Sunday, 5 April 2015

Atasi Perut Buncit Supaya Orang Dah Tak Ingat Kita Seperti Hamil 5 Bulan


Ramai yang tercari-cari cara atasi perut buncit terutamanya perempuan kerana memiliki perut buncit adalah satu perkara yang sangat memalukan apatah lagi kalau perut buncit tu bukanlah disebabkan hamil. Ke sana ke sini membawa perut yang sebenarnya hanya berisi lemak-lemak tapi disangka mengandung 5 bulan. Weeehuuu malu! Cer bayangkan kawan dah mula tegur dengan penampilan perut buncit. Nak tak nak kena berusaha cari jalan atasi perut buncit. 

"Eh kau pregnant ek? Sorok-sorok kau ya tak cakap, sedar-sedar dah buncit perut kau" 
"Hoi agak-agak la nak mengutuk! Bila masanya aku pregnant"
"Eh bukan ke? Ingat pregnant, aku nampak perut kau buncit"
"Amboiii melampau kau..Sampai hati kau kutuk aku kan!"



Hah! Satu hari moody sebab kecik hati dengan sindiran kawan tentang perut buncit yang seolah hamil 5 bulan. Tak pasal-pasal semua kerja tak menjadi asyik dok teringat kata-kata menusuk jiwa dari kawan. Nak datang kerja esoknya pun rasa malas.

Balik rumah pulak, tiba-tiba suami tegur 
" Yang, Abg nampak macam makin buncit je perut awak, awak mengandung ke ape ni?"
Eh-eh semacam berpakat pulak kawan dengan suami nak bincang tentang perut buncit ni. Haih kenapa semua orang pandang perut aku ni???? Arghhh malu..malu..malu..buncit benar ke perut ni?

Saya tahu, ramai wanita mengalami situasi ini sebab raaaamai sangat yang hubungi saya mengenai masalah perut buncit ni. Bila dah semua orang tegur, diri sendiri pun dah jadi resah gelisah. Hadap cermin je asyik duk telek perut. Nak hadap suami hari-hari, takkan nak jamu mata suami dengan penampilan perut buncit. Tak syiok la kan? Kalau suami pun boroi sama, boleh tahan lagi. Agak-agak dia tanya kita kenapa perut buncit, kita tanya la dia balik "abis tu perut abg tu berapa bulan plak hamil" Hahahahahaha gurau2 aje suami isteri, takde la stress sangat kan.

APA PUNCA SEBENAR YANG MENYEBABKAN PERUT BUNCIT DI KALANGAN WANITA? 


1. Amalan pemakanan yang kurang serat dan tinggi lemak tepu

Makanan bergoreng yang menggunakan minyak yg diguna berulangkali juga boleh menyumbang kalori yang tinggi dalam makanan. Makanan bergula tinggi juga boleh meningkatkan paras insulin dalam darah yang menyebabkan pengumpulan lemak dalam abdomen yang banyak. Insulin adalah hormon yang meransang pengumpulan lemak berlebihan dan menyebabkan perut buncit. 

2. Kurang aktiviti berbentuk senaman yang boleh mengurangkan jisim otot


Jisim otot berkurangan tidak akan membakar lemak secara efisien terutama di kawasan perut. Otot yang tak aktif akan lembik dan menyebabkan perut menggeleber. 

3Perubahan hormon akibat penuaan

Dengan bertambahnya usia, penghasilan hormon dehidroepiandrosteron (DHEA) mulai berkurangan. Untuk wanita menopouse , pengeluaran hormon estrogen akan berkurang jadi menyebabkan timbunan lemak di perut bertambah. Cuba perhati perut mak kita yang dah menopause pasti nampak buncit kan walaupun mak kita tu kurus macam mak saya.. mueheheh ampun mak! 


4.Stress yang tak terkawal


Stress menyebabkan berlaku ketidak seimbangan hormon kerana apabila seseorang stress maka paras hormon kortisolnya akan meningkat dan ini memberi kesan menurunkan hormon testosteron, thyroid dan hormon tumbesaran. Bila hormon-hormon ni berkurangan, perut akan menjadi buncit kerana pengumpulan lemak dalam abdomen.


Agak-agak mana satu punca perut anda buncit? Sebab stress ke? Pemakanan ke? atau perubahan hormon, almaklum lah umur dah makin meningkat. 


Jangan risau, ada cara yang boleh membantu untuk tukar perut yang konon-konon macam hamil 5 bulan tu kepada perut leper ala-ala model. Fuyooo syiok kan? Tapi of course untuk dapatkan sesuatu kene buat sesuatu. Takde cara mudah nak kempiskan perut puncit. Saya senaraikan tips ni untuk mereka yang takmo lagi disindir suami atau rakan sekerja akibat perut buncit


Cara 1: Setkan matlamat. Apa-apa nak buat memang kena ada matlamat. Yang ni super penting supaya kita tak tersasar. Tulis " Alhamdulillah, perut saya berjaya kempis dalam masa 3 bulan dari sekarang!" Anda boleh setkan masa lebih awal tapi usahanya kena lebih konsisten. 


Nak buat apa2 pun kena ada matlamat termasuklah nak kempis perut buncit

Cara2: Setiap hari, cuba buat senaman otot perut. Senaman ni tak perlu pergi gym pun atau kene pakai baju khas nak bersenam. Dengan baju kurung pun boleh, di mana-mana saja. Mula-mula betulkan postur tulang belakang biar menegak seolah-olah macam kedudukan mendada. Kemudian tekan ke dalam perut (tanpa guna tgn). Buat berulang kali. Ini akan mengaktifkan otot di sekitar perut dan pembakaran lemak dengan aktiviti otot ini akan meningkat. 

Cara ke3: Kurangkan makanan bergoreng. Jangan guna minyak yang digoreng berulang kali.Makanan berbentuk panggang, rebus dan stim lebih sesuai. Lebihkan serat. Buah dan sayur sentiasa ada. Minum air at least 2 Liter paling kurang. Mak aih, perut dah buncit nak minum air lagi? Air memudahkan anda untuk membuang, sekaligus toksik yang terkumpul di perut juga akan mudah disingkirkan. Membuang setiap hari adalah perkara wajib kalau nak perut kempis. 



Sedaaapp tapi membuncitkan!

Cara ke4: Kalau melibatkan hormon, stabilkan hormon dahulu. Cadangan saya, amalkan pengambilan GLA COMPLEX setiap hari untuk membantu stabilkan hormon. Jangan ambil mudah keadaan hormon yang tidak stabil, banyak buruk dari baiknya. Saya ada kongsikan diSINI bahaya bila hormon tak stabil.

Cara ke5: Dah apply semua cara di atas, langkah seterusnya adalah bantu proses kempiskan perut lebih cepat dengan Herb lax, Lecithin dan Omega Guard. Baaanyak testimoni pengguna ketiga product ini sampai boleh kembali ke bentuk asal. Antaranya adalah 



"Best la akak lepas amek set ni..berat badan dah turun, perut buncit pun dh kempis. x sampai sebulan amek set ni berat dah turun 4kg..sekrang ni nak target turun smp 48kg. Berak pun dh senang, dulu seminggu sekali pun payah, sekarang ni hari2 buang. lepas ni boleh order lagi'.
"Skrg sye mgambil alfalfa+lecithin, perut pun x buncit n rase ringgan jer"
"Sy dh try esp + alfalfa selama sebulan setengah(alfalfa baru seminggu).Alhamdulillah ada perubahan,jika sblum nie perut buncit skrg dh kurang sikit. "
"Sebelum ni ada masalah perut buncit..bl mlm slalu rasa mengah&penat.slpas di perkenalkan dgn Fiber+Lecithin,alhmdulillah. Br 2mggu guna"
"baru ambik lechtcin dlm 10 hari...lemak dah kurang...dah tk pyh pkai giddle da...I LOIKE! seluar pegi keje dah boleh zip up tanpa tahan nafas dulu"


Haaaa saya tak sabar nak share testimoni anda pulak dengan mengikuti semua cara yang saya kongsikan di atas. Apa salahnya bantu orang lain pulak dapatkan perut impian kan. Bukan saje cantik tapi ape yang penting sihat! Banyak penyakit merbahaya kalau perut buncit ni. 

Tak best ke tiba-tiba suami puji sambil senyum meleret "Eh perut awak dah kempis lah, mcm mula-mula kawen dulu"
Atau kawan yang duk mengutuk tu tiba-tiba buat muka pelik tanya "Ko dah kurus kenapa? Apa rahsia ko, perut pun tak nampak dah, hebat lah! cerr share dengan aku"

Syiok tak syiok? Ingat, anda berpeluang untuk mengubahnya. Boleh hubungi saya untuk consultation lanjut bagaimana ketiga-tiga product ni boleh bantu anda yang betul-betul nak dapatkan perut leper. Ada perkara menarik yang ingin saya kongsikan dengan anda, special untuk pelanggan saya. 



Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : 
Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://ceksuvitamin.blogspot.com/ 
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, 30 March 2015

APA ITU TOKSIN???


Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh manusia.Bahaya toksin, bukan sahaja boleh menghancurkan fungsi-fungsi pencernaan, bahkan, boleh mengikuti peredaran darah ke seluruh organ tubuh lalu merosakkan system sirkulasi manusia, organ-organ penyaring (system hati dan ginjal), dan organ-organ pengeluaran tubuh.

Suatu penyelidikan yang dilakukan oleh beberapa pakar kesihatan Jepun mendapati, berat kotoran yang tersumbat dalam tubuh manusia atau lebih dikenali sebagai toksin adalah lingkungan 2kg hingga 4kg...Bayangkan jika tubuh anda dihuni oleh toksin berbahaya sebanyak itu pasti memberi impak besar kepada kesihatan tubuh. 

Hal ini dapat dibuktikan lagi melalui hasil kajian klinikal, 90% daripada punca penyakit berbahaya adalah berpunca daripada kolon atau usus besar....manakala,kajian secara rawak menunjukkan jika seseorang yang tidak pernah membuang toksin sejak lahir hingga umurnya mencecah usia 30 tahun, bermakna sudah pelbagai sisa toksin terkumpul di dalam badannya.jika sistem semula jadi tubuhnya lemah atau gagal untuk membuang toksin tersebut secara semula jadi, itulah yang akan menyebabkan pelbagai masalah kesihatan tubuh dan kulit.

Gambar: Ihsan Google

Lazimnya, toksin terdiri daripada dua jenis, iaitu toksin dari luar (Eksotoksin) iaitu disebabkan oleh makanan yang diproses seperti burger,makanan yang mengandungi pengawet, makanan yang dipanggang dan racun kimia atau racun serangga.Selain itu, penggunaan kosmetik juga turut menyumbang kepada toksin luaran ini, selain bahan kimia untuk penggunaan domestic seperti sabun basuh, bahan peluntur, bahan pewarna dan sebagainya. Manakala toksin kedua, dikenali sebagai toksin dalaman (Endotoksin)yang berpunca daripada gangguan emosi, stress, dan kotoran yang tersumbat dalam usus.

Gambar: Ihsan Google

Secara umumnya masalah- masalah seperti jerawat, alahan, selesema, bau badan, mulut bau dan banyak lagi terjadi kerana fungsi pembuangan toksin yang sepatutnya berlaku terjadi sebaliknya. Jadi, toksin itu tetap keluar namun dalam bentuk cela pada kulit manusia.

Simptom di atas hanya yang boleh dilihat pada wajah, sedangkan, di dalam organ tubuh yang tidak pernah dibuang toksin akan menyebabkan kesan yang lebih teruk.

Definisi buang toksin atau lebih popular dengan sebutan detox sebenarnya amat berkait rapat dengan sistem pencernaan dan hati manusia.“Kebanyakan daripada kita menganggap detox ini hanya melibatkan bahagian pencernaan, tetapi amat penting untuk kita mengetahui bahawa organ hati juga memainkan peranan penting dalam pembuangan toksin daripada tubuh badan manusia, iaitu menerusi pembuangan air kencing,” Hampir di semua organ manusia, di mana sebahagian besarnya terhasil apabila sisa makanan yang tidak dicerna sepenuhnya, pengambilan ubat-ubatan kimia, merokok, minuman keras dan pemakanan yang tidak seimbang, tidak dapat dikeluarkan dari dalam tubuh. Justeru, sisa-sisa ini akan terkumpul di mana-mana bahagian dalam organ tubuh manusia. Sisa-sisa terkumpul ini pasti akan menghasilkan toksin. Sepatutnya, semua sisa-sisa ini dikeluarkan dengan cara semula jadi melalui dua organ utama iaitu hati dan usus. Maka, usaha penyingkiran toksin perlu memberi fokus kepada dua organ tersebut kerana ia merupakan organ yang terlibat dalam pembersihan sisa toksin dari dalam badan,”



Antara kaedah penyingkiran toksin secara semula jadi ialah melalui perkumuhan seperti pembuangan air besar yang perlu berlaku sekurang-kurang sekali sehari bagi manusia normal.

Gejala pembuangan najis yang tidak teratur amat berkait rapat dengan corak pemakanan yang tidak betul seperti kurang mengambil makanan berserat, kurang minum air kosong, kurang bersenam serta pengambilan ubat-ubatan. Secara normal, proses pembuangan air besar yang normal dan baik untuk seseorang ialah sekali sehari. Tapi jika seseorang tidak membuang air dengan kadar yang sepatutnya, berkemungkinan besar, najis yang berada di dalam usus akan menjadi hitam dan melekat pada dinding usus seterusnya menjadi toksin dalam tubuh.

Lebih membahayakan, jika toksin tidak dikeluarkan maka ia akan diserap semula ke dalam badan. Justeru, apabila tubuh tidak pernah melakukan proses detox atau nyah toksin sejak lahir, biasanya tubuh akan memperlihatkan pelbagai simptom seperti sakit kepala, sembelit atau kembung, nafas berbau, kelesuan, penglihatan kabur, ketidakstabilan emosi, selain masalah-masalah kulit seperti jerawat, kulit kusam dan sebagainya.

Antara petanda lain, toksin berlebihan dalam badan ialah susah bangun tidur dan bahagian keliling mata menjadi gelap. Bahagian-bahagian tertentu di permukaan kulit seperti di bahagian bawah lengan, celah peha dan sebagainya juga akan kelihatan gelap daripada warna asal kulit. Banyak angin, alahan, inflamasi pada sendi, sinus, berat badan meningkat selain menyebabkan kehadiran selulit....semua ini adalah tanda-tanda bahawa tubuh perlu menjalani proses nyah toksin bagi membersihkan ruang yang tersumbat.

Selain itu, daripada pemerhatian jika seseorang mengalami toksin berlebihan dalam badan ia bukan hanya melibatkan fungsi anatomi tubuh tetapi emosi juga. Kita mungkin pernah berhadapan dengan situasi seseorang yang terlalu curiga dengan kebersihan. Terdapat juga individu yang kerap marah-marah, emosional dan sering tidak tenang, antara lain juga adalah disebabkan oleh kandungan toksin yang berlebihan dalam tubuh. Hal ini disebabkan oleh kegagalan fungsi lymphatic sistem maka, menjadikan seseorang tidak boleh duduk diam, degil, tidak yakin dengan kebersihan dan kelam kabut.

Jadi, amat penting untuk kita BERTINDAK jika ada tanda-tanda di atas yang terjadi pada diri kita. Jangan biarkan masalah ini berlarutan tanpa usaha kerana kandungan toksin amat beracun dan boleh membahayakan kesihatan kita.

Shaklee juga ada menyediakan produk untuk anda yang menghadapi masalah tersebut iaitu Herb-Lax.

Herblax Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas.*Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herblax yang lembut boleh membantu.

Sifat Herblax yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam kategori julab yang lembut dan sesuai untuk kegunaan sekali sekala bagi meyingkirkan toksin dari usus.

Ia juga membantu usus kita lebih aktif untuk gerakan peristalsis. Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : 
Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://ceksuvitamin.blogspot.com/ 
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday, 29 March 2015

Tanda-tanda Usus Kotor dan Kesannya Pada Kita


Usus merupakan bahagian badan yang berfungsi menyerap khasiat daripada makanan dan memproses baki makanan tersebut, membentuk bahan buangan seterusnya dibuang. Kesihatan badan kita amat berkait rapat dengan kebersihan usus, jadi amatlah penting untuk kita menjaga kebersihan dan kesihatan kedua-dua usus besar dan usus kecil ni.


Sumber: Google


FAKTA-FAKTA MENGGEMPARKAN MENGENAI USUS!!
  • 90% pelbagai penyakit adalah berkaitan dengan usus yang tidak bersih -[KOLEJ PERUBATAN ENGLAND]
  • 500,000 kematian diseluruh dunia adalah disebabkan Kanser Kolon [THE STAR, 13 MEI 2004]
  • Kanser Usus ialah pembunuh No.2 selepas Kanser Payudara
  • 5 juta rakyat Malaysia mengalami pelbagai masalah penghadaman seperti kesakitan bahagian perut, kembung, sembelit dan lain-lain                       

Bagaimana Usus Toksin Menjejas Kesihatan Kita?

Semasa proses penghadaman, sebahagian besar makanan yang kita makan akan membentuk bahan bendalir dalam saluran usus. Walaupun kebanyakan bahan ini akan dikeluarkan daripada badan melalui proses pembuangan yang normal, tetapi masih ada sebahagian daripadanya yang melekat di atas dinding usus yang kemudiannya menjadi plag. Plag bendalir ini bukan sahaja menyekat proses pembuangan yang betul dan mencegah penyerapan khasiat yang sewajarnya, tetapi ia juga merupakan tempat pembiakan parasit dan patogen yang boleh mencemarkan darah dan limpa serta meracunkan sistem keseluruhan. Keadaan ini dikenali sebagai usus toksin. Jika badan terpaksa mengeluarkan toksin buangan yang berlebihan untuk sepanjang masa, maka tidak hairanlah kadang-kala ia akan terjejas keberkesanannya dan membenarkan penyakit berjangkit.


Sumber: Google

Usus toksin adalah faktor utama di mana makanan yang dimakan tidak ditoleransi dan membawa masalah kesihatan. Jika organ utama yang bertanggungjawab mengeluarkan bahan buangan toksin gagal berfungsi, maka badan kita akan mendapat penyakit dengan mudah. Apabila badan kita tidak mengeluarkan bahan buangan, toksin-toksin akan berkumpul di dalam usus dan mengakibatkan auto-intosifikasi ataupun penghasilan toksin sendiri. Ini juga akan menyebabkan saluran darah yang melapisi dinding usus menyerap toksin-toksin ini ke dalam aliran darah dan akhirnya mencemarkan semua organ badan.


Tanda-tanda usus atau kolon kita tidak bersih:

1. Sembelit
2. Selalu kentut
3. Sering sakit kepala
4. Susah nak hadam
5. Selalu rasa lesu dan tidak bertenaga
6. Mood yang tidak menentu dan mudah marah
7. Nafas dan najis berbau
8. Perut buncit
9. Selalu lapar
10. Wajah kusam
11. Gastrik
12. Radang hati (Pedih ulu hati)
13. Ulser Peptic
14. Cirit-birit
15. Kanser kolon



Masalah Usus Dan Sembelit

Salah satu masalah usus yang dihadapi kebanyakan orang adalah sembelit. Sembelit bermaksud masa yang lama diambil untuk melakukan proses pembuangan toksin. Jika masa pengangkutan ini berpanjangan, lebih lamalah toksin akan tertinggal di dalam usus dan ini akan membenarkan bahan-bahan toksin tersebut menjadi busuk, menapai dan kemungkinan diserap semula ke dalam badan. Lebih lama badan anda terdedah kepada bahan rosak dan toksin ini, lebih besar risiko pembentukan penyakit. Mukus yang lekit dan licin berlumut terbentuk diatas dinding dalam usus dan menjadi tempat untuk pembiakan bakteria, cacing dan parasit. Parasit ini akan menyerap khasiat yang diperlukan oleh badan dan menjejaskan kesihatan sistem badan.



Kesan jika usus kita kotor dan toksin berlebihan dalam badan:

1. Jantung stres atau lemah
2. Sakit sendi dan arthiritis
3. Menjejaskan fungsi otak dan boleh mengakibatkan nyanyuk
4. Menyebabkan muka pucat, berkedut, kulit cela, psoriasis
5. Badan lesu dan otot lemah
6. Berat badan bertambah
7. Cepat nampak tua
8. Kanser


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : Nama : Sunita Arzansu Sms / call / whatsapp: 013-3493711 Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy Email: sunita.arzansu@gmail.com Blog: http://ceksuvitamin.blogspot.com/ COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Saturday, 28 March 2015

DALAM PANTANG MELOMPAT-LOMPAT BOLEH KER ??



[TESTIMONI] Rasa nak melompat sewaktu berpantang


"Saya baru 8 hari berpantang, tp dah rasa sihat mcm sebulan dah.

- segar n cergas
- luka memang dah baik
- tiada sakit urat or lenguh tulang (rasa nk melompat je)
- perut kempis (yg ni paling best)
- no sembelit!
- susu lancar je

Saya amalkan:

1. Vitalea
2. B Complex
3. Vita C
4. Zinc
5. Ostematrix
6. ESP
7. Performance Drink
8. Lecithin.

Kawan-kawan yang nak berpantang boleh lah cuba set ini. Add on lah mana-mana yang perlu. Berpantang kali ini lebih mudah dari 2 anak yang sebelum ini:)"
 - kata Puan Wanie Suhaimi

Tu diaaa...sampai rasa nak melompat...hehe..Alhamdulillah...Ceksu masa berpantang hari tu pun memang diakui luka cepat sembuh...bersalin secara normal konon2 anggapan mesti lambat nak baik nie...sekali lah 4 hari je dah tak rasa sakit..(patutlah jalan bukan main lagi laju) hehee...


Ok jom kita tengok satu persatu apa yang diamalkan oleh Puan Wanie ni.

Fungsi Vitalea sangat penting untuk memulihkan tenaga ibu dan pembentukan sel darah merah yang baru bagi mengantikan sel darah merah yang telah hilang semasa bersalin. Vitalea juga lengkap dengan iron formula yang membantu ibu berpantang menjadi pucat, letih dan lesu serta tidak bermaya kerana iron sangat-sangat membantu mengatasi masalah tersebut.

B Complex membantu menstabilkan hormon badan kita . Ia sangat penting untuk mengelakkan ibu dalam pantang mengalami kemurungan. B Complex lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B termasuk asid folik dan biotin. Selain itu, fungsi B Complex adalah menukarkan makanan kepada tenaga seterusnya amat membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.

Vitamin C membantu meningkatkan antibodi tubuh secara konsisten dan ia juga penting untuk pembentukan kolagen. Selain itu, Vitamin C juga berfungsi mempercepatkan penyembuhan luka serta memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

Zinc Complex ni berfungsi ala-ala ikan haruan untuk ibu berpantang sebab ianya penting untuk membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka di dalam (rahim). Ia juga membantu mengatasi masalah keguguran rambut selepas bersalin serta membantu masalah "kedinginan" di dalam pantang.

Ostematrix ialah sumber kalsium, dilengkapi Magnesium dan Vitamin D untuk penyerapan lebih baik ke dalam badan. Sangat recommended juga dalam pantang ni especially sebab biasanya dalam pantang biasanya bayi suka 'bergayut' (menyusu) sahaja boleh kata sepanjang masa. So, kalau tak cukup kalsium mungkin akan adasakit pinggang. Selain itu ia membantu ibu-ibu kekal cergas apabila bangun pagi walaupun tidak cukup tidur melayan si kecil :)

ESP juga sangat popular di kalangan ibu-ibu menyusu dan yang ingin menjaga kecantikan kulit :) Pengambilan ESP menghalang rasa lapar yang kerap kerana kerap menyusukan bayi juga kerana ESP membuat perut rasa 'full'.

Performance Drink pula menghalang ibu-ibu dari mudah dehydrate. Ia mengekalkan elektrolit dalam badan kerana badan ibu-ibu menyusu mudah kehilangan air dalam badan kerana proses penyusuan. Jika badan dehydrate, badan akan rasa cepat letih.

Lecithin pula melarutkan lemak-lemak yang terkumpul sewaktu mengandung. Selain menurukan paras kolesterol, ia menghalang clogged duct atau bengkak susu yang lazim berlaku beberapa hari selepas bersalin kerana susu baru terhasil.

Dan yang paling penting, supplements ini masih boleh diteruskan walaupun bayi anda mengalami demam kuning atau jaundice. Ini kerana ia supplements ini tidak mengandungi herba yang boleh menyebabkan bacaan bilirubin lebih tinggi.


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : 
Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://ceksuvitamin.blogspot.com/ 
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, 27 March 2015

Kelebihan Zinc Complex


Tahukah anda bahawa zinc merupakan vitamin yang diperlukan dalam aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim. Ia memainkan peranan penting dlm sistem imunisasi , pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang.

Walaupun Zinc Complex ini merupakan supplement Shaklee yang termurah, namun ramai yang tak tahu khasiatnya amat banyak!


Nutrition Fact: Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian). dan oh ya Zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan*

17 Kebaikan Zinc Complex Shaklee yang perlu anda tahu:


1. Penjagaan Kulit - Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.

2. Ekzema - Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.

3. Jerawat - mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

4. Penyembuhan luka - Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

5. Gangguan Prostat - Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

6. Hilang berat badan - Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

7. Mengandung - Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

8. Pembiakan - Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

9. Fungsi Biologi - Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

10. Jangkitan - Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

11. Antioksidan - Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

12. Aturan Enzim - Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.

13. Kanser - Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.

14. Kelesuan Kronik - Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.

15. Botak - Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut

16. Kehilangan Tulang - Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

17. Buta Malam - Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.

Nak tahu berapa banyak zinc yang anda perlukan? Sila rujuk jadual di bawah...

Birth to 6 months
2 mg
Infants 7–12 months

3 mg

Children 1–3 years

3 mg
Children 4–8 years

5 mg
Children 9–13 years

8 mg
Teens 14–18 years (boys)

11 mg
Teens 14–18 years (girls)

9 mg
Adults (men)

11 mg
Adults (women)

8 mg
Pregnant teens

12 mg
Pregnant women

11 mg
Breastfeeding teens

13 mg
Breastfeeding women

12 mg

Credit: MamaFaiz


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : 
Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://ceksuvitamin.blogspot.com/ 
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.