Monday, 6 April 2015

Rahsia Keberkesanan Enfuselle


Assalamualaikum wbt.. 
Ramai yang memberi feedback positive selepas menggunakannya… Bagi memudahkan lagi semua pelanggan saya.. saya ceritakan di sini secara ringkas cara menggunakan set Shaklee Enfuselle® Nutrition Therapy™ ini.

Shaklee Enfuselle® Nutrition Therapy™
 

Teknik Asas Penggunaan Skin Care

 
Ramai orang yang menggunakan skin care untuk penjagaan kulit muka mereka. Namun begitu masih ramai yang tidak mengetahui perkara asas dalam penggunakan skin care ini. Jom baca untuk mengetahui adakah kaedah anda selama ini bertepatan.
 
 
Ada beberapa perkara asas yang perlu diketahui mengenai skin care ini sebelum anda membeli dan memilih produk yang bersesuaian dengan kulit anda. Yang paling penting ialah anda perlu kenali jenis dan masalah berkenaan kulit muka anda. Saya akan kongsikan di dalam entry yang lain. Kali ni saya cuma nak sharekan mengenai teknik asas penggunaan Shaklee Enfuselle Nutrition Therapy yang terdiri daripada:
 
  • Cleanser 
  • Toner
  • Moisturizer
 
Shaklee Enfuselle Nutrition Therapy ini ada dua set berbeza mengikut jenis kulit. Ketahui jenis kulit anda sebelum memilih set yang bersesuaian ya. 
 
1. Enfuselle for normal to dry skin
2. Enfuselle for normal to oily skin
 
 
Cara asas penggunaan bagi kedua-dua set ini sama sahaja. Silakan baca ya 
 

1. Cara Menggunakan Cleanser

cleansing gel
 
  • Biasanya orang akan basahkan dulu muka sebelum apply cleanser tapi seeloknya jangan basahkan muka dulu.
  • Letakkan cleanser sebesar dua puluh sen di atas tapak tangan kemudian letakkan sedikit air, kemudian gosok tangan tu sampai cleanser tuberbuih-buih
  • Sapukan buih tersebut di muka anda dan gosokkannya. 
  • Pastikan anda tidak sapu berdekatan dengan mata anda atau kulit bawah mata kerana kulit dibahagian bawah mata amat nipis dan sensitive.
  • Adakah cara gosok anda tepat
    • Cara gosok pun sebolehnyapusing-pusingkan tangan  ke arah atas… ini kerana liang roma kita kan menghala ke arah bawah jadi kalau gosok ke arah atas, buih buih cleanser tu boleh masuk sampai liang roma. 
    • Gosok tanpa membasahi muka terlebih dahulu bertujuan untuk pastikan kotoran dan minyak muka disebatikan dengan cleanser.
    • Bila dah puas menggosok muka anda, bilaslah buih buih tersebut macam biasa.
  • Selepas itu keringkan muka anda dengan tuala yang bersih
  • Kebiasaannya , orang sering guna tuala yang sama untuk muka dan bahagian badan yang lain…..tetapi itu bukanlah cara yang betul. 
    • Sebaiknya gunalah face towel atau tuala yang berasingan untuk mengelap muka anda.
    • Sebenarnya untuk rambut juga perlu ada tuala yg khas. 
    • Secara ideal elok jika anda ada 3 jenis tuala yang berbeza – untuk badan, muka dan rambut. 
    • Secara logiknya mudah sahaja – bukankah anda menggunakan sabun yang berlainan untuk bahagian badan, muka dan rambut.. jadi tidak pelik bukan jika anda perlu tuala yang berasingan juga?

2. Cara Menggunakan Toner

Purifying Toner
 
  • Selepas muka anda dah kering dan bersih (menggunakan face towel), letakkan toner tersebut ditapak tangan anda kemudian ‘pat pat’/ dabdi muka anda.
    • Dab-dab denganlembut ya, pastikan anda bukan menggosok muka anda dengan toner tersebut. 
    • Dab dab bermaksud tampar-tampar dengan lembut, pastikan anda tidak gosokkerana semasa anda basuh kulit muka tadi ia sudah digosok.
    • Tujuan dab-dab lembut ialah supaya blood circulation atau perjalanan darah yang lancar dan bagus di bahagian muka. Ia juga bertujuan merangsang kembali kulit muka yang lesu.
  • Jika selepas dab toner ke muka anda, masih terasa ada toner yang basah di muka anda, baru lah gunakan kapas dan sapu dengan cara mengarah/menghala ke atas kat muka. 
  • Ini bertujuan supaya toner diserap masuk ke kulit anda. 
  • Seperti saya sebutkan tadi halakan ke atas kerana liang roma kita menghala ke bawah!
  • Perhatian:
    • Jangan letak toner di atas kapasseperti kebiasaan yang orang buat. Ini kerana toner tersebut akan di serap ke dalam kapas melebihi dari di serap ke kulit anda. (tips daripada facial butik).. Nanti toner tu rugi banyak sebab habis kena di serap kapas. Jadi memang lebih baik dab toner tersebut terus  ke kulit muka.
    • Toner jenis alkohol memang amat cepat diserap. Jadi kalau boleh jangan letakkan di tapak tangan anda lama-lama, lepas tuang dari botol, terus dab ke muka ye.

3. Cara Menggunakan Moisturizer

Balancing moisturizer
 
  • Apabila toner dah agak agak kering lembab di atas muka anda, barulah sapu moisturizer. 
  • Cara sapu moisturizer pun mestimengarah ke atas, jangan dihalakan ke bawah sebab nanti tidak diserap sepenuhnya ke kulit anda. Hanya bahan make-up atau sunblock sahaja yang disapu ke arah bawah kerana bahan tersebut bertujuan untuk cover kulit muka, bukan untuk diserap oleh kulit muka.
 
****Peringatan: Pencuci, toner n pelembab perlu di sapu mengarah ke atas supaya dapat diserap oleh kulit
 
ini cuma kaedah dari luaran untuk atasi masalah kulit muka. Pengambilan supplement amat membantu untuk rawat dari dalam badan anda. Hubungi saya untuk ketahui supplement yang bersesuaian dengan anda.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : 
Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://ceksuvitamin.blogspot.com/ 
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.