Monday, 23 March 2015

Kenapa Saya Buat Side Income ???


Saya ni dulu-dulu memang tak percaya suplemen.

Saya juga tak percaya kepada keperluan side income. Bayangkan selama 5 tahun bekerja, hanya 1 sumber kewangan saya.




                                    Tiada masa yang sesuai, anda hanya perlu laksanakan sekarang
Dan ya, saya begitu sebab rasa selesa. Saya selesa dengan apa yang ada walaupun senarai di bawah ni ada yang saya ok, ada yang tak ok:

CARA NAK TAHU SAYA PERLU SIDE INCOME ATAU TIDAK:

1. Tengok setiap hujung bulan dalam akaun anda.. Berapa baki gaji dlm akaun
2. Tengok setiap bulan..berapa boleh simpan dalam akaun anak anak anda
3. Tengok setiap bulan..berapa banyak boleh disedekahkan pada org lain yg susah. RM 10?20?30? Or tak mampu bg sebab kita pon susah jgk?
4. Tengok setiap bulan…dapat bagi berapa pada parents? Konsisten ke tak bagi pada parents? Ke parents yg bagi kita pulak ~
5. Tengok setiap bulan…akaun kita negatif atau positif? Mampu tak untuk kita simpan dalam akaun simpanan macam tabung haji or ASB?

Kalau semua tu ok..tak perlu buat side income..anda memang da stabil..TAPI…
Kalau ada yg ok banyak yang tak ok, anda bukanlah dalam zon yg selamat sebenarnya.. Masa untuk bertindak sebelum terlambat..keluar dari comfort zone anda!

KENAPA SAYA BUAT SIDE INCOME

Bagi saya no. 1, 2 dan 3 kadang ok kadang tak ok. Tapi ini bukanlah perkara yang trigger saya buat side income. Saya buat side income sebab:

1. BERBAKTI KEPADA IBU BAPA

Saya nak berbakti lebih baik lagi kepada ibu bapa saya. Sekarang saya cuma bagi 3 angka sahaja ( tu pun kadang bagi...ade masa xdpt bgi ), saya nak bagi 4 angka dan hantar mereka mengerjakan umrah setiap tahun.

2. MASA KERJA YANG FLEXIBLE

Saya nak waktu kerja yang lebih bebas dan flexible, bermakna saya nak bekerja sendiri. Ini untuk saya dapat waktu yang lebih banyak dengan anak-anak. Saya jadikan mak saya seorang surirumah sebagai idola saya. Kecil-kecil saya beliau jaga sendiri dan hantar dan ambil ke sekolah. Inilah kualiti kehidupan yang saya inginkan.

3. BEBAS HUTANG

Saya nak bebas daripada beban hutang. Hutang rumah dan hutang lain2. Saya nak bebas daripadanya dalam tempoh 2 tahun akan datang. InsyaAllah

4. JANA PENDAPATAN PASIF

Saya nak jana pasif income. Bermakna saya nak duit bekerja untuk saya. 

5. SITUASI KEWANGAN MENGHIMPIT

Bulan depan pelaksanaan GST akan dimulakan. Anda telah bersedia? Nilai ringgit kita juga semakin mengecil. Sekarang pun dah terasa. 

6. BERSEDEKAH KEPADA YANG MEMERLUKAN
Saya nak bersedekah lebih banyak kepada yang memerlukan. Ramai sangat yang memerlukan sokongan dan pembelaan, saya mahu peluang pahala berlipat kali ganda.

KENAPA SAYA PILIH SHAKLEE UNTUK BISNES SIDE INCOME SAYA ??
1. Hanya Rm75 untuk menjadi ahli Shaklee.
2. Shaklee telah diiktiraf halal setiap tahun.
3. MLM Shaklee patuh Shariah
4. Pendapatan daripada Shaklee juga lumayan dan stabil.
5. Bisnes Shaklee boleh diwariskan. 
6. Program 3C Shaklee dan macam-macam lagi yang ditawarkan memang lumayan.
7. Shaklee merupakan syarikat yang stabil, dan mempunyai piagam yang meyakinkan.

ANDA TAK SUKA MLM?

Saya tahu ramai tak suka MLM. Tapi bagi saya, tengoklah ciri-ciri MLM yang bagaimana. Seorang pakar ekonomi juga menyarankan perniagaan MLM merupakan bisnes terbaik untuk anda ceburi, bacalah artikel daripada Robert Kiyosaki.

Kalau saya pun saya tak suka MLM yang:
- keluar malam-malam
- paksa setiap minggu pergi kelas/program
- perlu dressing bagai make up lagi
- perlu buat loan sebagai modal
- kena tinggal anak-anak, anak-anak terbiar
- harga produk sangat mahal untuk bayar pengedarnya. Kenapa pengguna yang perlu menanggung bonus kepada pengedar? Ini soal syariah compliance.

Jadi sebab itu saya hanya join Shaklee.Di bawah naungan M.J WAHMillionaire.

- coaching online setiap hari
- coaching offline bila perlu
- be yourself
- family is part of bisnes, saya dibenarkan bawa anak-anak ke mana-mana program / kelas
- modal kecil sangat RM75 je

SERTAI KAMI UNTUK MEMULAKAN BISNES SIDE INCOME ANDA


Bagi anda yang tercari-cari penyelesaian kewangan anda dan memerlukan side income, anda dialu-alukan menyertai saya dalam keluarga besar kami. 

Bersama kami anda akan mendapat bimbingan 100% mengenai :

1) Produk Shaklee dan bagaimana ia membantu dalam mendapatkan kehidupan sihat.
2) Skill dan trick bisnes online serta offline
3) Teknik membuat blog dan meletakkan blog di muka hadapan Google.
4) Teknik Permission Marketing dan soft-selling. 
5) Lain-lain lagi


                                      




Inilah sebab kenapa saya buat side income. Anda bagaimana? 

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : 
Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://ceksuvitamin.blogspot.com/ 
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bahaya Darah Tinggi Ketika Hamil


Darah tinggi (juga dikenali sebagai Hypertension) berpotensi terjadi kepada setiap wanita hamil dengan peratusan antara 10 hingga 15 peratus, di mana ia boleh dikategorikan sebagai agak tinggi.

Keadaan ini berlaku tidak kira sama ada di negara sedang membangun mahupun negara yang maju daripada aspek perubatannya.

 

Tekanan darah yang normal untuk orang yang tidak mengandung ialah 140 ke 90, tetapi bagi ibu mengandung tekanan yang normal ialah 110 ke 70 atau 120 ke 80...api sekiranya tekanan darah melebihi 140, sudah tentu ia dikategorikan sebagai tinggi.

Terdapat dua jenis nama yang diberikan kepada masalah tekanan darah tinggi bergantung bila ia berlaku:

1. Berlaku sebelum usia kandungan 20 minggu - ini dipanggil Essential Hypertension.
  • Ini mungkin berlaku kerana sebelum mengandung si ibu sudah mempunyai tekanan darah yang tinggi. Pemeriksaan terhadap pesakit akan dilakukan untuk melihat sama ada terdapat penyakit lain yang berkaitan buah pinggang atau sejarah perubatan keluarga yang sememangnya ada menghidap darah tinggi.
2. Berlaku selepas usia kandungan 20 minggu - ini dipanggil Gestational Hypertension. Inilah yang dikatakan tekanan darah tinggi semasa mengandung.

Kenapa Berlaku Darah Tinggi Ketika Hamil?

Darah tinggi terjadi kepada ibu mengandung kerana perubahan yang berlaku pada proses perkembangan uri.

“Perkembangan uri sangat penting semasa proses kehamilan. Di dalam uri terdapat banyak saluran darah. Tekanan darah berlaku apabila salur darah dalam uri (spiral arteri) tidak berkembang seperti yang sepatutnya (mengecut) dan menyebabkan darah tidak mengalir dengan sempurna”.

Apa Risiko / komplikasi?

Ramai ibu yang mempunyai tekanan darah tinggi telah melahirkan anak dengan selamat. Namun ini tidak bermakna anda boleh biarkan masalah ini tanpa pemeriksaan doktor kerana keadaan ini boleh menyebabkan beberapa masalah atau komplikasi lain. Antaranya adalah:
  • Kurangnya aliran darah ke placenta. Ini mungkin menyebabkan kurangnya nutrisi dan oksigen pada bayi dalam kandungan. Perkembangan bayi mungkin akan menjadi perlahan dan kemungkinan terjadinya kelahiran bayi dengan berat badan yang rendah.
  • Satu masalah yang dikenali sebagai placental abruption, di mana plasenta dipisahkan dari rahim lebih awal dari masa yang sepatutnya. Ini juga, boleh melucutkan pengaliran nutrien dan oksigen pada baby. Gejala utamaplacental abruption adalah pendarahan yang banyak.
  • Kelahiran pramatang atau terpaksa mengeluarkan bayi dari kandungan sebelum waktu matang.
- Seperti yang diketahui jarang jangka hayat bayi dapat diteruskan sekiranya kandungan baru berusia 20 minggu.

- Setiap bayi yang lahir pramatang akan menghadapi banyak masalah. Katakan bayi terpaksa dilahirkan pada 28 minggu, bayi perlukan pengudaraan yang sempurna, perlu dimasukkan ke wad neo natal, penjagaan rapi dengan kos yang amat tinggi. Namun semua ni bergantung pada analisis doktor.
  • Dalam beberapa keadaan, tekanan darah tinggi semasa hamil boleh menjadi petunjuk kepada masalah preeclampsia. Keadaan ini boleh mempunyai kesan yang sangat negatif terhadap organ si ibu seperti buah pinggang, hati dan otak. Jika preeclampsia berkembang dalam wanita hamil, si ibu boleh diserang sawan, dan ini biasanya dirujuk sebagai eclampsia.

Kaedah Perubatan?


Sekiranya tekanan darah tinggi boleh dikawal, maka doktor akan menasihatkan ibu berkenaan supaya meneruskan kandungan dengan pengawasan rapi.

Kawalan dibuat sendiri (tanpa ubat) atau doktor akan mulakan pengambilan ubat darah tinggi.

Ibu hamil yang menghidap darah tinggi tidak perlu memilih makanan mereka kerana darah tinggi ini lain daripada darah tinggi yang biasanya dihidapi oleh orang yang tidak mengandung.

Pendek kata ia tidak ada kena mengena dengan darah tinggi yang disebabkan oleh makanan seperti pengambilan garam berlebihan.

Jika tahap darah tinggi ibu itu terlalu tinggi, mungkin doktor akan menyarankan bersalin awal dengan cara pembedahan Ceasarean kerana apabila tekanan darah terlalu tinggi, bahayanya adalah pada ibu.

Wanita hamil mengalami darah tinggi adalah disebabkan kehamilannya, uri dan bayi itu sendiri. Jadi sebaik sahaja bayi dilahirkan darah tinggi pada ibu mengandung itu akan turun kecuali ada faktor-faktor lain seperti usia si ibu yang sudah mencecah 40 tahun.

Terdapat kes di mana selepas bersalin tekanan darah tinggi tersebut tidak hilang....mungkin kerana secara semula jadinya darah tinggi itu sudah memang ada dalam dirinya kerana faktor umur atau juga faktor-faktor lain dan bukan sebab mengandung.

Rujukan: Utusan Online, Baby Center, Health Magazine, Mayo Clinic

Jika anda adalah ibu yang menghadapi tekanan darah tinggi sewaktu hamil, Sal cadangkan untuk anda mengambil Omega Guard dan Ostematrix bagi membantu mengatasi masalah anda.


Omega Guard iaitu minyak ikan Shaklee pula mencegah penyakit salur darah dan stroke. DHA dan EPA boleh menentang thrombosis, tekanan darah tinggi, melincirkan salur darah dan membantu peredaran darah yang lancar. Oleh sebab itu ia membantu mengekalkan tekanan darah yang normal dan mengelak ketegangan leher atau sakit kepala. Omega juga merendahkan kolesterol, menghindar pembekuan darah di dalam badan, mengawal masalah obesiti dan mengurangkan risiko penyakit jantung.


OsteMatrix pula membantu meringankan stress. Ia mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impluls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur yang lena, memperbaiki jantung berdebar, depresi, mood swing dan sakit kepala.



Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : 
Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://ceksuvitamin.blogspot.com/
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 


** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, 22 March 2015

Info Enzim G6PD


G6PD ialah singkatan nama enzim Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase, yang terdapat di dalam sel darah merah. Ia bertindak dalam melindungi sel darah merah daripada pecah (hemolisis) apabila terdedah kepada ubat-ubat tertentu, makanan atau jangkitan.

Kekurangan enzim G6PD sangat ketara di kalangan masyarakat Asia. Di negara kita semua bayi baru lahir akan disaring untuk kekurangan enzim G6PD dengan menggunakan darah dari tali pusat. Kekurangan enzim ini adalah keadaan yang diwarisi secara keturunan. Ia ditentukan oleh bahan baka yang dibawa oleh kromosom X. Oleh itu kebanyakan mereka yang mempunyai kekurangan enzim G6PD adalah kaum lelaki, manakala kaum perempuan biasanya adalah pembawa.

Ujian untuk mengesan kehadiran enzim ini adalah ujian darah yang mudah dilakukan. Pastikan anda tahu status enzim anda dan keluarga anda.

Gejala/Tanda-tanda

Kebanyakan mereka yang kekurangan enzim G6PD ini tidak mempunyai tanda-tanda khusus. Bayi baru lahir perlu diperhatikan di dalam wad untuk suatu jangka masa kerana mereka boleh mendapat penyakit kuning (jaundice) yang tinggi dengan cepat, akibat dari hemolisis berlebihan. Bayi yang kuning (jaundice) perlu diletakkan di bawah lampu (fototerapi) untuk menurunkan tahap bilirubin dalam darah.

Tanda-tanda yang terjadi sekiranya sel darah merah pecah (hemolisis) termasuk :

Akibat dari kurang darah

  • kelihatan pucat
  • tidak bermaya (atau keletihan yang teramat)
  • pening
  • degupan jantung yang laju
  • sukar bernafas
  • sakit dada

Akibat dari hemolisis 
  • jaundis (kekuningan)- boleh dilihat pada mata putih atau kulit,
  • warna air kencing seperti air teh O atau Coca-Cola.

Jika ini berlaku, dapatkan rawatan hospital dengan segera.

Kekurangan enzim G6PD adalah untuk seumur hidup. Walaupun tiada rawatan yang boleh menghilangkannya, ia tidak membawa kesan negatif yang ketara dan tidak menjejaskan perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak.

Ubat-ubat dan Bahan-bahan yang Patut Dielakkan

Bagi kanak- kanak dan orang dewasa yang kekurangan enzim G6PD, mereka perlu tahu mendalami mengenai keadaan ini agar dapat memahaminya dengan lebih jelas. Mereka perlu menjauhi dari terdedah kepada ubat-ubat serta bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan hemolisis.

Hemolisis juga akan berlaku jika beliau termakan kacang parang atau menggunakan ubat gegat pada pakaian. Bahan-bahan ini patut dijauhi.

Ibu-ibu yang menyusu bayi yang kekurangan enzim G6PD digalakkan meneruskan penyusuan tetapi mereka perlu mengelakkan bahan-bahan/ubat-ubat tersebut agar tidak termasuk di dalam susu ibu.

Jangkitan kuman juga boleh menyebabkan hemolisis berlaku.

Pastikan anda beritahu doktor anda sekiranya anda/anak anda mempunyai kekurangan enzim G6PD untuk memastikan ubat yang diterima selamat untuk anda dan tidak akan menyebabkan hemolisis berlebihan.

Bahan-bahan / Ubat-ubat Tertentu Yang Boleh Menyebabkan Hemolisis

- Makanan dan Herba yang mesti dielakkan
  • Kacang parang (fava beans)
  • Ubat China
  • Chuen Lin
  • San Chi
  • 13 herbs
  • 12 herbs
  • Ubat tradisi lain (dapatkan nasihat doktor)

- Bahan lain yang mesti dielakkan
  • Ubat gegat (moth balls)
  • Ubat nyamuk yang mengandungi pyrethium

- Ubat yang mesti dielakkan
  • Acetanilide
  • Doxorubicin
  • Furazolidene
  • Methylene Blue
  • Nalidixic acid
  • Niridazole
  • Nitrofurantoin
  • Phenozopyridine
  • Primaquine
  • Sulfamethoxazole
  • Bactrim
Sumber: izieherb.net

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : 
Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://ceksuvitamin.blogspot.com/ 
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bahaya Shaklee Pada Kesihatan !!!


Produk Shaklee memang diwar-warkan sebagai produk yang DIJAMIN SEMULAJADI, SELAMAT dan BERKESAN....tapi sejauh mana ianya terbukti berkesan dan dijamin selamat?

Anda keliru? Ye, Shaklee ada produk kesihatan yang ramai orang dah cuba dan dah rasai ke'awesome'mannya...(wah, perkataan baru ke ni? hahaha) TETAPI ada pantang larang dalam pengambilan Shaklee terutamanya yang ada penyakit2 tertentu! Ya, anda yang disahkan ada SLE, anak atau anda sendiri G6PD, Thalasemia, Hypothyroid dan Hyperthyroid (sekadar menyebut beberapa penyakit yang 'common' dan memang ada pantang larang dalam pengambilan supplement Shaklee).

Sebab tu amat penting untuk anda menceritakan latar belakang penyakit anda kepada SID yang menjual agar mudah bagi kami mencadangkan supplement yang sesuai untuk anda :)

1) Pesakit SLE

Pesakit SLE TIDAK BOLEH mengambil supplement Alfalfa (berasaskan herba) dan Vitalea (ada sedikit campuran Alfalfa). Jika anda masih perlukan supplement multivitamin, sila dapatkan nasihat pakar terlebih dahulu.



2) G6PD

Pesakit G6PD atau anda ibu menyusu kepada anak yang mengalami G6PD juga TIDAK BOLEH mengambil supplement Alfalfa.


3) Thalasemia

Bagi pesakit Thalasemia, anda tidak digalakkan mengambil supplemen yang mengandungi zat besi atau Iron yang tinggi kerana ianya tidak akan membantu dalam meningkatkan HB, bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat besi yang berlebihan dan tidak digunakan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan. Jadi, pesakit Thalasemia TIDAK BOLEH mengambil supplement Vitalea kerana Vitalea diformulasikan dengan iron.




4) Hipotiroid 

Hipotiroid adalah disebabkan penyakit auto imun dan selepas seseorang menjalani pembedahan pembuangan tiroid atau mengambil radioaktif iodin. Ia berlaku kerana kelenjar tiroid tidak berfungsi dengan baik di samping tidak mampu dihasilkan secukupnya.

Pesakit Hipotiroid TIDAK BOLEH mengambil ESP kerana boleh menyebabkan kekurangan rembesan hormon tiroid dan juga tidak digalakkan mengambil Carotomax kerana hormon tiroid diperlukan untuk menukarkan beta-corotene kepada vitamin A. Jadi, ia tidak memberikan apa-apa manfaat kepada pesakit.

5) Hipertiroid

Hipertiroid pula adalah disebabkan oleh kadar hormon tiroid yang berlebihan dan terlalu aktif. Biasanya ia disebabkan penyakit auto imun manakala badan manusia pula menghasilkan antibodi yang mampu merangsang kelenjar tiroid. Hipertiroid berlaku apabila kelenjar tiroid berfungsi terlalu aktif dan menghasilkan terlalu banyak hormon tiroksin. 

Pesakit Hipertiroid tidak digalakkan mengambil Iodin kerana kandungan Iodin mereka yang sudah tinggi di dalam darah, jadi pesakit hipertiroid TIDAK BOLEHmengambil Vitalea dan Alfalfa kerana mengandungi IODIN.


Jika anda mempunyai masalah kesihatan yang dinyatakan atau pun masalah kesihatan yang lain, sila rujuk pakar sebelum mengambil apa2 supplement ye....kalau anda berminat nak mengambil supplement Shaklee, ceksu akan cadangkan mengikut kesesuaian masalah kesihatan yang anda hadapi. ceksu akan bantu anda sedaya mungkin ok...jangan ragu2 untuk hubungi Ceksu...


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : 
Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://ceksuvitamin.blogspot.com/
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Enfuselle ~ Penjagaan Kulit Untuk Kulit Kering dan Kulit Berminyak


Sekarang ni, ramai yang mula berminat nak cuba skin care Shaklee..tapi yg mane satu?? Nutriwhite atau Enfuselle? Pastikan anda membuat pilihan yang betul2 sesuai dengan jenis kulit dan masalah kulit yer...


SKIN CARE ENFUSELLE ni sesuai untuk individu yang berumur 25 ke atas atau yang mempunyai masalah kulit berminyak, terlalu kering, dan sensitif..untuk memudahkan anda membuat pilihan, ada 2 kategori produk Enfuselles iaitu Normal to Dry Skin dan Normal to Oily Skin.

Jadi, kena pastikan anda betul2 tahu kulit anda jenis yang macamana sebelum decide nak cuba ok :)

Normal to Dry Skin : sesuai utk mereka yang mempunyai kulit yang kering dan sensitif



1) Hydrating Cleansing Lotion :
Emulsi berkrim ini bertindak menanggalkan kotoran, bahan pencemaran dan mekap tanpa menjejaskan lapisan minyak semulajadi kulit.
  • Emolien yang kaya serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit halus, seimbang dan berseri
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik

2) Hydrating Toner:
Meneutralkan Tindak Balas Yang Boleh Merosakkan Kulit
Hydrating Toner melegakan dan menyediakan kulit untuk rawatan Enfuselle.
  • Terbukti secara klinikal
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Rumusan tanpa alkohol yang menyejat dengan cepat tanpa mengeringkan kulit
  • Melindungi lapisan minyak semulajadi kulit, menyucikan dan melembutkan dengan ekstrak witch hazel dan kamomil

3) Hydrating Moisturizer :
Melembapkan Kulit Sehingga 24 Jam
  • Krim tanpa minyak dan tidak melekit yang kaya dengan agen pelembap bagi menyerlahkan kehalusan dan keanjalan kulit dengan serta-merta.
Terbukti secara klinikal:
  • 102% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 195% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 21% pengurangan kedutan dalam masa 28 hari
  • Kesan yang ketara dapat dilihat dengan serta-merta, dan ia berterusan sehingga 24 jam
  • Garis-garis halus berkurangan dengan ketara
  • Hipoalergenik

4) Eye Treatment :
Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara
  • Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus.
Terbukti secara klinikal:
  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.

Normal to Oily Skin - sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat serta sensitif



1) Purifying Cleansing Gel:

Gel berbusa bertindak dengan lembut untuk menyingkirkan bahan pencemaran, mekap dan minyak berlebihan.
  • Bahan-bahan khas serta tambahan Vitamin E menjadikan kulit terasa segar dan lembut
  • Mencerahkan tona kulit
  • pH yang seimbang
  • Hipoalergenik

2) Purifying Toner:
Dengan Tiga Tindakan Untuk Menghentikan Kerosakan Pro-Oksida
  • Purifying Toner merangsang dan menyegarkan kulit sebagai persediaan rawatan Enfuselle.
Terbukti secara klinikal:
  • Meneutralkan kerosakan sel akibat tindak balas kulit dengan besi dalam air paip
  • pH yang seimbang
  • Menyegarkan dan memperhalus kulit dengan ekstrak likoris, ginseng dan witch hazel
  • Meminimumkan kemunculan liang-liang yang besar pada kulit
  • Membantu mengawal kulit berminyak
  • Hipoalergenik

3) Balancing Moisturizer :
Formula Ringkas untuk Menyubur dan Melembapkan Kulit
  • Formula yang ringkas, tidak berminyak dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada wajah bertindak dengan membekalkan kelembapan segera yang kulit anda perlukan bagi menjadikan wajah kelihatan halus serta tidak berkilat.
Terbukti secara klinikal:
  • 146% peningkatan keanjalan kulit dalam masa 28 hari
  • 268% pengurangan garis-garis halus dalam masa 28 hari
  • 173% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa 28 hari
  • Membantu mengembalikan keseimbangan minyak pada kulit
  • Hipoalergenik

4) Eye Treatment :
Garis-Garis Halus dan Kedutan Tidak Lagi Ketara
  • Mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan serta menghilangkan sembap bawah mata dengan bantuan pelbagai nutrien dan botani khusus
Terbukti secara klinikal:
  • 233% pengurangan kedutan pada kulit dalam masa dua minggu
  • 120% peningkatan kekenyalan dan keanjalan kulit dalam masa dua minggu
  • 209% pengurangan garis-garis halus pada kulit dalam masa lapan minggu
  • 32% peningkatan kemampuan kulit untuk menahan lembapan lebih lama dalam masa lapan minggu
  • Ton kulit yang kembali sekata dalam masa 12 minggu
  • Kandungan botani anti-penuaan dan vitamin C memberikan faedah yang ketara pada kulit halus di sekeliling mata
  • Juga sesuai untuk bahagian leher dan mulut
  • Hipoalergenik, diakui oleh pakar-pakar oftalmologi dan selamat untuk pemakai kanta lekap.
Sumber: Shaklee Malaysia



Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : 
Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://ceksuvitamin.blogspot.com/ 
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, 21 March 2015

KEPENTINGAN PROTEIN UNTUK BADAN




Pengambilan protien membantu menghasilkan sel baru maka sel mati dan sel lama ini dapat disingkirkan. Apa kelebihan dan kebaikan protien sebenarnya ?

KEPERLUAN PROTEIN DALAM DIET HARIAN


Protein hakikatnya boleh didapati dalam makanan harian kita seperti ikan, ayam, daging, kekacang dan banyak lagi. Namun protein ini mudah musnah apabila berada dalam suhu masakan yang tinggi. Apabila ini berlaku, tubuh kita akan menyerap saki baki protein yang ada dan selebihnya badan kita menyerap minyak hasil masakan seperti ikan goreng, ayam goreng atau apa jua masakan terutama yang bergoreng.

Badan kita terdiri daripada sel. Dari sel membentuk tisu. Dari tisu membentuk organ. Dari organ membentuk sistem. Protein merupakan makanan kepada sel. Jika sel mendapat cukup protein ditambah dengan protein yang bagus, sel yang sihat akan mudah terbentuk demi menggantikan sel yang lama dan mati. 

PENTINGKAH PROTEIN?


Our body need protein to grow! It’s a basic material of all living cells and organ-building block of the body. Stuktur asas badan manusia adalah sel. Segala penyakit pada zaman moden ini disebabkan oleh pengumpulan sel-sel yang LEMAH & KURANG SIHAT. Keperluan protein yang mencukupi dikatakan kunci kesihatan yang optimum – protein diperlukan untuk menghasilkan hormones, enzymes, antibodies and neurotransmitter.

25% daripada badan kita berasal (diperbuat?) daripada Protein. – kuku, rambut, kulit, otot-otot adalah protein. Malah Dr. Bruce Miller dalam bukunya mengatakan kita adalah protein.

Protein berasal dari perkataan Greek (PROTOS) bermaksud – ‘the first’ dan badan kita terdiri daripada :-

1. 66% Water
2. 25% Protein
3. 8% Fats
4. 1% Combination of Minerals & Vitamins 100%

RISIKO KEKURANGAN PROTEIN


1. Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
2. Kidney disease (penyakit buah pinggang)
3. Liver (penyakit hati)
4. High Cholesterol (kolesterol tinggi)
5. Low blood pressure (tekanan darah rendah)
6. Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
7. Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
8. Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
9. Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
10. Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
11. Poor vision (Penglihatan kurang baik)
12. Irritability (Badan menggeletar)
13. Fatigue (Letih lesu)
14. Weakness (Lemah)
15. Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
16. Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
17. Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

TAHUKAH ANDA ?



Shaklee adalah syarikat pertama yang mewujudkan suplemen protein berasaskan kacang soya. Sebenarnya, pengasingan soya pertama yang pernah dihasilkan adalah dicipta oleh Dr. Forest C. Shaklee pada tahun 1970an. Selang beberapa tahun kemudian, beberapa ujian klinikal telah membuktikan apa yang ditemui oleh Dr. Shaklee sebelumnya iaitu protein soya merupakan sebuah blok binaan utama bagi membina kesihatan jangka panjang.

SHAKLEE SOY PROTEIN ISOLATE POWDER




Ini adalah makanan utama dalam program Shaklee. Amat penting dalam diet harian kita. Ia merupakan minuman berkhasiat, sumber lengkap protein secara biologi yang bermutu paling tinggi yang dihasilkan dari kacang soya. Ia memberi tenaga yang berpanjangan dan membaikpulih sel-sel dan tisu-tisu yang rosak.

Soy Protein Shaklee mengandungi 14 gram protein soya semulajadi yang baik pada setiap hidangan. Diproses dengan air (bukan dengan bahan kimia) bagi mengekalkan sumber semula jadi isoflavones seperti genistein dan daidzein.

Soy Protein tidak mengandungi kolesterol dan laktosa. Ia mengandungi semua asid-asid amino yang diperlukan oleh tubuh anda bagi mengekal tisu-tisu yang sihat, termasuk 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh dengan sendirinya. Produk Protein Soya ini adalah sumber-sumber kalsium dan zat besi yang baik. Selain itu ia tidak mengandungi perisa tiruan, pemanis, pewarna dan bahan pengawet.

PROTEIN SOYA SHAKLEE IALAH NON-GMO SOY!


Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya, iaitu Non-GMO (Non-Genetically Modified Organism), dimana ia disahkan melalui Identity Preservation Program. Program ini memastikan soya yang digunakan oleh Shaklee adalah dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula ditanam, dituai hinggalah diproses.

Kelebihan ESP Soy Protein ini ialah::
  • membantu membina dan perbaiki tisu-tisu badan, dari sel akan terbentuk organ. Dari organ terhasilnya sistem. Ia penting kepada pembentukan janin dan juga membantu untuk menambahkan susu.
  • menyediakan 14gram protein kacang soya dalam setiap hidangan untuk sihatkan jantung
  • setiap hidangan membekalkan 50% daripada Nilai Harian kalsium untuk menyokong tulang yang kuat
  • kandungan fitoestrogen untuk kesihatan prostat,payudara dan menepous
  • indeks glisemik yang rendah untuk membantu mengekalkan paras gula dalam darah


Jadi... Apa yang anda akan dapat setelah minum ESP ni?

Pelajar dan pekerja atau individu dewasa : Bertindak sebagai energy booster. Sangat sesuai untuk diambil semasa sarapan pagi. Ia akan memberi rasa kenyang dan bonus bg sesiapa yg dalam proses berdiet =)
Lelaki : melindungi dari any disease (heart, cancer etc)
Ibu mengandung : untuk kehamilan yg lebih sihat dan pertumbuhan fetus yg sihat. Membantu memberi tenaga dan mengurangkan ketidakselesaan di akhir kehamilan.

Ibu menyusu : menyokong penyusuan dgn memberi tenaga dan tahan lapar bg ibu menyusu. Protein adalah komposisi utama dlm susu ibu.
Wanita : untuk keanjalan kulit. Protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protien untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut.

ESP PROMO MAC !!! GRAB NOW !!



Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : 
Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com Blog: http://ceksuvitamin.blogspot.com/ 
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.