Thursday, 9 October 2014

ESP untuk Gastrik ??


ESP SHAKLEE UNTUK GASTRIK

GAMBAR DARI GOOGLE


ESP Shaklee Untuk Gastrik
Sesiapa yang pernah mengalami dan ada penyakit ni, bila dengar je perkataan GASTRIK mesti jadi seram sejuk... Yang dah alami gastrik ni tahu la macam mana rasa sakitnya penyakit gastrik ni kan. Sekarang makin ramai penghidap gastrik terutamanya di kawasan bandar.. antara faktor penyumbang adalah gaya hidup yang pantas. Untuk yang tidak mengetahui apa itu gastrik.. kali ni saya kongsikan info tentang penyakit gastrik aka penyakit yang berkaitan dengan perut.


GAMBAR DARI GOOGLE




APA ITU GASTRIK ?
Gastrik dalam istilah perubatannya dipanggil Gastritis. Gastritis bermaksud keradangan pada lapisan perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba sama ada dalam jangka masa pendek ataupun secara berperingkat atau dalam jangka masa panjang.


Secara semulajadinya, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena pada tangan, kulit akan terhakis. Namun ciptaan Allah sangat unik, kerana sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.


Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku dengan kehadiran makanan bagi memulakan proses pencernaan, namun gastrik akan berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik dengan kekuatan lapisan pertahanan. Apabila lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.


Kesakitan perut apabila lapar menandakan asid hidroklorik terlalu banyak di dalam perut, sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana kerana lapisan mukosa yang lemah.


Gastrik ni menyerang tidak kenal usia. Antara faktor penyumbang kepada berlakunya gastrik adalah pemakanan yang tidak seimbang, jadual makan yang tidak menentu serta pengambilan makanan proses.


GAMBAR DARI GOOGLE


TANDA-TANDA GASTRIK
-Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen
-Rasa senak, berangin atau pedih
-Rasa tidak selesa
-Kembung, sendawa berulang kali atau kerap kentutselepas makan
-Rasa mual (loya) dan muntah
-Hilang selera makan
-Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Sekiranya sampai ke peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :-
-Najis menjadi hitam seperti tar
-Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi






BAGAIMANA ESP MEMBANTU?
ESP merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya yang merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya. Ia membantu meneutralkan keasidan didalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung didalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.


Bagi yang nak cuba ESP ni untuk masalah gastrik, bulan ini adalah bulan terbaik, bersempena dengan promosi ESP.. Hubungi saya sekarang, semestinya untuk dapatkannya dengan konsultasi yang berterusan.



Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.