Saturday, 18 April 2015

BAYI PRA MATANG?



Kelahiran Bayi Pra Matang

BAYI pramatang (premature babies) adalah bayi yang dilahirkan sebelum 37 minggu kandungan.. Ada banyak sebab kenapa perkara ini boleh berlaku, antaranya mungkin gaya hidup ibu sendiri seperti mengambil makanan yang kurang berkhasiat, tekanan fizikal, pengambilan alkohol, dadah dan pelbagai lagi.

Selain itu, ia juga boleh disebabkan ketidakseimbangan hormon, masalah struktur rahim, penyakit ketika dalam kandungan, umur ibu lebih 35 tahun atau kurang daripada 19 tahun dan pelbagai sebab lain yang tidak diketahui.

Bayi pramatang memerlukan penjagaan lebih daripada bayi lahir cukup bulan. Justeru, kebanyakan bayi pramatang memerlukan penjagaan di unit rawatan rapi (ICU) sebelum pulang ke rumah. Di negara maju, lebih 90 peratus daripada bayi yang beratnya 800 gram ke atas akan terselamat dan bayi yang beratnya lebih daripada 600 gram mempunyai peratusan selamat antara 40 hingga 50 peratus. Bagaimanapun, komplikasi yang lebih ketara mungkin berlaku pada kanak-kanak ini.


Apakan keperluan bayi pramatang?

Haba atau kepanasan persekitaran yang cukup. Bayi pramatang tidak mempunyai lemak secukupnya untuk memastikan suhu badan kekal walaupun jika bayi itu diselimutkan. Bayi ini perlu berada di dalam inkubator atau alat pemanas sehingga berat bayi cukup untuk mengekalkan suhu badan.

Pemakanan dan tumbesaran bayi pramatang memerlukan keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Ini disebabkan tumbesaran bagi kanak-kanak pramatang secara lazimnya adalah lebih cepat daripada kanak-kanak cukup bulan (catch up growth) lebih-lebih lagi kerana sistem pencernaan makanan adalah tidak efektif seperti kanak-kanak cukup bulan.


Apakah makanan untuk bayi pramatang?


                         
Susu ibu adalah sumber makanan yang paling baik, tetapi bayi hanya boleh menyusu terus atau menggunakan botol selepas 32 minggu. Memulakan pemakanan bagi bayi pramatang perlu dilakukan secara sedikit demi sedikit. Jika tidak ia boleh menyebabkan masalah usus yang berbahaya.


Lazimnya bayi yang belum boleh menyusu, susu ibu perlu dipam dan diberi melalui tiub.
Susu ibu mempunyai khasiat lebih kerana ia mengandungi protein membantu melawan kuman dan mempercepatkan pembesaran. Oleh kerana bayi pramatang mungkin memerlukan lebih banyak kalori dan vitamin, terdapat formula dalam bentuk serbuk yang boleh ditambah dalam susu ibu untuk meninggikan lagi khasiat
.
Masalah yang dihadapi bayi pra matang:

1) Jaundis (penyakit kuning)
Masalah yang paling kerap bagi bayi pramatang ialah jaundis. Penyakit ini disebabkan oleh bilirubin yang dihasilkan oleh pemecahan sel darah merah. Bilirubin ini menyebabkan kulit dan selaput mata putih bayi menjadi kuning. Jaundis adalah perkara biasa bagi bayi, tetapi jika tahap jaundis terlalu tinggi ia boleh menyebabkan kerosakan bahagian otak atau kecacatan pendengaran.


2) Apnea
Apnea adalah keadaan yang mana bayi berhenti bernafas. Pada masa itu degupan jantung menjadi perlahan sekali gus bayi mungkin kelihatan pucat dan biru. Apnea sering berlaku bagi bayi yang kurang daripada 30 minggu. Jika masalah apnea ini berlaku dengan kerap bayi memerlukan ubat untuk merangsang sistem pernafasannya.


3) Anemia (kurang darah)
Kebanyakan bayi pramatang akan mengalami masalah anemia. Ini mungkin menyebabkan bayi tidak membesar dan juga jika tahap anemia itu serius ia boleh menyebabkan kegagalan jantung.


4) Masalah pernafasan (respiratory distress syndrome)
Masalah ini disebabkan oleh paru-paru yang belum matang dan secara tidak langsung menyebabkan bayi mengalami masalah susah untuk bernafas. Masalah ini agak kerap berlaku. Begitupun, masalah ini boleh diatasi dengan menggunakan sejenis ubat yang bertindak membuka paru-paru (dikenali sebagai surfactant). Ia membolehkan paru-paru bayi pramatang berfungsi dengan lebih baik.Jika masalah pernafasan ini terlalu serius, bayi itu mungkin memerlukan bantuan pernafasan melalui mesin pernafasan. Penggunaan surfactant yang dibuat secara sintetik mengurangkan komplikasi masalah pernafasan.


5) Jangkitan
Jangkitan adalah masalah yang paling membimbangkan bagi bayi pramatang. Ini disebabkan bayi pramatang tidak dapat melawan penyakit sebaik bayi yang lahir cukup bulan. Jangkitan ini boleh berlaku sebelum bayi lahir, ketika proses melahirkan atau selepas dilahirkan. Cara membasuh tangan yang betul dapat mengatasi masalah jangkitan.


Secara ringkasnya, bayi pramatang memerlukan keperluan nutrisi yang lebih tinggi. Untuk itu saya amat menggalakkan pengambilan SHAKLEE


Jom baca apa yang ada dalam set ini :



♥ Vita-Lea Iron Formula/multivitamin
Dilengkapi dengan 12 vitamin, 7 galian dan zat besi...Bagi ibu menyusu multivitamin atau nama lain vitalea telah di lengkapi dengan iron bagi membantu pembesaran anak .


♥ BComplex
Sangat penting dalam membantu memetabolismekan karbohidrat, lemak & protein, Anti stress (sebagai penenang).Vitamin B juga dapatmelahirkan wajah ibu yang cantikberseri


♥ Vitamin C
Meningkatkan kandungan antibodi di dalam susu ibu. So, sekiranya anda atau baby demam, cuma tingkatkan pengambilan vitamin C ke 2 biji sehari. Bagi ibu-ibu yang menghadapi puting melecet/luka/berdarah,insya allah akan mudah sembuh, dan kesannya kulit makin bersih, cerah & cantik kerana Vitamin C membantu pembentukan kolagen dengan lebih baik.


♥ Alfalfa
Merupakan supplement penting untuk boost penghasilan susu.Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan membuang angin dalam badan.


♥ EnergizingSoy Protein (ESP)
protein sangat penting untuk pembentukan sel. ESP sangat membantu dalam melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu dan anak, dan membantu kawal paras kolesterol.


Kenapa ibu yang bayinya pramatang perlu ambil set ni?
Sebab vitamin-vitamin dalam set ini dapat menambah kualiti susu ibu dan secara tidak langsung bayi yang menyusu mendapat nutrisi yang diperlukan..


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : 
Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://ceksuvitamin.blogspot.com/ 
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.


Friday, 17 April 2015

9 Amalan Membentuk Anak Yang Soleh Dan Solehah


Anak adalah amanah @ anugerah dari Allah SWT… Kita sebagai ibu bapa wajib mendidik amanah tersebut menjadi insan mulia mengikut jalan yang benar dan diredhai. Namun lumrah seorang kanak-kanak yang semulajadi memiliki sifat-sifat nakal sepanjang perjalanan tumbesaran mereka kadang kala menguji kesabaran ibu dan ayah.



Jangan cepat melenting menghadapi kerenah anak-anak kerana sebagai seorang Muslim kita sebenarnya mempunyai penyelesaian yang boleh dijadikan amalan seharian… Berdoalah kerana doa itu senjata orang mukmin.

Dalam Islam kita disuruh berdoa untuk memohon apa yang dihajati… Doa juga memainkan peranan penting untuk memohon kesejahteraan dan kebahagiaan diri sendiri dan keluarga… Sebagai ibu bapa, kita perlu sentiasa mendoakan untuk kebaikan anak dan tidak mengatakan yang buruk-buruk kepada anak-anak kerana apa yang lahir dari mulut seorang ibu adalah satu doa….

  
Doa Untuk Semua

Setelah semua usaha dilakukan untuk meminta sesuatu…. kita diminta berdoa kepada Yang Maha Esa agar dimakbulkan apa yang telah diusahakan… Demikian yang harus kita lakukan sebagai ibu dan ayah kepada zuriat sendiri.

1)  Amalkan membaca ‘Ya Latif’ sebanyak tujuh kali dan hembuskan di kepala anak sewaktu mereka sedang atau hendak tidur.

2)  Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti surah as-Syura ayat 19 yang bermaksud:

“Allah itu lemah lembut kepada hamba-hambaNya: Ia mengurniakan kepada siapa yang dikehendaki. Padahal, Dialah Yang Kuat, Yang Gagah.”
Sebaiknya dibaca selepas subuh iaitu dibaca pada air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.

3)  Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa Surah Al- Imran ayat 200 yang bermaksud:
“ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.”

4)  Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman berulang-ulang. Kesemua ini adalah doa pelembut hati.

5)  Amalkan juga membaca Surah Toha ayat 1-8, Surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam aktiviti lain seperti semasa menemani anak mengulangkaji buku-buku dan membaca al-Quran.

6)  Bagi ibu-ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik elok amalkan surah al-Imran ayat 38 iaitu doa nabi Zakaria a.s yang bermaksud:

“ Wahai Tuhanku! Berikan kepadaku dari pihak-Mu keturunan yang baik, kerana sesungguhnya Engkaulah pendengar doa.”

7)  Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Petua membaca doa dan harapan semasa anak baru lelap elok diamalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.

8) Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari surah al-Furqan-74 yang bermaksud, “ Tuhan kami, Anugerahkanlah kami isteri-isteri dan keturunan kami yang menyenangkan hati, dan jadikan kami imam bagi orang yang bertakwa” dan surah Ibrahim ayat 40 yang bermaksud:

“ Wahai Tuhanku, Jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang menegakkan solat. Wahai Tuhanku! Kabulkanlah doa kami.”

9)  Sebaik-baik memohon doa adalah di waktu tengah malam. Seringlah bangun sepertiga malam untuk mendirikan solat solat sunat dan mendoakan kesejahteraan keluarga. Sebutlah nama anak secara spesifik untuk doa lebih berkesan.

Jadikanlah doa antara teknik berkesan membentuk peribadi anak-anak…Semoga anak-anak kita menjadi anak-anak yang berakhlak mulia..soleh dan solehah..Aamiin…


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : Nama : Sunita Arzansu Sms / call / whatsapp: 013-3493711 Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy Email: sunita.arzansu@gmail.com Blog: http://ceksuvitamin.blogspot.com/ COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, 16 April 2015

Jangan Rawat Eczema Anda Dengan Shaklee !!!


Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua pembaca setia..
Petang ni nak share sedikit info tentang apa itu masalah eczema nie dan apa produk shaklee yang dapat membantu mengatasi masalah eczema..


Apa itu eczema?



Eczema merupakan salah satu jenis keradangan pada  kulit. Ia menyebabkan kulit jadi bersisik, menebal, kering, berubah warna dan seringkali gatal. Banyak faktor yang boleh menyebabkan eczema ni dan bergantung pada individu. Antaranya, alahan pada pemakanan. Mungkin juga disebabkan oleh alahan pada minyak wangi, kosmetik, getah, krim/minyak berubat, sesetengah tumbuhan, atau pada barang kemas, silver dan sebagainya. Sesetengah juga mengalaminya disebabkan oleh alahan pada cahaya matahari dan keadaan cuaca/persekitaran. Tidak terkecuali disebabkan oleh stress.

Selalunya eczema terjadi pada muka, pelipat lengan, belakang lutut dan sangat gatal. Untuk kanak-kanak, biasanya ia muncul menampakkan diri ketika usia setahun atau 5 tahun pertama. Tetapi ada juga yang mengalaminya sehingga umur remaja dan sampai dewasa.
Eczema akan menyebabkan badan menjadi gatal-gatal dan apabila sentiasa digaru akan meninggalkan parut.
Paling kesian jika yang menghadapi eczema ini ialah baby, asyik merengek je...
Kebiasaannya bagi penghidap eczema , doktor akan beri ubat sapu yang mengandungi steroid yang tinggi. Tapi jika menggunakannya dalam jangka masa yang lama adalah tidak baik.

Antara produk shaklee yang boleh membantu mengatasi dan merawat masalah ini ialah :
 
Meal Shake Shaklee



Meal Shake Shaklee berfungsi membaiki kulit yang rosak kerana Eczema
  
Alfalfa

Alfalfa sememangnya kita mengetahui adalah Raja bagi segala tumbuhan dan herba. Kaya dengan kandungan klorofil yang dapat membantu masalah penyakit kulit seperti eczema.
 
 Herbal Blend

Super Moist cream yang mengekalkan kelembapan kulit. Melegakan gatal -gatal  dan pedih-pedih. Diperbuat dengan ekstrak herbal semulajadi sage, rosemary dan horse chesnut yarrow
  
Vitamin E

Vitamin E terkenal dengan khasiatnya yang bagus untuk kulit. Ianya berfungsi melicinkan kulit dan merawat kulit yang rosak akibat eczema. Vitamin E juga berfungsi mengelakkan luka dari dijangkiti bakteria. Vitamin E juga bantu pudarkan parut dengan berkesan.

Omega Guard

Omega Guard membantu masalah Eczema dengan menguatkan membran sel-mencegah keradangan kulit & mengurangkan kegatalan. Ianya juga membantu melembapkan kulit~kulit kering menjadikan ezcema semakin teruk. Membantu melembutkan kulit.
  
ESP



Bertindak membina sel yang sihat/membaiki sel yang rosak. Bila eczema melanda, kulit akan menjadi rosak. ESP membantu menghasilkn kulit yg cantik. ESP juga membantu pudarkan parut dengan cepat.

Pengambilan produk-produk ini mungkin berbeza mengikut umur penghidap.

Baby

Ibu yang menyusukan baby yg mengalami masalah eczema boleh ambil ESP & Omega guard. Selain bagus utk Ibu, ianya juga boleh diterima oleh bayi melalui susu ibu.
Herbal Blend juga bagus disapu kepada baby yg ada eczema untuk kurangkn rasa gatal dan pedih.
Vitamin E juga boleh disapu kepada tempat yg luka.

Kanak-kanak  2-4 tahun

Omega guard boleh diberikan kepada kanak-kanak lebih dari 2 tahun utk kawal dan rawat masalah eczema. Pengambilan boleh rujuk kepada saya.
Mealshake juga boleh diberikan untuk baiki kulit yg rosak n berparut

Kanak-kanak 4-12 tahun

Mealshake+ESP+omega guard untuk merawat kulit. Herbal blend dan vitamin e boleh digunakan untuk merawat luka.

Remaja dan dewasa

Remaja dan dewasa boleh ambil semua yang saya cadangkan termasuk ESP+mealshake+ vitamin e+ herbal blend+omega guard +alfalfa. Cara pengambilan dan kesesuaian boleh refer pa
da saya.

 Testimoni Eczema dengan Produk Shaklee :




Bagaimana hendak mendapatkan produk-produk di atas?
Hubungi Ceksu : 



Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : Nama : Sunita Arzansu Sms / call / whatsapp: 013-3493711 Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy Email: sunita.arzansu@gmail.com Blog: http://ceksuvitamin.blogspot.com/ COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, 15 April 2015

APA PENYEBAB EKZEMA ???




Apa itu ekzema?

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun

Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. 

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. 

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk. 

Apa yang menyebabkan ekzema?

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya. 

Ekzema menjejaskan kulit semasa ianya "meradang" atau "bersemarak". Kulit bayi anda mungkin bertompok-tompok merah dan gatal selalu, tetapi masa dia meradang tempat-tempat ini menjadi lebih teruk dan mungkin memerlukan rawatan yang lebih intensif. 

Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda. 

Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga. 

Ekzema amat menjengkelkan bayi sebab mereka tak mengelak daripada menggaru, dan ini boleh mencetuskan infeksi. Dalam beberapa kes, ekzema boleh mengganggu tidur anak anda dan menjejaskan keyakinannya, yang boleh mendatangkan kesan ke atas kualiti hidupnya. 

Apakah rawatan untuk ekzema?

Rawatan ekzema bergantung kepada keterukkannya. Jika anak anda mempunyai ekzema ringan dengan sedikit saja ruang merah dan gatal, anda mungkin hanya dinasihatkan untuk menggunakan losyen emolien, krim atau salap, kadangkala ditambahkan dengan penggunaan krim rendah steroid untuk jangka masa yang pendek. 

Sudah nyata bahawa kekeringan kulit membuat ekzema menjadi lebih teruk, oleh itu mencegah keradangan dengan melembapkan kulit adalah penting. Kanak-kanak menghidapi ekzema perlu menggunakan kuantiti banyak emolien beberapa kali sehari untuk mencegah kulit mereka daripada menjadi kering. 

Terdapat banyak variasi pelembap dan emolien. Anda mungkin perlu mencuba beberapa untuk mendapatkan satu yang paling sesuai bagi anak anda. Ini datang dalam bentuk krim, salap, losyen dan bahan tambahan mandian. Krim akueus ialah satu emolien yang murah yang selalu dipreskripsikan untuk ekzema, tetapi elok dielakkan sebab ia mengandungi bahan cuci yang boleh melecetkan kulit bayi anda. 

Anda mungkin perlu menggunakan sekuantiti emolien yang banyak pada kadar yang kerap. Doktor anda seharusnya mengulangi preskripsi anda setelah menetapkan yang mana paling mujarab. Juga baik untuk meminta kuantiti emolien yang ekstra untuk disimpan di prasekolah anak anda atau tadika. 

Adakah penggunaan steroid membahayakan anak saya?

Doktor selalunya mengesyorkan bayi yang menghidap ekzema atopik menggunakan krim steroid dari semasa ke semasa. Ramai ibubapa telah mendengar tentang kesan sampingan dari penggunaan steroid secara berlebihan, menyebabkan mereka enggan menggunakannya, terutama sekali untuk bayi dan kanak-kanak kecil. 

Walau bagaimanapun, steroid adalah selamat jika digunakan secara betul. Kesan sampingan utama ialah membuat kulit jadi nipis jika digunakan bagi jangka masa panjang, tetapi tiada bukti yang penipisan ini akan berkekalan. 

Adalah penting untuk menggunakan krim steroid pada kekuatan yang betul, bergantung kepada keterukan ekzema, oleh itu steroid harus digunakan dengan seliaan doktor. 

Apabila menggunakan krim steroid, gunakan secara minima atas ruang-ruang yang terjejas sahaja, tidak lebih dari dua kali sehari, dan jangan lupa untuk menggunakan banyak krim emolien - menggunakan emoilien yang banyak tak menjadi masalah. 

Apakah rawatan lain yang ada?

Pil antihistamin kadangkala dipreskripsikan jika ekzema anak anda itu tersangat gatal dan jika ianya mengganggu tidurnya, tetapi ini tidak digunakan secara rutin dalam rawatan ekzema. Yang digunakan bagi anak kecil selalunya membuat dia mengantuk, oleh itu selalunya diberi di sebelah malam. Anda perlu mendapatkan nasihat doktor anda sebelum memberi anak kecil antihistamin. 

Jika bayi anda menghidapi ekzema yang lebih teruk dia akan memerlukan krim steroid yang lebih kuat dari semasa ke semasa. Jika ekzemanya tidak reda setelah dirawat, dia mungkin perlu dirujukkan kepada ahli dermatologi untuk mendapatkan rawatan lain. 

Lain-lain rawatan yang boleh meredakan kes-kes ekzema teruk termasuk pembalut kering dan satu teknik yang dikenali sebagai balutan basah - di mana pembalut direndam dalam emoilien atau krim steroid dan dibalut selapis lagi dengan pembalut kering. Ini membantu ubat rawatan itu meresap ke dalam kulit. 

Rawatan alternatif apa lagikah yang saya boleh cuba?

Setengah ibubapa mendapati bahawa homeopati dan lain terapi alternatif kadangkala boleh membantu dalam rawatan ekzema walaupun tiada bukti teguh yang ianya efektif. 

Herba Cina boleh membantu bagi setengah kes, tetapi pastikan anda melawat pengamal berdaftar yang berkelayakan dan berpengalaman sebab sebilangan herba Cina mendatangkan kesan toksik ke atas hepar. 

Apa yang akan berlaku jika ekzema itu dijangkiti?

Ekzema boleh menjadi rumit ditambah dengan infeksi kulit yang selalunya berlaku jika kulit digaru sehingga melecet. Jika ekzema bayi dijangkiti, ia mungkin berdarah, berkerak atau meleleh cecair dan memerlukan antibiotik untuk menghilangkan infeksi. 

Jika hanya ruang kecil sahaja yang terjejas, bayi anda mungkin dipreskripsikan krim antibiotik tetapi jika melibatkan ruang yang besar dia perlu mengambil ubat antibiotik melalui mulut. 

Bolehkah saya berbuat sesuatu untuk mengelakkan anak saya daripada mendapat ekzema dari mulanya?

Menyusu badan untuk tempoh sekurang-kurangnya empat bulan boleh membantu melindungi daripada ekzema dan alergi lain.Kementerian Kesihatan mengesyorkan penyusuan badan secara ekslusif selama enam bulan. 

Setengah kanak-kanak yang diserang ekzema mungkin juga alergik kepada susu lembu, namun adalah penting untuk bercakaplah dengan doktor dahulu sebelum mengeluarkan susu lembu (atau formula susu lembu) daripada diet bayi anda. Jika anak anda mengambil susu formula, doktor mungkin mengesyorkan anda mencuba dahulu formula protin hidrolisis. Formula berasaskan susu soya dan susu kambing tidak disyorkan. 

Tiada bukti kuat yang mengelakkan makanan tertentu semasa anda menyusu atau semasa kehamilan boleh menghindar bayi anda daripada mendapat ekzema, namun begitu tanyalah doktor jika anda menyusu badan dan makan sesuatu makanan tertentu yang seakan-akan menyebabkan reaksi kepada bayi anda. Jangan ganti diet anda sebelum berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu. 

Terdapat sedikit bukti yang mengambil probiotik (samada dalam bentuk pil atau makanan seperti yogurt) semasa hamil boleh mengurangkan kebarangkalian anak anda mendapat ekzema, tetapi kajian lanjut diperlukan.

Adakah apa-apa yang lain yang boleh saya lakukan?

Terdapat lain-lain langkah bantu diri yang anda boleh cuba: 
  • Elok jika anda menyimpan diari untuk melihat dan mengesah apakah yang mencetuskan ekzema anak anda dan membincang ini dengan doktor anda.
  • Setengah pakar percaya yang pendedahan kepada makanan tertentu akan membuat ekzema lebih teruk. Reaksi kepada makanan secara berasingan sudah tentu boleh ditangani dengan mengelakkan makanan itu, tetapi jangan tukarkan diet bayi anda secara drastik tanpa berbincang dengan doktor. Satu penyemakan semula kajian mendapati bahawa mengugurkan makanan tertentu seperti telur dan susu hanya membantu mereka yang sudah mempunyai alergi makanan yang disyaki. Hanya lebih kurang 10 peratus kanak-kanak yang mempunyai ekzema terjejas oleh makanan.
  • Setengah doktor percaya bahawa kutu habuk rumah mencetuskan setengah kes ekzema walaupun tiada bukti kukuh yang ini benar. Anda boleh cuba mengurangkan jumlah habuk berderak merata rumah dengan menggunakan kain basah bukan bulu ayam untuk menyuci. Membasuh kain-kain katil diperbuat benang setiap minggu pada suhu yang tinggi (50 darjah C atau lebih) disangkakan boleh membantu, sama seperti mengudarakan bilik bayi anda sehari sekali dan memvakum tilam sekali seminggu. Namun agak sukar untuk menghapuskan kutu habuk sama sekali dan ramai doktor percaya lebih baik memberi fokus kepada rawatan ekzema.
  • Pakaian jenis kain benang boleh membantu, tetapi wul dan benang sintetik boleh membuat keadaan lebih teruk.
  • Bilik yang panas boleh membuat ekzema lebih teruk, oleh itu pastikan kain-kain katil dan pakaian itu ringan dan berlapis, untuk membolehkan anda mengubahsuai suhu bayi anda dengan lebih mudah. Baca lagi tentangbagaimana memastikan bayi anda nyaman dalam cuaca hangat.
  • Pastikan kuku bayi pendek untuk mengelak iritasi kulit akibat menggaru.

Credit : baby centre

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : Nama : Sunita Arzansu Sms / call / whatsapp: 013-3493711 Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy Email: sunita.arzansu@gmail.com Blog: http://ceksuvitamin.blogspot.com/ COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, 14 April 2015

Syoknye Dapat bonus Lagi : Pay Day For SID



Alhamdulillah..

“Harimau mengaum “ statusnya…

Bila masuk tengah bulan mulalah wall fb,twitter para SID 
penuh dengan status "harimau dah mengaum" hehehe.. 
kenapa? Sebab its our PAY DAY with Shaklee!!!

Memang kami cukup maklum, kalau ada status macam nie setiap tengah bulan,
maknanya bonus Shaklee dah pun dikreditkan 
ke akaun semua Shaklee Independent Distributor yang layak mendapat bonus…

Syukur alhamdulillah…bonus 4 angka lagi bulan nie...
bulan2 mendatang..5,6 inshaAllah..usaha lebih..bonus pun lebih..

Jadi apa tunggu lagi tak kan nak tengok je 
kawan-kawan post status harimau mengaum masa tengah bulan? 
Tak nak merasa sama ke??



Business Shaklee memang mudah.. 

♥ yuran keahlian hanya RM70 (S/M) dan RM 80 (S/S) 
♥ bonus setiap bulan even kalau hanya beli vitamin untuk makan sendiri..
pembelian minimum 150uv untuk dapat cash bonus.. 

♥  tak memerlukan maksimum order.. 

♥ tak perlu nak simpan stok banyak2.. 

♥ order vitamin dengan Shaklee hanya melalui pembelian secara online shopping di laman web Shaklee

♥ kalau nak gie kelas, depan komputer pun boleh, waktu malam2 pun boleh.. maklumlah, kelas untuk business ni 90% melalui online! 

♥ kalau nak virtual class pun, boleh angkut suami & anak2 sekali.. santai jer kelasnya.. 

♥ kalau agak2 tak ada masa nak ke pejabat pos, Shaklee sendiri yang tolong poskan vitamin dekat pelanggan.. 


Jadi, kalau ada yang pernah amalkan Vitamin Shaklee ni, apa kata korang join jadi ahli.. banyak kebaikannya.. badan sihat plus poket pun sihat.. hehehe.. dapat jugaklah tolong cover perbelanjaan seharian kan.?. sambil makan vitamin untuk diri sendiri pun dah boleh jana pendapatan!

Berminat utk menjana pendapatan bersama shaklee dan team shaklee saya..
boleh Pm saya di facebook..jangan lupa add saya dulu ye..:)

 Hubungi saya segera:

atau boleh isi doc dibawah





Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : 
Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://ceksuvitamin.blogspot.com/ 
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.