Thursday, 30 April 2015

Vitamin untuk kanak-kanak dan kelebihannya



ASSALAMUALAIKUM...entri kali ni nak berkongsi tentang vitamin yang sesuai untuk kanak2.



kita sebagai ibu bapa mestilah nak beri yang terbaik untuk anak2 kita dalam proses pembesaran yang sihat. Maklumlah zaman sekarang ni tak macam zaman mak ayah kita dulu, macam2 pencemaran dan penyakit, jadi sistem imun badan kita perlulah kuat untuk hidup dengan lebih sihat dan sejahtera khususnya untuk anak2 kita yang sentiasa aktif sepanjang hari...

Sebagai ibu bapa prihatin, pasti inginkan anak-anak mendapat khasiat makanan sepatutnya. Lebih-lebih lagi bila sudah bercerai susu ibu, 100% nutrisi harian adalah dari pemakanannya.

Di sinilah pentingnya pengambilan vitamin anak2... Kanak-kanak yang sedang membesar memerlukan zat dan nutrien yang penting dalam pertumbuhannya. Contohnya protein untuk tumbesaran, kalsium untuk membentuk tulang dan gigi yang kuat dan sihat, DHA untuk perkembangan otak dan macam2 lagi...


Antara vitamin yang dicadangkan untuk ibu bapa kepada anak2 mereka :



1. Chewable Vita-C @ 100mg
Menguatkan Fungsi Imunisasi. Tubuh badan anda boleh melakukan banyak perkara, tetapi ia tidak boleh membuat atau menyimpan vitamin C.
Membantu mengekalkan pertahanan semulajadi tubuh badan
Membantu anda menjaga kesihatan gigi dan gusi serta struktur tulang. Ia sangat penting bagi gigi yang kuat dan gusi yang sihat
Meningkatkan penyerapan zat besi daripada sumber bukan daging
Untuk kesihatan tulang, gigi, gusi serta juga struktur am tubuh badan


2. Vita-Lea® for Children Chewable
Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting
Sumber kalsium untuk pembinaan tulang
Baik untuk kesihatan
Sumber harian tambahan bagi vitamin BBagi anak-anak yang aktif dan tidak suka dengan vitamin berbentuk pil, ada pilihan buat mereka. Iaitu Mealshakes. campurkan 1/4 sudu makan Meal Shake ini kedalam susu (8oz)


3. Meal Shakes
Minuman berperisa vanila yang lazat dan disukai anak-anak
Mengandungi 19 vitamin dan mineral penting
Rendak lemak dan rendah glisemik
Sumber protein dan kalsium
Sesuai untuk hidangan sarapan pagi dan sebelum tidur
sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak tetatpi... Ibu menyusu yang mahu menguruskan badan, Ibu hamil yang mengalami alahan dan sukar untuk makan hidangan yang lengkap dan seimbang, Mereka yang mengalami masalah untuk menelan vitamin dalam bentuk pil dan Warga tua



4.Omega Guard
makanan tambahan yang mengandungi minyak ikan. Satu hidangan OmegaGuardTMmenyediakan 1000mg asid lemak omega 3 termasuk DHA dan EPA.
mengandungi Asid Dokosaheksanoik (DHA) dan Asid Eikosapentanoik (EPA) merupakan asid lemak 3 yang ditemui dalam ikan laut dalam. DHA dan EPA dipercayai mampu mengurangkan keradangan, menggalakkan fungsi otak, sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.


“Info tambahan yang kita perlu tahu : Asid lemak Omega 3 ini tidak dapat dihasilkan oleh badan kita tetapi sangat diperlukan oleh tubuh kita untuk menjalani kehidupan seharian kita.”

Untuk pengetahuan ibubapa, tidak semestinya kesemua yang saya nyatakan ini perlu diambil... Ia boleh diambil mengikut kesesuaian peringkat umur dan keperluan setiap anak... Iaitu:

Kanak-kanak bawah 1 tahun – SUSU IBU.
Kanak-kanak 1-3 tahun – MEALSHAKE & OMEGAGUARD.
Kanak-kanak 4 tahun ke atas – MEALSHAKE/VITA-LEA FOR CHIDREN, OMEGAGUARD, CHEWABLE VITA-C.Berikut merupakan antara vitamin yang disyorkan untuk kanak-kanak...


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : Nama : Sunita Arzansu
whatsapp: 013-3493711
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA
 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, 29 April 2015

15 Tips Untuk Tangani Anak Hyperactive


Sering kali dalam perhatian ku apabila ada kanak-kanak yang agak jenis tak reti duduk diam nih....aku perhati jer. Macamana mak ayah mereka handle anak yang begini. Tapi tak dapat dinafikan memang penat nak melayan kerenah mereka. 

Berlari-lari, melompat-lompat..berhenti apabila tidur!! fuhhhh! Mencabar yang amat !

Tetapi sebenarnya kita patut bersyukur kerana anak yang bergerak aktif ini mempunyai otak yang bergerak pantas sepantas badan mereka. Otak mereka berlari hokayyy..bukan berjalan. They always think and keep thinking all time. Bagus lah untuk pperkembangan mereka. 

Nak banding dengan anak yang diam, pasif, tengok TV jer 24 jam....lagi haru begitu. Tak tahu perasaan mereka bagaimana, bila otak mereka berhubung. 

Di sini saya sediakan tips yang saya dapat dari seorg ibu yang amat mudah kita nak praktikkan kepada si anak.


TIPS CARA CARA MEMBIMBING KANAK-KANAK HIPERAKTIF

1.  Untuk menyampaikan sesuatu kepada anak-anak Hyperaktif ni , ambil perhatian dia dulu, pastikan kita bertentang mata bila cakap dengan dia. Kena cakap dengan dengan jelas dan terang. “Adam, dalam eroplane tak boleh lari-lari panjat-panjat tau, nanti kakak chantek marah”


2.  Latih sikit-sikit tentang disiplin seawal umur 2 tahun. Means bila dia dah faham bahasa perantaraan kita. “Adam.. kalau main ludah-ludah lagi.. nanti umie masukkan cili dalam mulut yek!”

3.  Kena sentiasa berwaspada! Sebab apa-apa yang dia nak buat kadang-kadang agak membahayakan. “adam campak kangg!!” Kalau ada orang cakap “Berani campaklah..” huh… memang kompem dia akan campak betul-betul punya k.

4. Kalau dia terlalu hyper.. jangan denda atau pukul disebabkan perangai dia yg hyper tu. “Jangan la lompat-lompat.. aku lesing karang budak nih! ” Seeloknya.. kita counter dengan pujuk, bukan marah.

5. Jangan melabel / panggil anak-anak hyper ni dengan “Degil lah budak ni!!!”, “ehh dia ni nakalnyerrr!!” atau “budak ni kenapalah nyusahkan orang jek yek??” Tak boleh cakap macam tuIbarat kita berdoa.. nanti lama lama makbul karang doa tu kang, camana? Cara senang pi ambil wudhuk kalau dah tak boleh handle sangat atau blood dah go terlebih upstairs!

6. Tukar perkataan “jangan” kepada ayat yang lebih mendorong mereka mengikut arahan; Contoh : “Adam jangan lari-lari la..” tukar kepada “Adam, cuba Adam jalan elok-elok.. kalau lari-lari nanti kalau terjatuh kang camana? licin tau tu”  Seterusnya teruskanlah dengan ayat yang sama sampai kali ke seratus lapan puluh lapan!

7.  Berikan kasih sayang. Bukan manjakan ok!

8.  Kena sentiasa beri tarikan baru kepada benda yang sebelum ni dah biasa dia buat. Contohnya, mula-mula bagi dia main colour-colour. Start guna crayon.. dah lama sikit bagi kaler luna.. dah lama lagi bagi magic colour.. lama-lama dinding rumah jadi mural. Baju ada sign autograph artis!

9.  Jangan bosan cakap benda yang sama hari-hari. Untuk kali ke dua ratus tujuh puluh: “Adam.. Jangan la cabut-cabut bateri remote tu..” (eh! kata jangan cakap ‘jangan’ tadi??) hahaha..

10. Di depan anak, cakap dgn orang lain dia adalah anak yang baik. Macam bodek ke.. dan jangan ungkit-ungkit kesalahan yang dah lepas dia buat. (ooo.. baru aku tahu tak bole rupanya..) ehe..

11. Selain daripada toys dan games, ibu bapa kena kreatif create dan pelbagaikan aktiviti dia. Contohnya bela binatang, arnab ke.. ikan ke.. takpun, tanam pokok ke.. teropong bintang ke.. apa-apa lah..

12.Ketika sedang berada dimeja makan dan kita meminta mereka makan sendiri. Mungkin dia akan main-main dengan makanannya atau berlari-lari mengelilingi meja makan . Jangan marah dia! Yang harus dilakukan adalah menyuapkan mereka dengan sabar dan penuh senyuman.. Huh..

13.Puji kalau dia buat sesuatu yang baik. Puji secara spesifik tau.. Contohnya : “Haa.. baru good boy macamni.. lepas main pandai pun kemas sendiri…”

14.Cari kelebihan dalam diri mereka dan garap ke arah yang betul.

15.Last sekali dari segi apparel, jangan pakaikan baju kaler oren. Dari psikologi warna, warna oren boleh merangsang secara aktif  tindak-tanduk  dan kelakuan anak dan akan menjadi hyperaktif! baru tau yang ni..



DOA ITU PENTING!


Amalkan baca surah An-Nasroh  dan baca  ’Ya Latif’ sebanyak 7 kali Lepas tu hembus di ubun-ubun kepala anak masa tengah tidursambil gosok-gosok ubun-ubun kepalanya.

Banyakkan  zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’berulang-ulang. Untuk melembutkan hati… Insya Allah.

Amalkan baca doa NABi DAUD sebanyak 3 kali.



“YA ALLAH LEMBUT KAN HATI ANAKKU (SEBUT NAMA) SEBAGAIMANA ENGKAU  LEMBUTKAN NABI DAUD AKAN BESI”

dan hembuskan pada makanan atau minumannya.


Di harap ibubapa yang mana anak mereka hampir termasuk dalam kategori ini boleh lah amalkan tips diatas. Kita juga kena melatih diri kita jadi sabar, lebih positif dalam mengangani anak-anak hebat ini.



Tuesday, 28 April 2015

Kelebihan Set Berpantang Murah Jimat Dan Selamat





kehebatan set berpantang shaklee !

Ramai ibu-ibu yang bertanya saya, set penyusuan mana yang terbaik untuk ibu-ibu berpantang, dan pastinya selamat diambil walaupun bayi mengalami jaundice atau G6PD? 

set ini mengandungi :-
- lecithin
- b complex dengan asid folic
- Multivitamin dengan zat besi
- Kalsium dengan vit D dan K
- Energizing soy protien (ESP)
-zinc(makan selepas melahirkan)

Kelebihan set berpantang shaklee
- badan ibu kembali cergas selepas bersalin
- luka-luka cepat sembuh
- bayi terhindar dari jaundis / kuning
- vitamin yang tidak panas
- sangat sesuai untuk ibu-ibu yang tak suka makan jamu
- sesuai untuk ibu bersalin secara pembedahan 
- kulit ibu lebih cantik lepas berpantang, kulit bayi juga gebuss
- elak sembelit, buang angin dalam badan
- tidak mengganggu penyusuan susu ibu
- susu lebih lancar, banyak... (sekiranya ibu tidak mengabaikan konsep penyusuan susu ibu)
- mengurangkan keguguran rambut 
- mengembalikan berat badan ideal..turunkan berat badan
- hilangkan kebas2 urat, tangan kaki 
- mengawal emosi atau lebih jelas 'meroyan' sewaktu berpantang

TESTIMONI DARI PENGGUNA SET BERPANTANG SHAKLEE

Eizan Adzan
Salam semua
Sy nk share pengalaman sndiri menggunakan set bersalin shaklee ni. Sejak deliver baby no 2 semggu yg lepad, sy rasa bdn sihat bertenaga berbanding kali pertama dulu. Kuarga pun perasan keadaan sy ni. Kali ni sy bersalin melalui kaedah czer dan sy amat bersyukur sbb ditemukan dgn produk ni. Wlpun bb ada jaundis tp ianya amat membantu dgn penghasilan susu yg bnyk dan bb dpt minum dgn bnyk dan menurunkan bacaan jaundisnya. Di samping itu luka cepat baik dan yg plng sy suka keadaan parut czer tu xla seteruk yg pernah diceritakan oleh kwn2. Dgn pngambilan oste sy rase bdn amat bertenaga dan bgn pg dlm keadaan yg cergas. Sy amat berpuas hati dgn keadaan ni dan bersykur sgt.


Noor Akilla Salleh

Salam.. Nak share pengalamn sendiri ni..saya start makan shaklee baru je tu pon amek set berpantang yg sangat superb!! Okie..

1)Masa bersalin saya trauma bleeding sbb kesilapan hospital, so luka n jahitan yg banyak menyebabkan saya susah nak begerak..mmg takot la even nak duduk.
2) lepas 3hari dibenarkan kuar wad, hari kelima anak disahkan jaundis, tinggi lak tu bacaannye..kompom2 stress, degn sakitnye dgn anak kene tahan wad, mmg pantang cowboyla saya, so bile anak kuning saya xbleh makan ape2 jenis jamu pon..
3) makin hari sakit luka xsembuh..rasa ngilu, kebas n nyut2 betambah2..hehe.
4) Then bile saya review balik pasal shaklee, saya terus decide nk amek, actually penah usha2 masa preggy, tp mak mntua suh mam jamu je dats y x beli, now bile da 2minggu jahitan n luka xbaik2 br rasa nyesal...hahah
5) After dapat set berpantang, saya trus cepat2 minum esp tu, dah la sodap, susu plak..xpayah cakap...TERPANCUT2 bile anak lepaskan time menyusu, habis baju n muka baby..hehe..lau pam tu..memey meriahla...sebelah je dapat lebih 4oz...perghh..bangga ibu..
6) Dan yang paling saya rasa bahagia bile luka jahitan yg banyak tu da semakin sembuh, jalan pon xtakot, nak duduk lagila xtakot...lau dulu nk duduk pon rasa ngeri, now siap da bleh bersila..baru SEMINGGU tau amek set berpantang nie!!!
7) tang badan plak memey rasa segar je n bertenaga even jadi JAGA kan malam2, anak kuat menyusu, sejam sekali bangun, tapi xde hal..bile siang pon, saya maintain lagi..xdela rase mngantok sangat..BERBEZA bile xamek shaklee..
Jadik....kesimpulannye kat sini SHAKLEE memey BEST... Lau org dtg melawat, mesti saya dok puji2 shaklee nie, sbb org asyik tegur sya macam org xpantang..hahahah... Mesti kene teruskan dengan shaklee after diz sbb da fall in love ngn Shaklee...tq...

P/S: menyesal xamek shaklee pas besalin dulu...xdela asyik terbaring je sbb takot nk gerak n duduk..memey menyesal!!! Hahahhaha...


Puan ana
Salam..
just nak share ttg shaklee set berpantang..honestly mmg superb!sangat berbeza ngan kelahiran pertama dahulu thn 2010.b4 this,saya tetlalu fobia nak bersalin 2nd baby kali nih coz waktu anak pertama sembelit teruk,jahitan lmbt baik,susu badan amik masa betminggu baru nak ad tu pun lepas berurut..n yg paling xbesh badan sgt lesu n lemah x bertenaga.so bersalin kali neh decide amek set trial berpantang shaklee lepas berbulan survey testimoni org n baca info kat blog..alhamdulillah saya selamat bersalin br2 nih.
Hari ni genap 6 hari saya berpantang dan 6 hari jugak saya try set berpantang shaklee dan ostematrik untuk cegah sembelit..syukur segalanya dipermudahkan..sy x sembelit langsung buat masa sekarang,jahitan tak rasa sakit sangat dan luka lebih cepat baik dari dulu n yang paling besh hari ke 3susu dah ada n cim b pon mula membengkak walo tak berurut..famili pun perasan..saya lebih bertenaga kali nih berbanding dulu,memang best set nih..

Anie Arie

Salam ..nak share la jugak set berpantang shaklee..memang terbaik tambah ostematrik..now saya dah 31 pantang..luka bersalin alhamdulillah dah sembuh..rahim pn kecut cepat sgt berbanding first bby..nak buang air besar pn x de rasa takut2 ag.semua berjaln lancar..alhamdulillah..b4 bersalin berat 63.5 kg..now dah 52.5 kg..hihi bestkan dah trn 11 kg..badan jadi cergas n sihat aja.selain tu ambik gak vit e..kulit n rambutjadi sihat je.thanks shaklee..pasni nak mkn sampai bila2..hihi


Ziela

Assalam sis..
saya dah seminggu berpantang..memang best ambil set berpantang shaklee nih..susu mencurah2..luka pun dah baik,benang dah ada yang tertanggal..memang best badan pun segar je tak macam berpantang baby first dulu...saya dah buat keje sendiri basuh baju n lampin baby.masa sidai baju kat luar jiran depan rumah tanya mak saya dia tak jait ke..tengok cergas je siap sidai baju lagi.mak cakap banyak jait luka dia..entah lah dia makan ubat ape ke dalam pantang kali ni..hehe


Suaida Binti Mohamad
sharing : setahun setengah yg lalu...sewaktu di dalam pantang melahirkan afini.. sukarnye nk berpijak di lantai tanpa berstokin kerana sakit tumit kmgkinn lntai yg sejuk.. dan demand yg tinggi krn xboleh baring di atas toto nk kena tilam yg empuk. Namun setelah makan Ostematrix (1st time kenal shaklee) sy xperasan yg sy bjln tnpa stokin dan boleh baring dpn tv hanya beralaskan tikar buluh. sakit ngilu tiada sakit pinggang pun hilang. Terima kasih ya Allah, kerana temukan aku dgn penawar sakitku yg ku makan sehingga sekarang.

✔ DIJAMIN HALAL & DILULUSKAN KKM
✔ TIADA KESAN SAMPINGAN
✔ SERVIS PANTAS 


Saya nak Set Pantang

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : 
Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://ceksuvitamin.blogspot.com/ 
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, 27 April 2015

11 Petua Luka Bersalin Cepat Sembuh


Bagi yang sudah melalui saat-saat bersalin normal pasti telah merasai sendiri pengalaman menjaga luka episiotomi ketika berpantang. Luka bersalin normal akan cepat sembuh kalau penjagaannya betul dan ibu-ibu sentiasa menitikberatkan kebersihan pada diri. Namun, bagi yang pertama kali melalui detik bersalin dan berpantang pasti tertanya-tanya cara untuk menjaga luka selepas bersalin nanti.


Di sini dikongsikan 11 tips cara menjaga luka bersalin normal (luka episiotomi) agar cepat sembuh tanpa bermasalah.


Set Shaklee, Set Isteri, Set Bersalin Shaklee

Cuba amalkan 11 tips ini:-

  • Pad Ais. Sebaik sahaja melahirkan, letakan pad ais pada luka, ia bukan sahaja mengalakkan luka cepat baik malahan mengurangkan sakit. Letak pada luka selama 10 minit 3-4 jam sekali.
    Set Shaklee, Set Isteri, Set Bersalin Shaklee
    Rajah berkaitan luka episiotomi.
  • Pastikan kawasan perineum bersih. Darah nifas dan air kencing boleh menyebabkan jangkitan kuman pada luka. Pastikan luka bersih dengan membasuh mengunakan air biasa atau lebih baik lagi mengunakan cecair pembasmi kuman yang dipreskripsi oleh doktor. Tidak perlu gunakan cairan sabun yang kuat. Bersih dari depan kebelakang untuk mengelakan cemaran najis. Semasa kecing, cuba duduk secara mencangkung (squat) dan siram air suam semasa kencing.
  • Pastikan ia kering. Mengeringkan kawasan luka menggalakkan proses pemulihan. Bilas faraj 2-3 jam sekali dan biarkan kering dari darah nifas. Anda boleh mengunakan pengering rambut jika mahu. Anda juga digalakkan untuk mendedahkan luka sekali sekala.
  • Jangan duduk atau berbaring terlalu lama. Guna bantal donat atau pelampung berenang berbentuk bulat untuk mengelakkan dari tekanan pada luka.
  • Semasa buang air besar, tekan dengan lembut kawasan episiotomi untuk mengurangkan tegangan. Ia juga dapat mengurangkan sakit dan mengelakkan jahitan terbuka.
  • Dapat pil penahan sakit sekiranya sakit. Anda boleh makan paracetamol atau ubat yang lebih berkesan seperti ponstan.
  • Elak dari sembelit. Pastikan minum air secukup untuk melancarkan perjalanan usus. Banyakkan makan fiber atau jika mahu, boleh mencuba Lactulose atau Fybo-gel. Boleh didapati di farmasi berdekatan. Ubat enema tidak digalakan sekiranya luka anda teruk.
  • Sitz bath. Amalkan  sitz bath dengan merendam pungung anda dalam besin berisi air garam. Ia mengurangkan sakit dan membersih luka sehingga dalam vagina.
  • Senaman Pelvic floor. Buat senaman kegel secara rutin. Ia membuat luka cepat sembuh dengan mengalakkan perjalanan darah ke vagina. Buat 100-200 kali sekali. Anda akan dapat melihat perubahannya.
  • Pastikan tiada tanda jangkitan kuman seperti kesakitan dan pembengkakan. Jumpa doktor sekiranya ada masalah ini.
  • Jangan percaya pada mitos. Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayuran kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali. Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air medadak, menjurus kepada masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.
 (sumber:http://portal.alamhamil.com)


Set Berpantang Shaklee (Untuk yang Bersalin Normal/ Cesarean)


Selain dari penjagaan di atas suplemen juga turut membantu penyembuhan luka bersalin. Set berpantang Shaklee ini sesuai untuk yang bersalin normal atau Cesarean. Ibu-ibu juga tidak perlu risau menggunakan set ini kerana:


  • Boleh teruskan digunakan walaupun bayi menghidapi Jaundis (Kuning).
  • Membantu dalam penyembuhan luka melalui tindakan dalaman tanpa perlu krim, minyak herba atau makanan tambahan lain seperti sup ikan haruan yang agak sukar untuk disediakan. Bagi ibu yang berpantang sendiri, set ini sudah mencukupi tanpa perlu bersusah-payah memikirkan makanan tambahan seperti ibu yang berpantang dijaga.
  • Tiada efek panas seperti jamu yang tidak sesuai pada ibu yang mengamalkan penyusuan eksklusif.
  • Boleh terus digunakan walaupun selepas bersalin kerana set ini juga akan mencantikkan kulit ibu, membuatkan wajah berseri-seri serta tidak pucat dan merapatkan keintiman di dalam hubungan suami isteri.
  • Bertindak sebagai "perapat" jika anda turut mengambil alfalfa bersama set ini.

Fungsi vitamin di dalam set ini:


B Complex
membantu mengatasi kelesuan, penting bagi kesihatan mental mambantu mencegah kemurungan (meroyan) dan sebagai penenang (anti stress). Perlu bagi urat saraf. Untuk ibu-ibu yang baru melahirkan anda memerlukan B Complex bagi mengatasi masalah kelesuan dan dapat mengatasi kemurungan atau meroyan.




Vitamin C
penting dalam pembentukan kolagen dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan. Membantu dalam proses pemulihan luka dan membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan badan. Bagi ibu-ibu yang baru melahirkan sudah tentu anda inginkan luka cepat pulih dan Vitamin C adalah jawapan kepada masalah tersebut.




Multivitamin
mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral, menambah kepada apa-apa makanan yang kurang di dalam badan kita. Sangat bagus diambil oleh ibu-ibu yang berpantang kerana kita tahu bahawa semasa berpantang banyak makanan yang tidak boleh diambil, dan multivitamin adalah pilihan terbaik bagi menggantikan makanan tersebut. Iron juga penting untuk ibu yang telah kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan.

Zinc ComplexZinc membantu mempercepatkan proses baik pulih luka luaran dan dalaman (rahim), bagi yang tidak makan ikan haruan/pati ikan haruan atau air gamat yang sedikit hanyir, zinc adalah pilihan yang tepat untuk menggantikan ikan haruan atau gamat. Selain itu zinc juga membantu untuk mengurangkan masalah keguguran rambut selepas bersalin.Yang penting sekali ialah zinc dapat membantu dalam masalah "kedinginan" selepas bersalin. 

Bertambah efektif jika diambil bersama:
  • ESP dan ALFALFA membantu merangsang aliran susu ibu dengan lebih baik, memulihkan tisu-tisu dalam badan dan memulihkan organ-organ dalaman wanita.(TERBAIK! bertindak sebagai kacip fatimah)
  • Ostematrix membantu mencegah masalah sembelit yang sering dihadapi oleh kebanyakkan wanita selepas bersalin.


TESTIMONI SET BERPANTANG SHAKLEE


Set Shaklee, Set Isteri, Set Bersalin Shaklee

Set Shaklee, Set Isteri, Set Bersalin Shaklee





Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : Nama : Sunita Arzansu Sms / call / whatsapp: 013-3493711 Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy Email: sunita.arzansu@gmail.com Blog: http://ceksuvitamin.blogspot.com/ COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, 26 April 2015

Tip Kewangan Irfan Khairi: Simpan, jimat + jana duit 21 hari






Simpan, jimat + jana duit 21 hari

Adakah anda sering rasa buntu mengenai keadaan kewangan anda? Apa kata cuba ikuti aktiviti 21 hari untuk menyimpan, berjimat dan menjana duit ini untuk memperbaiki kewangan anda.

HARI 1: Jejak segala perbelanjaan anda

Tidak kira perbelanjaan besar atau kecil, catitkannya dan jejak wang keluar dari poket atau bank anda. Setiap transaksi perlu direkodkan kerana sekiranya anda tidak menjejaki kewangan anda, anda pasti akan lupa dan tidak tahu ke mana wang anda pergi di hujung bulan!

HARI 2: Simpanan secara automatik

Lakukan simpanan secara automatik. Lakukan arahan kepada bank anda untuk membuat pemindahan wang secara automatik setiap bulan. Dengan cara ini, ia memberi jaminan pada diri anda sendiri untuk sentiasa menyimpan sejumlah wang setiap bulan.

HARI 3: Laburkan wang simpanan

Bukan saja menyimpan wang, pastikan wang yang disimpan dilaburkan. Tidak perlu melabur pada sesuatu yang anda tidak faham seperti pasaran saham. Mula membaca dan memantau pelaburan seperti unit amanah atau dana bersama. Kunjungi bank dan pelajari risalah mengenai jenis pelaburan yang disediakan.

HARI 4: Simpan wang untuk kecemasan


Mulakan simpanan wang untuk kecemasan. Sebagai tambahan, ini adalah satu keutamaan kerana malang tidak berbau. Sebaiknya, ketepikan perbelanjaan anda sekurang-kurangnya untuk enam bulan akan datang. Dana ini adalah dana kecemasan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diduga pada punca pendapatan anda.

HARI 5: Rancang perbelanjaan anda

Lakukan perancangan yang rapi berhubung perbelanjaan dan bakal perbelanjaan anda. Fikirkan wang masuk dan wang keluar untuk beberapa bulan akan datang dan lakukan bajet supaya dapat mengimbangi pendapatan dan perbelanjaan akan datang di samping tidak mengganggu perancangan menyimpan anda. Tanpa perancangan wang, anda merancang untuk gagal dalam hal kewangan.

HARI 6: Hentikan penggunaan kad kredit

Bagi mereka yang sering menggunakan kad kredit, pasti ini agak sukar. Tetapi untuk berjaya dalam kewangan, sememangnya perlu lakukan perkara yang susah.

Hentikan penggunaan kad kredit terutama dari segi pembelian barangan yang tidak diperlukan. Bulan ini, tinggalkan kad kredit di rumah dan gunakan tunai untuk transaksi.

HARI 7: Hentikan keahlian yang tidak digunakan

Anda memiliki keahlian kelab, gimnasium, hiburan atau sesuatu yang anda sendiri tidak gunakan tetapi melakukan bayaran bulanan? Hentikannya.

Sekiranya ada, kita sering melewat-lewatkan masa untuk menghentikannya. Kali ini, anda hentikan tanpa perlu berfikir panjang.

HARI 8: Hentikan perbelanjaan harian kecil yang tidak diperlukan.

Pembelian harian ini mungkin membabitkan gula-gula, majalah ataupun sekotak rokok.

Anda juga boleh menghentikan lawatan ke kedai mamak dan kurangkan makanan yang tidak sihat.

Mengurangkan perbelanjaan yang kecil di sana dan sini, akhirnya akan membuatkan simpanan yang besar.

HARI 9: Jaga kesihatan dan kurangkan perbelanjaan

Jaga kesihatan, lakukan senaman setiap hari dan amalkan pemakanan yang sihat. Tambahkan buah-buahan dan sayur-sayuran serta kurangkan gula. Dengan menjaga kesihatan, pastinya kos perbelanjaan perubatan juga akan diminimumkan pada masa akan datang.

HARI 10: Simpan untuk hari tua anda

Buka tabung untuk hari tua anda. Mungkin anda sudah mempunyai simpanan KWSP, tetapi sering kali simpanan KWSP tidak mencukupi apabila bersara kelak.

Lakukan simpanan khas berasingan kerana tiada kemudahan pinjaman untuk bersara kelak.

HARI 11: Urus bayaran hutang anda

Anda mempunyai hutang rumah, kereta atau kad kredit? Tiba masanya untuk anda menguruskannya dengan lebih strategik. Pelajari bayaran faedah yang diperlukan.

Sekiranya boleh dan berbaloi, ubah pinjaman anda ke institusi kewangan yang menawarkan faedah yang lebih rendah. Kemudian dengan cara strategik, lakukan bayaran balik secepat mungkin mengikut kemampuan anda.

Wang yang anda jimat daripada cabaran hari yang lepas boleh digunakan untuk melangsaikan hutang dengan lebih cepat.

HARI 12: Tawar menawar

Jangan lupa tawar menawar apabila membeli barangan di kedai. Bunyinya agak kedekut bagi sesetengah orang, tetapi sering kali sekiranya anda bijak menawar, pastinya penjual boleh memberi sedikit diskaun walaupun kecil.

Jangan lupa, simpanan yang sedikit akan menjadi pelaburan yang besar kelak.

HARI 13: Telefon bimbit dan siaran televisyen

Periksa kembali pakej telefon bimbit dan siaran televisyen anda. Adakah ia pakej terbaik dan anda gunakan secara optimum?

Adakalanya anda boleh kurangkan pakej bayaran telefon bimbit dan juga siaran televisyen kerana anda tidak menggunakannya secara optimum. Mana tahu, ada saluran yang anda tidak pernah buka dan anda boleh memotongnya sekali gus menjimatkan belanja bulanan.

HARI 14: Cari jualan istimewa

Apabila perlu berbelanja, cari tempat yang menawarkan harga istimewa. Begitu juga dengan makan minum, terdapat restoran yang menawarkan harga diskaun pada waktu dan hari tertentu. Tugas anda adalah berbelanja dengan penuh hemah dan merancang tempat dan masa anda perlu melakukan pembelian untuk menjimatkan wang.

HARI 15: Tambahkan nilai diri anda

Pelajari skil baru. Dengan menambahkan ilmu, anda akan dapat menambahkan nilai anda dalam sesuatu industri.

Menerusi tambahan nilai itu, ia meletakkan anda dalam keadaan yang lebih baik untuk dinaikkan pangkat ataupun sekiranya menjalankan perniagaan, menambahkan bayaran untuk perkhidmatan perniagaan anda.

Apakah tempat terbaik untuk melaburkan wang anda? Laburkan pada ilmu untuk meningkatkan nilai diri anda.

HARI 16: Hentikan perbelanjaan emosi

Tidak kira lelaki atau wanita, manusia adalah insan yang beremosi. Ketika membeli juga adalah keputusan emosi yang sering menguasai diri. Perhatikan keadaan apabila anda ingin membeli sesuatu yang mengikut emosi dan bukan sekadar logik. Dikhuatiri keputusan pembelian mengikut emosi satu keputusan yang silap.

Tunggu sebelum membeli. Sekiranya ingin membeli sesuatu yang agak tinggi harganya, tunggu seminggu sebelum membeli supaya dapat memikirkan keputusan itu dengan lebih mendalam.

HARI 17: Minta kenaikan gaji


Ya, sekiranya anda rasakan nilai anda bertambah lebih daripada apa yang dibayar, apa kata duduk dan berbincang dengan majikan secara baik. Berikan sebab anda rasa anda layak diberi kenaikan gaji berserta rekod dan bukti pencapaian anda.

Kalau anda tidak minta kenaikan, sudah pasti tidak dapat. Tetapi sekiranya anda minta, peluang untuk mendapat kenaikan sudah ada.

HARI 18: Belajar cara menjana pendapatan sampingan

Fikirkan cara menambahkan aliran pendapatan anda. Daripada hanya bergantung kepada satu punca pendapatan, fikirkan cara mendapat pendapatan tambahan.

Mungkin anda boleh melakukannya dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan, perniagaan Internet atau menawarkan sebarang perkhidmatan mengikut kebolehan dan skil anda.

HARI 19: Biayai semula pinjaman rumah

Pernah anda terfikir mengenai pembiayaan semula pinjaman rumah anda? Prosesnya menjadi semakin mudah namun anda perlu mengetahui sama ada langkah itu berbaloi mengikut keperluan anda jangka panjang. Membiayai rumah dapat mengurangkan bayaran bulanan rumah anda.

HARI 20: Pelaburan yang lain

Mungkin tiba masanya untuk anda lebih mendalami pelaburan. Sekrianya selama ini hanya melabur di institusi kewangan, apa kata anda mula pelajari pelaburan hartanah, emas, perak, saham dan pelbagai bentuk pelaburan lain.

Terdapat banyak platform pelaburan untuk dipelajari. Apa yang penting,cari ilmu terlebih dulu dan lakukan pelaburan mengikut minat anda dan bukan kata-kata orang.

HARI 21: Belanja diri anda!

Ya, walaupun perkongsian 21 hari ini lebih kepada menjimat, menyimpan dan menjana wang, jangan lupa juga ada masanya anda perlu belanja diri anda sendiri sebagai ucapan tahniah kepada anda kerana berjaya mengawalkewangan anda.

Cuma jangan jadikan ini alasan untuk berbelanja besar. Belanja diri sendiri mengikut kemampuan asalkan anda bahagia dan teruskan momentum menjimat, menyimpan dan menjana pendapatan diri anda untuk hari yang akan datang!

Oleh Irfan Khairi
Majalah Metro


Nak Income Lebih ??



Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : 
Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://ceksuvitamin.blogspot.com/ 
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.