Friday, 10 October 2014

Jadual pengambilan Shaklee dan Pantang larang


Salam,

Selalu kite tertanya2 bila waktu sesuai utk makan vitamin kan.Boleh tak makan campur2 dengan vitamin lain.Meh saya share sikit.





Bilakah waktu pengambilan vitamin yang sesuai?
Bagi setiap customer saya,saya akan sediakan jadual pengambilan vitamin bersesuaian dengan jenis-jenis vitamin yang diambil. Oleh itu, jadual bagi setiap pelanggan mungkin berbeza tetapi asasnya tetap sama.

Terdapat rule of thumb yang boleh dijadikan panduan:

Vitamin larut air ( B-complex dan Vitamin C) :
Seelok-eloknya diambil dengan segelas air untuk penyerapan yang efektif dan elakkan diambil bersama-sama makanan berlemak/berminyak.

Vitamin Larut Lemak ( A, D,E K) :
Diambil selepas mengambil makanan berlemak / berminyak kerana vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan.

OsteMatrix@Calcium :
Diambil bersama produk tenusu seperti susu. Selain itu, pastikan calcium anda mempunyai magnesium kerana magnesium membantu calcium lebih mudah diserap.

Iron:
Diambil bersama dengan vitamin C kerana iron memerlukan vitamin C untuk lebih mudah diserap
Bagi mereka yang baru mengambil supplement, anda boleh gunakan jadual di bawah sebagai panduan. Ini secara umum yea.

Selepas sarapan : 1x Vitalea, 1x B-complex
Antara sarapan dan makan tengahari : secawan ESP
Selepas makan tengahari : 1x Vitamin C, 2x Alfalfa
Antara makan tengahari dan makan malam : Secawan ESP
Selepas makan malam : 1x Omega, 1x Vitamin E
Sebelum tidur : 2@4x OsteMatrix

Bagi anda yang mengamalkan lecithin untuk berdiet atau merendahkan kolestrol, ambil 2 caps sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam berserta dengan 2 biji alfalfa (selepas makan).

Pantang Larang pengambilan vitamin yang perlu dipatuhi
  1. Alfalfa bersama Vitamin E -  Vitamin E akan menghalang penyerapan Alfalfa
  2. OsteMatrix bersama Iron  – Kalsium akan menghalang penyerapan iron. Vitalea mempunyai Iron jadi elakkan pengambilan bersama ostematrix atau produk tenusu. Produk tenusu=kalsium kan?
  3. Alfalfa bersama GLA complex – GLA complex mempunyai vitamin E jadi berbalik kepada pantang no. 1
  4. Pengambilan vitamin bersama kafein seperti kopi dan teh kerana kedua-dua minuman ini mengurangkan keberkesanan penyerapan vitamin.
  5. Pesakit thalasemia tidak boleh mengambil vitalea kerana vitalea mengandungi iron.
Selain itu, anda perlu baca entry berikut untuk mengetahui cara mengoptimumkan pengambilan vitamin


Berminat untuk mendapatkan shaklee??
Sila hubungi saya :

Nama : Sunita Arzansu Sms / call / whatsapp: 013-3493711 Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy Email: sunita.arzansu@gmail.com Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Optimumkan kesan pengambilan vitamin


Optimumkan kesan pengambilan vitamin




Kenapakah kita memerlukan vitamin yang lengkap, terutama multivitamn dan multimineral? Di sini ada jawapannya.
Vitamin A menjadi lebih mudah diserap dengan kehadiran vitamin E.
Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi, dan menukarkan zat besi kepada bentuk yang paling mudah diserap dalam badan. Vitamin C berinteraksi dengan antioksidan lain, terutamanya vitamin E, selenium, dan beta-karotena. Vitamn C juga memnbantu dalam penyerapan kromium.
Vitamin D berfungsi secara sinergistik dengan vitamin K dan kalsium untuk meningkatkan jumlah osteocalcin yang mesra tulang dan meningkatkan metabolisme tulang di kalangan wanita yang menghidapi osteoporosis. Vitamin D juga agen yang meningkatkan penyerapan kalsium.
Vitamin E boleh meningkatkan penyerapan, penggunaan dan penyimpanan vitamin A dan boleh melindungi hypervitaminosis A. Apabila vitamin E yang digunakan bersama-sama dengan vitamin C, ia mempunyai keupayaan untuk mengurangkan risiko preeclampsia pada wanita hamil. Vitamin E adalah sejenis antioksidan, dan selenium meningkatkan kesan antioksidan Vitamin E.
Vitamin K berfungsi secara sinergistik dengan vitamin D dan kalsiumuntuk meningkatkan kekuatan tulang.
Zat Besi adalah lebih mudah diserap dan digunakan oleh badan dengan kehadiran vitamin C.
Magnesium adalah lebih mudah diserap dan digunakan oleh badan dalam kehadiran boron.
Copper lebih optimum dengan kehadiran vitamin B6. Kekurangan vitamin B6 sebenarnya akan menghalang penyerapan copper .
Zink membantu dalam penyerapan mangan. Zink juga memainkan peranan penting dalam metabolisme dan fungsi imun.
Boron membantu untuk menukar vitamin D kepada bentuk yang lebih boleh digunakan, dan juga mempengaruhi kesan magnesium dan kalsium dalam mengoptimumkan metabolisme tulang dan mengurangkan kehilangan jisim tulang.
Semua 8 jenis vitamin B (B complex) bertindak secara sinergistik bersama-sama untuk kesihatan optimum.
Memandangkan pemakanan kita pun kadangkala tidak menentu dan tidak seimbang, sangat bagus untuk melengkapkan keperluan nutrient harian dengan mengambil vitamin lengkap, atau sekurang-kurangnya multi vitamin dan multi mineral.
Kredit : Vitamin Semulajadi

Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, 9 October 2014

SIAPA YANG MEMERLUKAN ESP


SIAPA YANG MEMERLUKAN ESP


Energizing Soy Protein (ESP) .Protin Soya Hebat!!!!





Adakah anda mengalami simpton- simpton berikut :
  • Kulit wajah yang kusam?
  • Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam?
  • Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan meninggalkan kesan ?
  • Rambut sering gugur?
  • Lemah dan tidak bertenaga?

Tahukah anda ia antara punca kekurangan protien?


RISIKO KEKURANGAN PROTEIN (SECARA UMUM):

  • Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah) 
  • Kidney disease (penyakit buah pinggang) 
  • Liver (penyakit hati) 
  • High Cholesterol (kolesterol tinggi)
  • Low blood pressure (tekanan darah rendah) 
  • Low blood sugar (kandungan gula darah rendah) 
  • Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil) 
  • Peptic ulcer (Ulser perut + usus) 
  • Poor wound healing (Luka ambat sembuh) 
  • Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar) 
  • Poor vision (Penglihatan kurang baik) 
  • Irritability (Badan menggeletar) 
  • Fatigue (Letih lesu) 
  • Weakness (Lemah) 
  • Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan) 
  • Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal) 
  • Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

SHAKLEE ENERGIZING SOY PROTEIN

Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini  memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

Siapa perlukan ESP ni?
1. Ibu menyusu
2. Ibu hamil
3. Lelaki/wanita yang ingin turunkan berat badan
4. Sesiapa sahaja yang inginkan kesihatan berpanjangan
5. Mereka yang mengalami masalah kesuburan
6. Mereka yang ingin menghilangkan parut (parut jerawat mahupun parut2 di badan)
7. Mereka yang ingin menaikkan taraf kesihatan 
8. Mereka yang inginkan kulit cantik berseri serta halus mulus
9. Wanita yang inginkan payudara anjal
10. Sesuai untuk kanak2 sehinggalah warga emas.

Berminat Untuk Merasai sendiri ESP nie ??
Hubungi saya utk dapatkan esp anda.
Tgh promo nie tau.

Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

ESP untuk Gastrik ??


ESP SHAKLEE UNTUK GASTRIK

GAMBAR DARI GOOGLE


ESP Shaklee Untuk Gastrik
Sesiapa yang pernah mengalami dan ada penyakit ni, bila dengar je perkataan GASTRIK mesti jadi seram sejuk... Yang dah alami gastrik ni tahu la macam mana rasa sakitnya penyakit gastrik ni kan. Sekarang makin ramai penghidap gastrik terutamanya di kawasan bandar.. antara faktor penyumbang adalah gaya hidup yang pantas. Untuk yang tidak mengetahui apa itu gastrik.. kali ni saya kongsikan info tentang penyakit gastrik aka penyakit yang berkaitan dengan perut.


GAMBAR DARI GOOGLE




APA ITU GASTRIK ?
Gastrik dalam istilah perubatannya dipanggil Gastritis. Gastritis bermaksud keradangan pada lapisan perut. Ia boleh berlaku secara tiba-tiba sama ada dalam jangka masa pendek ataupun secara berperingkat atau dalam jangka masa panjang.


Secara semulajadinya, sel perut kita menghasilkan asid hidroklorik yang berfungsi mencerna makanan. Asid ini kuat dan jika terkena pada tangan, kulit akan terhakis. Namun ciptaan Allah sangat unik, kerana sel perut menghasilkan lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.


Pengeluaran atau rembesan asid hidroklorik berlaku dengan kehadiran makanan bagi memulakan proses pencernaan, namun gastrik akan berlaku apabila tiada keseimbangan antara kuantiti rembesan asid hidroklorik dengan kekuatan lapisan pertahanan. Apabila lapisan pertahanan ini menjadi lemah, ulser berlaku kerana asid hidroklorik boleh sampai ke sel dan menyebabkan keradangan.


Kesakitan perut apabila lapar menandakan asid hidroklorik terlalu banyak di dalam perut, sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana kerana lapisan mukosa yang lemah.


Gastrik ni menyerang tidak kenal usia. Antara faktor penyumbang kepada berlakunya gastrik adalah pemakanan yang tidak seimbang, jadual makan yang tidak menentu serta pengambilan makanan proses.


GAMBAR DARI GOOGLE


TANDA-TANDA GASTRIK
-Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen
-Rasa senak, berangin atau pedih
-Rasa tidak selesa
-Kembung, sendawa berulang kali atau kerap kentutselepas makan
-Rasa mual (loya) dan muntah
-Hilang selera makan
-Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Sekiranya sampai ke peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :-
-Najis menjadi hitam seperti tar
-Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi






BAGAIMANA ESP MEMBANTU?
ESP merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya yang merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya. Ia membantu meneutralkan keasidan didalam perut. Di samping itu, nutrien protein yang terkandung didalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.


Bagi yang nak cuba ESP ni untuk masalah gastrik, bulan ini adalah bulan terbaik, bersempena dengan promosi ESP.. Hubungi saya sekarang, semestinya untuk dapatkannya dengan konsultasi yang berterusan.



Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, 8 October 2014

Air Penting Untuk Menurunkan Berat Badan


Air Penting Untuk Menurunkan Berat Badan

Air dianggap sebagai cara semulajadi untuk menyembuhkan dan mencegah pelbagai penyakit. Air adalah salah satu syarat utama untuk hidup. Kekurangan air akan menyebabkan dehidrasi ataupun penyahhidratan. Dehidrasi boleh membawa kepada komplikasi seperti sawan, koma, kegagalan buah pinggang dan juga kematian.

Dengan meminum air mencukupi setiap hari dapat membantu melancarkan sistem pembuangan tubuh badan kita dan ia begitu penting agar kita sihat secara fizikal dan mental.

Air yang cukup dalam badan dapat memastikan kulit dan wajah yang cantik berseri, dan juga penurunan berat badan yang efektif. Pengambilan air yang mencukupi juga akan mempertahankan fungsi hati kita - yang merupakan organ penting dalam sistem tubuh badan.

Air Penting Untuk Menurunkan Berat Badan Secara Efektif ?

Selain daripada membersihkan dalaman tubuh, meminum air sebelum makan dapat mengurangkan keinginan kita untuk terlebih makan. Air juga tidak mengandungi kalori, jadi ianya begitu bermanfaat kepada kita dalam konteks menurunkan berat badan tanpa kesan sampingan negatif.

Secara umumnya, adalah disarankan sebaik-baiknya untuk meminum sekitar 9 -10 gelas air setiap hari (tidak kiralah air putih, jus buah atau teh herbal). Proses metabolisma dan pembakaran kalori memerlukan air yang mencukupi untuk berfungsi secara efektif. Air juga amat penting untuk menjaga otot dan membantu mencerna makanan yang kaya serat, dan penting untuk tubuh langsing dan sihat.

Konsep utama penurunan berat badan dengan air adalah :
Air dapat membantu melancarkan mekanisma badan supaya efektif dalam pembersihan dan pembuangan lemak dan cairan kotoron melalui pembuangan air kencing dan air besar.


Jadi, adalah penting sekali supaya badan kita sentiasa mendapat air yang mencukupi.


Bagaimana kita boleh memastikan badan kita cukup hidrat

Minum Air yang Cukup Setiap Hari

Biasakan diri untuk meminum air setiap hari terutama sebelum makan. Minum 2 gelas air sebelum makan akan membantu mengurangkan nafsu makan.

Minum Jus Buah atau Teh Herba

Jus buah mengandungi banyak vitamin dan mineral yang penting dalam menjadi sihat dan cergas. Meminum jus buah juga efektif dalam menambah kadar air dalam badan dan membantu dalam penurunan berat badan. Secara alternatif, anda juga boleh memilih teh herba yang berkalori rendah.

Jus Lemon Madu
Ambil air jus lemon madu (suam) setiap pagi sebelum sarapan dapat membantu dalam penurunan berat badan. Ini tips dari seorang kawan Indonesia saya. :-) Ataupun jika anda tidak suka air lemon madu ini, boleh je mengambil air suam-suam panas selepas bangkit dari tidur.



Nama : Sunita Arzansu Sms / call / whatsapp: 013-3493711 Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy Email: sunita.arzansu@gmail.com Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Ibu menyusu kurus dengan Shaklee



Kuruskan Badan Dengan Cepat Sambil Menyusu

Ramai wanita risau tentang berat mereka selepas bersalin dan inginkan bentuk badan mereka kembali menarik dan seperti asal. Justeru, mereka mencari-cari bagaimana caranya untuk menguruskan badan sambil menyusu.

Boleh ke kita kuruskan badan sambil menyusu? Bagaimana caranya nak turunkan berat badan semasa menyusukan bayi? Selamat tak kita berdiet sementara menyusu badan? Itu semua soalan-soalan yang biasa ditanyakan. 

Jawapannya adalah, tidak salah kita berdiet dan boleh kita menguruskan badan ketika menyusu, asalkan kita tidak berlapar dan selalu mengaktifkan diri.

Lagi satu, orang cakap menyusukan bayi adalah satu cara untuk cepat kurus juga. Faktanya, ibu yang menyusukan membakar purata 500 kalori sehari.  

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diikuti ibu-ibu menyusu:

1)  Berdiet hanya selepas anak melepasi umur 2 bulan
Ini adalah untuk memberi badan kita masa untuk menghasilkan susu yang berkualiti untuk bayi anda. Dengan menyusukan, badan kita membakar purata 200-500 kalori sehari.  

2) Menyusukan tanpa had
Kajian menunjukkan jika seseorang ibu itu kerap menyusu dan menyusu lebih daripada  6 bulan, ibu akan hilang lebih berat. Oleh itu, jangan risau tentang berat anda dan teruskan menyusukan badan secara eksklusif sampailah anak berumur 6 bulan.

3) Makanlah sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori sehari
Adalah disarankan anda mengambil sekurang-kurangnya 1500-1800 kalori sehari untuk memastikan susu anda mencukupi dan berkualiti. 

4) Tidak boleh turun berat lebih daripada 680 gram seminggu 
Ibu-ibu boleh turun berat sehingga 680 g seminggu atau 3kg sebulan selepas bulan kedua dan tidak menjejaskan susu dan kesihatan bayi.

5) Kurangkan pengambilan kalori secara perlahan-lahan
Jangan terlebih mengurangkan kalori, dikhuatiri akan menyebabkan kurangnya kualiti susu ibu.

6) Elakkan ambil jalan mudah utk kurus
Liquid diet, diet rendah karbohidrat, ubat kurus adalah sangat tidak digalakkan ketika menyusu..
(credit kepada : kellymom.com)

Ini pula tips-tips untuk yang hendak kuruskan badan semasa menyusukan:

1) Jangan skip meal, kerana berpotensi untuk terlebih makan jika tahan lapar

2) Minum air sekurang-kurangnya 8 gelas sehari

3) Jangan timbang berat setiap hari kerana perubahan mungkin tidak segera dalam masa yang singkat, jadi elakkan timbang setiap hari untuk elakkan perasaan kecewa jika berat tidak turun secepat yang dikehendaki.

4) Ambil sarapan kerana sarapan pagi akan menstabilkan hormon dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolisma juga akan meningkat untuk membakar kalori yang berlebihan

5) Makan dengan bijak. Makan berkualiti bukan kuantiti. Kunci utama ibu berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun adalah ibu perlu menjaga kesihatan tubuh badan. Cuba lebihkan makanan yang berfiberprotein tinggi. Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan terlalu manis. Ambil lebih buah-buahan dan sayur-sayuran. Pilihlah ikan dan kurangkan ayam dan daging. Kurangkan mengambil nasi dan ambillah vitamin-vitamin untuk memastikan kualiti nutrisi seharian.

6) Makan lebih kerap. Makan setiap 2-3 jam sepanjang hari dan bukannya hanya 3 kali sehari. Ini akan memastikan metabolisma badan anda aktif, mengelakkan terlebih makan kerana lapar dan dahaga. Tukarlah kepada cara pemakanan yang baru dan sihat.

7) Pastikan anda cukup tidur. Tidur itu penting untuk memastikan anda focus dan beremosi baik dan seterusnya dapat mengawal gaya pemakanan anda.Cuba untuk tidur sementara bayi anda tidur.

8) Harus diingatkan proses menurunkan badan ini memerlukan komitmen sebab berat akan turun secara beransur-ansur.  

9) Bersenamlah selalu. Bersenam akan mengelakkan kita daripada sakit-sakit badan yang lain dan ‘kesan sampingan’nya akan berat kita akan berkurangan.

Mari kita berkenalan dengan produk-produk Set Kurus Badan Shaklee



Lecithin Shaklee diperolehi secara semulajadi daripada kacang soya. Setiap kapsul gel lembut Lecithin mengandungi 530g Lecithin. Lecithin bertindak sebagai pemecah lemak. Ianya selamat dan tidak menjejaskan penyusuan bagi ibu-ibu yang menyusu. 

Omega Guard Shaklee adalah pilihan selamat bagi ibu menyusu membakar lemak. Ini kerana Omega Guard Shaklee bertindak membakar lemak di badan tanpa menjejaskan susu yang terhasil. Susu tidak akan berkurang, juga tiada pencemaran yang berlaku terhadap susu ibu. Selain daripada bakar lemak ibu menyusu, Omega Guard Shaklee juga dapat membantu perkembangan otak bayi semasa di dalam kandungan. EPA dan DHA yang ada di dalam Omega Guard penting untuk sistem imunisasi anak-anak. Omega juga dapat meningkatkan kesihatan otak dan tubuh badan

Setelah lemak dipecahkan, lemak berlebihan itu perlu diangkut keluar dengan proses detox. Ibu-ibu menyusu disyorkan Alfalfa. Ada dikalangan ibu menyusu badan mengatakan Alfalfa dapat menambahkan susu badan.


Herblax pula lebih sesuai untuk ibu-ibu yang di dalam pantang sebab Herblax dapat meningkatkan proses pencernaan secara lembut dan juga disarankan untuk mereka yang menghadapi masalah sembelit.


Ibu-ibu menyusu disarankan mengambil ESP (Energizing Soy Protein) dan bukan Cinch Shake sebab kalori cinch sangat rendah dan dikhuatiri mungkin akan membantutkan pertumbuhan bayi.

ESP juga dikatakan dapat membantu memekatkan susu ibu dan memberi tenaga berkekalan yang dapat bertahan berjam-jam lamanya. Selain itu ESP Shaklee juga membantu ibu memperolehi kulit yang lebih licin, gebu dan anjal.

Untuk mendapatkan kesan yang lebih cepat, ibu-ibu menyusu disarankan melakukan senaman ringan dan mengambil pemakanan yang seimbang.

LANGKAH PERTAMA: BAKAR
lecithin shaklee, omega guard shaklee
LECITHIN ATAU OMEGA GUARD


LANGKAH KEDUA: BUANG
alfalfa shaklee, herbalax shaklee
ALFALFA ATAU HERBLAX


LANGKAH KETIGA: BINA
esp shaklee, cinch shaklee
  CINCH ATAU ESP


Jika anda berminat, sila hubungi saya untuk sebarang pertanyaan atau order :

Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, 7 October 2014

Senaman ringan sihatkan sendi


Selamat petang semua,

jom bersenam utk kesihatan badan,sendi dan tulang kita.




Sendi merupakan antara struktur asas yang penting bagi pergerakan harian kita. Tidak hairanlah kalau sendi sakit, maka sukarlah kita bergerak, apa lagi untuk melakukan aktiviti fizikal yang lebih kuat seperti senaman dan lain-lain. Jika kekuatan dan ketangkasan sendi dipertingkatkan, maka sakit sendi dan kepenatan badan akan berkurangan. Ramai di antara kita tidak sedar bahawa kurang bergerak menambahkan lagi sakit sendi dan kecekangan otot yang berkaitan sendi. Oleh itu, bagi memelihara sendi supaya sihat, senaman ringan setiap hari adalah diperlukan.
Bagi menguatkan sendi, tidak perlu larian maraton, tetapi memadai dengan senaman ringan yang sesuai. Bagi melindungi sendi, pergerakan tanpa paksa adalah perlu. Pergerakan yang banyak dan terlalu cepat tidak baik untuk kesihatan sendi. Bagi mereka yang kurang bersenam dan sakit sendi tetapi ingin memulakan senaman ringan, eloklah dimulakan dengan membuat kerja-kerja fizikal rutin harian seperti mengemas dalam dan luar rumah, berkebun di kawasan rumah, memmbuat kerja-kerja dapur, dsb. Apabila tulang sendi sudah semakin kuat, senaman yang lebih berat boleh dilakukan.
Bagi mereka yang sakit sendi, sebelum memulakan senaman ringan, sebaik-baiknya balut sendi tersebut (contohnya lutut) dengan kain atau tuala panas terlebih dahulu bagi mengurangkan rasa sakit. Gerakkan sendi dengan perlahan-lahan selama 5 atau 10 minit bagi melancarkan perjalanan darah. Jika terasa terlalu sakit, berhenti sebentar, kemudian ulang semula. Jika sendi menjadi kemerahan dan bengkak, perlahankan senaman ringkas ini. Jika rasa menyucuk di sendi semasa menjalankan senaman ringan, ini menunjukkan keadaan telah serius dan perlu dapatkan nasihat doktor sebelum meneruskan senaman ringan ini.
Terdapat beberapa jenis senaman ringan yang sesuai bagi mereka yang mengalami sakit sendi, iaitu:
1. Berjalan – merupakan pilihan terbaik kerana ia dapat menguatkan dan memelihara kebolehlenturan (flexibility) sendi, selain daripada mengurangkan potensi osteoporosis (repuh tulang).
2. Berlari atau berjogging – sesuai bagi yang mampu melakukannya, tetapi hendaklah dilakukan di atas permukaan yang tidak keras bagi mengurangkan kesannya ke atas lutut, terutamanya.
3. Mengayuh basikal, sama ada di luar atau di dalam rumah/bangunan hanya memberi kesan yang sedikit terhadap sendi. Basikal duduk yang dikayuh di dalam rumah boleh diubahsuai kelajuannya mengikut kemampuan, keselesaan dan keselamatan masing-masing.
4. Berenang dalam air suam sangat baik bagi menguatkan sendi kerana air dapat menyokong berat badan tanpa memberi tekanan ke atas sendi yang sakit, dengan itu sendi mudah digerak-gerakkan dengan mudah.
5. Latihan Yoga dikatakan dapat mengurangkan sakit sendi sambil mengendur dan merehatkan otot yang tegang. Ini dilakukan dengan pergerakan yang dikawal, regangan, dan beristirihat dengan pernafasan dalam.
6. Senaman pergerakan seperti Tai Chi dan seumpamanya didapati baik untuk mengistirihatkan badan dan menjaga kesihatan sendi dengan pergerakan yang tertentu.
7. Supplement juga digalakkan diambil sebagai tambahan kepada senaman ringan yang sesuai. Glucosamine ialah asid amino yang dihasilkan secara semulajadi bagi membina dan memperbaiki rawan yang rosak. Chondroitin pula menghalang enzim yang merosakkan rawan bagi menambah ketahanannya. MSM berfungsi menyokong ligamen yang sihat dan memelihara kebolehlenturan sendi.

Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 
 COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.