Asssalamualaikum..selamat malam semua...
Hari ni nak update sikit masalah-masalah biasa yang kita perolehi semasa mengandung...mungkin ia tidak berbahaya...tapi untuk sesetengah kes, ia perlu dititikberatkan...ok, ada tak yang tengah mengandung? ada masalah HB rendah tak? Selalu rasa letih?..salah satu sebabnya mungkin faktor umur kan...bila umur makin bertambah...makin kurang la vitamin dalam tubuh badan...tapi ada juga ibu yang muda seusia 19 tahun mengalami tekanan darah rendah.
Bahaya tau HB rendah semasa hamil ni, bahaya untuk bayi, sebab ia boleh mengganggu proses pembentukan organ-organ pada bayi...malah boleh menyebabkan keguguran. Letih?? Memang sinonim dengan ibu hamil..maklumlah pembawakan budak..kalau ibu asyik letih..asyik nak tidur jer..boleh mengganggu perkembangan otak bayi jugak tau...asid folic pun sangat penting untuk ibu-ibu hamil...sebab asid folic ni membantu melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem sarafnya (kecacatan tiub neural) seperti spina bifida.
Tau tak Spina Bifida tu apa??
Spina bifida bermaksud "sumbing tulang belakang". Ia berlaku apabila tiub neural tidak berkembang dengan betul menyebabkan saraf tunjang tidak tertutup sepenuhnya dan terdapat jarakan (gap) di antara vertebra. Saraf tunjang dan saraf-saraf juga tidak berkembang dengan sempurna.
Spina Bifida |
Secara ringkas tentang keperluan asas vitamin untuk ibu-ibu hamil, jom baca sama-sama...
Zat Besi
Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.
Iron memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripda paru-paru ke tisu. Iron bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Iron digunakan dalam pembuatan hemoglobin. Iron juga berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron telah menunjukkan badan kita mudah mendapat jangkitan.
Zat Besi
Wanita hamil memerlukan zat besi tambahan untuk menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan diri sendiri dan juga tumbesaran bayi mereka.
Iron memainkan peranan penting dalam pengangkutan oksigen daripda paru-paru ke tisu. Iron bergabung dengan oksigen di dalam paru-paru dan melepaskan oksigen dalam tisu-tisu yang memerlukan. Iron digunakan dalam pembuatan hemoglobin. Iron juga berperanan penting dalam fungsi normal imuniti. Kekurangan iron telah menunjukkan badan kita mudah mendapat jangkitan.
Kekurangan zat besi boleh menyebabkan :
- Keletihan, lemah badan.
- Berdebar, sakit dada.
- Kesukaran bernafas.
- Anemia.
Asid Folik
Asid folik adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, dan juga yis and ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti dan bijirin sarapan diperkuat dengan asid folik.
Anda dinasihatkan mengambil 400 mikrogram (mcg) asid folik setiap hari sebaik sahaja anda merancang untuk hamil. Kemudian, teruskan mengambilnya untuk 12 minggu yang pertama kehamilan. Baik juga jika anda makan makanan yang kaya dengan folat.
Asid folik menyokong:
- Sistem saraf sihat
- Penghasilan hormon dan sel-sel darah merah
- Penghasilan tenaga
“ Segala testimoni, penulisan dan perkongsian yang dikongsi dilaman blog ini, bukanlah preskipsi rawatan. Ia adalah berdasarkan pengalaman peribadi dan perkongsian maklumat dari artikel-artikel serta rakan-rakan bagi tujuan berkongsi. Jika anda mengalami sebarang masalah kesihatan atau sebarang penyakit, anda digalakkan mendapat nasihat dari doktor dan pakar kesihatan untuk mendapatkan rawatan susulan.”
Untuk Info & Order...
Untuk Info & Order...
Boleh Hubungi saya :
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya )
Email: sunita.arzansu@gmail.com
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
Sms / call / whatsapp: 013-3493711
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy
** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.