Friday, 3 October 2014

Vitamin Penting Untuk Kulit Sihat, Cantik dan Berseri


Salam, Selamat Petang semua,

Vitamin Penting Untuk Kulit Sihat, Cantik dan Berseri

Sihat, Cantik dan Berseri semudah ABCEK!! Eh mana D? Kenapa ada K pulak? Hehehehe kita fokus kepada vitamin untuk kulit sihat, cantik dan berseri, jadi kita tinggalkan dulu D. Tapi jangan anggap D tidak penting tapi D kita fokus untuk masuk dalam kategori yang lain. Kalau anda mencari vitamin khas untuk kulit,lebih spesifik lagi untuk kulit sihat cantik dan berseri, stop dulu kt sini dan baca entri ini sampai habis ya.
Vitamin bukan sahaja untuk sihat tetapi juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan keadaan kulit kita.

5 vitamin utama untuk kulit adalah :


Vitamin A



Vitamin A adalah penting untuk menjaga keanjalan kulit, mencegah kekeringan, kedutan dan penuaan kulit. Seseorang kekurangan vitamin A akan mempunyai kulit bersisik, gatal-gatal dan mungkin jerawat. Vitamin A juga memainkan peranan yang amat penting dalam membina semula tisu kulit. Retinoid, satu bentuk Vitamin A digunakan dalam rawatan penyakit kulit seperti psoriasis untuk mengawal pertumbuhan sel.

Vitamin A boleh didapati dalam daging, susu, keju, telur, bayam, lobak merah, brokoli, kacang, mangga, betik, aprikot, labu. Vitamin Shaklee yang mengandungi Vitamin A adalah CAROTOMAX.





Vitamin B



Komponen yang paling terkenal dari Kompleks Vitamin B adalah Biotin. Biotin adalah nutrien penting untuk rambut, kuku dan kesihatan kulit. Badan kita sendiri menghasilkan biotin iaitu di dalam hati dan buah pinggang. Kekurangan Vitamin B Kompleks  menyebabkan gatal kulit, ruam kulit, dan keguguran rambut.

Niacin adalah satu lagi vitamin B yang membantu melembapkan kulit. Vitamin B1 atau Thiamine  pula adalah vitamin lain yang kita perlukan untuk mempunyai kulit yang berseri. Ia meningkatkan peredaran darah dalam badan yang menambah seri kepada kulit.Telur, salmon, beras, pisang, oat adalah sumber semula jadi kaya dengan vitamin B. Vitamin Shaklee yang mengandungi Vitamin B lengkap adalah B-COMPLEX.




Vitamin C


Vitamin C mengekalkan tona kulit. Vitamin C adalah salah satu vitamin yang melindungi kulit daripada penuaan dan kendur. Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan kedut dan perubahan warna kulit. Ia merangsang pengeluaran kolagen. Dan ia adalah kolagen yang menjadikan kulit muda dan lembut. Semakin usia meningkat, lebih banyak vitamin C diperlukan untuk mengekalkan keanjalan.

Brokoli, kale, kubis, strawberi, lemon, oren, anggur, Kembang kol semua penuh dengan Vitamin C. Vitamin Shaklee yang mengandungi Vitamin C adalah VITAMIN C PLUS SR 500MG




Vitamin E



Mengembalikan kelembapan pada kulit dan melambatkan penuaan sel-sel kulit. Ia kaya dengan anti-oksidan yang melindungi kulit daripada radikal bebas dalam persekitaran kita. Vitamin Shaklee yang mengandungi Vitamin e adalah VITAMIN E COMPLEX




Vitamin K


Vitamin K memberi faedah penting untuk kulit iaitu mengurangkan penampilan lebam di bawah mata. Sesuai digabungkan dengan Vitamin A sebagai pencerah kulit yang baik untuk lingkaran gelap di bawah mata. Lingkaran hitam muncul kerana kebocoran darah dari kapilari di bawah mata. Vitamin K memainkan peranan dalam pembekuan dan menebalkan kulit dan memastikan pengurangan lingkaran hitam.
Vitamin Shaklee yang mengandungi Vitamin K adalah ALFALFA COMPLEX




Untuk pertanyaan lanjut dan order vitamin Shaklee, hubungi saya :

Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Parut Hilang Dengan Vitamin E


Parut Hilang Dengan Vitamin E

Parut jerawat di muka, parut di badan, parut kesan kemalangan ataupun parut disebabkan kulit sensitif sememangnya boleh mencacatkan penampilan seseorang. Mencari penawar dan cara menghilangkan parut tidak sukar kerana banyak petua-petua tradisional yang boleh membantu menghilangkan parut. Namun cara yang paling cepat dan senang adalah dengan menggunakan Vitamin E Shaklee. Bagaimana Vitamin E Shaklee boleh membantu menghilangkan parut dengan cepat dan berkesan? Teruskan baca ya :)


Vitamin E Shaklee memang dikenali sebagai vitamin untuk kecantikan kulit. Secara amnya Vitamin E Shaklee membantu untuk melembapkan kulit dan bertindak sebagai vitamin antioksidan yang mana ia akan memelihara sel-sel yang sentiasa terdedah dengan radikal bebas agar tidak rosak dan menyebabkan penuaan awal.Satu lagi kelebihan Vitamin E Shaklee adalah merawat parut tidak kira parut jerawat, parut akibat kemalangan atau parut disebabkan kulit sensitif.

Meh kita tengok testimoni pengguna yang merawat kulit berparut dengan Vitamin E Shaklee.








Kelebihan Vitamin E Shaklee berbanding yang lain adalah seperti berikut:

  • Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate and d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium. Kenapa dengan selenium? Kerana vitamin E tanpa selenium adalah tidak sempurna, selenium membantu penyerapan vitamin E dengan lebih berkesan.
  • Vitamin E Shaklee didatangkan bersama dengan grape seed yang mana kelebihan grape seed ni mengandungi kuasa antioksidan 20x lebih hebat daripada vitamin E sahaja. Grape seed mengandungi OPC iaitu Oligomeric Proanthi Cyanidin membantu kulit lebih anjal dan awet muda. Grape seed juga bertindak sebagai anti kanser. 
Cara mudah untuk hilangkan parut dengan Vitamin E Shaklee hanyalah dengan pecahkan kapsul vitamin E dan sapu pada kawasan parut setiap malam sehingga dapat kesan yang diingini. Satu botol Vitamin E mengandungi 120 biji, hanya makan sebiji sehari, sebotol vitamin E mampu tahan sehingga 4 bulan penggunaan. Jimat dan berbaloi. 

Untuk mempercepatkan lagi kuasa penyembuhan dan kesan parut, pelanggan juga disyorkan untuk ambil bersama dengan ESP. ESP membantu untuk memperbaharui sel kulit dan penghasilan sel kulit baru akan menjadikan kulit lebih cerah dan berseri. Pengalaman pelanggan-pelanggan kami sebelum ini mendapati parut lebih cepat pudar jika diambil bersama Vitamin E dan ESP. 



Bagaimana untuk mendapatkan VITAMIN E dan ESP SHAKLEE? Hubungi saya  :


Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday, 2 October 2014

Soya VS Esp



Soya Bahaya Pada Kesihatan? Shaklee ESP Tidak Elok Untuk Kesihatan?

Sebenarnya dah lama isu ni timbul semenjak ramai yang rajin share dan posting artikel tentang keburukan soya atau  soya bahaya pada kesihatan. Sampaikan ESP Shaklee pun kena condemn juga.So yang mana masih ragu-ragu apa kata baca dulu ya.. Artikel ni memang panjang sikit tapi sebab nak jelaskan isu yang hot ni memang tak boleh nak buat pendek-pendek. So kalau betul-betul nak tahu bacalah ya…
Memandangkan memang ramai blogger mahupun researchers dalam dan luar negara yang mengupas isu soya bahaya pada kesihatan, jadi rasanya tak perlu lah saya nak listkan satu per satu. Google je pun memang bersepah artikel di blog/website yang senaraikan satu per satu keburukan soya ni.
Cuma saya hairan hampir kesemua artikel hanya menyebut perkataan soya sedangkan ada 2 jenis soya di dunia ni iaitu GMO soya dan non-GMO soya (pendirian peribadi saya organic soya termasuk dalam non-GMO soya). Jadi saya hairan kenapa tiada orang yang mengupas isu 2 jenis soya ini.

Apa beza GMO dengan Non-GMO?

Kepada yang belum tahu GMO adalah singkatan kepada Genetically Modified Organisms. Ia bermaksud organisma (baik haiwan mahupun tumbuhan) yang sudah diubah kandungan genetiknya oleh manusia. Tahukah anda hampir kesemua produk makanan yang kita ambil seharian sebenarnya adalah produk GMO? Kenapa?
Sebab kita perlukan makanan lebih banyak dari yang pasaran sedia ada mampu bekalkan. Jadi pakar-pakar industri pemakanan terpaksa ubah genetik tumbuhan/haiwan supaya tanaman cepat masak, buah lebih besar, kandungan minyak lebih banyak, haiwan cepat matang dan macam-macam lagi. Jadi takde lah nak berlaku krisis kekurangan makanan.
Maka soya juga tidak terkecuali. Malah pada tahun 1999, satu kajian membuktikan pengambilan soya boleh mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung. Maka semenjak itu, permintaan soya melanjuk naik lebih dari yang mampu dibekalkan oleh pengusaha soya. Maka disebabkan permintaannya yang tinggi dalam industri makanan, minyak, farmaseutikal dan sebagainya, 96% soya di dunia adalah soya GMO. Boleh dikatakan semua produk soya yang anda ambil seharian adalah soya GMO kecuali anda memang beli soya yang bertanda ‘Organik’ atau ‘Non-GMO’.  Non-GMO ini bermaksud ‘Non-Genetically Modified Organisms’ di mana kandungan genetiknya tidak pernah diubah oleh manusia.
Kenapa saya bercerita pasal GMO dan non-GMO ni? Anda kena faham perbezaan dua jenis soya ni barulah boleh terima akal apa yang saya nak ceritakan seterusnya. Jadi setelah saya menjelajah dari website ke website, saya setuju yang soya memang boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan badan jika
    1. Produk soya yang dimakan seharian itu adalah GMO soya
    2. Produk soya GMO dimakan dalam kuantiti yang terlalu banyak setiap hari
 Untuk point 1, disebabkan majoriti besar soya adalah GMO dan tak mustahil apabila kita sudah ubah genetiknya, akan berlaku kesan sampingan pada tubuh kita. Ya lah, dah kita ubah kejadian Allah mestilah ada kesannya kan? Tapi menurut kajian pakar juga, peluang untuk berlakunya perpindahan DNA dari soya GMO ke tubuh manusia yang boleh menyebabkan soya bahaya pada kesihatan adalah sangat rendah dan hampir tiada. Itu kata pakar lah ya di mana anda boleh rujuk sendiri di Genetically Modified Soybean.
Tentang point ke-2 pula, sedangkan Islam sendiri pun menyuruh umatnya bersederhana dalam pemakanan. Setahu saya apa sahaja makanan pun kalau diambil berlebihan sememangnya akan memudaratkan badan kita. Jadi kalau ada yang memang makan bergelen-gelen soya GMO setiap hari, memang logik lah anda berisiko tinggi mendapat penyakit-penyakit yang dikaitan dengan soya tu. Tapi ada ke orang makan atau minum soya bergelen-gelen setiap hari? Rasanya tak ada kot.. kan????

Benarkah soya melemahkan kejantanan lelaki?
Ada yang berpendapat soya membekalkan phyto-estrogen di mana ia boleh melemahkan kejantanan lelaki (dalam erti kata lain lelaki jadi pondan). Jadi ramailah ibu hamil yang takut nak minum sebab takut nanti keluar baby boy jadi lembik.  Phyto-estrogen adalah sejeniskomponen daripada tumbuhan yang seakan-akan hormon estrogen dalam tubuh manusia. Jadi anti-soya berpendapat pengambilan soya akan menyebabkan lambakan phyto-estrogen dalam badan. Bila estrogen tinggi, maka hormon perempuan lebih tinggi menyebabkan lelaki jadi lembut a.k.a pondan.
Tetapi ia sentiasa patah balik pada kuantiti. Jika anda ahli bina badan (body builder) sememangnya anda perlu kurangkan produk soya atau sebarang produk yang boleh bekalkan phyto-estrogen kerana ia boleh mengganggu hormon maskulin yang anda perlukan. Malah ramai body builder berpendapat ia menggangu otot. Tapi jika anda lelaki biasa yang cuma minum soya pada kadar sederhana rasanya takde lah sampai jadi lelaki lembut. Begitu juga untuk ibu hamil. Apa-apa pun pilih soya non-GMO dan ambil kuantiti pada sederhana.
Dan apa yang anda perlu tahu juga, pengambilan phyto-estrogen dalam kuantiti sederhana bermanfaat besar dalam mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara, sakit jantung, diabetes, strok, obesity dan banyak penyakit lain. Jadi takde lah soya ni bahaya pada kesihatan 100% kan? Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.
Soya mengganggu sistem pembiakan lelaki dan wanita?
Isu ini timbul disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalam soya. Memandangkan phyto-estrogen adalah komponen dari tumbuhan yang serupa dengan estrogen (estrogen-like compounds), maka phyto-estrogen akan melekat pada reseptor estrogen dalam tubuh manusia. Jadi ini menghalang estrogen yang sebenar untuk melekat bagi menjalankan fungsinya dalam tubuh manusia. Isu ini sebenarnya 50-50 (ada betul dan ada salah).
Menurut pembacaan saya pada lelaki, risikonya tinggi jika soya yang diambil adalah soya GMO dan diambil pada kadar berlebihan. Pada wanita pula ia bergantung kepada banyak faktor. Ada kajian menunjukkan pengambilan soya (pendapat saya soya biasa yang GMO) pada kadar tinggi dari usia kecil boleh mengganggu. Tetapi pada wanita yang sudah dewasa ia sebenarnyamembantu melambatkan menopouse dan osteoporosis. Tapi seperti biasa mestilah dalam kadar sederhana dan ambillah soya non-GMO untuk lebih selamat kan. Boleh rujuk kupasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.
 Soya menyebabkan kanser?
Ini juga disebabkan kandungan phyto-estrogen di dalamnya. Dan ini juga 50-50. Berdasarkan kajian pendedahan pada phyto-estrogen dalam kadar yang tinggi dan berterusan boleh meningkatkan risiko kanser terutama kanser payudara. Tetapi kajian juga menunjukkan pengambilan soya dalam diet harian berupaya mengurangkan risiko kanser. Ini juga selari dengan banyak kajian yang dilakukan di kalangan orang Asia yang rata-rata mengamalkan produk soya dalam diet harian. Jadi pendapat saya seperti biasa berbalik kepada apa yang Islam suruh. Bersederhana dalam apa jua yang kita ambil. Dan paling penting pastikan soya itu non-GMO. Sememangnya banyak kajian menunjukkan phyto-estrogen berupaya mengurangkan risiko kanser terutama kanser payudara. Boleh rujuk kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens.
 Soya mengandungi heavy metal toxic, natural toxin, gaitrogen dan bahan kimia lain yang bahaya pada kesihatan?
Ya, yang ini saya setuju sangat soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya GMO. Yang memang dah diubah genetiknya, dan diberi pelbagai bahan kimia lain supaya cepat masak, saiz lebih besar, lebih banyak minyak dan sebagainya. Dan ya, saya juga setuju soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk mengamalkan produk soya GMO yang diproses seperti kebiasaan iaitu menggunakan alkohol dan mudah dicemari dengan bahan kimia lain. Jadi isu ini boleh dielakkan jika anda pilih produk soya non-GMO yang diproses tanpa alkohol dan bahan kimia.
Soya bahaya pada kanak-kanak?
Memang ada yang timbulkan isu ni dan melalui pembacaan saya, pemberian susu formula berasaskan soya secara berterusan pada bayi sememangnya mendatangkan kesan sampingan pada kesihatan anak. Menjadi trend semasa untuk berikan bayi susu formula berasaskan soya kerana dikatakan susu dari susu lembu tinggi lemak, gula dan sebagainya. Tapi sebenarnya tidak ada beza pun. Nak yang terbaik? Berilah anak anda susu ibu kan… Menurut kajian, antarakesan sampingan yang timbul adalah tempoh haid dan senggugut yang lebih panjang dan berisiko tinggi untuk menghidap ‘uterine fibroid’ (fibroid di uterus). Boleh rujuk ulasan kajian di The Pros and Cons of Phytoestrogens. Tapi kalau sekadar beri soya sebagai sebahagian dari diet harian, tak sama macam beri susu formula kan?? Jadi pada saya soya bahaya pada kesihatan kanak-kanak jika diambil pada kuantiti sederhana dan amalkan non-GMO soya.
 Jadi harap sedikit sebanyak terjawab isu soya ni? Tidak perlulah nak ditakutkan sangat dengan soya. Walaupun saya setuju point ramai orang yang mendakwa ia dakyah Yahudi gembar gemburkan kehebatan soya ni, tapi pada saya sebagai salah satu tumbuhan yang diciptakan Allah, ia ada khasiatnya pada tubuh manusia. Tapi saya juga setuju, ada jenis kacang soya bahaya pada kesihatan. Cuma kalau nak 100% selamat pilihlah soya non-GMO dan ambillah dalam kuantiti sederhana. Betul tak tuan-tuan dan puan-puan??? Tapi ini cuma pendapat peribadi saya berdasarkan kajian dan pembacaan saya.
ESP Shaklee Tidak Selamat Ke?????
Sekarang isu  ESP Shaklee pula? Ya lah dah orang kecoh soya ni tak bagus kan, dan memandangkan  ESP Shaklee ni diekstrak dari kacang soya maka lumpurnya pun terpalitlah sekali. Apa yang anda perlu tahu adalah  ESP Shaklee hanya diekstrak dari kacang soya non-GMO. Ingat lagi kan apa beza GMO dengan non-GMO? Yang mana baik dan yang mana buruk?
Malah kacang soya non-GMO yang digunakan oleh Shaklee telah melalui progam Identity Preserved Program (IPP). Melalui program IPP ni, Shaklee memastikan kacang soyanya adalah yang semulajadi dan bebas dari perubahan genetik. Contohnya, jika ia perlukan 9 bulan untuk matang sebelum dituai maka 9 bulanlah masa yang Shaklee peruntukkan. Ia tidak akan diberi apa-apa bahan kimia untuk mempercepatkan kematangannya. Jadi proses penanaman soya untuk Shaklee adalah secara semulajadi dan tiada any intervention ya.
Dan apa lagi yang bezanya ESP Shaklee dengan produk soya lain?
Apa yang anda perlu tahu kebiasaannya produk soya akan diproses menggunakan alkoholyang bukan sahaja memusnahkan kandungan isoflavene yang bermanfaat pada kesihatan kita malah boleh menyebabkan pencemaran dari bahan-bahan kimia yang digunakan.
Tapi tidak dengan  ESP Shaklee ya.
Kacang soya yang digunakan dalam penghasilan  ESP Shaklee dicuci dengan air untukmemastikan kandungan isoflavene dan daidzin di dalamnya yang penting untuk kesihatan terpelihara. Pada yang belum tahu isoflavene adalah antara komponen penting dalam pencegahan kanser.
Dan tahukah anda pengambilan ESP Shaklee hanya disarankan 3 sudu besar sehari. Kenapa? Supaya ia tidak membebankan ginjal kita untuk memproses. Jadi banyak ke 3 sudu besar sehari tu? Pada saya tak lah banyak pun. Tapi pada orang lain, ikut pendapat masing-masing lah kan. Pendek kata Shaklee sendiri pun tidak suruh ambil banyak ESP pun sehari. Cukup 3 sudu besar untuk keperluan harian. Bersederhana itu kan lebih baik.
 Kesimpulannya memang ada betulnya soya bahaya pada kesihatan jika anda pilih untuk amalkan soya GMO dan ambil pada kuantiti yang melampau banyak. Tapi pendirian saya, sebagai tumbuhan yang diciptakan oleh Allah, ia tetap ada manfaatnya pada badan dan ambillah pada kuantiti sederhana. Shaklee ESP antara produk berasaskan soya yang dihasilkan dari soya non-GMO dan melalui pemprosesan yang ketat untuk memastikan kualitinya terbaik. Malah cadangan pengambilan seharian sudah ditetapkan untuk memberi manfaat kepada badan dan bukannya memudaratkan badan. Jadi bukan nak promote tapi sebagai produk yang sudah 50 tahun di pasaran, jika benar ESP Shaklee memudaratkan badan semestinya dah lama ia dikeluarkan dari pasaran. Jadi fikir-fikirkan lah. Jangan terlalu percayakan cakap orang. Sebaiknya buat kajian sendiri. Anda akan lebih yakin bila anda sendiri yang mencari jawapannya.
Bagi yang tertanya-tanya apa khasiat ESP Shaklee, boleh baca sini ESP Product .
Dan bagi yang ingin mencuba ESP,blh dapatkan dari saya. Bagaimana ? 
Anda boleh terus hubungi saya :

Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 
 COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Promo Hebat...ESP kembali lagi


Promo ESP beli 6 percuma 1 kini kembali lagi...WOW...

Wah... baru je bulan March haritu Shaklee buat promo ESP, kali ni ESP kembali lagi!!! Nampak sangat ESP Shaklee ni memang Hot Stuff, Hot Selling, Hot Product kan kan!!! hehee...
promo buy 6 free 1 esp shaklee



Kenapa ESP Shaklee berbeza daripada produk Soya lain?

NON - GMO
ESP Shaklee merupakan kacang soya yang tidak diubahsuai secara genetik (Non-GMO) dan diproses di bawah suhu rendah. Penanaman dan pemprosesan Kacang Soya Shaklee tidak melibatkan pengubahsuaian genetik kacang soya tersebut. Tiada modifikasi atau disesuaikan agar cepat tumbuh, lebih tahan lama, daripada biji benih sehinggalah proses pengeluarannya semuanya bersifat semulajadi.
Kerana itulah selalu diperkatakan, 'kepekatan nutrien dalam produk shaklee menghampiri kepada keadaan ia ditemui dalam alam semulajadi'

esp shaklee

Kandungan Hebat

Satu tin ESP (1kg) dihasilkan dari 30 kilogram kacang soya. Ia mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

7 kebaikan dan khasiat ESP Shaklee yang utama perlu anda tahu:

1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan
2. Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita
3. Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal
4. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki
5. Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif
6. Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi
7. Meningkatkan Keupayaan Memori


In short, ESP Shaklee mempunyai 1001 manfaat dan setiap individu dalam keluarga anda berpeluang untuk berkongsi dan mengambil ESP Shaklee bagi pelbagai tujuan.

Dengan Pembelian ESP Shaklee BUY 6 FREE 1 sepanjang bulan ini, anda layak:
❥ Dapat PERCUMA 1 Canister ESP Shaklee (850g) - Bernilai RM150
❥ Pendaftaran KEAHLIAN SEUMUR HIDUP secara PERCUMA - Bernilai RM65
❥ PULANGAN WANG berjumlah RM30++

Rugi anda lepaskan peluang! Penjimatan Sehingga RM2xx!!!

Banyak sangat nak beli? Selain belikan untuk diri sendiri, boleh juga belikan untuk suami/isteri, mak, ayah, kakak, adik, jiran sebelah atau boleh juga kongsi beli dengan rakan-rakan! 

Jadi mengapa beli 1 canister sahaja tetapi tidak 6 canister untuk lebih penjimatan bagi seisi keluarga? Jom dapatkan ESP sempena promo sepanjang Oktober!

Harga: RM150/canister 850g
Buy 6 Free 1: RMXXX (Percuma 1 canister worth RM150)

BERMINAT? Cepat2 hubungi saya ye.

Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 
 COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, 1 October 2014

Sembelit Ketika Berpantang


Sembelit ketika berpantang memang mengerikan 

Alhamdulillah, saya sudah selamat melahirkan bayi kedua kami pada 27 Aug yang lalu dan bermulalah episod saya berpantang dengan Set Bersalin Shaklee. Hari ini saya ingin berkongsi tentang trauma yang dialami semasa berpantang anak pertama saya. Satu-satunya masalah yang saya hadapi ketika itu adalah MASALAH SEMBELIT.
Berdasarkan pengalaman lalu,saya mencuba sendiri product tersebut. Memang saya akui sepanjang tempoh mengandung, masalah sembelit saya tiada lagi. Cuma apabila masuk fasa berpantang, trauma luka jahitan terbuka apabila meneran membuatkan saya was-was juga pada mulanya. 

Testimoni saya : Sembelit Tiada, Proses pembuangan lancar**

Hari ke 2 berpantang, nurse datang melawat dan memeriksa luka jahitan. Jadi nurse nasihatkan untuk jangan kuat meneran ketika membuang kerana dikhuatiri jahitan akan terbuka.Memandangkan sudah hari ke 2 dan saya pun mula merasa gesaan untuk membuang, saya ambil produk ini sebelum tidur semalam. Bangun pagi perut saya mula memulas dan perlu segera ke tandas. Dalam hati risau juga. 

Amazing ! Superb ! Proses pembuangan sangat lancar dan tidak perlu meneran. Syukur sesangat dan perut sangat lega. Tidak perlu risau lagi dengan masalah sembelit semsa berpantang selepas ini dengan izin-Nya. Malah saya tidak berasa sakit di bahagian luka jahitan.

Produk apa yang dimaksudkan oleh saya ?
Tidak lain tidak bukan ialah Shaklee OsteMatrix atau lebih dikenali sebagai shaklee kalsium. Eh, pasti ada tertanya-tanya bagaimana kalsium membantu masalah sembelit ketika berpantang pula. Mari saya jelaskan dengan lebih terperinci.
Shaklee OsteMatrix diformulasi dengan gabungan Kalsium, Magnesium, Vitramin D, Mangan, Copper dan beberapa enzim yang lain. Dalam masalah sembelit ini, Magnesium merupakan mineral yang memainkan peranan penting.

ostematrix Sembelit ketika berpantang memang mengerikan
Bagaimana Magnesium membantu dalam masalah Sembelit ketika berpantang ?
Kesan julap oleh magnesium bertindak dalam 2 mekanisma berbeza. Magnesium melegakan otot di dalam usus yang membantu untuk memberikan pergerakan yang lebih lancar.Selain itu, magnesium juga menyerap air. Kandungan air di dalam kolon berfungsi untuk melembutkan najis dan menjadikan najis lebih mudah untuk dibuang.

Testimoni pengguna lain :
” Selalu pas bersalin mesti sembelit. Saya mengalami sembelit yg sgt teruk sbb dlm pantang sy amalkan ubat farmasi. Bile berenti mkn ubat terus jd sembelit yg teruk..Smpai menagis2 & ambik masa yang lama dlm toilet..Jadi solution sy,,sy kembali ambik zinc dan ostematrik..Hanya 4 hari saje sy pulih dr sengsara sembelit..ALhamdulillah dgn izin Allah sy x mengalami mimpi ngeri lg”

Jika anda juga seperti saya yang pernah mengalami trauma sembelit semasa berpantang atau lebih teruk sehingga mengalami masalah buasir, pastikan anda dapatkan Shaklee OsteMatrix untuk set bersalin anda. Bukan sahaja membantu masalah sembelit malah badan terasa cergas dan in sha Allah membantu masalah kekejangan kaki serta sakit belakang serta memberikan tidur yang lena.
Selingan untuk anda yang tertanya-tanya, ini adalah Set Bersalin Shaklee yang saya amalkan. Ini adalah pakej lengkapnya. Jika mahu tambahan untuk diet, boleh dapatkan konsultasi penuh daripada saya.



Dapatkan Set Bersalin Shaklee anda hari ini juga. Mungkin juga hadiah untuk si isteri yang bakal melahirkan zuriat anda.


Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Daftar Sebagai Ahli Shaklee


Daftar Ahli Shaklee Dengan Upline yang betul.

Pengedar shaklee memang macam cendawan tumbuh kini. Kehebatan produk terus menjadi sebutan dan buah mulut di mana-mana. Pengedar boleh dihubungi di mana-mana seperti di FB, Blog, kawan sepejabat, dsb.

Cuma melalui pemerhatian saya, ramai pada peringkat awal cuma memikirkan sesiapa saja boleh menjadi penaja (mak shaklee) mereka asal mereka boleh beli produk dan jadi ahli.


Agak malanglah kalau sudah ‘terjadi’ ahli shaklee dibawah penaja tak berwibawa kerana keahlian shaklee adalah seumur hidup



Ketahui Hak Anda Sebagai Anak Shaklee

Sebelum menjadi ahli, kenali atau ambil tau siapa bakal penaja kita kerana mak shaklee kita ada manfaat dari anak shakleenya.

Antara Peranan dan Tanggung-jawab penaja ialah:

1. Berkemampuan membimbing tentang produk.

Ramai mengadu mak shaklee mereka tak beri khidmat konsultasi produk yang meyakinkan sehingga mereka tak yakin untuk makan produk.
Ada yang kata bila ditanya macamana nak minum protien, dia jawab ikut suka…
Lebih mencabar apabila berlaku healing crisis, ada yang terus matikan hp atau tak menjawab panggilan lagi, disini letaknya pengetahuan sebenar seorang SID berwibawa tentang produk, kerana pemahaman produk membentuk disiplin terhadap amalan pemakanan suplimen.

2. Pengetahuan tentang Bisnes Plan Shaklee

Tujuan Dr Forest C. Shaklee tidak meletakkan rangkaian produk shaklee di kedai-kedai farmasi, ialah supaya pengguna-penguna shaklee yang mendapat manfaat dari perniagaan shaklee, bukan tokeh-tokeh farmasi.


Caranya ialah kita makan shaklee, rasa bagus dan beritahu keluarga dan kawan-kawan baik kita, begitu lah seterusnya.
Ibarat dari satu anak benih, jadi pokok, berbuah dan tumbuh pokok lain,begitulah seterusnya lagi dan lagi sehingga menjadi dusun seterusnya berkembang menjadi ‘forest ‘ buah-buahan.Mak shaklee anda bertanggung-jawab membimbing anak-anak shaklee mereka yang berminat dengan perniagaan shaklee cara yang terbaik.

Bagaimana pengiraan bonus, kelayakan program kereta, kelayakan melancung dan segala peluang-peluang yang shaklee sediakan.

3. Fleksibiliti Masa

Adakah mak shaklee nanti mampu dihubungi pada jangkamasa panjang atau
amat terhad, mempunyai waktu yang fleksibal untuk keperluan online dan offline.


Bagaimana Untuk Daftar ahli Shaklee

1. Mesti ada Penaja, seorang yang telah berdaftar sebagai pengedar Shaklee (SID).

2. Rm65.00 yuran ahli seumur hidup tambah rm !0.00 untuk postage beg ahli.Jika daftar di mana-mana cawangan shaklee, hanya rm65.00, kit ambik sendiri.

3. Keahlian Percuma seumur hidup sekiranya terus membuat belian sebanyak 200 uv bersamaan lebih kurang rm660.00. Belian melebihi 150 uv juga telah melayakkan bonus pertama dalam shaklee.


Kelebihan Daftar Ahli Shaklee, Antaranya:
1. Kelayakan membeli pada harga ahli seumur hidup.
2. Peluang menjana pendapatan lumayan dalam shaklee.
3. Peluang mendapat bonus kereta.
4. Peluang melancung mewah untuk dalam negara, umrah dan antarabangsa.
5. Peluang memiliki perniagaan sendiri tetapi ada bantuan upline kerana konsep win-win dalam Network Marketing bisness.

Kesimpulan

Saya amat mengalu-ngalukan sesiapa yang ingin berdaftar sebagai ahli shaklee dengan saya dan akan cuba memberikan coaching yang terbaik sesuai dengan pengalaman shaklee saya, lnsyallah.

Pengedar Shaklee dibawah saya juga akan didedahkan dengan people’s skills seperti skil kepimpinan, komunikasi, rapport dsb kerana shaklee merupakan “people’s business”

Berurusan dengan manusia adalah paling mencabar, emosi mereka kena diurus cara terbaik…hasilnya juga pasti terbaik.


Berminat untuk jadi sebahagian group Legasy Umie,
Hubungi saya untuk penerangan lanjut :


Nama : Sunita Arzansu
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.