Sunday, 29 June 2014

Bahayakah berpuasa ketika hamil ?


Bahayakah berpuasa ketika hamil ? 

Adakah selamat untuk saya berpuasa semasa hamil?
Beberapa kajian telah dibuat mengenai kesan berpuasa, namun tiada jawapan yang pasti mengenai perkara ini. 

Walau bagaimanapun, berikut adalah perkara yang kami pasti:

  • Beberapa kajian telah dibuat tentang berat bayi semasa kelahiran, dan didapati bahawa tiada perbezaan antara bayi yang ibunya berpuasa dengan bayi yang ibunya tidak berpuasa.
  • Kajian-kajian mengenai IQ bayi pula mendapati tiada perbezaan di antara kedua-duanya.
  • Dalam beberapa kajian, sampel darah ibu hamil yang berpuasa menunjukkan terdapat sedikit perubahan, namun perubahan tersebut didapati tidak membahayakan ibu dan bayi. Kajian tersebut juga membandingkan berat bayi semasa lahir, tetapi tiada perbezaan.
Wanita yang mempunyai berat badan dan cara hidup yang sihat akan menghadapi puasa dengan lebih baik. Namun, ini juga bergantung kepada faktor-faktor seperti:
  • Peringkat kehamilan. Biasanya wanita hamil yang dalam trimester kedua paling kuat bertahan.
  • Kesihatan anda sebelum kehamilan dan samada terdapat sebarang komplikasi semasa hamil.


Bagaimana dengan wanita-wanita lain?

Majoriti wanita Islam yang hamil memilih untuk berpuasa di bulan Ramadan. Kajian menunjukkan sehingga 70 peratus daripada mereka memilih untuk berpuasa. 

Anda juga tentu boleh berpuasa terutamanya dalam trimester kedua iaitu apabila kebanyakan wanita hamil merasa lebih bertenaga berbanding trimester pertama dan ketiga, dan jika anda tidak mempunyai masalah kesihatan atau komplikasi tertentu. 
Namun, Islam juga membenarkan wanita hamil untuk tidak berpuasa sekiranya bimbang berpuasa akan memudaratkan ibu dan bayi, dan tentu sekali si ibu wajib menggantikan puasa (qada’) tersebut setelah bayi dilahirkan. Mereka yang mengalami diabetes semasa hamil mungkin perlu berbincang dahulu dengan doktor mereka. Mintalah pendapat ahli keluarga, doktor dan guru agama atau mereka yang arif dengan hukum Islam untuk membantu anda membuat keputusan yang betul.


Apakah yang perlu saya lakukan sebelum berpuasa?

Perancangan yang baik akan memudahkan anda berpuasa.
  • Berbincanglah dengan majikan anda mengenai tugasan anda semasa Ramadan. Sesetengah syarikat mengurangkan waktu operasi dan waktu bekerja pada bulan ini.
  • Persediaan awal seperti membereskan urusan beli-belah dan tugasan tertentu boleh dilakukan sebelum berpuasa.


Apakah cara terbaik untuk berbuka puasa?

Pastikan anda makan pelbagai makanan yang sihat dan minum banyak air apabila anda berbuka puasa dan semasa sahur.
  • Pilih makanan yang membebaskan tenaga dengan perlahan seperti buah kurma, kekacang dan lentil untuk berbuka puasa.
  • Elakkan makanan manis yang akan meningkatkan tahap gula dalam darah anda dengan cepat. Ia juga akan turun dengan cepat dan ini membuatkan anda berasa seperti hendak pitam dan pening.
  • Pastikan anda mendapat protein secukupnya daripada kekacang, daging dan telur yang dimasak sepenuhnya. Protein diperlukan untuk membantu bayi anda membesar dengan sihat.
  • Minum air yang banyak pada waktu malam. Anda boleh ternyahhidrat dengan cepat terutamanya jika cuaca sangat panas pada bulan Ramadan.


Apakah tanda-tanda bahaya yang perlu saya ketahui?

Hubungi doktor anda jika:
  • Anda pening kepala, pengsan, lemah atau letih. Berehat selama setengah jam untuk kembali sihat dan jika tiada perubahan, hubungi doktor anda.
  • Anda loya atau mula muntah.
  • Terdapat perubahan ketara pada pergerakan bayi anda. Jika bayi anda tidak bergerak atau kurang menendang, amat penting untuk anda menghubungi doktor anda.
  • Anda berasa sangat dahaga atau air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat. Ini adalah tanda-tanda penyahhidratan.
  • Anda mengalami kesakitan seakan-akan sakin bersalin. Ini mungkin tanda kelahiran pramatang dan anda perlu hubungi doktor anda dengan segera.
  • Berat badan anda tidak bertambah atau berat badan anda berkurangan.
  • Anda sakit kepala atau mengalami kesakitan lain atau demam.
Baca dengan lebih lanjut mengenai simptom kehamilan yang mesti anda ketahui.



Bagaimana cara untuk memudahkan saya berpuasa semasa hamil?

Terdapat pelbagai langkah yang boleh anda ambil:
  • Rancang hari anda supaya anda boleh berehat secukupnya.
  • Elakkan berjalan jauh dan membawa barang-barang berat.
  • Elakkan aktiviti yang membuatkan anda berasa panas kerana ini boleh menyebabkan anda teryahhidrat dengan cepat dan membahayakan bayi.
  • Mintalah nasihat daripada wanita lain dalam keluarga anda tentang bagaimana menjalani puasa semasa hamil.
  • Amalkan pemakanan yang baik apabila anda berbuka. Dapatkan tip-tip lanjut tentang makanan untuk berbuka dan sahur.
Secara amnya, anda hendaklah sentiasa tenang dan terimalah bantuan jika diberikan. Walaupun keluarga dan rakan-rakan anda mungkin akan berjaga malam untuk beribadat, anda sendiri perlu menjalani Ramadan kali ini dengan tenang dan berehat sebanyak mungkin.


Alhamdulillah puasa tahun ni 2014 saya hamil 7 bulan , saya pilih untuk berpuasa :)
dan sudah tentu saya pilih vitamin yang terbaik dari shaklee :) supaya lebih bertenaga dan cukup zat :) dan semestinya berdoa pada Allah supaya saya di beri kekuatan untuk berpuasa penuh :)

Set hamil shaklee :



Set Asas untuk trimester pertama terdiri daripada:

  • Vitalea
  • B Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrik
 Set asas untuk trimester 2 & 3 terdiri dari:
  • Vitalea
  • B-Complex
  • Vitamin C
  • Ostematrix
  • Omega Guard
Set Bajet :- 
  • Vitalea
  • B-Complex

Boleh Hubungi saya utk keterangan lanjut :

Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya )
Email: sunita.arzansu@gmail.com
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
Sms / call / whatsapp: 013-3493711
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, 28 June 2014

Tip-tip kesihatan semasa hamil dan berpuasa



Bagaimana saya boleh mengekalkan kesihatan semasa hamil dan berpuasa?

Jika anda berpuasa, tentu sekali anda tidak boleh makan sekerap biasa, tetapi anda masih boleh makan lebih daripada dua kali di antara masa berbuka dan sahur. Hidangan makanan yang seimbang dan berkhasiat akan membantu mengekalkan berat badan dan mengelakkan masalah-masalah seperti sembelitsakit kepalaketakcernaan, lesu dan pedih ulu hati yang kesemuanya merupakan simptom-simptom biasa semasa hamil. 

Apakah cara terbaik bagi wanita hamil berbuka puasa?

Tiada pelan makanan khas yang perlu anda ikuti, tetapi anda boleh mencuba tip-tip berikut sebagai cara terbaik untuk berbuka. Mulakan dengan:
  • tiga biji kurma dan jus (bagus untuk menormalkan semula tahap gula yang rendah dalam darah);
  • susu atau yogurt rendah lemak;
  • sup jernih.
Kemudian, makanlah hidangan seimbang yang mengandungi:
  • sepinggan salad atau ulam-ulaman sebagai hidangan pembuka selera;
  • protein daripada ayam, daging atau ikan, atau lentil, kacang pis atau kekacang;
  • karbohidrat kompleks daripada nasi beras perang dan roti bijian penuh;
  • dan, banyak sayur-sayuran.
Elakkan hidangan berlemak tinggi untuk mencegah pertambahan berat, pengambilan makanan kurang berkhasiat dan mengalami ketakcernaan

Apakah saya perlu makan sahur jika saya berpuasa semasa hamil?

Bersahur sangat penting jika anda berpuasa. Ia akan mengekalkan tahap tenaga anda pada waktu siang. Jangan tinggalkan sahur kerana ia dapat membekalkan anda dengan nutrien-nutrien penting dan tenaga yang anda perlukan untuk kekal cergas pada waktu siang. Ia juga akan mengurangkan simptom-simptom kelaparan seperti sakit kepala dan mengantuk. 

Hidangan sahur yang sihat mungkin mengandungi:

  • nasi beras perang dan roti bijian penuh dengan kari atau korma cair;
  • bijirin berserat tinggi atau bran dengan susu skim rendah lemak;
  • dan, buah-buahan termasuk buah kurma dan pisang.
Elakkan meminum teh semasa sahur kerana ia boleh membuat anda ternyahhidrat

Saya suka minum kopi dan/atau teh selepas berbuka. Bagaimana saya boleh menggantikannya?

Minumlah jus buah-buahan segar dan bukannya minuman bergas, kopi atau teh. Minuman smoothie yang mengandungi susu, yogurt, ais dan buah adalah minuman yang menyegarkan dan membekalkan banyak keperluan buah-buahan harian anda. Sup sayur-sayuran pula membolehkan anda makan sayur-sayuran berbeza dan memberi vitamin, mineral dan serat tambahan dalam diet anda. 

Apakah yang perlu saya masukkan dan elakkan dalam diet saya semasa Ramadan?

Untuk mengekalkan kesihatan semasa berpuasa, amalkanlah tip-tip di atas semasa makan, dan:
  • Selepas berbuka, berehat seketika, kemudian bangun dan berjalan-jalan. Lakukanlah aktiviti-aktiviti ringan.
  • Elakkan makan pada lewat malam sebelum tidur, tetapi pastikan anda bangun dan makan sahur.
  • Minum banyak air selepas berbuka dan sebelum bersahur untuk mengelakkan nyahhidrat.




Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pemakanan Pada Bulan Puasa


Assalamualaikum,

Esok puasa...Alhamdulillah diberi kesempatan utk menyambut ramadhan tahun nie.
ok...nak citer sikit pasal pemakanan dlm bulan puasa nie.

BERPUASA ialah menahan diri daripada mengambil sebarang makanan dan minuman dalam jangka masa tertentu.
Sebenarnya, ramai orang tidak menyedari bahawa berpuasa dapat mengatasi halangan utama, iaitu perasaan takut semasa ketiadaan makanan.
Berpuasa merupakan cara paling berkesan menyucikan darah, organ dan semua tisu badan serta menolong mengelakkan kemerosotan badan secara pra-matang.
Ujian makmal yang dijalankan ke atas tikus menunjukkan berpuasa membantu memanjangkan purata jangka hidup tikus sebanyak 50 peratus.
Ketika berpuasa pada bulan Ramadan, kadar metabolik individu akan menurun dan mekanisme pengawal aturan yang lain mula berfungsi.
Secara amnya, berpuasa digunakan dalam bidang perubatan untuk pengurusan berat badan, menurunkan paras lemak darah dengan merehatkan saluran pencernaan.

Kesan fisiologi berpuasa
  • Menurunkan paras gula dan kolesterol darah
  • Menurunkan tekanan sistolik darah
  • Memastikan lemak daripada makanan dan tubuh digunakan secara berkesan.
Pada hakikatnya, puasa Ramadan merupakan saranan ideal untuk rawatan penyakit diabetes jenis 2 (tidak bergantung kepada insulin), obesiti dan hipertensi essential yang sederhana dan stabil.
Sebaliknya, pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung koronari, batu karang, buah pinggang dan sebagainya dikecualikan daripada berpuasa. Mereka harus mendapatkan nasihat doktor sekiranya ingin berpuasa.

Apa yang patut dimakan semasa bulan Ramadan?
Semasa bulan Ramadan, diet kita sepatutnya tidak jauh berbeza daripada diet biasa dan seharusnya mudah dan ringkas. Diet tersebut sepatutnya membolehkan kita mengekalkan berat badan normal, tanpa menurunkan atau meningkatkan berat badan.

Bagaimanapun, untuk individu yang mempunyai berat badan yang berlebihan, bulan Ramadan adalah masa yang sesuai untuk mencapai berat badan yang sihat.
Panduan pemakanan dari seluruh dunia menitikberatkan kepentingan mengambil pelbagai jenis makanan secara sederhana dan seimbang.

Ini adalah benar terutama ketika umat Islam berpuasa dari waktu fajar sehingga waktu matahari terbenam pada bulan Ramadan. Untuk mencapai tahap kesihatan yang sihat, seseorang perlu mengambil makanan daripada semua kumpulan makanan utama, iaitu roti dan bijirin, susu dan produk tenusu, daging, kacang dan kekacang, sayur-sayuran dan buah-buahan.

Diet seimbang boleh memperbaiki profil kolesterol darah, mengurangkan keadaan asid dalam perut, mengelakkan sembelit dan masalah pencernaan yang lain, serta menyumbang kepada cara hidup yang aktif dan sihat.

Memandangkan jangka masa berpuasa yang agak panjang, kita perlu mengambil makanan yang dihadamkan secara perlahan, termasuklah makanan yang mengandungi fiber berbanding dengan makanan yang cepat dihadamkan.

Makanan yang dihadamkan secara perlahan dapat bertahan selama 8 jam, sementara makanan yang cepat dihadam hanya dapat bertahan selama 3-4 jam sahaja.

Makanan yang dihadamkan secara perlahan adalah makanan atau produk bijirin dan bijian seperti barli, gandum, oat, sekoi, tepung suji, tepung penuh mil, kacang dan kekacang, nasi perang dan sebagainya (dikenali sebagai karbohidrat kompleks).

Makanan yang mengandungi serat adalah makanan yang mengandungi bran, gandum penuh mil, bijirin dan bijian, oat, nasi ulam, sayur-sayuran seperti kacang hijau, kacang pis, bayam, pucuk ubi, buah-buahan dengan kulit, buah kering terutama aprikot, buah tin, kurma dan prun, kacang seperti badam dan sebagainya.

Makanan yang cepat hadam ialah makanan yang mengandungi gula, gula putih dan sebagainya (dipanggil karbohidrat ringkas).

Contoh makanan termasuklah kuih manis, minuman sirap, kordial dan minuman tin. Pengambilan makanan ini secara berlebihan boleh mengakibatkan seseorang berasa letih atau lesu sejurus selepas makan.

Makanan yang kita ambil haruslah seimbang dan mengandungi makanan daripada semua jenis kumpulan makanan, iaitu buah-buahan, sayur-sayuran, daging/ayam/ikan, roti/bijirin dan makanan tenusu.

Makanan yang digoreng adalah tidak sihat dan perlu dihadkan pengambilannya. Makanan ini boleh menjejaskan penghadaman, menyebabkan pedih perut atau heart burn dan masalah berat badan.
Sebaik-baiknya elakkan:
  • Makanan goreng dan tinggi lemak
  • Makanan yang mengandungi terlalu banyak gula
  • Pengambilan makanan secara berlebihan.
Makan dan minum ketika berbuka puasa
Semasa berbuka, diet yang biasa haruslah diambil secara tetap.
Mula dengan makanan yang ringan dan mudah dihadam seperti buah-buahan atau jus buah-buahan, diikuti dengan makanan yang sederhana dan kemudiannya snek secara berkala.

Ambillah makanan karbohidrat kompleks (sila rujuk kepada senarai di atas) semasa sahur kerana makanan ini boleh bertahan lebih lama dan mengurangkan rasa kelaparan.

Buah kurma adalah sumber gula, fiber, karbohidrat, kalsium dan magnesium yang baik.
Kacang badam kaya dengan protein dan fiber serta mengandungi lemak tepu yang rendah. Pisang adalah sumber kalsium, magnesium dan karbohidrat yang baik.

Mengenai minuman pula, pastikan anda mengambil air dan jus buah-buahan yang mencukupi antara waktu makan malam dan waktu tidur supaya tubuh anda dapat memelihara keseimbangan cecair tubuh.

Mengatasi masalah biasa ketika berpuasa
Sembelit. Ini mungkin disebabkan oleh pengambilan makanan terproses secara berlebihan, jumlah pengambilan air dan fiber yang tidak mencukupi dalam diet.

Elakkan pengambilan makanan terproses secara berlebihan dan tingkatkan jumlah pengambilan fiber dengan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi dalam diet.

Buah-buahan seperti pisang, betik, tembikai, prun dan sayur-sayuran berdaun seperti pucuk ubi, ulam, bayam dan kangkung membantu membekalkan fiber yang diperlukan.

Sakit kepala. Biasanya dialami apabila seseorang berhenti mengambil kafein dan tembakau, kurang tidur dan kelaparan. Keadaan ini bertambah teruk pada hujung hari.

Kurangkan pengambilan kafein dan tembakau secara perlahan-lahan, bermula dengan satu atau dua minggu sebelum Ramadan. Pastikan anda cukup tidur untuk mengurangkan sakit kepala.

Paras gula dalam darah yang rendah. Sesetengah orang yang berpuasa dan bukan pesakit diabetes berasa lemah, pening, letih, lesu, mengalami daya tumpuan yang rendah, menggigil, tidak dapat menjalankan aktiviti fizikal, sakit kepala atau mengalami palpitasi (debaran jantung yang hebat). Ini mungkin merupakan simptom tahap gula yang rendah.

Mengambil terlalu banyak gula seperti karbohidrat ringkas khasnya ketika sahur boleh meningkatkan paras insulin lalu menurunkan paras gula dalam darah. Hadkan pengambilan makanan dan minuman yang bergula ketika sahur dan semasa berbuka puasa untuk membantu mengelakkan penurunan gula dalam darah secara mendadak.

Sebaliknya, ambillah buah-buahan segar dan jus buah-buahan tanpa gula sebagai sumber tenaga yang baik ketika berbuka puasa.

Pesakit diabetes dan mereka yang menghidap penyakit tertentu mesti mendapatkan nasihat doktor sebelum berpuasa.

Penyelarasan terhadap ubat-ubatan, diet dan tahap aktiviti mungkin perlu dilakukan di bawah penyeliaan pakar-pakar perubatan sebelum berpuasa.

Mengikut kata-kata Otto Buchinger, seorang pakar perubatan dari Jerman yang fasih dalam `terapi berpuasa', ``Berpuasa merupakan kaedah rawatan biologi yang paling berkesan dan tidak dapat dipertikaikan.

"Ia bukanlah setakat satu operasi pembedahan fizikal semata-semata, tetapi merupakan satu rawatan yang melibatkan pembersihan, pemulihan, pengembalian tujuan hala, pembebasan dan relaksasi yang tulen.

Sumber Dari : Utusan Online

Anda juga boleh mencuba Set Berpuasa dari Shaklee...
Hubungi saya..



Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, 27 June 2014

Berbaloi ke menjadi ahli Shaklee?


Bagaimana caranya? 
ini rahsia tau. Jangan bagitahu orang lain.
Mudah saja, anda cuma perlu mendaftar sebagai ahli Shaklee. Jom tengok macam mana nak jadi ahli :
  1. Daftar keahlian dengan yuran RM65 seumur hidup + RM10 untuk pengeposan memberkit.
  2. Beli produk bernilai lebih kurang RM660 dan dapatkan keahlian PERCUMA
  3. Beli 2 botol vivix dan dapatkan keahlian PERCUMA
  4. Beli 3 kotak Collagen dan dapatkan keahlian PERCUMA.
Tengoklah, berapa banyak percuma disitu.
Apa kelebihan menjadi ahli Shaklee bersama group kami?
  1. Sudah tentu dapat beli dengan harga ahli.
  2. Dapat cashback pada pertengahan bulan bila jumlah point bulanan mencapai jumlah minimum yang layak (kat sinilah yang kita boleh guna semula duit untuk membeli stok vitamin untuk diri sendiri)
  3. Bagi yang serius untuk memulakan bisnes, akan dimasukkan dalam group perbincangan rahsia yang dikendalikan oleh Master hebat. Berkongsi info, tips marketing, dan titipan motivasi.
  4. Peluang menjana pendapatan dari rumah – tanpa perlu keluar meeting malam2, tanpa perlu tinggalkan anak untuk jumpa prospek. Semuanya hanya dihujung jari.
  5. Coaching online yang berterusan, dengan support group yang ohsem!
  6. Pilihan coaching offline pada tarikh tertentu, boleh bawa bersama suami, anak-anak malah bibik pun boleh bawak. Kami mementingkan hubungan kekeluargaan yang harmoni, kehadiran anak-anak kecil dalam kelas2 offline kami memang perkara biasa.
  7. Peluang mendapat car bonus, mengerjakan umrah, trip 5 bintang dalam dan luar negara.
Semuanya bermula dengan langkah pertama. Jika anda berminat untuk menambah pendapatan, masih tercari-cari bisnes online yang sesuai – boleh hubungi kami untuk kita sembang-sembang lebih lanjut.
Kalau untuk makan sendiri pun berbaloi jadi ahli. Tak perlu tunggu SID anda buat promosi, dah memang anda layak untuk dapat harga ahli, dapat cashback pulak tu.

Jom join legasy...

Untuk sembang-sembang lanjut, anda boleh hubungi saya.

Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
Email: sunita.arzansu@gmail.com
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Bengkel Nutrisi Shaklee Rugi Siapa Tak Join


Assalammualaikum & Salam Sejahtera

Baru berkesempatan nak share pasal Bengkel Nutrisi yg saya hadiri pada 24 may 2014 yg lepas.Bertempat di Hotel Berjaya Times Square KL.

Bengkel Nutrisi ni anjuran Shaklee untuk semua ahli berdaftar. Siapa SID, automatik dia layak untuk sertai bengkel ni. Dengan bayaran cuma RM40, dapat sedut ilmu nutrisi dari pukul 10 hingga pukul 6. Lunch provided ok. Nampak tak? Bayaran RM40 tu macam bayar untuk buffet lunch kat hotel tu je. Segala ilmu tentang nutrisi tu Shaklee sediakan percuma je untuk ahli berdaftar. Best tak? Penceramah pulak merupakan pakar nutrisi, kira memang makanan dia oranglah sembang pasal makanan tambahan, makanan sihat dan keperluan mengambil vitamin ni.

Apa kelebihan SID yang join bengkel nutrisi ni?
Dapat banyakkkkk sangat ilmu ok. Perkara yang kita tak tahu tentang vitamin semua kita boleh dapat dari bengkel ni. Memang berbaloi tau. Bagi yang nak aktif berbisnes, rasa lebih yakin sebab kita dah dengar sendiri dari pakar. Yang jadi ahli untuk makan sendiri pulak dapat mendalami keperluan nutrisi badan. Dapat sijil tau ;-)


Bengkel pun bukanlah bosan. Banyak video, ada kuiz, dan teka teki. So tak delah semua pakat bosan dengar ceramah nak tidur kan? Heh. Tapi tak boleh tidur punya sebab Shaklee sediakan ESP & Performance Drink (breakfast) untuk kesegaran dan tenaga berpanjangan sepanjang bengkel ni. Ikutlah nak minum berapa kali. Cinch tea pun ada (bagi free je).

Nak sertai bengkel nutrisi? Mari join jadi ahli shaklee :-) Bengkel Nutrisi yang super best ni ekslusif untuk ahli berdaftar sahaja.

Kehadiran anda di alu-alukan.. Jangan malu, tiada ilmu kami berkongsi. Sebab bisness ini, anda bukan berseorangan. Ada group sokongan untuk semua yang ingin maju jaya dalam bisness ini. Apa yang penting adalah, keinginan untuk berjaya. Hati yang kuat untuk berjaya. 


Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya )
Email: sunita.arzansu@gmail.com
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
Sms / call / whatsapp: 013-3493711
Pages Facebook : Vitamin Umie Beauty & Healthy

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, 26 June 2014

Kebaikan Teh Shaklee


Setelah berkenalan dengan Energy Tea Mix Shaklee ni, terasa 'gian' la pulak..hihihhh...rasa teh yang begitu enak dan harumannya yang memikat membuatkan saya tak sabar untuk menikmatinya setiap hari...tapi hanya 2 sachet sahaja dos maksimum yang boleh diambil setiap hari...dan berdasarkan pengalaman saya yang lepas-lepas, teh ini betul-betul membantu untuk kita berasa segar sampai tengah malam! Senangla kerja saya jika mahu berjaga malam...Energy Tea Mix kan ada!

Apakah Shaklee Energy Tea Mix?

Teh yang berfungsi untuk membekalkan tenaga segera kepada mereka yang sedang mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan ketika proses menurunkan berat badan. Ia mengandungi :

~ teh hijau Matcha : berfungsi sebagai agen terapi di Jepun
~ ekstrak teh hijau : sumber kafein semulajadi yang selamat
~ ekstrak teh merah Rooibos : kaya dengan sumber asid polifenolik. Polyphenols adalah sejenis bahan kimia yang hanya wujud dalam tumbuhan sahaja. Ia merupakan salah satu daripada agen antioksidan untuk mengelakkan kesan negatif radikal bebas.
~ ekstrak teh putih : membekalkan kandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding teh hijau yang matang


Dan yang paling menarik, segelas Energy Tea Mix hanya membekalkan 5 kalori sahaja! Sangat sesuai bagi orang yang sedang berdiet!
Sesuai untuk dinikmati ketika panas atau sejuk. Hanya satu atau dua sachet sehari untuk menikmati keenakannya.
Sekotak mengandungi 28 'sticks'.
Peringatan : ShakleeCinch™ Energy Tea mengandungi 70mg kafein dalam setiap sachet. Wanita hamil & ibu menyusu perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum mengamalkannya.

Penjelasan Saintifik

In order to promote a safe and effective rate of weight loss, caloric restriction in combination with increasing energy expenditure (through physical activity) is recommended. However, for many people this can lead to feelings of low energy making weight loss even more difficult. Dips in energy level often result in the selection of unhealthy, high calorie, sugar laden snacks for a boost in energy which in turn, defeats a person’s weight loss efforts. The Shaklee Cinch™ Energy Tea is a healthy, low calorie alternative to help naturally boost energy levels.* It not only provides a healthier alternative to other quick pick-me-ups, but delivers tea catechins and polyphenols that have potent antioxidant effects that protect cells from free radicals.*

In addition, green tea and its polyphenolic compounds such as epigallocatechin gallate (EGCG) show promise in supporting weight loss through increased energy expenditure.* The contribution of naturally present caffeine in tea can also provide a gentle stimulatory effect to the central nervous system resulting in beneficial effects such as enhanced mood, memory, alertness and physical and cognitive performance.* In addition, a number of studies examining the effects of taurine combined with caffeine indicating that the addition of taurine may enhance the mental and physical effects of caffeine.*
*These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration.  These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Jadi setelah mengetahui segala kelebihan yang ada pada Shaklee Cinch™ Energy Tea, rasanya anda tidak perlu teragak-agak untuk mencubanya. Pastikan anda menjalani diet yang betul & cubalah Shaklee Cinch™ Energy Tea  bagi mendapatkan berat badan yang didam-idamkan.

Jom Cinch Tea...


Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Teh Istimewa Menambah Tenaga


CINCH ENERGY TEA MIX adalah adunan Propretari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang hebat dan istimewa. Malah Cinch Energy Tea Mix juga dapat Menambah Tenaga secara semulajadi dan bagus untuk sesiapa yang ingin menurunkan berat badan.

Cinch Energy Tea Mix Shaklee
Cinch Energy Tea Mix Shaklee



* Selamat, Istimewa dan MENAMBAH TENAGA semulajadi
* Ditambah dengan Taurina bagi meningkatkan tenaga dan ketahanan badan
* Pilihan alternatif terbaik untuk menggantikan minuman kopi, soda atau manisan untuk mengekalkan kecergasan tubuh.
* TANPA GLUTEN , tanpa perisa, pewarna dan bahan pemanis tiruan.


Ekstrak Utama CINCH ENERGY TEA MIX 

Campuran Teh Di dalam Cinch Energy Tea Mix Shaklee
Campuran Teh Di dalam Cinch Energy Tea Mix Shaklee 
Bahan2 Yang Terdapat Di Dalam CINCH ENERGY TEA MIX :
  • Taurina
    * menggalakkan metabolisme
    * lebih bertenaga
    * larutkan lemak
    * membantu menghasilkan otot tanpa lemak

  • Matcha Green Tea Powder – teh hijau gred tertinggi dai Jepun (the greener than green superfood)
    * antioksida yang sangat tinggi
    * energy booster
    * metabolisme booster
    * bakar kalori up to 4x

  • White Tea Extract –teh yang menjalani pemprosesan paling minimum
    * membakar lemak-lemak berlebihan
    * menghalang penghasilan sel lemak yang tidak perlu
    * meningkatkan metabolisme
    * juga dikenali sebagai teh hijau bayi dengan mempunyai kandungan antioksida yang lebih tinggi berbanding teh hijau

  • Rooibos Red Tea Extract –tumbuhan herba dari Afrika yang juga dikenali sebagai “The Miracle Tea” atau “Long Life Tea”
    * melarutkan lemak
    * meninggikan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak
    * agen detox yang kuat

  • Red Tea Extract
* Salah satu antioksidan yang dijumpai dalam teh merah, yang dikenali sebagai polifenol - pejuang kanser yang kuat
* Polifenol membantu kerosakan badan yang disebabkan oleh radikal bebas
*merupakan antioksidan yang begitu kuat dan dikaji sebagai pencegahan kanser dan sebagai agen yang boleh menghalang tumor dari merebak


PELBAGAI KHASIAT CINCH ENERGY TEA MIX 

1) Rendah kandungan Kafein (Teh Putih)
2) Membantu merendahkan tekanan darah tinggi
3) Mengurangkan kolestrol
4) Melindungi jantung dan peredaran darah seluruhnya
5) Menguatkan tulang
6) Antibakteria dan antiviral
7) Menggalakkan kulit yang sihat
8) Mengurangkan gula dalam darah. Membantu mengurangkan gejala kencing manis
9) Baik untuk pencernaan dan boleh mengelakkan cirit birit
10) Membantu melawan penyakit seperti athma dengan mengembangkan saluran pernafasan

Banyak kan fungsi CINCH ENERGY TEA MIX ni. So kesimpulannya sangat2 bagus untuk mereka yang nak Menambah Tenaga. Selain daripada itu, sesiapa yang kurang bersenam juga digalakkan mengambil CINCH ENERGY TEA MIX ini untuk membantu boostkan lagi metabolisma kita serta bagus untuk sesiapa yang ingin Mengurangkan Berat Badan.

Satu paket mengandungi 28 sticks, Ia bagus dan bertindak sebagai energy booster juga.

Saya dah cuba, anda bila lagi? ^__^
Jom try sekarang...musim panas nie...
Memang syok pekena Cinch Tea Ais...
Lega dan Bertenaga...

Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.