Friday, 13 June 2014

Pentingnya Asid Folik


Pentingnya Asid Folik untuk Kesuburan & Kehamilan

Assalamualaikum..

Wanita yang merancang untuk mengandung atau hamil akan mula mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil. Tetapi tahukah anda akan kepentingan asid folic ini? Jom saya kongsikan sedikit info tentang kepentingan asid folik ini untuk pengetahuan kita semua. Semoga ia memberi manfaat buat kita bersama.

Apa itu ASID FOLIK?

Folic Asid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.

Mengapa ia PENTING?
  1. Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
  2. Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah(anemia). 
  3. Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
  4. Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:
  •           Sumbing lelangit (cleft palate)
  •           Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
  •           Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
  •           Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)

Bila ASID FOLIK perlu diambil?

Bagi wanita yang merancang untuk hamil, ambillah asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Bagi wanita yang telah hamil pula, mereka dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari sejak awal kehamilan dan harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertamaIni kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?
  • Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung.
  • Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
  • Merawat kesuburan pada lelaki

Dos Asid Folik yang DIPERLUKAN?
  • Wanita biasa - 400 microgram (0.4 mg) sehari
  • Wanita hamil - 600–800 micrograms sehari

SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK?
  • Hati ayam
  • Daging, ayam, telur
  • Kekacang
  • Beras perang, barli, oat
  • Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain

Pentingkah Asid folik untuk KESUBURAN LELAKI & WANITA?

Folic acid juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.

Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesisBagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim


Oleh itu tidak salah jika anda ingin mengambil asid folic sebagai langkah persediaan untuk hamil dan juga sebagai usaha untuk meningkatkan tahap kesuburan anda. Kita berusaha ALLAH menentukan.  

NAK supplement yang ada  FOLIC ASID?

Shaklee menyediakan dua produknya yang mengandungi asid folik. Kedua-dua produk ini memang sangat bagus dan mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita. Jom kenali dua-dua produk yang terbaik ini.

B Complex dan Vitalea (Multivitamin) Shaklee ini mengandungi 200mcg Asid Folik. Untuk penjagaan kesihatan harian, pengambilan kedua-dua produk ini amat disyorkan. Badan yang sihat juga diperlukan untuk mendapatkan zuriat dan seterusnya untuk menghadapi proses kehamilan selama 9 bulan.


Apakah kepentingan B Complex terhadap tubuh kita?
  • Membantu untuk mengekalkan tisu otak yang sihat, saraf, kulit, mata, rambut, hati dan mulut, serta otot di dalam saluran usus gastro.
  • Terlibat dalam penghasilan tenaga dan berguna untuk kemurungan dan stress. Ia adalah nutrien anti-tekanan.
  • Diperlukan untuk pembentukan darah, dengan itu, ia membantu mencegah anemia.
  • Membantu untuk mengelakkan sawan, epilepsi, dan membantu mengatasi keletihan dan ketagihan makanan.
  • Membina rambut yang sihat dan mencegah uban.
  • Membantu dalam merawat alergi, menyembuhkan luka, mengawal penyakit jantung, hiperaktif.
  • Membina tindak balas imun, mencegah kemandulan, masalah haid, multiple sclerosis, gangguan saraf, skizofrenia, membantu fungsi seksual , kesukaran penglihatan, masalah kehilangan berat badan, dan melindungi terhadap keracunan plumbum.

Kenapa perlukan Vita-Lea(Multivitamin & Multimineral)? 
  • Penambahan tenaga segera.
  • Pelengkap nutrisi bg yg mengamalkan diet yg tidak seimbang terutamanya mereka yg mengamalkan sayuran shj (vegetarian) dan anemia.
  • Keupayaan Sistem Produktif
  • Sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan.
  • Menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tirod.
  • Melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati.

Note: Folic acid larut dalam air. Ini bermakna jika kita mengambil asid folik secara berlebihan, ia tidak dapat disimpan di dalam hati (pusat simpanan nutrient), maka ia akan dikeluarkan melalui air kencing.


Nak dapatkan kedua-dua suplemen ini? atau mana-mana satu.. boleh hubungi saya..


Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya )
Email: sunita.arzansu@gmail.com
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
Sms / call / whatsapp: 013-3493711
Pages Facebook : Vitamin Umie Beauty & Healthy

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, 12 June 2014

Cantik Dgn Shaklee !!!


Kenali Kombinasi Vitamin Untuk Kulit Cantik Dan Gebu

Setiap wanita mengimpikan kulit yang cantik dan gebu. Sebaik-baik kecantikan adalah lahir dari dalam selain dari luaran. Mari kita kenali kombinasi vitamin yang boleh membantu kita mencantikkan kulit anda bermula dari dalam sehingga luaran. Suami mana yang tidak bangga sekiranya isterinya sering dipuji oleh rakan-rakan kerana menjaga kecantikan kulit sehingga kelihatan anjal, cantik dan gebu.
Ia terdiri daripada kombinasi 3 vitamin cantik dan hebat untuk kulit anda kekal cantik dan gebu sehingga menambat hati suami anda seperti baru bercinta! Kombinasi vitamin cantik tersebut adalah B-ComplexVitamin C dan Vitamin E.
Untuk mendapatkan hasil yang lebih mantap, kekal tahan lama dan anti penuaan, ambillah bersama tiga lagi kombinasi vitamin/ supplement cantik iaitu ESPGLA Complex dan Collagen Powder.
cantik Kenali Kombinasi Vitamin Untuk Kulit Cantik Dan Gebu
Jom Cantik! Jgn tua sebelum waktunya! Kecantikan dari dalam dengan kombinasi VITAMIN CANTIK! Kombinasi vitamin cantik ini turut dikenali sebagai VITAMIN KESUBURAN.

vitamin c 170x300 Kenali Kombinasi Vitamin Untuk Kulit Cantik Dan Gebu
Kesihatan :
Memerangi Kanser – Ia adalah satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan meransang pengeluaran T-cells unutk melawan sel- sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
Mengekalkan Kolestrol Sihat – Ianya mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, meghindari arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.
Kecantikan :
Membentuk Kolagen – Meransang pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ianya mampu mempertingkatkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
Mencantikkan Kulit – Ambil vitamin C setiap hari untuk kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan, dan menyekat pembentukan pigmen. Pigmen adalah penyebab utaman kejadian jeragat.
vit e 170x300 Kenali Kombinasi Vitamin Untuk Kulit Cantik Dan Gebu
Kesihatan :
Melindungi Jantung – Pengambilan harian 800IU vitamin E untuk jantung yang sihat ; melindungi sel darah merah untuk mengelakkan pengasidan lipid; meningkatakn kolesterol HDL; mengurangkan tekanan darah; menghalang platelet darah melekat ke dinding arteri; menghalang anemia hemolitik, penyakit jantung dll.
Anti-Oksidan Yang Kuat – Pengambilan lebih dari 1,200UI sehari untuk anti-oksidan yang kuat dan berkesan untuk melawan kanser, mengukuhkan sistem imun, menghalang atau melambatkan pertumbuhan tumer, mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas. Ianya juga memperbaiki maslah oksidasi – katarak dan masalah penglihatan.
Kecantikan :
Anti-Penuaan – 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, akne dan bintik penuaan. Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha.
Membaiki Parut – Membaiki bengkak dan ulser kulit. Boleh dikenakan terus pada luka unutk mengurangkan kesan parut.
Dan akhir sekali untuk kekal cantik dan sihat..kita kenalah ambil sekali dengan B Complex. Kenapa?..sebab b complex shaklee lengkap dengan lapan kumpulan vitamin B , dilengkapi dengan Sistem penyerapan Boaktif Berpaten. Lebih tepat lagi  ialah Asid Folik, iaitu sejenis vitamin B tidak dapat diserap dengan mudah.

b complex 170x300 Kenali Kombinasi Vitamin Untuk Kulit Cantik Dan Gebu
Apa kebaikan vitamin B Complex sebenarnya?
Banyak keperluan vitamin b complex ini, antaranya ialah untuk mengurangkan tekanan emosi dan kelesuan, nak cantik kita tak boleh stress, nanti nampak tua, so ambil b complex untuk kawal kita punye stress..selain tu b complex juga membantu dalam kestabilan saraf dan meningkatkan proses pemikiran, mencegah barah serviks, penyakit jantung dan kecacatan spina, menggalakkan kesihatan system kardiovaskular yang lebih baik dan macam – macam lagi.
Jom dapatkan VITAMIN CANTIK semulajadi anda hari ini, bukan vitamin sintetik ye..
Apa kata Wajihah Rashid mengenai VITAMIN CANTIK ini:

Testimonial Cantik 1 Kenali Kombinasi Vitamin Untuk Kulit Cantik Dan Gebu
“Salam semua icon smile Kenali Kombinasi Vitamin Untuk Kulit Cantik Dan Gebu
saya nak share feedback saya lepas hampir sebulan guna Shaklee vit b complex, vit c dan vit E + omega guard. Mungkin ada yang ckp saya baru 21, so tak perlu makan suplemen tu, ini. Tapi saya sangat concern mengenai kesihatan sebab prevention is better than cure, isn’t? icon smile Kenali Kombinasi Vitamin Untuk Kulit Cantik Dan Gebu
Muka saya jenis combination dan acne prone skin terutamanya kat area dahi. Masa PMS memang stress sebab acne banyak kat area dahi. icon sad Kenali Kombinasi Vitamin Untuk Kulit Cantik Dan Gebu tumbuh bukan main subur, nak hilang memang lama pastu ada tinggal parut. Area pipi pulak kering dan bila saya apply medium coverage foundation, jadi tak rata dan lepas 2 3 jam muka jadi tak best dah.Alhamdulillah dengan izin Allah, tak sangka nampak kesan dalam masa 2 minggu lepas amalkan Shaklee. PMS bulan ni tak keluar jerawat banyak macam sebelom2 ni, setakat 1-2 tu biasalah kan, yeay! kakak2 pun tegur bila saya lepas pakai foundation, muka nampak glowing dan flawless. icon smile Kenali Kombinasi Vitamin Untuk Kulit Cantik Dan Gebu Padahal pakai medium coverage type foundation je.hihi. Tapi akhir2 ni keluar rumah cuma pakai sunblock dan jarang dah pakai foundation kecuali ada special event je. Less is more :)gambar kiri masa bulan Feb 2012 dan kanan masa Jun 2012.Mungkin tak banyak changes tapi I’m just sharing icon smile Kenali Kombinasi Vitamin Untuk Kulit Cantik Dan Gebu I’m very happy with my skin now and looking forward to try another Shaklee’s supplements.


Sebarang maklumat lanjut atau tempahan, sila hubungi saya:




Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya )
Email: sunita.arzansu@gmail.com
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
Sms / call / whatsapp: 013-3493711
Pages Facebook : Vitamin Umie Beauty & Healthy

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Vitamin B Complex - Kepentingan serta Kebaikan


Vitamin B merupakan vitamin larut air. Jadi, kita akan kehilangan vitamin B setiap hari melalui sistem pencernaan. Oleh sebab itulah sangat penting untuk kita mengambil vitamin B ini setiap hari.

Kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf dan mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal dan boleh mengakibatkan anemia.

Selain itu, kekurangan vitamin B Complex juga dikaitkan dengan masalah seperti depresi dan kehilangan memori. Terdapat beberapa keadaan di mana kekurangan vitamin B Complex akan menimbulkan masalah kesihatan seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi dan mudah tersinggung.

KEPENTINGAN VITAMIN B COMPLEX


1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.

KEPENTINGAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK KANAK-KANAK / PELAJAR

1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.

KEPENTINGAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

KEPENTINGAN VITAMIN B COMPLEX UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
B-COMPLEX_SHAKLEE 
PERBEZAAN VITAMIN B-COMPLEX SHAKLEE

  • Mengandungi kesemua 8 vitamin B iaitu B1, B2, B3, B5, B6, B12asid folik dan biotin sebagaimana yang dinyatakan dalam RDA (iaitu kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
  • Mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  • Tiada bahan sintetik..SELAMAT dan SEMULAJADI..

Mahal ke Vitamin B COMPLEX Shaklee ni? Hanya RM 53.75 sebotol untuk 120biji..Tahan sehingga 4 bulan tau!!..Jom hubungi saya sekarang.




Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) Email: sunita.arzansu@gmail.com
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
Sms / call / whatsapp: 013-3493711
Pages Facebook : Vitamin Umie Beauty & Healthy

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Kebaikan B Complex


KEBAIKAN B COMPLEX SHAKLEE UNTUK STABILKAN METABOLISME BADAN


Sebelum kita semua terus berpandangan negatif pada vitamin B ini, lebih baik kita kenali dulu fungsi-fungsi vitamin B untuk tubuh kita. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta :)

Bila dah tahu bagaimana vitamin B berfungsi dalam tubuh kita, insyaAllah, saya percaya ramai yang tak kan lupa untuk makan Vitamin B dan lebih bersemangat untuk melalui hari-hari dengan tenaga yang sentiasa dijana.
Terdapat 8 jenis vitamin B yang badan kita perlukan. Sebab itu, vitamin B Shaklee dinamakan B Complex kerana ia mempunyai 8 komponen vitamin B yang penting. Tahukah anda, mengapa kita perlu mengambil semua jenis Vitamin B Complex ini??

Ini kerana kesemua komponen B Complex LEBIH BERKESAN apabila BERTINDAK BERSAMA.  Kesemua lapan jenis vitamin B termasuk biotin bertindak untuk:
  • Menggalakkan kesihatan kardiovaskular,
  • Menolong memetabolisme karbohidrat, lemak dan protien
  • Membantu dalam sintesis DNA dan sel-sel baru

    Fungsi-Fingsi Utama Setiap Komponen Vitamin B adalah seperti di bawah:
    Tiamin (Vitamin B1)
    • membantu memelihara kesihatan badan
    • membantu dalam tumbesaran normal
    • membantu badan dalam metabolisme karbohidrat
    • diperlukan untuk membebaskan tenaga daripada karbohidrat

    Riboflavin (Vitamin B2)
    • membantu badan menggunakan tenaga daripada makanan/memetabolisme proyien, lemak dan karbohidrat.
    • dikatakan sangat penting untuk ibu mengandung dan ibu yang menyusukan anak
    • diperlukan untuk membebaskan tenaga daripada protien, lemak dan karbohidrat

    Niasin (Vitamin B3)
    • membantu tumbesaran dan perkembangan normal
    • menolong badan dalam penggunaan tenaga daripada makanan
    • diperlukan untuk membebaskan tenaga daripada protien, lemak dan karbohidrat

    Piridoksin (Vitamin B6)
    • membantu dalam pemeliharaan kesihatan badan
    • menolong badan dalam memetabolisme protien, lemak dan karbohidrat

    Sianokobalamin (Vitamin B12)
    • membantu dalam pemeliharaan kesihatan badan
    • membantu dalam pembentukan sel darah merah
    • diperlukan untuk penghasilan sel darah merah

    Asid Folik
    • membantu dalam pembentukan sel darah merah
    • membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang untuk mengandung sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu kehamilan pada dos 400mg sehari
    • perlu untuk tumbesaran dan pembahagian sel-sel

    Biotin
    • membantu dalam pemeliharaan badan yang sihat
    • membantu badan dalam metabolisme lemak dan karbohidrat.

      Memang kebanyakkan fungsi komponen vitamin B untuk memetabolisme lemak, protein dan karbohidrat. Sebab itu, amat digalakkan untuk mengambil Vitamin B SELEPAS makan, BUKAN sebelum makan yer. B Complex juga bukan untuk ibu mengandung sahaja, tetapi untuk semua orang dewasa. Untuk kanak-kanak, dos yang perlu diambil adalah berbeza.



      B Complex Shaklee mempunyai semua komponen vitamin B!! 8 in 1. Tunggu apa lagi, jom dapatkan "spark plug" tenaga anda hari ini juga!!

      Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya.


      Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya )
      Email: sunita.arzansu@gmail.com
      Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
      Sms / call / whatsapp: 013-3493711
      Pages Facebook : Vitamin Umie Beauty & Healthy

       ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

      Wednesday, 11 June 2014

      Jimat Dgn Shaklee...


      Memang amazing kan sifat manusia ni? Lumrahnya memang suka sesuatu pada harga DISKAUN, atau lebih baik diperolehi PERCUMA, walaupun ada usaha yang perlu dicurahkan bagi mendapatkannya.
      Sama juga perihalnya dengan keahlian Shaklee. =) Kalau anda pengguna Shaklee yang tegar, sudah alang-alang menggunakan Shaklee, jadilah pengguna Shaklee yang bijak, yang tau merebut semua peluang yang telah disediakan oleh Shaklee. Jangan bagi peluang kepada pengedar-pengedar Shaklee untuk mengaut keuntungan runcit dari anda.
      Mari kita lihat apakah keuntungan pengedar Shaklee yang sepatutnya menjadi milik anda sekiranya anda berdaftar menjadi ahli Shaklee.

      3 Kelebihan Utama Jadi Ahli / Pengedar Shaklee

      1. Jadi Ahli Shaklee untuk Pembelian dengan Harga Ahli.

      Jika anda membeli mana-mana produk Shaklee hari ini, anda tidak layak mendapatkan harga ahli yang 20% lebih jimat daripada harga runcit. Hanya dengan jadi ahli Shaklee saja anda boleh jimat 20%, mudah bukan? Jika purata pembelian produk Shaklee oleh setiap pengguna sekitar RM1,000 setahun, anda sudah jimat RM200! Anda tidak perlu lagi pening kepala berkira-kira untuk membeli mana-mana vitamin terbaik Shaklee sama ada untuk diri sendiri mahupun orang tersayang seperti suami, mak, ayah & anak-anak.

      2. Jadi Ahli Shaklee kerana Keahlian Seumur Hidup.

      Kad AEON MEMBER, atau lebih dikenali sebagai kad ahli Jusco, pun mengenakan yuran tahunan sebanyak RM12 jika ingin kekal sebagai ahli. Itupun, bukan dapat diskaun produk Jusco sangat pun, cuma setakat 3-5% atau kumpul mata ganjaran yang 95% daripada kita tidak pernah tebus sampai keahlian tamat. Langsung berbeza dengan keahlian Shaklee, bukan sekadar jimat 20% tetapi juga tiada sebarang yuran tahunan sama sekali seumur hidup! Bayangkan jika umur anda 30 tahun dan purata jangka hayat kita sekitar 70 tahun, anda tidak perlu bayar satu sen sekalipun sepanjang 40 tahun jadi ahli Shaklee. Kalau diambil kira RM12 yuran tahunan Jusco sebagai kayu pengukur, anda dah jimat RM480!

      3. Jadi Ahli Shaklee untuk Loyal Cash Rebate.

      Dah la anda dapat membeli dengan harga ahli yang jimat hingga 20%, Shaklee juga membayar anda bonus sehingga 21%. Secara kasarnya, jimat hingga 41%! Apa lagi yang lebih menarik daripada membeli produk yang kita cintai untuk diberikan bonus kemudiannya, kan? Lebih menarik, Shaklee tidak pernah gagal atau lewat dalam membayar bonus setiap ahli-ahlinya sejak 1995 ditubuhkan di Malaysia. Justeru, anda tidak perlu risau “bila la nak masuk bonus Shaklee nie…”.
      Ada 1001 lagi faedah lain yang bakal anda perolehi selepas jadi ahli Shaklee sekarang. Antaranya ialah faedah bonus kereta setiap bulan dan Umrah atau percutian luar negara untuk seisi keluarga setiap tahun; di samping ganjaran tunai setiap kali dinaikkan ke mana-mana Rank atau Pangkat Shaklee. 
      Bayangkan berapa banyak kerugian anda, dan keuntungan yang telah anda berikan kepada pengedar-pengedar Shaklee sekiranya anda tidak mendaftar sebagai ahli Shaklee sekarang! Tapi sebelum teruja tidak tentu pasal sampai nak daftar dengan kawan sebelah, adik beradik atau sanak-saudara, suka saya ingatkan bahawa kebolehan mendapatkan mana-mana 1001 ganjaran di atas banyak bergantung kepada dengan siapa anda daftar ahli Shaklee.

      Kelebihan Jadi Ahli Shaklee Bersama Kami

      Kumpulan kami bernaung di bawah kumpulan Jutawan & Euphoria (majoriti jualan Shaklee di Malaysia berasal daripada kumpulan gergasi ini), iReach dan Pollux. Kumpulan yang dipelopori oleh 4 master hebat, iaitu Master Norita, Master Cery MamafaizMaster Lyna Noh & Master Zainul dan Master Wan Fatihanum.
      1. Kumpulan Sokongan Paling Eksklusif
      Ahli-ahli kumpulan kami terdiri daripada golongan profesional yang pakar dalam bidang pemakanan seperti pakar nutrisi, ahli farmasi, doktor perubatan & pegawai kementerian. Kepakaran yang begitu menyeluruh membolehkan setiap ahli-ahlinya dilengkapi dengan ilmu konsultansi terbaik kepada semua pelanggan-pelanggan mereka. Justeru, anda tidak perlu runsing ditinggalkan pengedar atau penaja; seperti yang anda pernah alami sebelum ini, hanya kerena membeli menerusi talian/online. Kami sangat mementingkan khidmat lepas jualan.
      Jika anda ingin sama-sama mengerjakan perniagaan Shaklee, kami juga menyediakan wadah terbaik untuk anda. Bukan setakat motivasi yang sungguh menginspirasikan, ia juga dilengkapi dengan pelbagai ilmu pemasaran terkini, teknik bimbingan serta skill kepimpinan yang berasaskan pembinaan jatidiri dan karekter; bergantung kepada tahap penerimaan serta pencapaian anda pada masa itu. Kalau orang lain menghabiskan ribuan ringgit untuk ilmu & skill sebegini, anda boleh dapatkannya tanpa sebarang bayaran!
      Kami begitu pasti anda takkan pernah dengar tips-tips yang dikongsikan dalam group rahsia ini dalam mana-mana buku yang anda pernah baca selama ini kerana ia adalah 100% hasil ujikaji, pemerhatian & pengalaman peribadi. Lebih mengujakan, anda boleh menikmati bermacam-macam ilmu dalam pelbagai pendekatan. Antaranya dalam bentuk eBook, seminar atas talian (seminar secara online saja tanpa perlu keluar rumah), video-video praktikal dan macam-macam lagi. Ia begitu pelbagai hingga anda takkan pernah rasa bosan sama sekali!

      2. Ganjaran Yang Sangat Memberangsangkan

      Pelbagai ganjaran menanti anda sebaik saja anda bersama kami.
      Paling manis ialah anda dapat mengenali manusia-manusia hebat dalam kumpulan kami. Ukhuwwah yang terjalin sangat kukuh hingga membuatkan ia sangat rapat seperti adik-beradik; bukan sekadar “business partner”.
      Ini baru sebahagian daripada faedah sebenar yang bakal anda kecapi.Nak tahu lebih lanjut...Jom sertai kami.
      Hubungi saya menerusi:


      Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya )
      Email: sunita.arzansu@gmail.com
      Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
      Sms / call / whatsapp: 013-3493711
      Pages Facebook : Vitamin Umie Beauty & Healthy

       ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

      Phytocol-St Shaklee Atasi Masalah Kolesterol


      Salam ceria semua…
      Shaklee telah mengeluarkan produk baru yang amat hebat. Apa dia….??
      PHYTOCOL-ST!!  
      Korang tau tak, di Malaysia di anggarkan 6juta penduduk yang mengalami kolesterol yang tinggi.
      apa-itu-kolesterol

      Apakah Kolesterol Tinggi

      Kolesterol adalah bermaksud sejenis sterol yang muncul dalam aliran darah sebagai lemak. Apabila molekul hidrogen dan oksigen mula bergabung bersama-sama , mereka menjadi ysatu lemak yang dipanggil lipid. Jika tidak dirawat , lipid ini boleh menyebabkan beberapa penyakit yang serius dan mengancam nyawa manusia
      Terdapat tiga jenis utama kepadatan lipoprotein dan ada termasuk kepadatan rendah (LDL ) yang sering menjadi punca utama penyakit koronari jantung, ketumpatan tinggi ( HDL) , dan ketumpatan perantaraan ( IDL ). Ujian kolesterol mudah boleh mengetahui yang kepadatan anda mengalami .
      kolesterol

      Tanda-tanda dan Gejala kolesterol Tinggi :

      Apabila kolesterol tidak dikawal, akhirnya dia akan menjadi plak di dinding arteri manusia . Jika tidak dirawat, mengancam nyawa masalah kesihatan yang boleh menjadi isu. Berikut adakah tanda-tanda kolesterol tinggi jika tidak dirawat segera ;
      • Masalah Pernafasan
      • Sakit dada
      • Pening
      • Denyutan jantung yang tidak tetap
      • Loya dan muntah-muntah
      • Kebimbangan melampau
      • Heartburn atau ketidakhadaman yang kerap
      • Berpeluh dingin

       Rawatan yang boleh dilakukan

      Gaya hidup yang sihat bukan sahaja dapat membantu untuk merawat kolesterol tinggi, tetapi ia juga boleh membantu untuk mencegah pembentukan berbahaya plak dalam arteri.
      • Senaman yang kerap
      • Elakkan makanan yang tinggi lemak tepu
      • Had pengambilan alkohol
      • Berhenti merokok
      • Diet yang sihat yang kaya dengan bijirin penuh, dan serat semula jadi
      • 6-8 jam tidur satu malam
      • Mengambil PHYTOCOL Shaklee

      Memperkenalkan PHYTOCOL-ST Shaklee

      Pilihan Sihat dengan 2,000mg Fitosterol Setiap Hari
      phytocol shaklee
      PHYTOCOL-ST Shaklee adalah formulasi proprietari yang berasaskan bahan-bahan yang telah terbukti secara klinikal berkesan untuk penyekatan penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL
      Kelebihan dan Keistimewaan Shaklee.
      Fitosterol
      • Rumusan daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin
      • Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
      • Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian
      • Membekalkan 100% nilai fitosterol harian sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
      • Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.
      Bagaimana Fitosterol bertindak
      Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam Usus. Ini bermaksud apabila anda mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh anda dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL anda

      fitosterol
      Jom dapatkan Phytocol anda sekarang...
      Mcm mane nak dapatkan nya ??
      Boleh hubungi saya.


      Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya )
      Email: sunita.arzansu@gmail.com
      Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
      Sms / call / whatsapp: 013-3493711
      Pages Facebook : Vitamin Umie Beauty & Healthy

       ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

      Tuesday, 10 June 2014

      Kolesterol Membunuh Anda


      Jangan Biarkan Kolesterol Membunuh Anda


      Kolesterol adalah satu zat daripada golongan lemak. Tubuh manusia akan membina dan membentuk kolesterol. Kolesterol dalam tubuh manusia boleh terdapat dalam makanan. Kolesterol ini boleh datang daripada lemak binatang dengan kadar yang tinggi manakala sayuran pula mempunyai kandungan kolesterol yang paling rendah.
      Pertumbuhan yang tidak sempurna akan lebih peka kepada jangkitan penyakit. Kolesterol dalam tubuh akan pecah dan menjadi hormon yang dinamakan ‘steroid’. Hormon inilah yang bertindakbalas dalam tubuh manusia untuk mengawal jangkitan penyakit. Itulah sebabnya kolesterol yang seimbang diperlukan. Seseorang itu dapat mengetahui kandungan kolesterol dalam tubuhnya melalui ujian darah.
      Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh mereka. Pertamanya, dari segi pemakanan. Jika dia mengambil atau makan makanan yang mengandungi lebih lemak binatang, jadi berkemungkinan dia akan mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh. Keduanya, boleh disebabkan oleh keturunan iaitu bila ibu atau bapa kanak-kanak tersebut mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh mereka, ini mungkin akan diwarisi oleh anak-anak mereka pula. Oleh sebab itulah, kolesterol menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Ketiganya, bila organ yang bertindak balas dengan kolesterol dalam tubuh kita iaitu hati telah rosak, ianya tidak akan bertindak balas dengan normal. Hati akan terus menghasilkan kolesterol dalam tubuh hingga boleh menyebabkan seseorang itu mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh. Bila seseorang itu mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi, kemungkinan dia akan mempunyai tanda-tanda seperti tompok-tompok kuning pada siku, pergelangan tangan, sudut mata atau di bahagian atas dan bawah kelopak mata. Tompok-tompok ini boleh berada dalam bilangan yang banyak ataupun satu sahaja. Tetapi perlu diingat, bukan semua orang yang mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh menunjukkan tanda-tanda seperti ini. Manakala bagi mereka yang gemuk, perokok atau mempunyai masalah darah tinggi adalah berkemungkinan besar mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi dalam tubuh mereka.
      Kolesterol yang tinggi boleh membuatkan saluran darah tersumbat. Arterioscleriosrs merupakan penyakit pada salur darah dalam tubuh. Bila kandungan kolesterol tinggi, ia akan melekat di dinding darah menyebabkan dinding darah menjadi sempit. Lemak atau kolesterol akan menjadi keras (beku) dan menyebabkan saluran darah tidak elastik serta berfungsi dengan sempurna. Sakit jantung juga boleh disebabkan oleh kandungan kolesterol yang berlebihan. Bila lemak membaluti jantung, jantung tidak boleh berfungsi dengan normal. Lemak juga akan membaluti saluran-saluran kecil darah yang terdapat pada jantung. Bila keadaan ini berlaku, seseorang itu mungkin terpaksa menjalani pembedahan jantung untuk memulihkan kembali fungsi dan pergerakan jantungnya.
      Kandungan kolesterol yang tinggi boleh dirawat melalui gabungan di antara dua iaitu pertama, dia mestilah mengubah cara pemakanannya. Jika selama ini dia makan makanan yang mengandungi kolesterol yang tinggi, tabiat makannya mestilah diubah. Dia hendaklah mengurangkan makanan yang mengandungi kolesterol tinggi. Keduanya, dia akan diberi ubat yang bertindakbalas untuk menghancurkan kolesterol tersebut. Mereka yang mengalami masalah ini, mestilah melakukan kedua-dua jenis rawatan ini dengan serentak.
      Oleh itu bagi mengatasi dan mengawal masalah ini, cara pemakanan kita adalah penting. Makanlah makanan yang seimbang. Senaman boleh menolong menghancurkan kandungan kolesterol dalam tubuh. Dari itu, senaman adalah salah satu cara untuk mengawal masalah ini.
      PEMAKANAN UNTUK MENURUNKAN PARAS KOLESTEROL
      Menurut Pakar Pemakanan, amalan pemakanan sihat dan seimbang dengan pengambilan hidangan lengkap bercirikan bijirin penuh berserat, jenis protein yang betul, sayur-sayuran dan buah-buahan yang mengandungi serat dan antioksidan yang tinggi serta lemak yang sihat mampu membantu menurunkan paras kolesterol dalam darah. Antara saranannya adalah:
      1. Makanan Bijirin Penuh Dan Tinggi Serat
      Makanan berserat kaya dengan serat larut yang dapat membantu menurunkan kolesterol tidak baik (LDL) dari dalam tubuh. Serat ini berfungsi seperti span yang menyerap kolesterol dan membuangnya bersama pembuangan sisa perkumuhan seharian. Sejumlah 10 gram hingga 15 gram serat larut yang diambil setiap hari mencukupi untuk menurunkan kadar LDL. Serat larut boleh ditemui dalam pisang, kacang buncis, barli, epal, prun dan pear.
      Oat mengandung beta-glukan, yang membantu menyingkirkan kolesterol jahat. Untuk mendapatkan hasil terbaik, kita boleh membiasakan diri dengan menggantikan sarapan oat setiap hari. Minum dua gelas susu bersama sekurang-kurangnya tiga sudu makan oat setiap hari dapat menurunkan paras kolesterol
      2. Ikan Dan Asid Lemak Poli-tidak Tepu Omega-3
      Kita disarankan memakan hidangan protein jenis ikan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu. Asid lemak tidak tepu omega-3 yang terkandung dalam ikan ini dikatakan mampu menurunkan paras kolesterol dalam badan. Di samping itu, omega-3 juga boleh menurunkan tekanan darah dan mengurangkan risiko pembekuan darah.
      Antara jenis ikan yang tinggi kandungan asid lemak tidak tepu ini adalah ikan laut dalam iaitu tuna, salmon, cencaru, sardin dan kembung. Sebaik-baiknya ikan ini disediakan dengan cara masakan yang dibakar, dipanggang, ditumis, dimasak sup atau dikukus.
       3. Kekacang Badam, Walnut, Pistachio Dan Soya
      Kajian menunjukkan sesetengah protein jenis kekacang mampu menurunkan paras kolesterol dalam darah kerana mengandungi asid lemak tidak tepu yang tinggi. Asid lemak ini membantu menjadikan dinding pembuluh darah yang sihat dan bebas daripada pelekatan kolesterol.
      Namun begitu, umumnya kekacang mengandungi kalori yang agak tinggi. Kajian menunjukkan pengambilan kacang jenis pistachio pada kadar 40 hingga 50 gram sudah cukup untuk memberikan kebaikan kepada jantung.
      Tetapi awas kerana pengambilan secara berlebihan boleh mengakibatkan kegemukan sekali gus meningkatkan risiko serangan jantung. Sebaiknya, bersederhana dalam pengambilan jenis kekacang ini.
      Makan atau minum soya sebanyak 20 hingga 30 gram setiap hari mampu mengurangi paras kolesterol. Ada banyak pilihan makanan yang berasaskan kacang soya seperti tauhu dan tempe.
      4. Buah-buahan Kaya Antioksidan Mengandungi Vitamin A, C Dan E
      Buah-buahan sitrus masam seperti mangga, belimbing, oren, strawberi dan kiwi mengandungi vitamin C yang tinggi serta berupaya mencegah pelekatan kolesterol dalam salur darah. Sayuran dan buah berwarna terang seperti brokoli, tomato, lada benggala, labu kuning, ubi, buah zaitun, avokado, betik, aprikot dan sayuran berdaun mempunyai kandungan antioksidan seperti beta karotina, vitamin A dan E.
      Panduan penjagaan lemak dan kolesterol mestilah saling berkaitan dengan prinsip pemakanan sihat mengikut piramid makanan Malaysia.

      Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya )
      Email: sunita.arzansu@gmail.com
      Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
      Sms / call / whatsapp: 013-3493711
      Pages Facebook : Vitamin Umie Beauty & Healthy

       ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.