Tuesday, 7 April 2015

Cara Makan Meal Shakes Shaklee Dengan Betul dan Berkesan


Assalamualaikum dear readers!
Meal Shakes Shaklee sangat terkenal sebagai multivitamin yang sangat sesuai untuk mereka yang tak suka telan pil.  Ia terbukti membantu menaikkan selera makan dan menambah berat badan dan sesuai untuk semua orang, termasuklah lelaki dan tidak mengira usia. Asalkan jangan bagi kepada anak-anak bawah 1 tahun. Meal Shakes mengandungi 28 jenis vitamin dan mineral dan sangat sesuai sebagai multivitamin seisi keluarga. Saya sendiri memang amalkan meal shakes sebagai instant breakfast. Rasa kenyang dan bertenaga seharian!

Kelebihan Meal Shakes Yang Digemari Semua Orang
  1. Rasa yang sedap. French vanilla berkualiti tinggi
  2. Bau dan aroma yang menyelerakan
  3. Menambah selera makan anak
  4. Kaya dengan pelbagai zat yang baik untuk badan
  5. Membantu atasi masalah eczema
  6. Meningkatkan sistem imunisasi badan
Walau bagaimanapun, kalau cara bancuhannya tak betul, maka hasilnya juga tak seberapa. Meal Shakes Shaklee ni ada banyak vitamin dan zat lain, jadi kalau bancuh dengan air panas, habis musnahlah vitamin tu. Kan dah membazir camtu. Sebab itulah saya nak kongsikan cara yang betul supaya kelazatannya dinikmati dan khasiatnya diperolehi.
Jadi hari ini saya nak kongsikan tips exclusive cara bancuh Meal Shakes yang berkesan!
Cara Makan Meal Shakes Shaklee
Sukatan Bagi Kanak-kanak 1-4 Tahun
  • 1 sudu kecil Meal Shakes
Sukatan Bagi Kanak-kanak 4-12 Tahun
  • 2 sudu besar Meal Shakes
Sukatan Bagi Orang Dewasa dan 13 Tahun ke atas
  • 2 sudu besar Meal Shakes
Suka saya ingatkan yang semua produk Shaklee 100% dibuat dari bahan semulajadi dan mempunyai sijil halal. Ingat ye, kanak-kanak dibawah umur 1 tahun tak boleh minum Meal Shakes sebab susu ibu sudah mencukupi! Ibu lah yang makan supplement. Kena tunggu sekurang-kurangnya 1 tahun.
Macam Mana Cara Penyediaannya?
Boleh dibancuh dengan semua minuman kegemaran anda seperti jus buah-buahan, air ribena, air bercoklat dan susu. Tapi, JANGAN campurkan dengan:
  1. Air panas
  2. Air berkarbonat atau bergas
  3. Minuman berkafein seperti kopi dan teh
Kenapa? Sebab ini akan merosakkan kandungan zat di dalamnya. Sayur pun tak boleh masak lama sangat atas sebab yang sama. Kita nak cara penyediaan yang betul.
Contoh Resepi Meal Shakes
Bahan-bahannya:
1 Cawan Susu Segar/Fresh Milk
1 Biji Mangga
2 Sudu Besar Meal Shakes
1 Cawan Ais
Cara Menyediakannya:
1. Mangga dipotong dadu.
2. Campurkan semua bahan ke dalam blender dan kisarkan.
3. Siap!
Ketahui Kesan Buruk Jika Anda Kurang Selera Makan
Bagi kanak-kanak
  1. Perkembangan minda terbantut
  2. Lambat belajar
  3. Kurang aktif dan cergas seperti kanak-kanaklain
  4. Tumbesaran terbantut
  5. Keciciran di dalam kelas
Bagi Orang Dewasa
  1. Mudah diserang penyakit
  2. Badan yang terlalu kurus
  3. Ketidaksuburan. Susah dapat anak kerana kekurangan zat
  4. Badan letih tak bermaya
Alahai senang je nak makan Meal Shakes Shaklee ni.. Dah lah sedap.. Penuh khasiat pulak tu.. Ada banyak lagi kelebihan Meal Shakes termasuklah untuk elakkan anak sembelit dan untuk kecantikkan wajah.
Saya Nak Dapatkan Meal Shakes Shaklee!
Kalau nak order contact je saya okaayyy

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : 
Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://ceksuvitamin.blogspot.com/ 
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, 6 April 2015

Rahsia Keberkesanan Enfuselle


Assalamualaikum wbt.. 
Ramai yang memberi feedback positive selepas menggunakannya… Bagi memudahkan lagi semua pelanggan saya.. saya ceritakan di sini secara ringkas cara menggunakan set Shaklee Enfuselle® Nutrition Therapy™ ini.

Shaklee Enfuselle® Nutrition Therapy™
 

Teknik Asas Penggunaan Skin Care

 
Ramai orang yang menggunakan skin care untuk penjagaan kulit muka mereka. Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui perkara asas dalam penggunakan skin care ini. Jom baca untuk mengetahui adakah kaedah anda selama ini bertepatan.
 
 
Ada beberapa perkara asas yang perlu diketahui mengenai skin care ini sebelum anda membeli dan memilih produk yang bersesuaian dengan kulit anda. Yang paling penting ialah anda perlu kenali jenis dan masalah berkenaan kulit muka anda. Saya akan kongsikan di dalam entry yang lain. Kali ni saya cuma nak sharekan mengenai teknik asas penggunaan Shaklee Enfuselle Nutrition Therapy yang terdiri daripada:
 
  • Cleanser 
  • Toner
  • Moisturizer
 
Shaklee Enfuselle Nutrition Therapy ini ada dua set berbeza mengikut jenis kulit. Ketahui jenis kulit anda sebelum memilih set yang bersesuaian ya. 
 
1. Enfuselle for normal to dry skin
2. Enfuselle for normal to oily skin
 
 
Cara asas penggunaan bagi kedua-dua set ini sama sahaja. Silakan baca ya 
 

1. Cara Menggunakan Cleanser

cleansing gel
 
  • Biasanya orang akan basahkan dulu muka sebelum apply cleanser tapi seeloknya jangan basahkan muka dulu.
  • Letakkan cleanser sebesar dua puluh sen di atas tapak tangan kemudian letakkan sedikit air, kemudian gosok tangan tu sampai cleanser tuberbuih-buih
  • Sapukan buih tersebut di muka anda dan gosokkannya. 
  • Pastikan anda tidak sapu berdekatan dengan mata anda atau kulit bawah mata kerana kulit dibahagian bawah mata amat nipis dan sensitive.
  • Adakah cara gosok anda tepat
    • Cara gosok pun sebolehnyapusing-pusingkan tangan  ke arah atas… ini kerana liang roma kita kan menghala ke arah bawah jadi kalau gosok ke arah atas, buih buih cleanser tu boleh masuk sampai liang roma. 
    • Gosok tanpa membasahi muka terlebih dahulu bertujuan untuk pastikan kotoran dan minyak muka disebatikan dengan cleanser.
    • Bila dah puas menggosok muka anda, bilaslah buih buih tersebut macam biasa.
  • Selepas itu keringkan muka anda dengan tuala yang bersih
  • Kebiasaannya , orang sering guna tuala yang sama untuk muka dan bahagian badan yang lain…..tetapi itu bukanlah cara yang betul. 
    • Sebaiknya gunalah face towel atau tuala yang berasingan untuk mengelap muka anda.
    • Sebenarnya untuk rambut juga perlu ada tuala yg khas. 
    • Secara ideal elok jika anda ada 3 jenis tuala yang berbeza – untuk badan, muka dan rambut. 
    • Secara logiknya mudah sahaja – bukankah anda menggunakan sabun yang berlainan untuk bahagian badan, muka dan rambut.. jadi tidak pelik bukan jika anda perlu tuala yang berasingan juga?

2. Cara Menggunakan Toner

Purifying Toner
 
  • Selepas muka anda dah kering dan bersih (menggunakan face towel), letakkan toner tersebut ditapak tangan anda kemudian ‘pat pat’/ dabdi muka anda.
    • Dab-dab denganlembut ya, pastikan anda bukan menggosok muka anda dengan toner tersebut. 
    • Dab dab bermaksud tampar-tampar dengan lembut, pastikan anda tidak gosokkerana semasa anda basuh kulit muka tadi ia sudah digosok.
    • Tujuan dab-dab lembut ialah supaya blood circulation atau perjalanan darah yang lancar dan bagus di bahagian muka. Ia juga bertujuan merangsang kembali kulit muka yang lesu.
  • Jika selepas dab toner ke muka anda, masih terasa ada toner yang basah di muka anda, baru lah gunakan kapas dan sapu dengan cara mengarah/menghala ke atas kat muka. 
  • Ini bertujuan supaya toner diserap masuk ke kulit anda. 
  • Seperti saya sebutkan tadi halakan ke atas kerana liang roma kita menghala ke bawah!
  • Perhatian:
    • Jangan letak toner di atas kapasseperti kebiasaan yang orang buat. Ini kerana toner tersebut akan di serap ke dalam kapas melebihi dari di serap ke kulit anda. (tips daripada facial butik).. Nanti toner tu rugi banyak sebab habis kena di serap kapas. Jadi memang lebih baik dab toner tersebut terus  ke kulit muka.
    • Toner jenis alkohol memang amat cepat diserap. Jadi kalau boleh jangan letakkan di tapak tangan anda lama-lama, lepas tuang dari botol, terus dab ke muka ye.

3. Cara Menggunakan Moisturizer

Balancing moisturizer
 
  • Apabila toner dah agak agak kering lembab di atas muka anda, barulah sapu moisturizer. 
  • Cara sapu moisturizer pun mestimengarah ke atas, jangan dihalakan ke bawah sebab nanti tidak diserap sepenuhnya ke kulit anda. Hanya bahan make-up atau sunblock sahaja yang disapu ke arah bawah kerana bahan tersebut bertujuan untuk cover kulit muka, bukan untuk diserap oleh kulit muka.
 
****Peringatan: Pencuci, toner n pelembab perlu di sapu mengarah ke atas supaya dapat diserap oleh kulit
 
ini cuma kaedah dari luaran untuk atasi masalah kulit muka. Pengambilan supplement amat membantu untuk rawat dari dalam badan anda. Hubungi saya untuk ketahui supplement yang bersesuaian dengan anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : 
Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://ceksuvitamin.blogspot.com/ 
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, 5 April 2015

Atasi Perut Buncit Supaya Orang Dah Tak Ingat Kita Seperti Hamil 5 Bulan


Ramai yang tercari-cari cara atasi perut buncit terutamanya perempuan kerana memiliki perut buncit adalah satu perkara yang sangat memalukan apatah lagi kalau perut buncit tu bukanlah disebabkan hamil. Ke sana ke sini membawa perut yang sebenarnya hanya berisi lemak-lemak tapi disangka mengandung 5 bulan. Weeehuuu malu! Cer bayangkan kawan dah mula tegur dengan penampilan perut buncit. Nak tak nak kena berusaha cari jalan atasi perut buncit. 

"Eh kau pregnant ek? Sorok-sorok kau ya tak cakap, sedar-sedar dah buncit perut kau" 
"Hoi agak-agak la nak mengutuk! Bila masanya aku pregnant"
"Eh bukan ke? Ingat pregnant, aku nampak perut kau buncit"
"Amboiii melampau kau..Sampai hati kau kutuk aku kan!"



Hah! Satu hari moody sebab kecik hati dengan sindiran kawan tentang perut buncit yang seolah hamil 5 bulan. Tak pasal-pasal semua kerja tak menjadi asyik dok teringat kata-kata menusuk jiwa dari kawan. Nak datang kerja esoknya pun rasa malas.

Balik rumah pulak, tiba-tiba suami tegur 
" Yang, Abg nampak macam makin buncit je perut awak, awak mengandung ke ape ni?"
Eh-eh semacam berpakat pulak kawan dengan suami nak bincang tentang perut buncit ni. Haih kenapa semua orang pandang perut aku ni???? Arghhh malu..malu..malu..buncit benar ke perut ni?

Saya tahu, ramai wanita mengalami situasi ini sebab raaaamai sangat yang hubungi saya mengenai masalah perut buncit ni. Bila dah semua orang tegur, diri sendiri pun dah jadi resah gelisah. Hadap cermin je asyik duk telek perut. Nak hadap suami hari-hari, takkan nak jamu mata suami dengan penampilan perut buncit. Tak syiok la kan? Kalau suami pun boroi sama, boleh tahan lagi. Agak-agak dia tanya kita kenapa perut buncit, kita tanya la dia balik "abis tu perut abg tu berapa bulan plak hamil" Hahahahahaha gurau2 aje suami isteri, takde la stress sangat kan.

APA PUNCA SEBENAR YANG MENYEBABKAN PERUT BUNCIT DI KALANGAN WANITA? 


1. Amalan pemakanan yang kurang serat dan tinggi lemak tepu

Makanan bergoreng yang menggunakan minyak yg diguna berulangkali juga boleh menyumbang kalori yang tinggi dalam makanan. Makanan bergula tinggi juga boleh meningkatkan paras insulin dalam darah yang menyebabkan pengumpulan lemak dalam abdomen yang banyak. Insulin adalah hormon yang meransang pengumpulan lemak berlebihan dan menyebabkan perut buncit. 

2. Kurang aktiviti berbentuk senaman yang boleh mengurangkan jisim otot


Jisim otot berkurangan tidak akan membakar lemak secara efisien terutama di kawasan perut. Otot yang tak aktif akan lembik dan menyebabkan perut menggeleber. 

3Perubahan hormon akibat penuaan

Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. Untuk wanita menopouse , pengeluaran hormon estrogen akan berkurang jadi menyebabkan timbunan lemak di perut bertambah. Cuba perhati perut mak kita yang dah menopause pasti nampak buncit kan walaupun mak kita tu kurus macam mak saya.. mueheheh ampun mak! 


4.Stress yang tak terkawal


Stress menyebabkan berlaku ketidak seimbangan hormon kerana apabila seseorang stress maka paras hormon kortisolnya akan meningkat dan ini memberi kesan menurunkan hormon testosteron, thyroid dan hormon tumbesaran. Bila hormon-hormon ni berkurangan, perut akan menjadi buncit kerana pengumpulan lemak dalam abdomen.


Agak-agak mana satu punca perut anda buncit? Sebab stress ke? Pemakanan ke? atau perubahan hormon, almaklum lah umur dah makin meningkat. 


Jangan risau, ada cara yang boleh membantu untuk tukar perut yang konon-konon macam hamil 5 bulan tu kepada perut leper ala-ala model. Fuyooo syiok kan? Tapi of course untuk dapatkan sesuatu kene buat sesuatu. Takde cara mudah nak kempiskan perut puncit. Saya senaraikan tips ni untuk mereka yang takmo lagi disindir suami atau rakan sekerja akibat perut buncit


Cara 1: Setkan matlamat. Apa-apa nak buat memang kena ada matlamat. Yang ni super penting supaya kita tak tersasar. Tulis " Alhamdulillah, perut saya berjaya kempis dalam masa 3 bulan dari sekarang!" Anda boleh setkan masa lebih awal tapi usahanya kena lebih konsisten. 


Nak buat apa2 pun kena ada matlamat termasuklah nak kempis perut buncit

Cara2: Setiap hari, cuba buat senaman otot perut. Senaman ni tak perlu pergi gym pun atau kene pakai baju khas nak bersenam. Dengan baju kurung pun boleh, di mana-mana saja. Mula-mula betulkan postur tulang belakang biar menegak seolah-olah macam kedudukan mendada. Kemudian tekan ke dalam perut (tanpa guna tgn). Buat berulang kali. Ini akan mengaktifkan otot di sekitar perut dan pembakaran lemak dengan aktiviti otot ini akan meningkat. 

Cara ke3: Kurangkan makanan bergoreng. Jangan guna minyak yang digoreng berulang kali.Makanan berbentuk panggang, rebus dan stim lebih sesuai. Lebihkan serat. Buah dan sayur sentiasa ada. Minum air at least 2 Liter paling kurang. Mak aih, perut dah buncit nak minum air lagi? Air memudahkan anda untuk membuang, sekaligus toksik yang terkumpul di perut juga akan mudah disingkirkan. Membuang setiap hari adalah perkara wajib kalau nak perut kempis. 



Sedaaapp tapi membuncitkan!

Cara ke4: Kalau melibatkan hormon, stabilkan hormon dahulu. Cadangan saya, amalkan pengambilan GLA COMPLEX setiap hari untuk membantu stabilkan hormon. Jangan ambil mudah keadaan hormon yang tidak stabil, banyak buruk dari baiknya. Saya ada kongsikan diSINI bahaya bila hormon tak stabil.

Cara ke5: Dah apply semua cara di atas, langkah seterusnya adalah bantu proses kempiskan perut lebih cepat dengan Herb lax, Lecithin dan Omega Guard. Baaanyak testimoni pengguna ketiga product ini sampai boleh kembali ke bentuk asal. Antaranya adalah 



"Best la akak lepas amek set ni..berat badan dah turun, perut buncit pun dh kempis. x sampai sebulan amek set ni berat dah turun 4kg..sekrang ni nak target turun smp 48kg. Berak pun dh senang, dulu seminggu sekali pun payah, sekarang ni hari2 buang. lepas ni boleh order lagi'.
"Skrg sye mgambil alfalfa+lecithin, perut pun x buncit n rase ringgan jer"
"Sy dh try esp + alfalfa selama sebulan setengah(alfalfa baru seminggu).Alhamdulillah ada perubahan,jika sblum nie perut buncit skrg dh kurang sikit. "
"Sebelum ni ada masalah perut buncit..bl mlm slalu rasa mengah&penat.slpas di perkenalkan dgn Fiber+Lecithin,alhmdulillah. Br 2mggu guna"
"baru ambik lechtcin dlm 10 hari...lemak dah kurang...dah tk pyh pkai giddle da...I LOIKE! seluar pegi keje dah boleh zip up tanpa tahan nafas dulu"


Haaaa saya tak sabar nak share testimoni anda pulak dengan mengikuti semua cara yang saya kongsikan di atas. Apa salahnya bantu orang lain pulak dapatkan perut impian kan. Bukan saje cantik tapi ape yang penting sihat! Banyak penyakit merbahaya kalau perut buncit ni. 

Tak best ke tiba-tiba suami puji sambil senyum meleret "Eh perut awak dah kempis lah, mcm mula-mula kawen dulu"
Atau kawan yang duk mengutuk tu tiba-tiba buat muka pelik tanya "Ko dah kurus kenapa? Apa rahsia ko, perut pun tak nampak dah, hebat lah! cerr share dengan aku"

Syiok tak syiok? Ingat, anda berpeluang untuk mengubahnya. Boleh hubungi saya untuk consultation lanjut bagaimana ketiga-tiga product ni boleh bantu anda yang betul-betul nak dapatkan perut leper. Ada perkara menarik yang ingin saya kongsikan dengan anda, special untuk pelanggan saya. 



Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : 
Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://ceksuvitamin.blogspot.com/ 
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.