Saturday, 3 May 2014

RISAU BAYI SEMBELIT


Punca Bayi Sembelit

Memberi susu tepung lembu sepenuhnya ( full cream formula ) terlalu awal umpamanya di waktu usia bayi empat bulan boleh menyebabkan sembelit . Bayi yang menerima susu badan atau formula bayi boleh ditambah dengan bahan makanan seperti prun , nanas , apricot , anggur yang dilecek -lecek dan juga sayur -sayuran yang berfibre seperti sayur salad.

Cara Mengatasi Sembelit Bayi

cara mengatasi bayi sembelit Cara Mengatasi Sembelit Bayi
Anda boleh mengambil beberapa langkah yang mudah untuk melegakan bayi anda dan mencegah sembelit daripada berulang seperti mengalakkan bayi lebih bergerak, misalnya anda boleh membaringkan bayi lalu menggerakkan kakinya seolah-olah mengayuh. Ataupun galakkan dia lebih merangkak. Kekurangan aktiviti fizikal akan menyebabkan sembelit, perlahan-lahan urutkan perut bayi dengan pergerakan bulatan selama beberapa minit selain tambahkan serat dalam diet bayi. Misalnya, anda boleh memberikannya jus buah-buahan. Tetapi jangan beri terlalu banyak kerana ia akan mengurangkan pengambilan susu.
Jika bayi anda telah diperkenalkan makanan pejal, anda boleh meningkatkan pengambilan bran, bijiran, buah-buahan segar (contohnya prun, pisang dan aprikot) serta sayuran. Pastikan bayi anda diberi cecair yang mencukupi. Berikannya air masak atau sedikit jus buah-buahan (terutama epal, pir atau prun) di antara penyusuan terutamanya apabila cuaca panas.
Jika bayi mengalami sembelit untuk jangka masa yang panjang atau terdapat tanda-tanda kesakitan yang berulang, maka anda mesti meminta nasihat doktor atau profesional perubatan.
Jangan cuba selesaikan masalah tersebut secara sendiri dengan menggunakan laksatif dan rawatan herba. Ubat-ubatan tidak patut digunakan tanpa nasihat doktor. Susu yang paling baik bagi mengurangkan sembelit adalah susu ibu. Susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi anda.

Kesimpulan

Sembelit dikalangan bayi-bayi perlulah dicegah dan apabila berlaku mestilah dirawat dengan agresif supaya keadaan ini tidak akan berterusan.Seperti telah dijelaskan sembelit dikalangan bayi boleh menyebabkan bukan sahaja luka atau pendarahan dibahagian anus tetapi boleh membawa akibat-akibat lain seperti kesan-kesan emosi disebabkan oleh air-air najis dipunggung dan diseluar yang sangat berbau hingga menghidarkan pergaulan diantara kanak-kanak yang terlibat itu dengan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya.
Sesuatu keadaan organik yang wujud perlu diketepikan dengan pemeriksaan dan ujian-ujian tertentu. Tanpa penyakit-penyakit itu perlulah ibu-ibu menentukan yang bayi-bayi mereka tidak diberikan bahan-bahan makanan yang boleh menyebabkan bayi mereka sembelit atau memburukkan keadaan sembelit jika sudah wujud.


Sumber: Cara Mengatasi Sembelit Bayi | Fuh.My 



Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) Email: sunita.arzansu@gmail.com Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ Sms / call / whatsapp: 013-3493711 Pages Facebook : Vitamin Umie Beauty & Healthy ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.