Monday, 22 December 2014

Kelebihan Vitamin C Dalam Penjagaan Kulit


Kelebihan Vitamin C Dalam Penjagaan Kulit


Sumber Vitamin C

Vitamin C, juga dikenali sebagai Asid Askorbik (Ascorbic Acid), mempunyai beberapa fungsi tersendiri di dalam tubuh badan manusia. Antaranya ialah memelihara kesihatan kulit. Memandangkan tubuh badan tidak boleh menyimpan Vitamin C di dalam tisu, kita perlu sentiasa mengambilnya. Sumber-sumber Vitamin C yang baik termasuklah buah oren, lemon,limau kasturi, cili besar (capsicum), brokoli dan limau gedang (grapefruit).


Kesan Anti-oksida


Cara Anti-oksida Bertindak

Apabila oksigen bertindak-balas dengan sesetengah molekul, ia akan membentuk radikal bebas. Radikal bebasterdiri daripada atom-atom yang tidak mempunyai pasangan elektron mereka sendiri. Apabila radikal-radikal bebas ini berinteraksi dengan DNA ataupun membran-membran sel, ia akan mengakibatkan kematian sel atau sel akan berfungsi secara abnormal. Kerosakan sel seperti ini seterusnya akan membawa kepada masalah kanser mahupun penyakit-penyakit lain, menurut kajian Rice University di Amerika Syarikat. Di sini, Vitamin C berperanan sebagai agen anti-oksida, sejenis bahan yang menghalang kerosakan sel-sel yang disebabkan oleh radikal bebas, daripada terjadi. Kesan anti-oksida ini melindungi kulit kita daripada radiasi ultraviolet and kesan-kesan akibat terdedah kepada cahaya matahari.

Penyembuhan LukaTubuh badan manusia menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu-tisu kulit rosak dengan tisu-tisu parut yang membantu luka sembuh dengan sempurna. Bagaimanapun, tisu penyambung ini mempunyai bekalan darah yang terhad, oleh itu ia kelihatan lebih pucat berbanding tisu asal. Tisu parut juga mempunyai fungsi dan rasa yang terhad. Luka yang mengambil masa yang lama untuk sembuh menandakan kurangnya Vitamin C, menurut laman web The World's Healthiest Foods. 


Penghasilan KolagenVitamin C membantu tubuh badan kita menghasilkan kolagen, iaitu sejenis struktur protien yang membantu dalam pembentukan tulang, tendon dan ligamen. Walaupun terdapat beberapa jenis kolagen lain yang bertindak sebagai struktur kepada tisu-tisu badan, kolagen dari Type I dan Type III akan memberikan kesan terbaik kepada kulit, menurutSmartSkinCare.com.Kolagen Type III akan menjadikan kulit orang-orang muda semakin lembut. Kolagen Type I pula akan menggantikan Type III dengan peningkatan umur seseorang.



Penghasilan semula Vitamin ESeperti Vitamin C, Vitamin E juga berperanan sebagai anti-oksida di dalam tubuh badan manusia. Vitamin C memainkan peranan penting dalam menghasilkan Vitamin E teroksida, iaitu Vitamin E yang bertindak balas dengan radikal bebas bagi mencegah sel daripada rosak. Vitamin E mempunyai beberapa fungsi utama terhadap kulit. Ia melindungi kulit daripada pancaran sinar ultraungu (UV atau Ultraviolet) dan menurut University of Maryland Medical Center, mampu memperbaiki tekstur kulit sertamengurangkan kedalaman kedutan-kedutan kulit.



Struktur Pembuluh DarahKolagen turut menyediakan struktur asas kepada pembuluh darah, dan kerana itu badan kita memerlukan Vitamin C untuk menjamin sistem peredaran darah (vascular) yang sihat. Pembuluh darah yang sangat halus di bawah lapisan kulit berfungsi membawa oksigen dan nutrien-nutrien untuk memastikan kesihatan kulit. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan mudah kering dan kasar. Sesetengah krim kulit di pasaran disertakan dengan Vitamin C untuk memperbaiki rupa bentuk dan tekstur kulit.

 

Rujukan:

 · Rice University: Antioxidants and Free Radicals

 · The World's Healthiest Foods: Vitamin C

 · SmartSkinCare.com: Skin Collagen: More Than Meets the Eye

 · University of Maryland Medical Center: Skin Wrinkles and Blemishes: Treatment

 · PubMed.gov: Partners in Defense, Vitamin C and Vitamin E


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : 
Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

1 comment:

  1. bagus..info pasla vitamin yang lengkap...cuma kadang2 kita tak pasti samaada kita telah ambil secukupnya vitamin untuk badan kita

    ReplyDelete