Saturday, 18 October 2014

Penawar Untuk Hilangkan Stretchmark


Penawar Untuk Hilangkan Stretchmark

Stretchmark berlaku disebabkan oleh beberapa situasi yang memberi tekanan tambahan pada kulit kita seperti pertambahan berat badan secara tiba-tiba, kehamilan dan pertumbuhan berat badan yang drastik semasa remaja. Kadang-kadang semasa stretch mark juga berlaku ketika senaman di mana regangan badan dilakukan secara berlebihan.


Kebiasaanya stretch mark yang paling ketara berlaku di bahagian perut yg timbul selepas bersalin. Ianya tidak akan hilang dengan sendiri tapi memerlukan rawatan dan usaha untuk menghilangkannya. Terdapat beberapa cara untuk menghilangkan stretch mark di sekiar perut menggunakan bahan-bahan yang boleh diperolehi di dapur rumah sahaja.

Penawar Stretch Mark #1: Guna scrub aprikot
Ramai orang menggunakan scrub aprikot untuk menyingkirkan stretch mark daripada kulit mereka. Anda boleh baut sendiri scrub ini dengan cara:
• Sediakan Aprikot 2-3 biji
• Air suam untuk mencuci kulit daripada scrub
• Potong buah aprikot dan keluarkan biji.
• Lenyekkan buah-buahan untuk mendapatkan pes mereka.
• Tampal aprikot ini pada stretch mark anda.
• Biarkan selama kira-kira 15-20 minit.
• Basuh dengan air suam.
• Ulang setiap hari (pada mulanya anda boleh melakukannya dua kali sehari) selama sebulan.



Penawar Stretch Mark #2: Aloe Vera
Manfaat lidah buaya kini amat popular sebagai penawar pelbagai penyakit. Lidah buaya mengandungi kolagen tumbuhan yang sangat bagus untuk pembaikan kulit manusia. Seboleh yang mungkin gunakan gel yang diperolehi secara terus dari batang lidah buaya.
Cara untuk menggunakan lidah buaya sebagai rawatan stretch mark adalah seperti berikut :-
• Ambil daun lidah  buaya
• Buangkan duri daun lidah buaya dan buang kulit luarnya.
• Keluarkan gel melekit dari bahagian dalam daun.
• Sapukan terus gel aloe segar di stretch mark anda.
• Biarkan selama dua jam.
• Basuh dengan air.



Penawar Stretch Mark #3: Kentang
Kentang adalah makanan super kerana banyak komponen seperti asid lemak dan pelbagai fitokimia, seperti karotenoid dan polifenol. Ia juga mempunyai banyak vitamin dan mineral termasuk Vitamin-C, B​​-kompleks, kalium, magnesium, kalsium, fosforus dan zink. Oleh kerana kentang mampu merangsang kolagen dan sintesis elastin, ia berkesan boleh memulihkan semula sel-sel kulit stretch mark anda.
Cara menggunakan kentang untuk stretch mark adalah seperti berikut : -
• Ambil 1 biji Kentang (bersaiz sederhana)
• Potong kentang ke dalam kepingan bersaiz tebal.
• Ambil 1 keping dan sapu perlahan pada kawasan stretch mark anda. Pastikan jus dari kentang disapu di seluruh kwsn stretch mark.
• Biarkan selama 5-10 minit.
• Basuh dengan air suam.


Penawar Stretch Mark #4: Lemon
Lemon telah diiktiraf sebagai agen peluntur semula jadi yang sangat berkesan. Alfa hydroxy asid (AHA) dan vitamin C dalam lemon sangat cekap membuang kulit mati dan menjadikan stretch mark anda hilang dengan cepat.
Cara menggunakan lemon untuk menghilangkan stretch mark adalah seperti berikut:
• Ambil sebiji Lemon
• Potong lemon kepada 2 bahagian.
• Ambil separuh daripada lemon dan perlahan-lahan sapukan pada stretch mark anda.
• Perahkan sedikit demi sedikit jus dari lemon pada kawasan stretchmark
• lakukannya sekurang-kurangnya 10 minit.
• Kemudian basuh dengan air suam.
Untuk menjadikannya penawar stretch mark dengna lebih berkesan, anda boleh mencampurkan jus lemon dengan bahan-bahan lain dalam kuantiti yang sama (contohnya 1 sudu besar jus lemon dengan 1 sudu besar jus yang lain):
• Jus lemon dengan jus timun
• Jus lemon dengan jus kentang
• Jus lemon dengan jus tomato.



Penawar Stretch Mark #5: Minyak dari Vitamin E
Vitamin E adalah antioksidan yang kuat yang akan menembusi lapisan kulit anda dan membantu proses penyembuhan luka semula jadi semasa membuang parut di atasnya.
Bagaimana untuk menggunakan vitamin E untuk menghilangkan stretchmark?
Ambil 1 biji capsul vitamin E. Cucuk dengna jarum dan keluarkan minyak vitamin E dari kapsul dan sapu rata ke permukaan kulit di kawasan stretch mark.
Biarkan selama 40 min dan kemudian basuh dengna air bersih.




Penawar Stretch Mark #6: Putih Telur 
Putih telur mengandungi 40 protein yang berbeza jadi ianya menjadi sebab mengapa ia begitu bermanfaat untuk kesihatan kulit. Putih telur juga kaya dengan kolagen dan vitamin A dan dengan itu boleh merawat parut atau luka bakar dengan berkesan.
Keluarkan putih telur dengan memisahkan kuning telur dari telur.
• Pukul putih telur sedikit dengan garpu
• Sapukan pada kawasan stretchmark. Boleh juga dicmapurkan bersama dengan minyak zaitun
• Biarkan selama 15 minit
• Basuh dengan air.




Penawar Stretch Mark #7:Alfalfa 
Kaya dengan asid amino, vitamin E dan K, Alfalfa digunakan untuk memudarkan stretch mark kerana ianya dikatakan bertindak sebagai toner yang bagus untuk kulit.
• Ambil 3-4 biji Alfalfa dan tumbuk sehingga menjadi Serbuk
• Gunakan minyak Chamomile sebagai cmapuran untuk dijadikan dalam bentuk pes
• Serbuk alfalfa Campurkan dengan minyak chamomile dan gaul rata.
• Tampalkan pada stretch mark anda.
• Biarkan selama 15 minit.
• Basuh dengan air.
• Lakukan setiap hari untuk kesan yang lebih cepat.


Penawar Stretch Mark #8: ESP
ESP adalah serbuk protin dari Non GMO soya yang mengandungi protin untuk membina blok-blok asas sel-sel badan untuk menghasilkan dan memelihara agar kulit tiada cela.  Protein diperlukan untuk membaiki tisu dan pembinaan tisu baruSetiap sel memerlukan protein untuk mengekalkan kehidupan.Protein juga bahan utama yang digunakan untuk "menggantikan" sel-sel mati. Jadi sel-sel mati di bahgn perut yg menimbulkan stretch mark dapat dibuang dengan lebih berkesan. 



Penawar Stretch Mark #9:Minum Cukup Air
Tiada ubat akan berfungsi dengan berkesan jika kulit anda tidak sentiasa terhidrat. Minum air yang mencukupi (sekurang-kurangnya 8-10 gelas sehari) Bukan sahaja kulit terhidrat malah badan akan ternyahtoksin dan juga mengembalikan keanjalan kulit.



Penawar Stretch Mark #10: Makan dengan cara yang betul 
Selain daripada menjaga kulit agar sentiasa terhidrat, anda juga perlu menjaga pemakanan. Kekurangan sumber nutrien dalam badan tidak boleh memberi manfaat sepenuhnya daripada krim, losyen, minyak, topeng atau apa-apa benda lain yang disapu pada kulit.
Mempunyai jumlah protein baik setiap hari seperti Kacang, ikan, putih telur, yogurt, kacang  kacang tanah, badam dan lain-lain serta mempunyai makanan yang tinggi Vitamin C dan E untuk menggalakkan pertumbuhan tisu kulit. Lada, jambu, sayuran hijau, brokoli, gooseberries, betik, oren, strawberi yang tinggi vitamin C. Bayam, kacang, kale, minyak zaitun, buah-buahan tropika seperti betik dan kiwi, gandum semua kaya dengan Vitamin E.

Elakkan lemak tepu dalam diet kerana ianya menambahkan berat dan obesiti yg boleh menyebabkan regangan kulit, menjadikan stretch mark bertambah hodoh.


#SELAMAT MENCUBA

Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, 17 October 2014

ESP Shaklee Bantu Kawal Kencing Manis Ketika Hamil


ESP Shaklee Bantu Kawal Kencing Manis Ketika Hamil


Penyakit kencing manis wujud ketika hamil dan akan hilang selepas bersalin. Masalah GDM selalunya berpunca daripada keturunan sebelah ayah atau ibu yang mempunyai sejarah kencing manis.

Masalah GDM atau kencing manis ketika hamil sangat dipandang serius oleh pihak kementerian kesihatan. Kawalan paras gula ketika hamil sangat penting untuk mengelakkan risiko-risiko berkaitan seperti:

-Saiz bayi lebih besar dari umur semasa dalam kandungan, menyukarkan proses bersalin
-Kelahiran pra-matang
-Risiko anak mengalami masalah hypoglycemia selepas kelahiran
-Air ketuban berlebihan
-Anak-anak yang dilahirkan oleh ibu yang mengalami masalah GDM mempunyai peratusan yang tinggi mendapat jaundis

Oleh kerana saya itu saya menyarankan ibu-ibu mengambil ESP Shaklee setiap hari untuk mengawal paras gula dalam darah dan juga mengelakkan hypoglycemia (paras gula terlalu rendah). Hal ini kerana, Protein soya dalam ESP Shaklee yangmembantu menstabilkan tahap gula dalam darah.

InshaAllah dengan aturan jadual pengambilan ESP Shaklee yang betul,ia boleh membantu mengawal masalah GDM atau kencing manis ketika hamil ini daripada tidak terkawal hingga memerlukan suntikan insulin.

Tambahan ESP juga sesuai diambil oleh pesakit diabetes kerana:
-Rendah karbohidrat iaitu hanya mengandungi sebanyak 5%-10% karbohidrat,
-Rendah lemak,
-Bebas kolestrol
-dan bebas laktosa.



Bagi ibu hamil yang mempunyai masalah kencing manis, anda harus berhati-hati dengan sumber makanan yang anda ambil. Sebagai contoh, susu tepung biasa mengandungi kandungan gula yang tinggi berbanding susu rendah lemak berperisa asli yang telah dipasteur. Kandungan gula dalam nestum 3 in 1 lebih tinggi dari nestum original. Jadi antara dua contoh sumber makanan berkhasiat ini susu rendah lemak berperisa asli dan juga nestum original lebih sesuai diambil oleh ibu yang sedang hamil serta boleh dicampur dengan ESP Shaklee.

Jadi apabila anda mengambil sumber makanan yang sedikit kandungan gula ataupun gula ringkas beserta ESP Shaklee badan lebih mudah dan cepat menukarkan gula tersebut kepada tenaga dan juga mengelakkan hypoglicemia. Sesetengah ibu hamil apabila mengamalkan diet khusus untuk ibu hamil yang mempunyai masalah GDM. Anda turut berisiko mengalami hypoglicemia iaitu paras gula berkurang dalam badan apabila anda tidak mengikuti jadual waktu makan yang sepatutnya.

Saya faham, kadang-kadang kita terlupa untuk mengambil makanan pada waktu minum pagi atau minum petang disebabkan kita terlalu fokus pada tugas harian dan juga tiada waktu terluang untuk menikmati makanan.

Simptom-simptom Hypoglicemia - Paras Gula Rendah Dalam Darah
Anda tahu anda mengalami hypoglicemia apabila bacaan gula anda adalah kurang dari 3.3 mmol apabila diukur menggunakan glukometer. Selain itu, anda mengalami simptom-simptom loya, pening, kurang fokus dan rasa berdebar-debar. Simptom-simptom hypoglicemia ini biasanya akan diterangkan oleh jururawat klinik kesihatan sewaktu anda (ibu hamil dengan masalah GDM) membuat temujanji di klinik-klinik kesihatan.

Masalah GDM bagi ibu hamil agak kompleks kerana ia melibatkan tindakbalas hormon insulin yang tidak stabil ketika hamil. Maka, anda perlu mengambil diet berkhasiat dalam jumlah yang sedikit tetapi 5 hingga kali sehari waktu makan. Anda juga perlu mengambil makanan kurang gula, gula kompleks, rendah natrium, elakkan makanan segera dan diproses. Anda juga perlu aktif supaya gula yang diserap oleh tubuh ditukar menjadi tenaga dan tidak berkumpul dalam tubuh.


Nak cuba? Sila hubungi saya.


Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, 16 October 2014

Tips Kecantikkan Sebelum Tidur


Aktiviti siang hari memaksa kita untuk memakai pelembap & sunblock yang bersesuaian untuk melindungi kulit dari cahaya matahari.

Ketika malam pula, giliran produk kecantikkan yang akan bekerja untuk memaksimakan penyerapan pelbagai nutrisi penting untuk memperbaiki dan mengembalikan keanjalan kulit kita.



Berikut 10 rutin mudah yang perlu kita lakukan sebelum tidur :

1. Pakai scrub untuk menanggalkan sel-sel kulit mati.
Pemakaian scrub di malam hari bertujuan menanggalkan sel-sel kulit mati. Apabila kerap menggunakannya, kulit menjadi lebih licin dan cerah, namun mestilah dengan pemakaian yang betul (sekurang-kurangnya 2 kali seminggu). Banyak juga scrub wajah yang mengandungi pelembap, jadi ia mampu melembapkan kulit ketika sel-sel kulit mati ditanggalkan. 

2. Pakai conditioner rambut
Pemakaian hair dryer dan  hair spray boleh menjadikan rambut stress. Untuk itu, setelah rambut di keringkan pakailah conditioner rambut untuk melembutkan dan merawat rambut kita.

3. Atasi bau mulut
  Di mala hari penghasilan air liur menurun sehingga bakteria mula terbentuk di dalam mulut dan menyebabkan bau mulut di pagi hari. Berkumurlah dengan mouth wash @ menggosok gigi sebelum tidur, kuman dan bakteria akan terbunuh dan nafas kita lebih segar esok paginya.

4. Sapu lotion ke seluruh tubuh
Pilih body lotion yang mengandung banyak moisturizer yang boleh memberikan penyerapan yang baik pada tubuh dan keadaan kulit yang terdedah dek sinaran matahari mampu diperbaiki.

5. Atasi kulit kering dan  pecah-pecah
Jangan lupa sapukan lotion pelembab tumit, lutut dan kutikal kaki selepas mandi, apabila hendak tidur malam. Pilih yang beraroma lembut supaya tidur kita selesa, nyaman dan relax.

 6. Bibir sensitif
Bibir merupakan bahagian tubuh yang lembut dan sensitif terhadap sinaran matahari. Kekurangan air juga menjadi punca kepada kulit bibir yang kering. Sapukan moisturizer pada bibir untuk kelembapan kulit bibir sepanjang malam.
 
7. Night Cream Yang Bersesuaian & Berkesan
Jangan lupa sapukan pula night cream pada wajah, ini berguna untuk regenerasi sel kulit kita, menjaga keanjalannye dan menghidrasi sel kulit wajah agar tetap tampak radiant dan segar.

8. Jaga keindahan mata
Kulit sekitar mata sangat mudah terdedah terhadap timbulnya garis halus yang disebabkan oleh radikal bebas, sinar matahari dan penuaan. Jagalah keindahan kulit sekitar mata kita dengan krim yang dapat melembapkan dan membantu mencegah dan menyamarkan garis-garis halus disekitar mata.

9. Jari jemari cantik
Tidak lupa, sapukan krim khusus untuk kuku yang boleh menutrisikan kuku dan menstimulasi pertumbuhannya. Pastinya kuku kita akan cantik, tidak mudah patah, rapuh dan kering. 

10. Tidur nyenyak dengan aromatheraphy
Keharuman khas aromatheraphy dapat menenangkan perasaan kita. Pilihlah aroma chamomile untuk membantu kita tidur lebih nyenyak atau aroma vanilla yang boleh membantu menenangkan gelombang stimulasi otak. Hebatkan..cubalah cari & nyalakannye sebelum tidur..pasti malam-malam kita mula berbeza.

Selamat mengamalkan tips kecantikkan sebelum tidur ini...kalau kita nak kan hasil yang luar biasa lakukan lah secara konsisten & bagi isteri pula untuk tambat hati suami..kenelaa rajin jaga muka ye..pasti en suami makin sayang tak lepas pandang...hihi.

Dapatkan konsultasi PERCUMA dari saya untuk penggunaan produk kecantikkan dari Shaklee yang hanya dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi, bebas bahan kimia, HALAL & pastinya tiada kesan sampingan..Produk Shaklee juga ada SET KECANTIKKAN KHUSUS UNTUK KULIT ye..bukan suplemen sahaja..nantikan entry saya akan datang ^_^

Berminat nak mencuba suplemen Set Kecantikkan Shaklee yang boleh juga dijadikan scrub, masker, pelembap bibir & sebagainya?  Hubungi saya :

Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Apakah Tanda-Tanda Anda Kekurangan Vitamin C?


Jom kenali tanda-tanda kekurangan Vitamin C

-Mudah tertekan (Sikit-sikit nak mengamuk. Mengamuk yang biasa-biasa je tau, mudah terasa hati, mudah merajuk. Sikit-sikit nak muncung boleh buat sangkut hanger. Kalau mengamuk dengan parang tu tanda sakit lain pulak)
-Kulit sangat kelihatan kering dan bersisik
-Tapak kaki keras dan kasar
-Mudah kena lebam-lebam
-Gusi mudah berdarah
-Cepat letih
-Sakit sendi dan otot
-Rambut kelihatan kering dan kurang sihat
-Hidung mudah berdarah
-Luka lambat sembuh
-Kalau sakit susah nak sembuh (ambil masa lama)
-Hilang berat badan



Solution? 

Boleh dapatkan vitamin c shaklee yang berkualiti daripada saya tahan selama 6 bulan 




Apa yang ditunggu lagi? Anda boleh membuat tempahan dengan menghubungi saya :

Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, 15 October 2014

Vitamin Untuk Jantung




Penyakit kardiovaskular adalah punca utama kematian di Malaysia menurut kenyataan dari National Heart Association Malaysia. Statistik dari World Health Organization pula menunjukkan 37% kematian adalah penyakit kardiovaskular seperti penyakit jantung dan strok.

Penyakit-penyakit ini berpunca daripada amalan gaya hidup yang tidak sihat.  Jadi, kita harus mengambil CoQHealth Plus untuk membantu jantung kita lebih sihat dan bertenaga. CoQHealth Plus adalah produk terbaru Shaklee untuk kesihatan jantung. CoQHealth Plus penting untuk memastikan jantung kekal sihat dan berfungsi dengan baik.

Supplemen terbaru ini diformulasi istimewa secara semulajadi dan terdiri daripada campuran 28mg CoQ10, Vitamin E dan ekstrak Teh Hijau.  CoQHealth Plus adalah dalam bentuk kapsul bioketersediaan, yang direka khas agar memastikan potensi penguraian maksimum dan penyerapan yang lebih baik.


Kenapa CoQ10 (Coenzime Q10) penting  untuk tubuh kita? CoQ10 merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi di dalam setiap sel badan kita dan terutamanya di dalam organ-organ seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas berfungsi.

CoQ10 amat penting sebab tanpanya jutaan sel tubuh dan terutamanya jantung tidak akan berfungsi dengan sempurna. Sel-sel tubuh membakar gula dan lemak daripada makanan yang kita makan (sementara CoQ10 hadir sebagai pencetus tenaga) dan tenaga dihasilkan. Proses penghasilan tenaga ini berlalu beribu kali setiap saat untuk membolehkan jantung kekal berdegup dan membolehkan organ-organ lain berfungsi sempurna bagi membekalkan aliran tenaga yang berterusan.   CoQ10 juga bertindak sebagai antioksida dan melindungi arteri daripada pengoksidaan low-density lipoproteins (LDL). Secara keseluruhannya CoQ10 menggalakkan fungsi kesihatan saluran darah dan meningkatkan peredaran darah ke seluruh tubuh.


Keistimewaan CoQHealth Plus Shaklee berbanding jenama-jenama lain di pasaran

  • Anda tidak perlu memakan 1.7kg ayam atau 28 cawan brokoli untuk mendapatkan jumlah 28mg CoQ10 dari CoQHealth Plus.
  • Kombinasi CoQ10 dan Vitamin E di dalam CoQHealth Plus mengukuhkan keupayaan antioksidan Vitamin E kerana CoQ10 membantu mengitar semula vitamin E, dan memberikan perlindungan antioksidan yang berterusan.
  • Ekstrak Teh Hijau mengandungi procyanidins yang membantu kekuatan tisu kapilari darah dan jantung
  • CoQ10 semulajadi daripada yis melalui kaedah penapaian.
  • Tanpa gluten  


Cara Pengambilan :
Sebiji sehari, diambil selepas makan  


SAYANGI LAH JANTUNG ANDA.

BERMINAT ? HUBUNGI SAYA :


Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 
 COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, 14 October 2014

ESP Shaklee Makanan Tambahan Terbaik Untuk Ibu Mengandung



Apa Itu ESP Shaklee?

‘Makanan Tambahan’  yang terbaik dan mampu menambat hati kebanyakan ibu mengandung ini ialah Energizing Soy Protein atau lebih sinonim dengan panggilan ESP Shaklee merupakanproduk keluaran Shaklee.ESP Shaklee mengandungi semua Asid Amino penting yang termasuk 9 Asid Amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita.Satu hidangan ESP Shaklee ini mengandungi 14 gram Protein.Apa yang menarik lagi mengenai ESP Shaklee ini ialah ianya tidak mengandungi Kolestrol dan Laktosa serta pewarna tambahan dan tiruan yang boleh membahayakan tubuh badan kita.
ESP THE BEST PANAS ESP Shaklee Makanan Tambahan Terbaik Untuk Ibu Mengandung

ESP Shaklee Produk Paling Laris

Kelebihan Dan Kegunaan ESP Shaklee

Seriusly saya cakap,memang banyak kebaikan ESP Shaklee ni.ESP juga merupakan produk Shaklee paling laris dan popular.saya sangat menyarankan kepada ibu-ibu mengandung dan mereka yang ingin kurus dengan selamat untuk memiliki produk Shaklee yang paling larisini iaitu ESP.Antara kegunaan lain ESP Shaklee ini ialah:
  • Untuk mereka yang inginkan Awet Muda.
  • Sesuai untuk mengurangkan kedutan di muka
  • Membaiki masalah pigmentasi
  • Membekalkan tenaga
  • Membaiki memori
  • Baik untuk kesihatan prostat
  • Mengurangkan kesan parut
  • Membina otot,kuku dan rambut yang sihat
  • Mencegah Insomnia
  • Merendahkan paras kolestrol
  • Menguatkan rahim
  • Mencegah migrain
  • Menguruskan badan
  • Menambahkan berat badan

ESP Shaklee Sesuai Untuk Siapa?

Untuk pengetahuan korang semua,ESP Shaklee ni bukan sahaja sesuai untuk ibu mengandung,tetapi sesuai untuk semua golongan.Malah warga emas pun boleh minum ESP Shaklee ni.Golongan lain yang sesuai minum ESP Shaklee ini ialah:
  • Mereka yang impikan  badan kurus seperti Nora Danish
  • Mereka yang nakkan berat yang ideal macam Rozita Che Wan
  • Mereka yang berpuasa sebagai tenaga harian mereka.
  • Ibu berpantang
  • Suami Isteri yang mementingkan kesihatan bersama
  • Pelajar yang impikan kesihatan yang baik sepanjang masa
  • Ibu yang menyusukan bayi.Untuk memperbanyakkan susu badan
  • Pesakit Gastrik
  • Pesakit Kencing Manis
  • Pasangan yang impikan zuriat yang sihat dan gebu.
Pendek kata hampir semua golongan boleh menjadikan ESP Shaklee ini sebagai makanan tambahan terbaik dalam kehidupan mereka.Tetapi,ESP Shaklee ini paling laris dalam kalangan ibu-ibu yang mengandung memandangkan ada sesetengah dari mereka yang mengalami alahan yang teruk.Tetapi dengan pengambilan ESP Shaklee ini,mereka masih bertenaga sepanjang hari walaupun alahan yang teruk

Cara Bancuh ESP Shaklee

Caranya mudah sahaja dan bagi mereka yang susah sangat nak makan supplement ni pun boleh makan dengan senang.Korang hanya perlu bancuh satu scoop ESP Shaklee dengan air kegemaran korang.Tak kisah la air apa pun.Sunquick,Milo,Coklat,Orange pun boleh.Jadi nanti tak terasa la sangat ESP Shaklee tu kat tekak korang terutamanya yang susah makan ubat.


Testimoni ESP Shaklee

Ramai dah menggunakan dan merasai sendiri keberkesanan ESP Shaklee ni.Boleh baca antara testimoni ESP Shaklee yang panas dan ternyata memuaska hati mereka yang telah mencubanya.
testimoni ESP ESP Shaklee Makanan Tambahan Terbaik Untuk Ibu Mengandung
Testimoni ESP Shaklee
 kurus esp3 ESP Shaklee Makanan Tambahan Terbaik Untuk Ibu Mengandung
Testimoni ESP Shaklee
Itu baru sedikit testimoni ESP Shaklee yang dikongsikan dengan korang semua.Banyak lagi testimoni pengguna ESP Shaklee yang korang boleh baca dan lihat sendiri.Tapi kalau nak tahu lebih mendalam,korang kena cuba sendiri keberkesanan ESP Shaklee ni .
ESP Promo masih berlangsung,ayuh dapatkan segera ye.

Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, 13 October 2014

Kesan Kekurangan Nutrisi Semasa Hamil



Ibu hamil sering diingatkan untuk mengambil diet seharian yang lengkap dengan zat, vitamin dan mineral penting untuk menyokong kesihatan ibu dan tumbesaran bayi sepanjang kehamilan. Tetapi apakah kesannya kepada ibu dan bayi jika ibu kekurangan nutrisi-nutrisi penting tersebut? Kajian menunjukkan kekurangan nutrisi semasa hamil boleh meningkatkan risiko untuk bayi lahir kurang matang atau kurang berat, bayi lahir cacat, masalah pernafasan semasa lahir atau masalah perkembangan dan tumbesaran. Bagi ibu pula, kekurangan nutrisi meningkatkan risiko untuk alahan (‘morning sickness’), sembelit, lemah badan, pedih ulu hati, kekejangan otot, anemia, ‘pre-eclampsia’, susah bersalin dan berisiko besar untuk bersalin melalui ‘Cesarean’ .
Kekurangan protein boleh menyebabkan kekurangan air ketuban dan darah serta merencatkan perkembangan rahim, plasenta (uri) dan perkembangan sel-sel badan bayi kerana protein adalah komponen utama dalam pembentukan sel. Kekurangan protein juga dikaitkan dengan peningkatan risiko ‘pre-eclampsia’. ‘Pre-eclampsia’ adalah masalah kesihatan di mana ibu hamil mengalami tekanan darah yang terlalu tinggi dan kehadiran protein di dalam air kencing. Terdapat pelbagai faktor yang membawa kepada pre-eclampsia tetapi penyelesaiannya hanyalah satu iaitu bersalin sama ada secara ‘induce’ atau ‘Cesarean’. Jika tidak, ibu dan bayi berdepan dengan risiko kematian. ‘Pre-eclampsia’ juga boleh terjadi akibat kekurangan asid lemak omega-3, vitamin D, kalsium, dan magnesium.
Sementara itu, kajian menunjukkan kes bayi lahir kurang matang atau lahir kurang berat berlaku akibat ibu kekurangan asid lemak omega-3, vitamin D, iodine dan zink. Kajian juga menunjukkan kekurangan asid lemak omega- 3 seperti DHA boleh menyebabkan masalah penglihatan dan saraf. Kekurangan zat besi boleh merencatkan penghasilan hemoglobin, meningkatkan risiko untuk ibu menghidap anemia dan mempengaruhi perkembangan mental bayi.
Kekurangan Vitamin B6 berkait rapat dengan masalah mual, muntah-muntah serta hilang selera makan yang biasa dialami oleh ibu mengandung. Kekurangan Vitamin D pula boleh merencatkan tumbesaran bayi, perkembangan fizikal bayi serta melemahkan sistem imuniti bayi.
Kekurangan Vitamin K boleh mengakibatkan pendarahan tidak terkawal semasa bersalin kerana vitamin K diperlukan untuk menghasilkan ‘prothrombin’ (faktor penting dalam pembekuan darah). Perkembangan tulang dan gigi bayi yang tidak sempurna dan lemah adalah kesan kekurangan kalsium dan magnesium.
Kekurangan idonine boleh menyebabkan kecacatan mental dan kerosakan otak serta dikaitkan dengan peningkatan risiko keguguran atau mati ketika lahir. Kekurangan asid folik boleh menyebabkan kecacatan saraf tunjang pada bayi manakala kekurangan zink sering dikaitkan dengan keguguran.
Jadi, pengambilan nutrisi lengkap semasa hamil tidak boleh dipandang ringan. Jika diet seharian tidak mampu membekalkan anda dan bayi dengan nutrisi selengkapnya, anda disarankan mengambil supplement/vitamin tambahan agar ruang-ruang kosong itu dapat diisi dengan sempurna. Ambillah supplement yang bahannya 100% semulajadi dan tidak menggunakan bahan pengawet agar anda dan bayi mendapat nutrisi yang terbaik.
MAHU MENCUBA SHAKLEE SEBAGAI SUPPLEMENT TAMBAHAN ANDA ?
HUBUNGI SAYA : 
Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.