Thursday, 3 July 2014

Diet ketika berpantang


Diet ketika berpantang

Hari ini saya hendak berkongsi dengan pembaca-pembaca semua tentang diet ketika berpantang.
Betapa pahit dan manisnya pengalaman berpantang bagi wanita Melayu yang baru bersalin. Walaupun tempoh pantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran, boleh dikatakan sebilangan besar wanita Melayu masih tekun dan rela mengikuti tradisi ini. Dikatakan wanita yang rajin berpantang dijamin akan mendapat kembali potongan badan asal mereka, menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala, kelihatan jelita dan mampu mengekalkan minat suami terhadap mereka. 

Melalui info yang saya dapat dari internet dan juga pengalaman diri sendiri, kesan daripada kurang penjagaan ketika berpantang menyebabkan kita kelihatan tua dengan cepatnya berbanding usia kita. Bila kita bersalin tak kiralah melalui pembedahan atau normal, banyak urat yang menegang dan juga terdapat luka bersalin. Rahim kita juga memerlukan masa untuk mengecut semula dan ia tidak berlaku dalam masa yang singkat walaupun anda rasa perut anda kelihatan kempis dari luaran. Kerana itu penjagaan ketika berpantang amat penting.

Antara perkara yang amat penting adalah:
 (1) menjaga pemakanan,
 (2) kurangkan pergerakan (inilah masa kita perlu berehat. Jangan tunjuk sangat yang awak tu super mom ok).
 (3) bertungku boleh mengecutkan urat-urat dan juga peranakan
 (4) berbengkung supaya perut boleh mengecut dan tidak mengelebeh
 (5) memakai pilis bagi mengeluarkan angin mereyan dalam kepala dan badan
 (6) memakan jamu untuk mengembalikan tenaga (cara tradisional)
 (7) berurut

Diet ketika berpantang
Diet Selepas Bersalin: Pengalaman Ibu Malaysia
Adakah diet dalam pantang tradisional yang diamalkan oleh ibu-ibu Malaysia benar-benar membantu?

Banyak tenaga dan kekuatan tenaga simpanan dalam tubuh ibu telah digunakan selepas bersalin. Oleh demikian, diet seseorang ibu selepas bersalin adalah penting untuk membantunya sembuh kembali dan pulih daripada kepenatan bersalin, dan juga untuk penghasilan susu ibu.

Kebanyakan ibu-ibu Malaysia mematuhi peraturan berpantang tradisional turun temurun. Budaya berlainan mempunyai pilihan makanan berpantang mereka sendiri. Bacalah untuk mengetahui pendapat pakar tentang sesetengah diet ini.


Jamu (herba, akar dan rempah ubatan)


Pandangan tradisional: Jamu membantu memanaskan tubuh ibu, meningkatkan aras tenaga, menghilangkan lemak dan toksin berlebihan daripada tubuh, serta mengecutkan rahim.

Kata doktor: Buat masa ini, tiada kajian atau bukti terperinci yang membuktikan manfaat pengambilan Jamu selepas bersalin, tetapi para pakar bersetuju bahawa aroma Jamu sememangnya menenang dan menyamankan apabila disapu di seluruh tubuh. Bagi Jamu yang diambil secara oral, utamakan kualiti dan kebersihan Jamu bagi mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.


Halia

Pandangan tradisional: Halia dianggap makanan yang “memanaskan”; ia membantu menggalakkan peredaran darah, mencegah atau melegakan angin dan menguatkan sendi.

Kata doktor: Walaupun kajian menunjukkan bahawa halia mungkin boleh mengurangkan rasa loya dan muntah semasa hamil, namun tiada kajian yang telah menyokongnya sebagai makanan yang “memanaskan”. Anda boleh menggunakan halia sebagai rempah dalam makanan berpantang tetapi pengambilan berlebihan mungkin boleh mengakibatkan ibu melepaskan “angin”. Percayalah, angin ini bukan daripada sendi atau kepala ibu yang baru lepas bersalin dan tiada kaitan dengan sebarang sakit belakang atau sakit sendi di masa hadapan.


Ikan Haruan

Pandangan tradisional: Sup ikan daripada ikan haruan segar mempunyai ciri merawat yang menggalakkan penyembuhan luka dalaman, terutama sekali wanita yang telah menjalani pembedahan Caesarean.

Kata doktor: Kajian menunjukkan bahawa ikan haruan mengandungi asid amino dan asid lemak tertentu yang penting untuk penyembuhan kecederaan. Secara amnya, makanan berprotein tinggi (seperti ayam itik, daging tanpa lemak, ikan dan produk tenusu) boleh mempercepatkan penyembuhan luka atau kecederaan. Ibuibu baru perlu memastikan pengambilan pelbagai jenis makanan sumber protein untuk membantu mereka pulih dengan segera.


Herba Cina


Pandangan tradisional: Sup herba disediakan menggunakan herba Cina tradisional tertentu, seperti kurma merah, kei zhi (wolfberry) dan dong guai (angelica), yang dikatakan boleh membantu menyihatkan darah, merawat simptom selepas bersalin seperti discaj yang berpanjangan dan membaiki tahap tenaga.

Kata doktor: Tiada bukti kukuh yang menunjukkan bahawa herba Cina akan memanfaatkan ibu selepas bersalin, tetapi kajian telah menunjukkan bahawa herba-herba ini bersifat antioksidan. Kesan sedemikan mungkin boleh membantu menggalakkan penyembuhan tisu dan menguatkan sistem imun. Namun demikian, janganlah mengambil herba sehingga keterlaluan kerana antioksidan seperti vitamin C dan E boleh diperolehi secara semulajadi daripada buah-buahan dan sayuran.


Sayuran Labu (seperti labu botol dan timun Jepun)


Pandangan tradisional: Membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.

Kata doktor: Tiada makanan khusus yang boleh meningkatkan pengeluaran susu ibu. Namun demikian, bagi memastikan pengeluaran susu yang berterusan, minumlah cecair yang mencukupi untuk mengganti semula cecair yang hilang daripada tubuh anda. Anda juga perlu makan dan rehat dengan sempurna supaya mempunyai tenaga untuk penghasilan susu yang optimum. Yang paling penting, teruskanlah penyusuan susu ibu.


Perhatian, Ibu-ibu Baru!

Tidak kiralah diet ketika berpantang mana yang anda ikuti semasa berpantang, pastikan anda makan diet yang berkhasiat dan seimbang bagi memastikan pengambilan nutrien yang optimum.

• Pentingkan diet yang mengandungi protein berkualiti daripada ikan, ayam itik, daging merah dan legum.
• Pastikan pengambilan kalsium yang mencukupi, daripada susu dan produk susu, terutamanya jika anda menyusu susu ibu.
• Tambah pengambilan makanan berserat ke dalam diet anda dengan mengambil lebih banyak buahbuahan dan sayuran segar bagi mengelakkan sembelit.
• Jika anda rasa anda menghadapi kesulitan untuk menyediakan makanan yang berkhasiat untuk diri sendiri, pertimbangkanlah untuk mengambil supplemen vitamin dan mineral dalam diet anda.
• Elakkan kafein, alkohol dan nikotin jika anda menyusu susu ibu.
Sumber: Dr Giena Hadi


Diet ketika berpantang sangat penting dalam menjaga kesihatan badan ibu selepas bersalin agar badan sentiasa cergas dan bertenaga serta untuk menjamin kesihatan ketika berusia nanti.  Muka juga kelihatan berseri dan tidak kusam.

Ingin dapatkan produk set berpantang shaklee seta mengetahiu lebih lanjut mengenai set berpantang shaklee boleh hubungi saya di :


Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya )
Email: sunita.arzansu@gmail.com
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
Sms / call / whatsapp: 013-3493711
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.