan istimewa pertama kali watak-watak dari animasi Puteri dan banyak lagi.
Nantikan perkembangan lebih lanjut melalui laman web www.upindanipin.com.my sertaFacebook Upin & Ipin.


Sekiranya anda perlukan supplement Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya : Nama : Sunita Arzansu Sms / call / whatsapp: 013-3493711 Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy Email: sunita.arzansu@gmail.com Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, 21 November 2014

Punca Wanita Sukar Hamil & Kenapa Gagal Hamil


Punca Wanita Sukar Hamil & Kenapa Gagal Hamil 



Sebelum berusaha untuk hamil , yakinkan diri dan pasangan bahawa segalanya sudah siap untuk menghadirkan si kecil ke dalam dunia . Pada titik tertentu dalam kehidupan seseorang , keinginan untuk mempunyai anak menjadi sangat besar . Tapi bagi sebahagian orang , mendapat kehamilan atau mengandung merupakan sebuah misi yang mustahil


Menurut Mayo Clinic , kira-kira 10 hingga 15 peratus pasangan di Amerika Syarikat tidak subur . Hal ini mungkin disebabkan kerana pelbagai alasan , boleh kerana dari pihak laki - laki atau pun perempuan . 
Menurut US Department of Health and Human Services , penyebab umum dari kemandulan pada perempuan adalah adanya masalah dengan ovulasi . Ini adalah suatu proses pelepasan telur yang telah matang dari dalam rahim untuk kemudian berjalan menuju tiub fallopio untuk disenyawakan . ) Sebuah tanda umum dari masalah ovulasi di antaranya tempoh haid yang tidak normal , atau kurang lengkapnya tempoh haid .

Di bawah ini adalah beberapa penyebab umum kemandulan pada wanita , yang sebahagian besar berkaitan dengan masalah ovulasi : 

 1 . Sindrom ovari polisistik ( PCOS )
PCOS merupakan keadaan yang menyebabkan kelebihan pengeluaran hormon androgen dan merupakan salah satu punca utama kemandulan pada perempuan . Ketidakseimbangan hormon yang disebabkan oleh PCOS menyebabkan masalah dengan ovulasi dan terganggunya kitaran haid . Keadaan ini juga sering dikaitkan dengan obesiti dan rintangan insulin . 

 2 . Menopause awal
Menurut Mayo Clinic , menopause awal ditakrifkan sebagai kekurangan atau hilangan haid dan tanda awal habisnya folikel ovari sebelum seorang wanita mencapai usia 40 tahun . Seorang perempuan dianggap menopause awal jika fungsi ovari ( ovari ) dan haid berhenti sebelum usia 40 tahun . Penyakit kekebalan tertentu atau bahkan terapi radiasi boleh mencetuskan menopause awal pada perempuan . 

3 . Kerosakan pada saluran telur ( tuba )
Ketika saluran tuba meradang , hal ini mungkin disebabkan kerana adanya penyumbatan atau rangkaian parut , yang pada gilirannya , menyebabkan kemandulan . Kerosakan tersebut umumnya disebabkan oleh jangkitan penyakit berjangkit seksual , terutamanya chlamydia . Kes - kes lain yang boleh menyebabkan penyumbatan pada tuba termasuk penyakit radang pelvis , atau bekas operasi akibat kehamilan ektopik .

4 . Endometriosis 
Endometriosis adalah suatu keadaan di mana rangkaian rahim tumbuh di luar rahim . Keadaan ini biasanya akan memberi kesan kepada ovari , telur , saluran telur , rahim dan bahkan fungsi sperma . Dalam kes endometriosis yang ringan , konsep masih mungkin terjadi kerana tidak semua wanita akan mengalami kemandulan . Pada kes ini , laparoskopi boleh digunakan untuk menghilangkan parut yang disebabkan oleh endometriosis untuk membantu persenyawaan .

5 . Ovari parut
Faktor lain yang mempengaruhi ovulasi wanita adalah kerosakan fizikal pada ovariumnya . Kerosakan tersebut boleh disebabkan oleh pembedahan akibat sista ovari . Operasi berterusan yang luas atau invasif boleh menyebabkan kerosakan rangkaian parut ke titik di mana folikel ovari tidak dapat lagi dewasa , akibatnya proses ovulasi menjadi tidak lengkap .

6 . Lekatan pelvis
Lekatan pelvis ditakrifkan sebagai rangkaian parut yang terbentuk selepas operasi pelvis , usus buntu yang boleh mengganggu kesuburan . Lekatan pelvis boleh mengubah struktur saluran tuba , sehingga sukar untuk telur wanita melakukan perjalanan melalui saluran tersebut .

7 . Masalah tiroid 
Hipertiroidisme adalah suatu keadaan di mana kelenjar tiroid terlalu aktif . Sedangkan tiroid hipotiroidisme , merupakan keadaan yang disebabkan oleh tiroid kurang aktif . Keduanya boleh menyebabkan masalah kemandulan pada wanita .

8 . Rawatan Kanser 
Mempunyai kanser dan menjalani radioterapi atau bentuk lain rawatan kanser boleh mengganggu fungsi dari sistem pembiakan lelaki atau wanita . Kajian telah menunjukkan bahawa penurunan kesuburan seorang wanita salah penyebabnya adalah kesan sampingan dari radiasi . Namun keadaan ini juga bergantung dari bahagian tubuh yang di sinari . Perempuan yang menjalani terapi radiasi harus membicarakan dengan doktor mereka tentang kesan rawatan yang mungkin akan mempengaruhi kesuburan mereka .

9 . Ubat - ubatan tertentu dan lifestyle 
Ubat - ubatan tertentu boleh menyebabkan kemandulan pada wanita . Tetapi dengan menghentikan penggunaan ubat itu sepenuhnya , wanita masih mungkin untuk kembali menjadi subur seperti semula . Menggunakan ubat - ubatan , minum alkohol , merokok , makan tidak sihat dan kelebihan berat badan atau kekurangan berat badan , dan sukan olahraga berlebihan juga boleh menyebabkan kemandulan pada perempuan .

10 . Usia 
 Usia juga dianggap sebagai faktor umum berkaitan kemandulan pada perempuan . Perempuan di atas 40 tahun mempunyai jumlah sel telur lebih rendah dan cenderung kurang sihat . Kemungkinan keguguran juga lebih tinggi pada wanita yang usianya lebih tua .

Sumber  

Kenapa Gagal Hamil? 
Keinginan memiliki cahaya mata tentunya meluap-luap lebih-lebih lagi setelah bertahun-tahun mencuba namun masih tidak berjaya. Kepada yang berhadapan dengan masalah seperti ini, adalah penting untuk anda mengetahui bahawa ada banyak faktor yang boleh menghalang kehamilan. Untuk pengetahuan, di kalangan pasangan suami isteri yang subur, peratusan kejayaan hamil selepas percubaan bulan pertama hanyalah sekitar 25 peratus. Ini bermakna 75 peratus daripada pasangan perlu mencuba beberapa kali sebelum berjaya hamil. Ramai tertanya-tanya mengapakah dia masih gagal hamil walaupun telah banyak kali mencuba tanpa jemu.

Antara faktor penyebabnya ialah: 
Usia wanita tersebut
Dalam zaman yang serba moden ini, ramai wanita mendirikan rumah tangga hanya selepas berjaya memperoleh kerjaya yang diinginkan. Akibatnya, usia sudah ‘banyak’. Tahu kah anda bahawa peningkatan usia boleh mengurangkan kemampuan seseorang wanita itu untuk hamil. Setelah berusia 30 tahun, tahap kesuburan wanita semakin berkurangan dari setahun ke setahun.

Usia dan tahap kesihatan pasangan 
Tahap kesuburan lelaki juga berkurangan apabila usia mereka meningkat. Walau bagaimanapun, penurunan tersebut tidaklah secepat wanita. Biasanya tahap kesuburan lelaki mula menurun selepas berusia 40 tahun. 

Gaya hidup
Pelbagai faktor yang ada kaitan dengan gaya hidup memberikan kesan terhadap keupayaan seseorang wanita itu untuk hamil. Antaranya ialah faktor pemakanan, senaman, tahap stres yang sedang dialami, tabiat tidur dan macam-macam lagi. Untuk memastikan berjaya hamil, anda mestilah betul-betul sihat. Maknanya, anda perlu berhenti merokok, tidak mengambil minuman keras, mengamalkan diet seimbang setiap hari, tidur yang cukup dan senaman secara berkala.

Stres yang melampau
Tekanan perasaan yang melampau boleh menutup peluang anda untuk memiliki cahaya mata sendiri. Sama ada berusaha terlalu keras untuk mendapatkan anak ataupun terlalu komited dengan kerja, kedua-duanya boleh menyebabkan anda sukar hamil. Semakin tertekan pasangan suami isteri itu maka semakin susah bagi mereka untuk mendapatkan anak. 

Pakaian
Bagi lelaki, pemakaian pakaian terutamanya seluar dan seluar dalam yang ketat boleh menyebabkan sperma yang dihasilkan kurang berbanding dengan lelaki yang berpakaian longgar. Jadi, ini bermakna sekiranya masih belum ada anak dan suami gemar memakai seluar dalam, elokkan bertukar kepada memakai ‘boxer’ agar lebih longgar.

Masalah hormon
Sesetengah wanita tidak ada masalah untuk hamil tetapi tubuh mereka tidak mampu menghasilkan progesterone yang mencukupi bagi mengekalkan kehamilan. Oleh itu, sekiranya anda risau tentang kemungkinan ada masalah hormon ataupun masalah fizikal yang menyukarkan kehamilan, segeralah berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Bilangan sperma yang rendah
Ada sesetengah lelaki bermasalah untuk menghasilkan sperma. Akibatnya isteri mereka sukar hamil. Oleh yang demikian, suami perlulah menjalani beberapa ujian terhadap sperma mereka untuk mengetahui keadaan sebenarnya.

Pengambilan kafein
Sekiranya anda mengambil lebih daripada satu atau dua cawan kopi setiap hari, anda sebenarnya mengurangkan keupayaan diri untuk hamil. Ada kajian mendapati bahawa jumlah kafein yang ada dalam tubuh boleh mengganggu kemampuan telur untuk melekat dalam uterus.

Ingat, jika anda masih gagal hamil setelah beberapa bulan mendirikan rumah tangga, segeralah berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan lanjut. Dengan bantuan peralatan moden dan kemajuan sains dan teknologi, memiliki anak daripada benih sendiri tidak mustahil. Yang pentingnya usaha.

Semua sekadar INFO...berusaha dan rezeki itu InsyaALLAH...

Anda juga boleh mengambil supplement Set kesuburan untuk membantu memperbetulkan hormon anda.


Sekiranya anda perlukan supplement Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya : 

Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Westlife - You Raise Me Up (With Lyrics)



layan lagu nie sambil buat entry...best...
korang dengar lah...

Sekiranya anda perlukan supplement Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya :Nama : Sunita ArzansuSms / call / whatsapp: 013-3493711Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya )FB Page : Vitamin Umie Beauty & HealthyEmail: sunita.arzansu@gmail.comBlog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, 20 November 2014

Cara Menentukan Kesuburan Wanita Bagi Memudahkan Proses Kehamilan



Cara Menentukan Kesuburan Wanita Bagi Memudahkan Proses Kehamilan

Setiap pasangan yang berkahwin pasti mempunyai matlamat untuk mendapatkan anak. Tidak kiralah samada menimang anak dengan cepat, memiliki anak yang ramai atau apa sahaja yang pastinya perancangan yang berkaitan dengan cahayamata.

Hakikatnya, isu anak ini adalah merupakan takdir dari Tuhan. Sebagaimana urusan ajal maut, jodoh dan rezeki di tangan-Nya, maka begitu juga dengan urusan anak, ianya adalah rezeki yang datang dari Allah.

Apapun, kita selaku hambaNya harus berusaha, berikhtiar selagi mampu.
Kali ni jom kita belajar tentang cara menentukan waktu-waktu subur wanita, bagi memudahkan proses kehamilan berlaku.

Pertama, apa yang kita mesti faham adalah mengenai kitaran haid. Agak susah dan kompleks sebenarnya kitaran haid ini. Ini disebabkan kitaran haid setiap wanita itu adalah tidak sama, dan ada yang normal juga tidak normal. Secara puratanya kitaran haid wanita adalah 28-30 hari.

Terdapat 4 fasa sepanjang kitaran haid.

Kitaran haid
Fasa 1 : Hari 1-7 – Pengeluaran Haid (menstruation)
Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Fasa 2 : Hari 8 -11 – Follicular
Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Fasa 3: Hari 14 – Ovulasi
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Fasa 4 : Hari 15-28 – Luteal / Secretory
Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormon dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.

Justeru, waktu yang terbaik untuk bersama suami isteri adalah pada hari ovulasi berlaku dimana ketika itu telur baru sahaja keluar dari sarangnya. Ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama haid seterusnya.


Katakanlah, kitaran haid anda adalah:-

28 hari ~ maka 28-14 = hari ke 14 adalah hari subur

30 hari ~ maka 30-14 = hari ke 16 adalah hari subur

35 hari ~ maka 35-14 = hari ke 21 adalah hari subur

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasafolicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

Bagi mereka yang mengalami kitaran haid yang berubah-ubah, anda boleh mencuba GLA Complex dari Shaklee, yang berfungsi untuk membantu menstabilkan hormon anda.Boleh lihat Sini untuk maklumat lanjut mengenai GLA Complex.



GLA Complex



Berikhtiarlah sebelum TERLAMBAT!!

Sekiranya anda perlukan supplement Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya :

Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Wednesday, 19 November 2014

Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri Part 1


Tingkatkan Kesuburan Suami Isteri

Hi semua,wahh...mentang mentang semalam saya join kelas kesuburan di HQ shaklee bersama rakan rakan lain.Dan pakar nutrisi shaklee,Sarah .So...hari nie nak cerita sikit lah ye.

Banyak sebenarnya cara yang boleh kita cuba untuk meningkatkan tahap kesuburan. Mungkin bagi mereka yang telah lebih setahun berkahwin,  namun masih lagi belum dikurniakan cahaya mata boleh mencuba untuk aplikasikan petua-petua ini. 



Jom kita tengok apa yang boleh dikongsi pada kali ini.

1. Panas vs Sejuk

Jangan terkejut sekiranya tindakan meletakkan laptop atas pangku sambil bekerja akan mengurangkan kualiti sperma bagi lelaki. Ini kerana sperma paling cepat berkembang di tempat yang dingin.
Selain daripada itu, mereka yang sering mengamalkan mandi dengan air yang dingin, lebih berkemampuan dalam meningkatkan tahap kesuburan diri lima kali lebih tinggi jika dibandingkan dengan mereka yang mandi dengan air panas.

2. Surirumah hebat

Menurut satu kajian oleh University North Carolina di Amerika Syarikat, wanita yang biasa melakukan kerja-kerja rumah seperti melakukan pembersihan rumah atau berkebun akan lebih cepat hamil. Ini berikutan proses ini dianggap dapat menghentikan penghasilan insulin yang dianggap membahayakan telur. Jadi, rajin-rajinlah ye menjadi surirumah yang hebat.

3. Rehat & Rawat

Ada kajian menunjukkan bahawa mereka yang tidak tertekan, melalui hidup yang tenang boleh dapat meningkatkan tahap kesuburan masing-masing. Menurut konsultan O&G Michael Dooley, stress dapat memberi sumbangan yang besar tehadap mengurangkan tahap kesuburan.

4. Pengambilan suplemen

Hasil penelitian oleh Royal Free Hospital, London menunjukkan bahawa wanita yang kondisi tubuhnya sihat juga akan mendapat tahap kesuburan yang juga baik. Melalui pengambilan asid folik, vitamin B12 dan selenium akan dapat membantu meningkatkan kesihatan serta kesuburan wanita. Boleh tengok kat sini untuk vitamin2 kesuburan ini.

5. Katakan TIDAK pada rokok dan minuman keras.

Mereka yang merokok dan mengambil minum beralkohol akan menurunkan jumlah sperma dan meningkatkan sperma yang abnormal.

6. Kuruslah!

Berat badan yang ideal, tidak gemuk atau obes akan meningkatkan tahap kesuburan.

7. Pengambilan minyak ikan

Kandungan Omega 3 yang banyak terdapat dalam  minyak ikan dapat mengurangkan risiko keguguran dan meningkatkan kualiti sperma. Dan Omega Guard Shaklee pastinya menjanjikan minyak ikan paling tulen di dunia, tanpa risiko bahan berbahaya hasil proses sulingan yang ketat.

8. Jauhi kafein

Kafein dapat mengurangkan tahap kesuburan anda. Jauhi kafein bilamana anda merancang untuk mendapatkan cahayamata idaman anda.

9. Perbanyakkan pengambilan air masak

Pakar kesuburan wanita Zita West mengatakan, "Jika Anda tidak minum cukup air, sistem reproduksi akan kehilangan tenaga yang diperlukan oleh organ vital."
Air mineral akan melancarkan pengaliran darah ke otak dan memperkuat rahim.

10. Lakukan hubungan seks

Haaa ni paling penting kan? ;-) Untuk mendapatkan anak, disarankan bagi pasangan melakukan hubungan seks terutama pada waktu subur. Kenali waktu subur anda dan beroperasilah ;-)

Sekiranya anda perlukan suplemen Shaklee, anda boleh mendapatkannya dari saya :

Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.