Tuesday, 30 September 2014

Apa itu Lotus Birth ?


Assalamualaikum dan Salam Ceria,
Baru2 nie saya ade ternampak pasal lotus birth nie di facebook.Ramai yang tertanya2 mengenai kes uri tak dipotong selepas lahir.Ok Hari ini saya nak kongsikan artikel tentang Lotus Birth, pasti ramai yang belum pernah mendengar tentangnya…ini ada sedikit info yang dapat saya sediakan tentang kaedah kelahiran ini
Apa itu Lotus BirthLotus Birth berbeza dengan kaedah kelahiran yang biasa, kerana  tali pusat akan dipotong sebaik saja ia berhenti berdenyut. Kemudian plasenta (uri) akan dibersihkan dan ditanam namun dalam Lotus Birth, tali pusat tidak dipotong, dan dibiarkan bersambung antara bayi dan plasenta hinggalah ia tercabut dengan sendirinya.
Ironinya dalam Lotus Birth ini ialah plasenta telah memberi manfaat kepada bayi selama 9 bulan ketika  bayi dalam kandungan, maka ia boleh terus memberi faedah kepada bayi selepas kelahiran. Pengamal Lotus Birth percaya bahawa dengan kaedah ini, bayi tidak memerlukan imunisasi tambahan, kerana plasenta memberi cukup bekalanantibodi dan imunisasi yang diperlukan oleh bayi.
lotus-birth-bengkung moden
Kaedah Lotus Birth:
  • Plasenta atau uri dibiarkan melekat bersama tali pusat dan bayi.
  • Plasenta atau uri dimasukkan ke dalam mangkuk yang bersih.
  • Tunggu sehingga tali pusat bayi berhenti berdenyut.
  • Plasenta dibasuh dengan berhati-hati.
  • Keringkan plasenta dan pastikan ada pengaliran udara agar ia cepat kering.
  • Boleh gunakan bunga-bungaan atau herba bagi mengelakkan bau yang tidak menyenangkan dari plasenta.
  • Pastikan talipusat bayi dan plasenta sentiasa dalam keadaan kering.
  • Bayi diuruskan seperti biasa dengan talipusat masih melekat pada badannya.
  • Biasanya selepas seminggu talipusat akan tertanggal dan plasenta boleh diuruskan seperti biasa; tanam dan sebagainya.
lotus-birth-bengkung-modern
Lotus Birth dikatakan terdapat dalam ajaran Buddha, mungkin ada kaitan dengan kelahiran Siddhartha Gautama yang boleh berjalan sebaik saja dilahirkan, dan setiap langkahnya menghasilkan bunga teratai.
Di dalam Islam, uri diharuskan ditanam selepas dibersihkan dengan baik sebagai tanda pernghormatan terhadapnya.
Negara Amerika merupakan negara perintis Lotus Birth ini , dan diperjelaskan bahawaLotus Birth ini sebagai langkah pencegahan untuk melindungi bayi dari jangkitan luka yang terbuka.
Walaupun ia agak baru di Malaysia,Budaya tidak memotong talipusat ini telah lama diamalkan dalam  budaya Bali dan budaya orang asli. Bali mempunyai pelbagai tradisi dan ritual mengenai proses kelahiran. Setiap kelahiran membawa cerita yang baru dan berbeza untuk dijadikan sebuah pelajaran. Setiap wanita menyanyikan lagu kelahiran sendiri untuk bayinya. Ada banyak kegembiraan dan perayaan pada saat kelahiran.
Antara beberapa sebab mengapa ibu-ibu memilih untuk melahirkan secara Lotus Birth?
1.Tidak ada keinginan ibu untuk memisahkan plasenta dari bayi dengan cara memotong tali pusat
2.Supaya proses peralihan bayi berlaku secara lembut dan damai, yang membolehkan penolong persalinan untuk memotong tali pusat pada masa yang tepat.
3.Merupakan suatu penghormatan terhadap bayi dan plasenta.
4.100% memastikan bahawa bayi mendapat kandungan darah optimum dan khusus yang diperlukan bagi bayi.
5.Mendorong ibu untuk menenangkan diri pada minggu pertama selepas bersalin sebagai masa pemulihan sehingga bayi mendapat perhatian penuh.
6. Mengurangkan kematian bayi kerana pengunjung yang ingin bertemu bayi. Sebahagian besar pengunjung akan lebih memilih untuk menunggu hingga plasenta telah lepas.
7.Alasan rohani atau emosional.
8.Tradisi budaya yang harus dilakukan.
9.Tidak bimbang tentang bagaimana mengklem, memotong atau mengikat tali pusat.
10.Kemungkinan menurunkan risiko jangkitan (Lotus birth memastikan sistem tertutup antara plasenta, tali pusat, dan bayi sehingga tidak ada luka terbuka)
11.Kemungkinan menurunkan waktu penyembuhan luka pada perut (adanya luka memerlukan masa untuk penyembuhan.sedangkan jika tidak ada luka, masa penyembuhan akan sekurang-kurangnya)
Hanya kerana tali pusat telah berhenti berdenyut tidak bermakna tali pusat menjadi tidak berguna lagi. Tali pusat boleh terus berdenyut sekitar 2 hingga 3 jam.
Apapun sebabnya untuk mengenal pasti kebaikan dan keburukan dalam sesuatu tindakan, rujuk lah kepada pakar-pakar dlm bidang tertentu atau sebagai sandaran. Dapatkan saranan daripada pihak-pihak yang lebih tahu tentang hal ini..
Anda boleh membaca rujukan lanjut tentang lotus birth ini di sini atau anda juga boleh baca apa itu lotus birth

Apa-apa pun, perkongsian kami tentang Lotus Birth ini adalah untuk menambah pengetahuan anda.
Untuk cara>>  pengurusan uri mengikut ajaran Islam, anda boleh rujuk di link berikut <<Pengurusan uri mengikut ajaran islam 
Wasalam

Set Basic Shaklee


Set Basic Shaklee
Set Basic Shaklee bolehlah dianggap set pengenalan kepada pelanggan yang mempunyai bajet yang agak terhad atau prospect yang belum begitu yakin untuk mengeluarkan wang yang agak besar untuk supplement.Sedikit kekurangannya ialah ianya lebih bersifat merawat symptom tetapi tetap lebih baik dari tidak mengambil langsung, sebab shaklee 100% semulajadi dan selamat, berkesan dan mesra alam sekitar, antara slogan Shaklee.
Antara contoh Set Basic Shaklee


Shaklee ada macam-macam produk lagi, dan setiap produk pula ada manfaatnya yang tersendiri, kalau saya cerita satu-satu, nanti tentu rasa nak makan semua…
Sebab tu Dr Forest C Shaklee tak jual produk Shaklee di farmasi kecuali di Singapura, supaya pengguna shaklee mampu makan semuanya, dengan menyertai keluarga besar shaklee, just consume and share…senang tak senang, susah pun tak susah.
Bolehlah hubungi saya untuk untuk produk2 yang bersesuaian dgn anda :
Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, 29 September 2014

Cash On Delivery (COD) Shaklee


Assalamualaikum,

Saya pengedar sah shaklee puchong.




Anda nak jimat kos postage? Nak Cepat ? Kami boleh (COD) barang-barang dari Shaklee terus kepada anda ? Perkhidmatan COD di kawasan-kawasan tersebut !

  • Taman Putra Perdana
  • Puchong
  • Cyberjaya
  • Putrajaya
  • Shah alam
Jika nak aturkan COD, boleh terus hubungi saya :

Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

KENALI MASALAH KEGEMUKAN ANDA


KENALI MASALAH KEGEMUKAN ANDA




Setiap orang mempunyai masalah kegemukan yang berbeza. Meh nak explain kepada anda untuk kenali jenis-jenis kegemukan yang mungkin punca anda lambat nak turun..

JENIS-JENIS KEGEMUKAN..
Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus beratus ideal. Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.


Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :

Gemuk Air
• Badan mengelembir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
• Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.

Gemuk Angin
• Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
• Mudah mendapat sakit kepala.
GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelembir dan lembik.

Gemuk Daging
• Badan berasa berat dan pejal.
• Mudah penat apabila melakukan tugas harlan.
• Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
• Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan.

GEMUK DAGING : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.
Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

Anda Mencari Supplement utk Menurunkan berat badan ??
Shaklee boleh membantu. Hubungi saya utk dapatkan konsultasi serta produk yang sesuai utk anda.




Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Sunday, 28 September 2014

Halang Kolesterol Dengan Phytocol Shaklee


Halang Kolesterol Dengan Phytocol Shaklee

Minggu depan Raya haji…sedapnya makan segala jenis rendang, lemang, ketupat, dodol dan segala macam makanan, tentunya terlebih-lebih kalori, kolesterol, lemak, gula, memang susah nak kawal nafsukan, tambahan selepas sebulan menahan nafsu makan…tapi ingat ye, jangan sedap kenyang saja nanti menderitanya panjang..nauzubillah.
Kalau nak makan macam-macam pastikan supplementnya juga macam-macam, pemecah lemak, pemecah kolesterol, antioksidan, serat, vitamin wajib….kalau sayang jantung, hati buah pinggang, otak, pankreas dan segala organ dan sistem2yang kita ada la...
Bahagiakan kalau kita boleh makan sesedap rasa, cukup garam, gula, lemak dsb, tapi sendiri mau ingat konsep berenti sebelum kenyang dan WAJIB supplement your meal, sebagai satu nutritional insurance untuk badan kita yang kita kasihi niiiii…

Nyahkan Kolesterol Baru Dengan Phytocol Shaklee

Phytocol-ST menghalang kolesterol baru dari melepasi dinding perut untuk memasuki aliran darah kita…





Tahukah anda?



Maksima pengambilan kolesterol sehari untuk orang sihat ialah 300 mg, tp kita ambik berapa mg setiap hari iaitu sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam kali 365 hari kali berapa tahun umur kita…agak2 terlebih-lebih dan bahaya tak…

Hakikatnya kiralah sendiri seperti di bawah…..



Habis tu camner yer…Phytocol-ST Shaklee?

Apa itu Phytocol-ST Shaklee?

-Ianya adalah formula proprietari yang membekalkan 2,000mg Fitosterol setiap hari. Untuk memperolehi 2000mg Fitosterol, kita kena makan 200 biji lobak merah, 70 keping roti gandum dan 425 biji tomato setiap hari…lagi mahal dan tak praktikal kan…

Bertindak hari ini secara semula jadi dengan Shaklee Phytocol-ST.

Apa pulak Fitosterol?

-Fitosterol dirujuk sebagai sterol dan stanol tubuhan yang ditemui dalam membrane sel tumbuh-tumbuhan. Ia juga boleh ditemui dalam kuantiti yang kecil dalam pelbagai tumbuhan, buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.

Dianggarkan 200-400 mg sterol tumbuhan dan lebih kurang 50g stanol tubuhan kita makan setiap hari.


Bagaimana pengambilan tablet ini dapat membantu kesihatan saya?

-Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2000mg Fitosterol setiap hari, bersama-sama diet rendah lemak tepu dan rendah kolestrol disamping tinggi serat larut, bersenam dan penurunan berat badan.

Bilakah masa yang sesuai untuk saya mengambil Phytocol-ST Shaklee?

-Untuk hasil yang terbaik, ambil produk seperti yang disyorkan:dua tablet dua kali sehari dengan makanan

Bolehkah saya mengambil Phytocol-ST Shaklee dan OmegaGuard Shaklee pada masa yang sama?

-Ya. Tiada sebab kenapa anda tidak boleh mengambil kedua-dua produk ini demi menjaga kesihatan anda. Anda juga boleh mengambil CoQ Health Plus Shaklee yang boleh mengoptimumkan manfaat Phytocol-ST Shaklee

Adakah produk ini sesuai untuk mereka yang mempunyai paras kolesterol tinggi sahaja?

-Phytocol-ST Shaklee dapat membantu mengawal paras kolesterol dalam tubuh. Oleh yang demikian, ia disarankah kepada sesiapa sahaja yang ingin menjaga kesihatan mereka.


Adakah Phytocol-ST Shaklee bebas gluten?

-Ya, ianya bebas Gluten, klik disini untuk informasi tentang Gluten.
 PHYTOCOL-ST harga
KLIK SINI : SAYA NAK PHYTOCOL-ST

Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kolestrol Tinggi Punca Strok !!


Kolestrol Tinggi Punca Strok !!


Sejauh mana kolesterol yang tinggi boleh mendatangkan bahaya?

Paras kolesterol yang tinggi boleh menyebabkan:


✎Aterosklerosis - penyempitan arteries.


✎Risiko penyakit jantung koronari yang lebih tinggi - arteri tidak normal yang membekalkan darah dan oksigen ke hati.


✎Serangan jantung - berlaku apabila bekalan darah dan oksigen ke kawasan otot jantung tersumbat, biasanya disebabkan oleh pembekuan dalam arteri koronari. Ini menyebabkan otot jantung tidak berfungsi


✎Angina - sakit dada atau ketidakselesaan yang berlaku apabila otot jantung tidak mendapat cukup oksigen


✎Strok dan mini-stroke - berlaku apabila darah beku menyekat arteri atau vena, menyekat aliran oksigen ke kawasan otak. Juga boleh berlaku apabila salur darah pecah. Sel-sel otak mula mati.


Strok adalah punca kematian ketiga terbesr di Malaysia. Hanya penyakit jantung dan kanser mengatasinya. Ia dianggap sebab utama kehilangan upaya yang teruk, dan setiap tahun, dianggarkan 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Sesiapa sahaja boleh mengalami strok, termasuk kanak-kanak. Namun, kebanyakan kes menimpa orang dewasa.



APA ITU STROKE? 



Strok adalah serangan otak dan terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu. Otak adalah pusat saraf tubuh, mengawal setiap yang kita lakukan atau fikirkan, di samping mengawal fungsi-fungsi automatik seperti pernafasan.
Untuk berfungsi, otak memerlukan bekalan darah berterusan yang membawa oksigen dan nutrien yang amat penting. Apabila saluran darah di dalam otak anda pecah ataupun tersumbat, bekalan darah akan terhenti dan sel-sel otak akan kekurangan oksigen dan nutrien.
Bahagian otak itu mula mati. Anda mengalami strok. Dengan pantas, Dengan senyap. Kerosakan otak menjejaskan deria-deria anda, pertuturan dan pemahaman bahasa. Sebelah tubuh mungkin lumpuh, sikap, corak pemikiran dan ingatan terubah.

Serangan Iskemia Sementara (TIA)



Strok Iskemia: Apabila timbunan plak terbentuk di dalam arteri, ia menghalang pengaliran darah, menyebabkan ketulan-ketulan darah beku terbentuk, lalu mengganggu bekalan darah ke otak.
Satu tanda penting ancaman strok adalah Serangan Iskemia Sementara (TIA), juga dikenali sebagai strok mini. Ia berlaku kerana gangguan bekalan darah yang sementara kepada bahagian-bahagian otak. Gejala-gejalanya amat serupa dengan strok sebenar, tetapi, tidak seperti strok yang serius, gejalanya muncul kurang dari 24 jam dan kemudian pulih sepenuhnya.
TIA adalah petunjuk yang sebahagian otak tidak mendapat darah yang mencukupi dan terdapat risiko berlakunya strok. TIA tidak boleh sekali-kali dibiarkan dan perlu dilaporkan kepada seorang profesional perubatan secepat mungkin.SUMBER

Apakah Gejala-Gejalanya?

Strok tidak terjadi tanpa amaran. Selalunya, ada tanda-tanda amaran. Dengan mengenali tanda-tanda ini dan mengambil tindakan segera untuk mendapatkan bantuan perubatan, anda boleh mengelakkan strok yang mendatang atau mengurangkan kesannya. Gejala-gejala utamanya adalah:

-Kelemahan atau merasa kebas mengejut di sebelah bahagian badan. Tanda-tanda ini mungkin muka yang meluyut, meleleh air liur, merasa lemah pada tangan atau kaki.

-Kekaburan penglihatan pada sebelah atau kedua-dua mata secara tiba-tiba.

-Kesukaran bertutur atau memahami pertuturan, atau pertuturan yang tidak jelas.

-Pening, kehilangan imbangan, kekeliruan

-Sakit kepala yang teruk yang mengejut

-Rasa mual atau muntah

Selain mengamalkan gaya pemakanan dan cara hidup sihat pemgambilan supplement  Omega Guard, Garlic Complex dan Alfalfa juga dapat membantu mengurangkan risiko kita di serang strok.



OMEGA GUARD - EPA dan DHA dalam OMEGA GUARD menurunkan kadar kolesterol ‘jahat’ LDL. Omega juga bagus untuk memperbaiki kesihatan kardiovaskular disamping memelihara tekanan darah dan paras trigliserida dan kolesterol yang normal. 

GARLIC - Selain untuk menguatkan antibodi badan, bawang putih juga  telah digunakan sejak turun-temurun untuk menurunkan kadar kolesterol. Bawang putih mengandung bahan aktifnya s-allyl cysteine, serta suatu komponen thioallyl yang mempunyai khasiat hipolipidemik dan antitrombotik. Kajian di Munich University, Jerman, menunjukkan bahwa menambahkan bawang putih ke dalam diet akan menurunkan kolesterol jahat sekitar 10%  dalam empat bulan.

ALFALFA - Fungsi serat yang ada dalam alfalfa membantu untuk merendahkan tahap kolestrol dalam badan. Kolestrol, lemak dan air brlebihan di dalam badan akan diserap oleh alfalfa dan dikeluarkan dari badan melalui sistem pembuangan najis.


Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, 27 September 2014

Kenapa Kita perlukan Protein ?



Mungkin ramai yang dah lupa apa tujuan utama kita makan protein, dan untuk itu biarlah didedahkan sedikit ‘rahsia’ protein, yang mungkin sebahagian daripadanya kita dah belajar ketika di bangku sekolah dahulu. It’s a basic Science.
  1. Pertumbuhan-16% tubuh badan manusia terdiri daripada protein. Kulit, mengandungi DNA, dan dalam DNA ada protein). Saban hari, ada sahaja sel-sel kita yang mati, dan kematian tersebut haruslah digantikan dengan kelahiran. Badan memerlukan amino asid (komponen asas protein) untuk membina kembali otot-otot dan sel-sel kita yang lain. Tanpa protein yang mencukupi, badan kita akan menjadi lemah dan lembik. Dalam erti kata lain, Protein kepada badan manusia adalah sama seperti batu-bata kepada sesebuah bangunan. Cuba tanya diri anda, bolehkah kita membina bangunan yang kukuh jika sumber batu-bata tidak mencukupi? 
  2. metabolisma (otot)Kita sering bersenam dan melakukan kerja-kerja berat. Melalui bersenam banyak sel-sel otot kita yang “mati” terutamanya jika kita melakukan senaman yang mencabar kekuatan otot seperti weight training atau bodyweight training (push up, sit up, dan sebagainya). Kita tak menyedari kematian sel-sel ini kerana dalam tubuh badan kita terdapat berjuta-juta sel, mungkin juga lebih daripada tu. Maka kematian “sebahagian kecil” sel-sel tersebut mungkin kita tidak sedari. Namun, tanpa diet yang berkualiti (ada protein), sebahagian kecil sel-sel otot yang mati tadi mungkin tidak dapat diganti, dan saban hari “sebahagian kecil” tadi akan berubah menjadi “sebahagian besar”.Penurunan berat badan melalui “kehilangan otot” adalah sesuatu yang malang dan tidak harus dibanggakan, kerana turunnya berat otot bererti turunnya kadar metabolisma ANDA! Otot adalah mesin-mesin yang menggerakkan metabolisma kita, yang membakar lemak-lemak kita. Sila catat fakta ini besar-besar pada dinding bilik anda.
  3. Metabolisma (pencernaan)
    Sekali lagi, protein meningkatkan kadar metabolisma, dan makan lebih banyak protein meningkatkan kadar metabolisma berlipat kali ganda. Ini kerana badan memerlukan lebih tenaga untuk menguraikan struktur protein yang kompleks kepada komponen-komponen yang lebih ringkas berbanding karbohidrat. Dalam arena bina badan, high protein diet adalah sesuatu yang normal dikalangan mereka yang ingin menurunkan paras body fat %, namun jangan sesekali salah anggap, mereka bukannya mengamalkan Atkins dietKarbohidrat adalah kawan karib bodybuilder, mana mungkin mereka meninggalkan karbohidrat. Apa yang mereka lakukan ialah, merendahkan sedikit pengambilan karbohidrat berbanding biasa, tetapi meningkatkan pula pengambilan protein (bersama sumber alkaline seperti sayur-sayur, kerana protein bersifat acidic).
  4. Menstabilkan Paras gula (dalam darah) dan Insulin-Memandangkan protein melambatkan sedikit proses pencernaan berbanding jika anda makan karbohidrat semata-mata, maka gabungan protein dan karbohidrat (dengan sedikit lemak) dalam diet adalah perlu. Protein mencegah paras gula dalam darah daripada naik terlalu cepat, sekaligus menstabilkan regulasi diantara paras gula dan insulin. Hal ini sangat penting jika anda ingin mengurangkan kebarangkalian proses penukaran glycogen berlebihan kepada lemak dengan pantas.
  5. Protein – berapa yang kita perlukan?-Ini bergantung kepada gaya hidup anda, juga faktor fisiologi anda seperti jantina (lelaki perlukan lebih protein berbanding wanita). Minimum protein yang diperlukan dalam sehari ialah kira-kira 1g per kg berat badan (jika berat anda ialah 60kg, maka anda perlu makan SEKURANG-KURANGNYA 60g sehari). Namun makan terlalu banyak protein juga tidak digalakkan, melainkan anda melakukan banyak kerja berat, seperti weight training (intensiti tinggi). Pengambilan protein yang maksimum yang boleh diambil manusia normal ialah kira-kira 3g per kg berat badan.
 Ini sumber protein pilihan saya. Kenapa saya pilih yang ni?


ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP)
  • Sumber terbaik daripada kacang soya
  • Mengandungi protin lengkap (9 essential amino asid)
  • Vegetable source – soy
  • Kolesterol “zero” serta rendah lemak
  • PER(Protein Efficiency Ratio) yang tinggi – 2:5
  • Mengenyangkan & sangat sesuai untuk orang yang mudah diserang gastrik (cthnya saya,ada masalah gastrik)
  • Sesuai untuk orang yang ada Allergies
  • Membantu badan menyerap kebaikan vitamin dengan lebih baik, supaya vitamin- vitamin tadi dapat memperbaiki sel- sel badan kita.
  • bla bla blabla...(thanx mommamia for sharing this info)
ohhh.. saya sangat cintakan ESP....Bagaimana dgn anda? Nak cuba ESP hubungi saya ye.

Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kepentingan Protein kepada badan


Assalamualaikum,

Penting ke protein kepada badan ??

Protein merupakan diet yang paling penting untuk badan. Tidak kira sama ada mahu turun atau naikkan berat badan, memahami konsep pengambilan protein kepada tubuh badan kita merupakan salah satu kunci untuk gaya hidup yang sihat. Entry ini saya akan huraikan mengenai protein seringkas dan padat yang mungkin.


Keperluan setiap badan
Protein merupakan komponen terpenting untuk sel di dalam badan. Ia merupakan ‘bahan organik yang terdiri daripada 22 amino asid atau kata lain dipanggil struktur asas kehidupan. Protein disimpan di dalam otot dan juga organ badan manusia untuk bina dan membaiki tisu sel badan manusia. Ia juga membantu untuk perembesan hormon dan enzim. Antara kepentingan protein yang lain adalah
  • Membantu oksigen mengalir melalui darah kepada seluruh anggota badan
  • Menyihatkan jantung badan supaya kekal aktif
  • Meningkankan sistem imunisasi badan
Untuk pengambilan protein yang berkesan, Institut perubatan dan sains kebangsaan USA menyarankan sebanyak 10 hingga 35 peratus jumlah pengambilan kalori adalah dari sumber protein dengan lelaki digalakkan untuk mengambil lebih dari perempuan. Sangat banyak dan banyak juga orang yang tak dapat ikutinya. Kalau di Malaysia, kita suka ambil ‘lemak’ dari protein. typical health isues!
Bagaimana protein mempengaruhi berat badan?
Kesan paling popular protein terhadap kesihatan adalan kebolehan protein untuk mengawal rasa lapar. Apabila protein diserap, ia menghantar signal kepada otak untuk menurunkan kadar rasa lapar. Kepentingan lain protein adalah ia akan meninggakatkan kadar metabolisma badan dengan menyeimbangkan jisim otot. Protein juga membantu dalam pengawlan kenaikan kadar gula dan insulin di dalam badan seterusnya membantu bagi pesakit diabetes dalam pengawalan gla dalam badan
Ok, itu sahaja sedikit perkongsian. Tajuk protein ni cukup luas, lain kali ada masa saya akan ceritakan lagi.
Nama : Sunita Arzansu Sms / call / whatsapp: 013-3493711 Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy Email: sunita.arzansu@gmail.com Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, 26 September 2014

Kepentingan Kolagen Pada Tubuh


Kepentingan Kolagen pada Tubuh

Ramai wanita yang merasa bimbang melihat kedu-kedut halus yang mula muncul pada sekitar wajah apabila usia kian meningkat. Biarpun berlaku secara semulajadi, ia tetap merisaukan kerana kedutan yang banyak mampu menjejaskan keyakinan diri seseorang.


Pertumbuhan sel baru kulit agak perlahan, lapisan dalam kulit (dermis) yang kian menipis menjadikan proses pembaikan kulit menjadi perlahan. Selain perubahan hormon dalam tubuh, pelbagai faktor luaran seperti pencemaran dan sebagainya turut menjejaskan pengeluaran kolagen. Apabila ia berkurang, keanjalan kulit mula hilang. Selain masalah kulit, penyusutan kolagen ini turut menjejaskan kecantikan rambut (rambut gugur), kuku mula rapuh dan tahap metabolisme menurun.


Fungsi Kolagen :
# Kolagen adalah komponen protein utama di dalam tubuh. Kewujudannya merangkumi 70% pada lapisan kulit, tulang,kartilaj (sendi), saluran darah, tendons dan gigi
# Terdapat beberapa jenis kolagen seperti kolagen I (kulit, tendon tulang, kornea (mata), II (rawan, tulang belakang), III (kulit fetal, jantung), IV (membran dasar).
#Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an.
# Merupakan penjaga bentuk dan struktur tubuh serta penyambung jaringan halus pada rangka tubuh.
# Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun. Dan selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin kurang kolagen. Inilah antara punca kedutan.

Kesan kekurangan kolagen menampakkan kesan penuaan terutama pada kulit dan wajah.

Antaranya ialah:
- Kedutan, pori2 terbuka dan garis halus kelihatan.
- Kulit kering dan mengelupas
- Kulit semakin kurang keanjalan
- Kulit menjadi kasar
- Rambut menipis dan gugur
- Pigmentasi
- Payudara tidak tegang dan anjal lagi
- Mata rasa kering
Seiring dengan permintaan pasaran kecantikan dan kesihatan, Shaklee telah mengeluarkan produk baru iaitu Collagen Powder Shaklee dan telah melalui beberapa kajian saintifik sebelum dikeluarkan di pasaran. dan pastinya ia juga halal dan boleh dimakan tanpa was-was!


Apakah kesan dan faedah mengambil Collagen Powder?

Ia mengandungi red snapper scale @ sisik ikan merah, dan terbukti sisik ikan merah ini dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Selepas penggunaan selama 8 minggu, keputusan menunjukkan kulit menjadi lebih baik secara menyeluruh.

Collage Powder terbukti berkesan untuk:
- Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
- Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
- Peningkatan dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
- Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
- Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
- Meningkatkan keanjalan, ketegangan & elastisiti sehingga 55%
- Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
- Meningkatkan keserian, tona & warna kulit sehingga 50%
- Mengurangkan garis halus dan kedutan sehingga 18%

Justeru, kesan dan faedah pengambilan Collagen Powder:
  • ANTI PENUAAN – mengurangkan liang pori-pori (pori-pori terbuka), kedutan dan garis halus.
  • MENGHIDRATKAN – Melembapkan kulit
  • MENGEMBALIKAN KEANJALAN KULIT – Menjadikan kulir anjal, lembut dan tegang
  • MELICINKAN – Tingkatkan kelicinan kulit
  • MENYUBURKAN – Menyuburkan rambut dan kuku yang sihat
  • MENCERAH – Mengurangkan pigmentasi, jerawat dan kulit tak sekata
  • MENEGANG – Membantu menegang dan menganjalkan payudara


Collagen Promo masih berlangsung sehingga 30 september. Ini lah masa nya untuk anda mencuba.

Berminat ?? Boleh Hubungi saya.Konsultasi Percuma.



Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pengedar Shaklee Puchong


Assalamualaikum,

SAYA PENGEDAR SHAKLEE PUCHONG





Saya bermula dengan Shaklee pada pertengahan tahun 2013. Sebelum tu saya suka baca info-info shaklee dekat group fb Kelab Ibu-Ibu comel mengandung,if tak silap lah. Seronok baca kisah breastfeeding. Masa tu saya memang mencari-cari 'set pantang' mampu milik yang berkualiti dan boleh dipercayai untuk kesihatan. Sungguh! Terlalu banyak 'supplement' di pasaran tapi Allah bukakan pintu hati saya untuk Shaklee. Allahuakbar!! 

Apa yang hebat sangat vitamin Shaklee ini sampai saya jatuh cinta??

1.Shaklee adalah syarikat vitamin kukuh dalam pasaran. 

Produknya asli dan semulajadi benar-benar menawan hati saya ditambah ia memberi kesan yang hebat pada taraf kesihatan saya dan keluarga. 

2. Syarikat MLM yang adil. 

Apabila dah bergelar pemimpin [bermula tahap Supervisor] bermakna kita dah break dari upline kita. Oleh kerana Shaklee tidak mengamalkan skim piramid maka bonus kita dibayar mengikut usaha yang kita letakkan. Dalam Shaklee pendapatan kita boleh melebihi pendapatan upline apabila kita berusaha dengan lebih baik. Bukan sahaja pendapatan, malah kita mampu melangkaui pangkat upline kita sekiranya kita rajin berusaha. 

3. Bonus dibayar terus kepada kita. 

Bonus tidak dibayar melalui upline atau mereka yang sponsor kita tetapi ianya langsung dari syarikat. Bonus juga diberi dalam bentuk tunai. Tidak perlu downline untuk mendapat bonus dari syarikat. Seronok kan?

4. Harga produknya sangat berpatutan dan setanding dengan kualiti yang kita bayar.

Ini perkara yang paling saya suka. Terasa produk ni mampu milik sangat sebab berpatutan dengan kualitinya. Produk asli dan semulajadi terbukti apabila tiada silikan gel di dalam botol vitamin Shaklee. Tak percaya? Belilah sebotol & check takkan ada silika gel dalamnya :)

Apa kelebihan menjadi ahli? 

* boleh membeli produk dengan harga ahli & mengumpul point dlm bentuk uv 

* jika rajin berkongsi kebaikan vitamin Shaklee, boleh meningkatkan uv tanpa ada downline. 

* jika mencapai minimum 150 uv (lebih kurang belian RM450 sebulan) boleh menukarkan uv kepada cash (lebih kurang RM22.50. Siapa nak bagi kita RM22.50 tu kan?) 

* jika berminat untuk serius berbiz, ada kelas khas disediakan.Kelas kami hanya di alam maya.Xperlu keluar malam2 tinggalkan anak dan suami.Memang jarang kami buat kelas offline.

* Shaklee menawarkan 3C iaitu Cash, Car (bonus kereta) dan Convention (local & international/Umrah yg ditaja sepenuhnya oleh Shaklee jika cukup syarat. 

Jadi jika sesiapa yang nak dapatkan vitamin-vitamin Shaklee dan nak COD di kawasan Puchong,Cyberjaya dan Putrajaya atau ygang berdekatan bolehlah Telefon/Whatapps/Telegram /E-mail saya. Untuk penghantaran melalui pos boleh email untuk bank details. 

Saya juga selalu ke rumah makcik di Cheras. Boleh juga kalau nak COD kawasan berdekatan.

Anda berminat untuk mengikuti jejak langkah saya? Hanya hubungi saya & saya akan uruskan langkah pertama untuk anda menjadi seperti saya!


http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/search/label/Jadi%20Ahli

Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, 25 September 2014

Kepentingan Zinc Utk Badan


APA itu ZINC?

                          ZINC COMPLEX

Zink adalah nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat. Zink didapati dalam sel-sel di seluruh badan. Ia membantu sistem imun melawan menyerang bakteria dan virus . Badan juga memerlukan zink untuk membuat protein dan DNA , bahan genetik dalam semua sel-sel. Semasa mengandung, bayi, kanak-kanak dan, badan memerlukan zink untuk membesar dan berkembang dengan betul. Zink juga membantu luka sembuh dan adalah penting untuk deria rasa dan bau.
Ramai yang tak perasan kepentingan zink untuk kesihatan sperma dan kesuburan. Sapa tak tau angkat tangan??? Jadi camne nak dapatkan zink ni? Badan kita tidak menghasilkan zink..jadi kita kena dapatkan zink dari sumber makanan atau daripada makanan tambahan.

SIAPA PERLUKAN Zinc Complex
  • Lelaki dan Wanita dari bayi sampai ke tua
  • Wanita Mengandung dan Menyusu
  • Orang yang mempunyai pembedahan,gastrousus seperti pembedahan berat badan, atau yang mempunyai gangguan pencernaan , seperti ulser kolitis atau penyakit Crohn . Syarat-syarat ini kedua-duanya boleh mengurangkan jumlah zink yang badan menyerap dan meningkatkan jumlah yang hilang dalam air kencing .
  • Vegetarian kerana mereka tidak makan daging, yang merupakan satu sumber yang baik zink. Juga, kacang dan bijirin mereka biasanya makan mempunyai sebatian yang menyimpan zink daripada diserap sepenuhnya oleh badan. Atas sebab ini, vegetarian mungkin perlu makan zink sebanyak 50% lebih daripada jumlah yang disyorkan.
  • Bayi yang menyusu lama kerana susu ibu tidak mempunyai zink yang cukup untuk bayi lebih 6 bulan umur.Makanan yang mempunyai zink seperti daging puri adalah disarankan.
  • Alcoholics kerana minuman beralkohol mengurangkan jumlah zink yang badan menyerap dan meningkatkan jumlah yang hilang dalam air kencing.
  • Orang yang mempunyai penyakit sel sabit

KEBAIKAN Zinc Complex
  1. Meningkatkan sistem imun - membantu pengeluaran kelenjar thymus yang mengeluarkan T-cells untuk menentang cancer dan menghalang infection penyakit.
  2. Diabetis - membantu pengeluaran insulin dan mengekalkan fungsi insulin
  3. Kanser prostat - pengambilan zinc dapat mengurangkan pembengkakan prostat sebanyak 70%
  4. Ovulasi wanita - wanita memerlukan zinc untuk ovulasi. Zinc juga membantu pengucupan uterus membantu mengembalikan daya ketahanannya
  5. Memperbaiki radang kulit - Pengambilan zinc dapat memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat
  6. Jerawat - Zinc bertindak dengan mengawal selia jumpah testosteron dalam badan yang memainkan peranan dominan dalam menyebabkan jerawat. Zinc juga menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat
  7. Kelesuan kronik
  8. Mengekalkan deria bau - Mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif
  9. Kemampuan seks lelaki - zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga dan meninggikan kiraan sperma
  10. Gugur rambut / botak - zinc mengaktifkan 200 jenis enzim dan meransang regenerasi sel. Ini dapat memelihara pertumbuhan dan perkembangan sel
  11. Membentuk kolagen - Zinc membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.
  12. Penyembuhan luka yang cepat - zinc mempercepatkan pemulihan luka luar dan dalam dan memperbaiki alergy
  13. Rabun malam

KESAN KEKURANGAN ZINC?
Ia menyebabkan
  • pertumbuhan perlahan dalam bayi dan kanak-kanak,
  • perkembangan seksual lambat di kalangan remaja dan mati pucuk di kalangan lelaki.
  • rambut gugur,
  • cirit-birit ,
  • mata dan kulit luka dan
  • hilang selera makan.
  • Kehilangan berat badan,
  • masalah dengan penyembuhan luka,
  • keupayaan untuk rasa makanan, dan
  • tahap kecerdasan yang rendah juga boleh berlaku.

Anda perlukan zinc?? Boleh hubungi saya utk dptkan nya serta konsultasi percuma.

Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.