Thursday, 25 September 2014

Menu Berpantang Umie


Menu berpantang umie

Salam semua...
Meh saya citer sikit menu pantang saya.Korang pun mesti tahu kan macam mana rupa menu berpantang.Sgt membosankan dan menjemukan.ye dak???


Haa...nie lah menu berpantang saya pada minggu pertama pantang.Disebabkan berpantang sendiri nie lah yang suami tercintaku masak.seminggu hadap menu nie.mintak yang lain tidak dilayan...wahh ternyata berpantang sendiri dengan suami lagi tegas.Tapi semua tu berakhir pada minggu pertama je.minggu kedua saya dah sihat sikit.maka konon nya boleh lah nak main masak2 kat dapur tapi TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI. So,cik suami lah masak lagi.kali nie menu ayam pulak...sup ayam,sup sawi dan bubur ayam sepanjang minggu.Naik bosan jugak dah badan dan muka dah macam ayam ku rasakan.hehehee... ( gambar tak sempat ambik..lupe )

Minggu ketiga saya merdeka sikit,sebab umi dan abah saya datang dari sarawak jenguk anak cucunya disini.Seronok lah saya...tiada lagi masakan yang sama setiap hari...pasti dapat menu yang berbeza-beza.cik suami lagi lah seronok sebab tak payah dah jadi chef dan super papa dah.So sepanjang umi ade dirumah...pantang ku kelaut.Confused jugak tapi ku ngap jelah.Asalkan makanan tu xlah langgar pantang sangat kott...kalau tak mesti umi xkasi saya makan.walau apa pun...setiap makanan ade halia tau.Telur dadar campur halia...cer try.sedappp...! Mee goreng lada hitam.Hati masak kicap.Dan paling saya macam caye xcaye je...dapat makan laksa sarawak.saya pantang tu...pantang disuruh.laju je ngap...
Alhamdulillah...walau makan macam2.Anak pun ok...xmeragam.saya pun ok xde gatal2..alah2 semua tu. Syukur lah...

Ibu2 jangan tiru macam saya ye.badan lain2...ade org memang alah kalau makan macam2 dalam pantang nie.lagi2 telur..saya selalu dengar orang cakap telur tak boleh makan nanti gatal.itu tak boleh...ini tak boleh.nanti masuk angin...baby kembung.
Sebenarnya ikut pada ketahanan badan kite jugak.
Macam saya ( bukan nak bangga lah ),dua kali berpantang.Alhamdulillah...xde masalah.
Jenuh weh nak tunggu habis pantang...hehehee...jenuh2 pun saya pun x ingat hari nie hari ke berapa berpantang.

Menu2 lain saya dalam pantang.
- Roti
- Biskut
- Buah-buahan
- Kurma
- Nestum
- Tamar cocoa
- Esp

#Extra utk kecergasan badan..saya ambik supplement.Sudah tentunya shaklee pilihan saya.Nak tahu lebih lanjut ape vitamin2 yg saya ambik masa pantang nie.Jgn segan silu hubungi saya k.

Wednesday, 24 September 2014

Penjagaan luka selepas bersalin


Penjagaan luka selepas bersalin

Semua ibu2 akan melalui pengalaman ni. Tak ada lagi yang bersalin tanpa luka. Hehe. Luka selepas bersalin ada 2 keadaan. Satu jahitan episiotomi yg selalunya dialami ibu2 yg bersalin normal dan kedua luka pembedahan caesarean yg obviously mmg luka pembedahan. =)

Kenapa penting nak jaga luka lepas bersalin ni? Sebabnya mudah. Sebab penjagaan rapi tu penting supaya tak berlaku jangkitan kuman yg boleh menyebabkan masalah lain pulak.

Jahitan episiotomi



Jahitan yg dilakukan selepas doktor membuat guntingan pada perineum.
Basuh bahagian perineum dengan air suam yg dicampur garam dan daun sirih sebagai bahan antiseptik untuk mengelakkan jangkitan pada luka.
Basuh bahagian perineum dengan air suam yg dicampur garam dan daun sirih sebagai bahan antiseptik semula jadi.
Kawal pergerakan agar jahitan tak terbuka. Minta bantuan suami atau ahli keluarga untuk menguruskan rumah tangga dan anak2 lain.

Pembedahan Caesarean


Ibu yg menjalani pembedahan perlu sentiasa berhati2 dalam pergerakan untuk mengelakkan luka jahitan terdedah kepada jangkitan kuman.
Pastikan menjaga kebersihan dan menyapu ubat antiseptik di kawasan jahitan serta mengambil ubat penahan sakit jika diperlukan.
Minta bantuan daripada suami atau ahli keluarga untuk membantu pergerakan turun daripada katil dan menyusukan anak ketika minggu pertama selepas bersalin.


Antara tips lain pulak adalah:

-Pad Ais. Sebaik sahaja melahirkan, letakkan pad ais pada luka. Ia bukan sahaja menggalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letak pada luka selama 10 minit setiap 3 hingga 4 jam sekali.

-Pastikan kawasan perineum bersih. Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh menggunakan air biasa atau lebih baik lagi menggunakan cecair pembasmi kuman yg dipreskripsi oleh doktor. Tak perlu gunakan cairan sabun kuat. Bersih dari depan ke belakang untuk mengelakkan cemaran najis. Semasa membuang air kecil, cuba duduk secara mencangkung dan siram air suam semasa membuang air kecil.

-Pastikan ia kering. Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas. Kita boleh menggunakan pengering rambut jika mahu. Kita juga digalakkan untuk mendedahkan luka sekali sekala.
-Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.

-Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurankan sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.

-Dapatkan pil penahan sakit sekiranya perlu. Boleh makan paracetamol atau ubat yg lebih berkesan seperti ponstan.

-Elakkan daripada sembelit. Pastikan minum air secukupnya untuk melancarkan perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika mahu, boleh cuba Lactulose atau Fybo-Gel. Boleh didapati di farmasi. Ubat enema tidak digalakkan sekiranya luka teruk.

-Sitz Bath. Amalkan sitz bath dengan merendam punggung dalam besen berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina.

-Senaman pelvic floor. Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuatkan luka cepat sembuh dengan menggalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Kita akan dapat melihat perubahannya.

-Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya terdapat masalah ini.

-Jangan percaya kepada mitos. Mitos seperti minum air banyak akan menyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana angin adalah tidak benar sama sekali.
 Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semulajadi akan membuang air lebihan yg terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air mendadak, menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka.

Kredit alam hamil

Ok, tu antara tips untuk jaga luka lepas bersalin.
Kalau nak lebih bagus, ambil supplement macam zinc dan vitamin c untuk mempercepatkan penyembuhan luka.
Kalau nak cuba set berpantang Shaklee boleh hubungi saya ok. Gerenti boleh consume walau anak ada kuning. Vitamin kan bagus. Hehe.

Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Set Confinement, berpantang dengan yakin bersama Shaklee


Set Confinement, berpantang dengan yakin bersama Shaklee

Mommy-mommy yang tengah hamil sekarang ni mesti sibuk mencari set yang bersalin yang sesuai kan? Lebih-lebih lagi yang dah tanam azam nak pasang badan lepas bersalin nanti.. mesti nak kekal sihat, bertenaga, malah kekal langsing & anggun selepas bersalin kan. Lebih-lebih lagi dengan penambahan ahli baru di dalam keluarga, mesti nak makin fit & cergas kan..
Sekarang, pelbagai set bersalin yang terdapat di pasaran, dan antara kriteria yang menjadi pilihan mommy-mommy semua pastilah jenama yang dipercayai, berasaskan ramuan tradisional seperti jamu & herba, dan tidak kurang juga yang memilih bentuk tablet yang senang untuk dimakan.
Yang pastinya apa jua pilihan mommy semua, pastinya ia adalah yang mampu dimiliki, tidak menyusahkan, senang untuk dikendalikan dan yang penting tidak memudaratkan si ibu dan juga tidak memberi kesan kepada bayi yang disusukan.
Selalunya banyak komen yang kita dengar daripada ibu-ibu yang mengamalkan set bersalin adalah kesan yang panas selepas pengambilannya, mendatangkan kesan ruam kepada bayi, sembelit dan sebagainya.

Tapi kini ada pilihan yang lebih mudah untuk anda terutama untuk mommy-mommy yang amat mementingkan kesihatan luar & dalaman, dah tanam azam untuk menyusukan anak dan amat sesuai untuk ibu yang berpantang sendiri.

Set Confinement atau dikenali sebagai SET C, sesuai utk mommy yang bersalin secara normal ataupun secara pembedahan. Malah Set C ini juga sesuai untuk diamalkan oleh sesiapa sahaja yang sedang berpantang selepas pembedahan (apa jenis pembedahan).

Set ini terdiri 4 jenis vitamin & mineral iaitu :

VITA-LEA atau Multivitamin lengkap dengan zat besi ( sangat sesuai utk ibu yang kurang darah)
B COMPLEX
VITAMIN C
ZINC COMPLEX


Yang bestnya tentang vitamin ni, bukan sahaja membantu mommy semua untuk mengembalikan tenaga selepas bersalin, tetapi ianya bertindak lembut dengan badan mommy tu sendiri.. tiada unsur panas dan tidak memudaratkan bayi.
Mungkin mommy semua tertanya-tanyakan set ini tak macam set bersalin pun, mana rempah ratusnya, mana jamunya..Inilah bestnya tentang vitamin ni.. tak menyusahkan malah mommy-mommy yang sebelum ini tegar mengamalkan jamu bersalin akhirnya bertukar kepada set confinement shaklee ini kerana ia membekalkan vitamin & keperluan asas yang hilang selepas mommy bersalin. Set Confinment Shaklee ini juga mempercepatkan penyembuhan luka,mengatasi masalah keguguran rambut, membantu ibu lebih relaks danmemulihkan tenaga dengan lebih cepat dan sudah pastinya tidak memudaratkan bayi yang disusukan.

Mommy juga boleh add on supplement di bawah sebagai tambahan kepada set confinement yang sedia ada.

LECITHIN
ALFALFA
ENERGIZING SOY PROTEIN
OMEGA GUARD
OSTEMATRIX

Ada lagi satu yang best tentang Set Confinment Shaklee ni.. set ini boleh diamalkan bila-bila bermula daripada selepas bersalin sehinggalah habis pantang, sepanjang tempoh penyusuan anak malah masa-masa yang selepasnya..

Saya pun tak sabar nak berpantang dengan Set Confinment Shaklee ni.. Dapatkan hari ni, untuk bekalan bulan berpantang anda.. pastinya ia akan menjadi teman baik anda :)

Untuk Si Suami, dapatkan set bersalin yang terbaik & semulajadi untuk isteri anda yang tercinta..

Dengan Set Confinment Shaklee ini pasti si isteri gembira.. bayi ceria.. suami bahagia..

Apa lagi, dapatkan daripada saya hari ini :

Nama : Sunita Arzansu
Sms / call / whatsapp: 013-3493711
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya )
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy
Email: sunita.arzansu@gmail.com
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, 23 September 2014

Set Kecantikan Enfuselle




Enfuselle Shaklee Mengembalikan Keremajaan Kulit
Selain dari rangkaian supplement, Shaklee juga mempunyai rangkaian produk penjagaan kulit iaitu Nutriwhite dan Enfuselle.Tadi saya dah citer pasal Nutriwhite kan.So sekarang kite citer pasal Enfuselle pulak.

Memandangkan nutrisi adalah kunci utama kulit wajah yang sihat dan cantik berseri, maka rangkaian Enfuselle Shaklee dihasilkan dengan Vital Repair+® Complex yang merupakan campuran sinergi 7 nutrient antioksida yang mampu meremajakan kulit wajah… haaaa Enfuselle Shaklee je yang ada tau…


Jadi untuk yang baru nak mengenali set Enfuselle Shaklee, sebenarnya ada 2 set berbeza iaitu Set Normal to Oily Skin dan Set Normal to Dry Skin. Kandungan setiap set dan fungsi setiapnya seperti di bawah.




1. Enfuselle Shaklee Purifying Cleansing Gel
-Gel berbusa bertindak lembut menyingkirkan mekap, kotoran di wajah dan minyak berlebihan
-Bebas sabun
-pH yang seimbang
-Hipoalergenik (risiko alergik sangat rendah)
-Mencerahkan tona kulit
-Dilengkapi Vitamin E menjadikan kulit wajah terasa segar dan lembut selepas dicuci


2. Enfuselle Shaklee Purifying Toner
-Dengan tiga tindakan untuk menghentikan kerosakan Pro-oksida yang boleh merosakkan kulit. Merangsang dan menyegarkan kulit untuk rawatan Enfuselle
-Keberkesanan terbukti secara klinikal
-Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi (‘iron’) dalam air paip
-pH yang seimbang
-Membantu mengawal kulit berminyak
-Diperkayakan dengan ekstrak ‘witch hazel’, ginseng dan likoris untuk menyegarkan dan menghaluskan kulit wajah
-Mengecilkan liang pori untuk kulit lebih halus
-Hipoallergenik

3. Enfuselle Shaklee Balancing Moisturizer
-Formula ringkas untuk menyubur dan melembapkan kulit. Tidak berminyak dan mengawal pengeluaran minyak pada wajah. Mengekalkan kelembapan segera pada kulit menjadikan kulit halus dan tidak nampak berkilat dan terbukti secara klinikal
-146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
-268% pengurangan garis halus dalam masa 28 hari
-173% pengurangan kedutan kulit dalam masa 28 hari
-Mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
-Hipoallergenik

Klik Sini : Saya nak set nie



1. Enfuselle Shaklee Hydrating Cleansing Lotion
-Emulsi berkrim bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
-Diperkayakan dengan emolien dan Vitamin E untuk kulit yang halus, seimbang dan berseri
-Mencerahkan tona kulit
-pH yang seimbang
-Hipoallergenik


2. Enfuselle Shaklee Hydrating Toner
-Meneutralkan tindak balas Pro-oksida yang boleh merosakkan kulit, melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle
-Keberkesanan terbukti secara klinikal
-Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi (‘iron’) dalam air paip
pH yang seimbang
-Rumusan tanpa alkohol yang membantu menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
-Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit
-Diperkayakan dengan ekstrak ‘witch hazel’ dan ‘kamomil’ untuk menyegarkan dan menghaluskan kulit wajah
-Mengecilkan liang pori untuk kulit lebih halus
-Hipoallergenik

3. Enfuselle Shaklee Hydrating Moisturizer
-Krim pelembap tanpa minyak dan tidak melekit. Diperkayakan dengan agen pelembap untuk menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta merta. Mengawal pengeluaran minyak pada kulit wajah. Hipoallergenik dan terbukti secara klinikal
-102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
-195% pengurangan garis halus dalam masa 28 hari
-21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
-Kesan ketara dapat dilihat serta merta dan kekal selama 24 jam

Klik sini : Saya Nak set nie.

Kenapa Enfuselle Shaklee yang terbaik? Kerana kecantikan itu dari dalam bermula dengan nutrisi kita sendiri. Jadi siapa lagi yang lebih arif tentang nutrisi yang diperlukan oleh kulit anda kalau bukan pakar nutrisi sendiri. Dan Shaklee antara pengeluar produk nutrisi terbaik di pasaran. Jadi you are in good hands with Shaklee tau.. hehe..

Kulit anda bermasalah...Jom hubungi saya.
Saya sedia membantu anda.

Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Set Kecantikan Nutriwhite

Assalamualaikum...hi semua....:)

Ramai juga yang bertanya shaklee ni hanya ada supplements je ke...? shaklee tiada produk untuk penjagaan kulit luaran ke....? jawapannya ADA...banyak lagi product shaklee yang saya belum share kat sini...so, harini saya akan share product skincare shaklee yang setanding dengan maryKay, SKII dan produk-produk skincare berjenama yang lain tuh.Yang penting, skincare nutriwhite ni boleh tahan lama dan bersumberkan bahan-baha yang organik...

ok, sebelum tu jum kita tengok, apa sebenarnya skincare nutriwhite shaklee ni...?

Set Nutriwhite shaklee adalah rangkaian kecantikan kulit wajah yang berasaskan konsep kecantikan sempurna gabungan alam semulajadi dan sains. Set ini khas untukmenyelesaikan masalah jeragat, pigmentasi, tompok hitam dan faktor-faktor lain yang menjadikan kulit wajah kelihatan kusam.



                                               Full Set Nutriwhite

Info tentang Nutriwhite Shaklee

-Dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika
3 tahun pembangunan produk
-Pemilihan bahan aktif dan mentah yang diperolehi dari 16 buah negara
-Ujian yang menyeluruh
-Ramuan gabungan yang optimum
-Selamat dan berkesan
-Vitamin C derivatif (ascorbyl / glucoside) ramuan selamat dan terbukti
-Patent-pending WhiteN-16 adalah campuran daripada 16 nutrien botani yang kuat yang membantu mengurangkan penampilan melanin yang sedia ada untuk mewujudkan lebih putih, kulit lebih cerah dan bercahaya
-Bahan-bahan yang terdapat dalam NutriWhite Shaklee:


Gabungan 16 ramuan botani yang mujarab:
-Bearberry - meringankan, melegakan dan mengurangkan keradangan
-Soybean - mencerahkan, melembutkan, melembap dan mengurangkan tompok
-Skullcap - meringankan, mengurangkan keradangan dengan flavonoid
-Beech Tree - meringankan, meningkatkan proses semulajadi dan melegakan kulit
-Strawberry Begonia -mencerahkan dan pigmentasi
-Mullberry - mencegah kerosakan kulit dan melembap
-Peony - mencerahkan, melembapkan dan mengurangkan keradangan
-Rosemary - mengetatkan, merangsangkan dan mengurangkan keradangan
-Aloe Vera - melegakan, melembapkan dan keradangan
-Mountain Arnica - mengurangkan keradangan dengan flavones
-Cat's Claw - menegangkan dan menyegarkan dengan cotechin
-Kudzu Leaf & Roots - menegang dan mengurangkan keradangan
-Linden - menyuburkan dan menghidrat di peringkat dalam
-Marshmallow - melembapkan dengan tanin
-Seaweed - mengeluarkan, memelihara dan menegangkan
-Green Algae - menyahtoksin dan melembapkan


Set penjagaan wajah NutriWhite Shaklee mengandungi:
1. Gentle Deep Foam Cleansing
2. Soothing Radiance Whitening Softener
3. Daily Defense Whitening Essence
4. Ultimate Protection Whitening Lotion
5. Overnight Renewal Whitening Cream
6. Gentle Action Makeup Remover
7. Spot Whitening Treatment



untuk basic set, saya suggest dahulukan Gentle Deep Foam Cleansing + Soothing Radiance Whitening Softener..ini basic skincare yang kita biasa guna kan bila nak cuba any new product...bila ada extra bajet, boleh cuba Overnight Renewal Whitening Cream yang akan bantu baiki kulit kita pada waktu malam masa kita tidur... lepas tu dah bole cukupkan satu set..

bila kesan dah setanding dengan produk-produk yang berkualiti tinggi tu, mesti awak semua terbayang harga yang mahal kan...? masa mula-mula beli memang sakit sikitlah nak keluar duit, but then bila da dapat kesan dia, insyaAllah nanti awak semua akan berpuas hati dan tak nak tukar skincare dah...


Klik Sini : Saya nak set Nutriwhite



Berminat boleh hubungi saya :

Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, 22 September 2014

Kelebihan Solat Tahajud





Solat Tahajjud adalah solat malam yang dilaksanakan setelah bangun tidur, afdalnya
dibuat secara bersendirian waktu selepas tengah malam. Solat sunat ini amat dituntut dan sangat baik dilakukan sebagai ibadah tambahan. Rasulullah SAW dan para sahabat tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka.


Firman Allah SWT:

“Dan pada sebahagian malam hari bersolat Tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadat tambahan bagimu; Mudah-mudahan Tuhan-mu mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”


(Surah Isra’; ayat 79)

Rasulullah SAW bersabda: “Kerjakanlah solat malam sebab itu adalah kebiasaan orang solihin sebelum kamu, juga suatu jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, juga sebagai penebus segala amalan buruk, pencegah dari perbuatan dosa dan dapat menghalangi penyakit dari badan.” (Riwayat Tirmizi dan Ahmad r.a.)

KELEBIHAN SOLAT TAHAJJUD

1.Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.

2.Doa dimakbulkan Allah.

3.Memperolehi ketenangan jiwa.

4.Merasai diri hampir kepada Allah SWT.

5.Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.

6.Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.

7.Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.

8.Mencegah dosa dan menghindari penyakit.

9.Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.

10.Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.

11.Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.

12.Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.

13.Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.

14.Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.

15.Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.

16.Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.

17.Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.

18.Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

Mari amalkannya..

Kurang Vitamin C Punca ??



Kekurangan Vitamin C Boleh Menyebabkan Penyakit Skurvi

Tahukah anda jika badan kita kekurangan vitamin C boleh mnyebabkan penyakit skurvi.

Tetapi apakah itu Penyakit Skurvi?


Penyakit skurvi terjadi disebabkan kekurangan vitamin C (asid askarbic) dalam badan. Ini kerana tubuh badan kita tidak mampu untuk hasilkan vitamin C dengan sendiri. Sebab itu kita perlu ambil pemakanan yang mengandungi vitamin C. Vitamin C adalah jenis yang larut air maka ia tidak akan disimpan di dalam tubuh badan so kita perlu mengambil dari semasa ke semasa. 

 

Penyakit Skurvi Boleh Di Atasi Dengan Vitamin C Shaklee

Penyakit skurvi ini terjadi disebabkan kurang pengambilan sayur-sayuran atau buah-buahan yang bercitrus. Sebab itu, penyakit ini dikenalpasti pada kurun 16 hingga 18 disebabkan kelasi-kelasi kapal yang belayar pada tempoh yang lama dan pengambilan makanan yang kurang zat vitamin C.  

Jangan fikir anda tidak terkena penyakit skurvi yea. Sebab antara golongan yang utama mudah mendapat gejala ini adalah mereka yang dalam proses diet untuk menguruskan badan dengan mengabaikan pengambilan vitamin C.

Antara symptom-simptom kekurangan vitamin C adalah:

1. Gejala awal adalah letih, hilang selera makan, meloya dan sakit otot
2. Gusi akan bengkak (Gingivitis)
3. Gusi akan mudah menjadi lembut dan sakit. Gigi akan jadi longgar
4. Selalu lebam-lebam (pendarahan dalam kulit). Kalau anda sering lebam-lebam 
    semasa tidur (sesetangah orang menyatakan kena gigit dengan hantu la,,, Hehehe) 
    itu bermaksud anda kekurangan vitamin C.
5. Mudah mengalami pendarahan. Jika luka, proses pemyembuhan yang lambat.
6. Boleh menyebabkan anemia
7. Kulit bersisik, kering dan keperangan.
8. Kanak-kanak yang mengidap gejala ini akan menyebabkan pertumbuhan tulang terbantut

Mengapa Vitamin C Penting Kepada Kita?

1. Pembentukan Kolagen

Peranan utama kolagen adalah menganjalkan kulit, saluran darah dan tulang-temulang. Badan kita juga bergantung pada kolagen untuk proses penyembuhan.

2. Berfungsi sebagai antioksida

Metabolisma dalam badan kita akan melepaskan molekul yang dikenali sebagai radikal bebas iaitu membrane sel yang rosak. Antioksida adalah bahan yang boleh memusnahkan radikal bebas yang terdapat dalam badan kita. Antioksida tersebut adalah vitamin C. 

3. Penyerapan Zat Besi

Proses penyerapan zat besi akan lebih efektif dengan pengambilan sekali vitamin C.

4. Melawan Jangkitan

Sel-sel badan yang dipanggil limfosit memerlukan vitamin C untuk membentuk sistem imun badan. Selain itu, vitamin C juga membantu untuk menghasilkan bahan-bahan penting seperti bahan kimia untuk otak (neurotransmitter)

Untuk memastikan dan mencegah badan daripada kekurangan vitamin C dan gejala skurvi, disarankan mengambil Vitamin C Sustain Release (SR) Shaklee.



Penyakit Skurvi Boleh Di Atasi Dengan Vitamin C Shaklee

Mengapa Vitamin C Shaklee?

1. Ia mengandungi teknologi pembebasan masa (sustain release). 
    Iaitu ia dilepaska secara perlahan-lahan dan berperingkat dalam badan . 
    So vitamin C dibekalkan secara berterusan dalam badan.
2. 1 biji Vitamin C mengandungi 500mg bersamaan 7 biji buah oren yang diambil secara
    sehari. Mampukah anda untuk makan 7 biji oren sehari?
3. Mengandungi bioflavonoid bagi meningkatkan keberkesanan vitamin C itu sendiri. 

Faktor alam sekeliling jugak mnyebabkan kita kehilangan vitamin C dalam badan. So dapatkan Vitamin C Shaklee daripada saya.
Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.