Assalamualaikum
Kerajinan melanda diri semalam...yelah cuti kan.So,rajin2 masuk ke dapur main masak2.
So,menu semalam LAKSA Sarawak,1st time tau buat.Main belasah je....nasib baik menjadi.
oK, marilah kita share resepi nak buat laksa sarawak yang senang tahap kacang goreng je nie.
Bahan-bahan untuk kuah
300g paste laksa sarawak
2 liter air
300 ml santan (pakai yang kotak je)
250g udang
2 batang serai
2 belah dada ayam
1 kiub pati ayam (knorr atau maggi)
garam
Bahan-bahan untuk bihun
1 bungkus bihun
Bahan-bahan untuk sambal belacan
3 batang cili padi
5 batang cili merah
Seinci belacan
1 biji limau
sedikit garam dan gula
Bahan-bahan hiasan
telur dadar dipotong halus
Isi ayam dipotong kecil2
Udang
limau
taugeh
Cara-cara memasak kuah
1. Rebus dada ayam bersama air sehingga masak
2. Rebus jugak udang hingga masak.
3. Masukkan serai yang diketuk, paste @ rempah laksa sarawak dalam air rebusan tadi dan masukkan kiub. Biarkan mendidih.
4. Kecilkan api dan, masukkan santan. Jaga yer jangan sampai santan pecah minyak
5. Masukkan garam,ajinomoto dan serbuk secukup rasa jika mahu . done!
Cara-cara menyediakan bihun
1. Rebus bihun sehingga lembut
Cara-cara menyediakan sambal belacan
1. Tumbuk cili padi, cili merah, belacan sehingga lumat
2. Masukkan sedikit garam dan gula
3. Perahkan limau
Macamana nak makan?
Ambil mangkuk, letak bihun letak bahan-bahan hiasan bersama sambal belacan dan jirus kuah nyum!
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) Email: sunita.arzansu@gmail.com Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ Sms / call / whatsapp: 013-3493711 Pages Facebook : Vitamin Umie Beauty & Healthy ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Sedapnye..yum..yum...
ReplyDelete