Thursday, 2 October 2014

Promo Hebat...ESP kembali lagi


Promo ESP beli 6 percuma 1 kini kembali lagi...WOW...

Wah... baru je bulan March haritu Shaklee buat promo ESP, kali ni ESP kembali lagi!!! Nampak sangat ESP Shaklee ni memang Hot Stuff, Hot Selling, Hot Product kan kan!!! hehee...
promo buy 6 free 1 esp shaklee



Kenapa ESP Shaklee berbeza daripada produk Soya lain?

NON - GMO
ESP Shaklee merupakan kacang soya yang tidak diubahsuai secara genetik (Non-GMO) dan diproses di bawah suhu rendah. Penanaman dan pemprosesan Kacang Soya Shaklee tidak melibatkan pengubahsuaian genetik kacang soya tersebut. Tiada modifikasi atau disesuaikan agar cepat tumbuh, lebih tahan lama, daripada biji benih sehinggalah proses pengeluarannya semuanya bersifat semulajadi.
Kerana itulah selalu diperkatakan, 'kepekatan nutrien dalam produk shaklee menghampiri kepada keadaan ia ditemui dalam alam semulajadi'

esp shaklee

Kandungan Hebat

Satu tin ESP (1kg) dihasilkan dari 30 kilogram kacang soya. Ia mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia.

7 kebaikan dan khasiat ESP Shaklee yang utama perlu anda tahu:

1. Rahsia Awet Muda / Anti Penuaan
2. Mempertingkat Fungsi Hormon Wanita
3. Rahsia Kulit Cantik Dan Anjal
4. Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki
5. Memulih Dan Memberi Tenaga Segera Untuk Individu Aktif
6. Jawapan Kepada Masalah Pigmentasi
7. Meningkatkan Keupayaan Memori


In short, ESP Shaklee mempunyai 1001 manfaat dan setiap individu dalam keluarga anda berpeluang untuk berkongsi dan mengambil ESP Shaklee bagi pelbagai tujuan.

Dengan Pembelian ESP Shaklee BUY 6 FREE 1 sepanjang bulan ini, anda layak:
❥ Dapat PERCUMA 1 Canister ESP Shaklee (850g) - Bernilai RM150
❥ Pendaftaran KEAHLIAN SEUMUR HIDUP secara PERCUMA - Bernilai RM65
❥ PULANGAN WANG berjumlah RM30++

Rugi anda lepaskan peluang! Penjimatan Sehingga RM2xx!!!

Banyak sangat nak beli? Selain belikan untuk diri sendiri, boleh juga belikan untuk suami/isteri, mak, ayah, kakak, adik, jiran sebelah atau boleh juga kongsi beli dengan rakan-rakan! 

Jadi mengapa beli 1 canister sahaja tetapi tidak 6 canister untuk lebih penjimatan bagi seisi keluarga? Jom dapatkan ESP sempena promo sepanjang Oktober!

Harga: RM150/canister 850g
Buy 6 Free 1: RMXXX (Percuma 1 canister worth RM150)

BERMINAT? Cepat2 hubungi saya ye.

Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 
 COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday, 1 October 2014

Sembelit Ketika Berpantang


Sembelit ketika berpantang memang mengerikan 

Alhamdulillah, saya sudah selamat melahirkan bayi kedua kami pada 27 Aug yang lalu dan bermulalah episod saya berpantang dengan Set Bersalin Shaklee. Hari ini saya ingin berkongsi tentang trauma yang dialami semasa berpantang anak pertama saya. Satu-satunya masalah yang saya hadapi ketika itu adalah MASALAH SEMBELIT.
Berdasarkan pengalaman lalu,saya mencuba sendiri product tersebut. Memang saya akui sepanjang tempoh mengandung, masalah sembelit saya tiada lagi. Cuma apabila masuk fasa berpantang, trauma luka jahitan terbuka apabila meneran membuatkan saya was-was juga pada mulanya. 

Testimoni saya : Sembelit Tiada, Proses pembuangan lancar**

Hari ke 2 berpantang, nurse datang melawat dan memeriksa luka jahitan. Jadi nurse nasihatkan untuk jangan kuat meneran ketika membuang kerana dikhuatiri jahitan akan terbuka.Memandangkan sudah hari ke 2 dan saya pun mula merasa gesaan untuk membuang, saya ambil produk ini sebelum tidur semalam. Bangun pagi perut saya mula memulas dan perlu segera ke tandas. Dalam hati risau juga. 

Amazing ! Superb ! Proses pembuangan sangat lancar dan tidak perlu meneran. Syukur sesangat dan perut sangat lega. Tidak perlu risau lagi dengan masalah sembelit semsa berpantang selepas ini dengan izin-Nya. Malah saya tidak berasa sakit di bahagian luka jahitan.

Produk apa yang dimaksudkan oleh saya ?
Tidak lain tidak bukan ialah Shaklee OsteMatrix atau lebih dikenali sebagai shaklee kalsium. Eh, pasti ada tertanya-tanya bagaimana kalsium membantu masalah sembelit ketika berpantang pula. Mari saya jelaskan dengan lebih terperinci.
Shaklee OsteMatrix diformulasi dengan gabungan Kalsium, Magnesium, Vitramin D, Mangan, Copper dan beberapa enzim yang lain. Dalam masalah sembelit ini, Magnesium merupakan mineral yang memainkan peranan penting.

ostematrix Sembelit ketika berpantang memang mengerikan
Bagaimana Magnesium membantu dalam masalah Sembelit ketika berpantang ?
Kesan julap oleh magnesium bertindak dalam 2 mekanisma berbeza. Magnesium melegakan otot di dalam usus yang membantu untuk memberikan pergerakan yang lebih lancar.Selain itu, magnesium juga menyerap air. Kandungan air di dalam kolon berfungsi untuk melembutkan najis dan menjadikan najis lebih mudah untuk dibuang.

Testimoni pengguna lain :
” Selalu pas bersalin mesti sembelit. Saya mengalami sembelit yg sgt teruk sbb dlm pantang sy amalkan ubat farmasi. Bile berenti mkn ubat terus jd sembelit yg teruk..Smpai menagis2 & ambik masa yang lama dlm toilet..Jadi solution sy,,sy kembali ambik zinc dan ostematrik..Hanya 4 hari saje sy pulih dr sengsara sembelit..ALhamdulillah dgn izin Allah sy x mengalami mimpi ngeri lg”

Jika anda juga seperti saya yang pernah mengalami trauma sembelit semasa berpantang atau lebih teruk sehingga mengalami masalah buasir, pastikan anda dapatkan Shaklee OsteMatrix untuk set bersalin anda. Bukan sahaja membantu masalah sembelit malah badan terasa cergas dan in sha Allah membantu masalah kekejangan kaki serta sakit belakang serta memberikan tidur yang lena.
Selingan untuk anda yang tertanya-tanya, ini adalah Set Bersalin Shaklee yang saya amalkan. Ini adalah pakej lengkapnya. Jika mahu tambahan untuk diet, boleh dapatkan konsultasi penuh daripada saya.



Dapatkan Set Bersalin Shaklee anda hari ini juga. Mungkin juga hadiah untuk si isteri yang bakal melahirkan zuriat anda.


Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Daftar Sebagai Ahli Shaklee


Daftar Ahli Shaklee Dengan Upline yang betul.

Pengedar shaklee memang macam cendawan tumbuh kini. Kehebatan produk terus menjadi sebutan dan buah mulut di mana-mana. Pengedar boleh dihubungi di mana-mana seperti di FB, Blog, kawan sepejabat, dsb.

Cuma melalui pemerhatian saya, ramai pada peringkat awal cuma memikirkan sesiapa saja boleh menjadi penaja (mak shaklee) mereka asal mereka boleh beli produk dan jadi ahli.


Agak malanglah kalau sudah ‘terjadi’ ahli shaklee dibawah penaja tak berwibawa kerana keahlian shaklee adalah seumur hidup



Ketahui Hak Anda Sebagai Anak Shaklee

Sebelum menjadi ahli, kenali atau ambil tau siapa bakal penaja kita kerana mak shaklee kita ada manfaat dari anak shakleenya.

Antara Peranan dan Tanggung-jawab penaja ialah:

1. Berkemampuan membimbing tentang produk.

Ramai mengadu mak shaklee mereka tak beri khidmat konsultasi produk yang meyakinkan sehingga mereka tak yakin untuk makan produk.
Ada yang kata bila ditanya macamana nak minum protien, dia jawab ikut suka…
Lebih mencabar apabila berlaku healing crisis, ada yang terus matikan hp atau tak menjawab panggilan lagi, disini letaknya pengetahuan sebenar seorang SID berwibawa tentang produk, kerana pemahaman produk membentuk disiplin terhadap amalan pemakanan suplimen.

2. Pengetahuan tentang Bisnes Plan Shaklee

Tujuan Dr Forest C. Shaklee tidak meletakkan rangkaian produk shaklee di kedai-kedai farmasi, ialah supaya pengguna-penguna shaklee yang mendapat manfaat dari perniagaan shaklee, bukan tokeh-tokeh farmasi.


Caranya ialah kita makan shaklee, rasa bagus dan beritahu keluarga dan kawan-kawan baik kita, begitu lah seterusnya.
Ibarat dari satu anak benih, jadi pokok, berbuah dan tumbuh pokok lain,begitulah seterusnya lagi dan lagi sehingga menjadi dusun seterusnya berkembang menjadi ‘forest ‘ buah-buahan.Mak shaklee anda bertanggung-jawab membimbing anak-anak shaklee mereka yang berminat dengan perniagaan shaklee cara yang terbaik.

Bagaimana pengiraan bonus, kelayakan program kereta, kelayakan melancung dan segala peluang-peluang yang shaklee sediakan.

3. Fleksibiliti Masa

Adakah mak shaklee nanti mampu dihubungi pada jangkamasa panjang atau
amat terhad, mempunyai waktu yang fleksibal untuk keperluan online dan offline.


Bagaimana Untuk Daftar ahli Shaklee

1. Mesti ada Penaja, seorang yang telah berdaftar sebagai pengedar Shaklee (SID).

2. Rm65.00 yuran ahli seumur hidup tambah rm !0.00 untuk postage beg ahli.Jika daftar di mana-mana cawangan shaklee, hanya rm65.00, kit ambik sendiri.

3. Keahlian Percuma seumur hidup sekiranya terus membuat belian sebanyak 200 uv bersamaan lebih kurang rm660.00. Belian melebihi 150 uv juga telah melayakkan bonus pertama dalam shaklee.


Kelebihan Daftar Ahli Shaklee, Antaranya:
1. Kelayakan membeli pada harga ahli seumur hidup.
2. Peluang menjana pendapatan lumayan dalam shaklee.
3. Peluang mendapat bonus kereta.
4. Peluang melancung mewah untuk dalam negara, umrah dan antarabangsa.
5. Peluang memiliki perniagaan sendiri tetapi ada bantuan upline kerana konsep win-win dalam Network Marketing bisness.

Kesimpulan

Saya amat mengalu-ngalukan sesiapa yang ingin berdaftar sebagai ahli shaklee dengan saya dan akan cuba memberikan coaching yang terbaik sesuai dengan pengalaman shaklee saya, lnsyallah.

Pengedar Shaklee dibawah saya juga akan didedahkan dengan people’s skills seperti skil kepimpinan, komunikasi, rapport dsb kerana shaklee merupakan “people’s business”

Berurusan dengan manusia adalah paling mencabar, emosi mereka kena diurus cara terbaik…hasilnya juga pasti terbaik.


Berminat untuk jadi sebahagian group Legasy Umie,
Hubungi saya untuk penerangan lanjut :


Nama : Sunita Arzansu
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday, 30 September 2014

Apa itu Lotus Birth ?


Assalamualaikum dan Salam Ceria,
Baru2 nie saya ade ternampak pasal lotus birth nie di facebook.Ramai yang tertanya2 mengenai kes uri tak dipotong selepas lahir.Ok Hari ini saya nak kongsikan artikel tentang Lotus Birth, pasti ramai yang belum pernah mendengar tentangnya…ini ada sedikit info yang dapat saya sediakan tentang kaedah kelahiran ini
Apa itu Lotus BirthLotus Birth berbeza dengan kaedah kelahiran yang biasa, kerana  tali pusat akan dipotong sebaik saja ia berhenti berdenyut. Kemudian plasenta (uri) akan dibersihkan dan ditanam namun dalam Lotus Birth, tali pusat tidak dipotong, dan dibiarkan bersambung antara bayi dan plasenta hinggalah ia tercabut dengan sendirinya.
Ironinya dalam Lotus Birth ini ialah plasenta telah memberi manfaat kepada bayi selama 9 bulan ketika  bayi dalam kandungan, maka ia boleh terus memberi faedah kepada bayi selepas kelahiran. Pengamal Lotus Birth percaya bahawa dengan kaedah ini, bayi tidak memerlukan imunisasi tambahan, kerana plasenta memberi cukup bekalanantibodi dan imunisasi yang diperlukan oleh bayi.
lotus-birth-bengkung moden
Kaedah Lotus Birth:
  • Plasenta atau uri dibiarkan melekat bersama tali pusat dan bayi.
  • Plasenta atau uri dimasukkan ke dalam mangkuk yang bersih.
  • Tunggu sehingga tali pusat bayi berhenti berdenyut.
  • Plasenta dibasuh dengan berhati-hati.
  • Keringkan plasenta dan pastikan ada pengaliran udara agar ia cepat kering.
  • Boleh gunakan bunga-bungaan atau herba bagi mengelakkan bau yang tidak menyenangkan dari plasenta.
  • Pastikan talipusat bayi dan plasenta sentiasa dalam keadaan kering.
  • Bayi diuruskan seperti biasa dengan talipusat masih melekat pada badannya.
  • Biasanya selepas seminggu talipusat akan tertanggal dan plasenta boleh diuruskan seperti biasa; tanam dan sebagainya.
lotus-birth-bengkung-modern
Lotus Birth dikatakan terdapat dalam ajaran Buddha, mungkin ada kaitan dengan kelahiran Siddhartha Gautama yang boleh berjalan sebaik saja dilahirkan, dan setiap langkahnya menghasilkan bunga teratai.
Di dalam Islam, uri diharuskan ditanam selepas dibersihkan dengan baik sebagai tanda pernghormatan terhadapnya.
Negara Amerika merupakan negara perintis Lotus Birth ini , dan diperjelaskan bahawaLotus Birth ini sebagai langkah pencegahan untuk melindungi bayi dari jangkitan luka yang terbuka.
Walaupun ia agak baru di Malaysia,Budaya tidak memotong talipusat ini telah lama diamalkan dalam  budaya Bali dan budaya orang asli. Bali mempunyai pelbagai tradisi dan ritual mengenai proses kelahiran. Setiap kelahiran membawa cerita yang baru dan berbeza untuk dijadikan sebuah pelajaran. Setiap wanita menyanyikan lagu kelahiran sendiri untuk bayinya. Ada banyak kegembiraan dan perayaan pada saat kelahiran.
Antara beberapa sebab mengapa ibu-ibu memilih untuk melahirkan secara Lotus Birth?
1.Tidak ada keinginan ibu untuk memisahkan plasenta dari bayi dengan cara memotong tali pusat
2.Supaya proses peralihan bayi berlaku secara lembut dan damai, yang membolehkan penolong persalinan untuk memotong tali pusat pada masa yang tepat.
3.Merupakan suatu penghormatan terhadap bayi dan plasenta.
4.100% memastikan bahawa bayi mendapat kandungan darah optimum dan khusus yang diperlukan bagi bayi.
5.Mendorong ibu untuk menenangkan diri pada minggu pertama selepas bersalin sebagai masa pemulihan sehingga bayi mendapat perhatian penuh.
6. Mengurangkan kematian bayi kerana pengunjung yang ingin bertemu bayi. Sebahagian besar pengunjung akan lebih memilih untuk menunggu hingga plasenta telah lepas.
7.Alasan rohani atau emosional.
8.Tradisi budaya yang harus dilakukan.
9.Tidak bimbang tentang bagaimana mengklem, memotong atau mengikat tali pusat.
10.Kemungkinan menurunkan risiko jangkitan (Lotus birth memastikan sistem tertutup antara plasenta, tali pusat, dan bayi sehingga tidak ada luka terbuka)
11.Kemungkinan menurunkan waktu penyembuhan luka pada perut (adanya luka memerlukan masa untuk penyembuhan.sedangkan jika tidak ada luka, masa penyembuhan akan sekurang-kurangnya)
Hanya kerana tali pusat telah berhenti berdenyut tidak bermakna tali pusat menjadi tidak berguna lagi. Tali pusat boleh terus berdenyut sekitar 2 hingga 3 jam.
Apapun sebabnya untuk mengenal pasti kebaikan dan keburukan dalam sesuatu tindakan, rujuk lah kepada pakar-pakar dlm bidang tertentu atau sebagai sandaran. Dapatkan saranan daripada pihak-pihak yang lebih tahu tentang hal ini..
Anda boleh membaca rujukan lanjut tentang lotus birth ini di sini atau anda juga boleh baca apa itu lotus birth

Apa-apa pun, perkongsian kami tentang Lotus Birth ini adalah untuk menambah pengetahuan anda.
Untuk cara>>  pengurusan uri mengikut ajaran Islam, anda boleh rujuk di link berikut <<Pengurusan uri mengikut ajaran islam 
Wasalam

Set Basic Shaklee


Set Basic Shaklee
Set Basic Shaklee bolehlah dianggap set pengenalan kepada pelanggan yang mempunyai bajet yang agak terhad atau prospect yang belum begitu yakin untuk mengeluarkan wang yang agak besar untuk supplement.Sedikit kekurangannya ialah ianya lebih bersifat merawat symptom tetapi tetap lebih baik dari tidak mengambil langsung, sebab shaklee 100% semulajadi dan selamat, berkesan dan mesra alam sekitar, antara slogan Shaklee.
Antara contoh Set Basic Shaklee


Shaklee ada macam-macam produk lagi, dan setiap produk pula ada manfaatnya yang tersendiri, kalau saya cerita satu-satu, nanti tentu rasa nak makan semua…
Sebab tu Dr Forest C Shaklee tak jual produk Shaklee di farmasi kecuali di Singapura, supaya pengguna shaklee mampu makan semuanya, dengan menyertai keluarga besar shaklee, just consume and share…senang tak senang, susah pun tak susah.
Bolehlah hubungi saya untuk untuk produk2 yang bersesuaian dgn anda :
Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, 29 September 2014

Cash On Delivery (COD) Shaklee


Assalamualaikum,

Saya pengedar sah shaklee puchong.




Anda nak jimat kos postage? Nak Cepat ? Kami boleh (COD) barang-barang dari Shaklee terus kepada anda ? Perkhidmatan COD di kawasan-kawasan tersebut !

  • Taman Putra Perdana
  • Puchong
  • Cyberjaya
  • Putrajaya
  • Shah alam
Jika nak aturkan COD, boleh terus hubungi saya :

Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy 
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

KENALI MASALAH KEGEMUKAN ANDA


KENALI MASALAH KEGEMUKAN ANDA




Setiap orang mempunyai masalah kegemukan yang berbeza. Meh nak explain kepada anda untuk kenali jenis-jenis kegemukan yang mungkin punca anda lambat nak turun..

JENIS-JENIS KEGEMUKAN..
Kegemukan adalah dimana berat badan kita melebihi 20 peratus beratus ideal. Ini berlaku disebabkan kalori yg masuk kedalam badan kita melebihi kalori yang diperlukan. Maka akan penyebabkan berlaku pengumpulan lemak dibahagian bahagian tertentu badan.


Kegemukan individu boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu :

Gemuk Air
• Badan mengelembir dan lembik disebabkan oleh kandungan air yang tidak diperlukan berlebihan di dalam badan.
• Badan akan terasa cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian.

Gemuk Angin
• Perut terasa sebu adakalanya sukar untuk membuang angin keluar.
• Mudah mendapat sakit kepala.
GEMUK AIR dan GEMUK ANGIN : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasai lengan tangan mengelembir dan lembik.

Gemuk Daging
• Badan berasa berat dan pejal.
• Mudah penat apabila melakukan tugas harlan.
• Proses penurunan agak lambat berbanding mereka yang gemuk air atau angin kerana lemak di dalam badan menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.
• Proses penurunan melalui perpeluhan dan mengikut pantang yang disarankan.

GEMUK DAGING : Picit bahagian lengan tangan, anda akan merasa pejal dan padat.
Gemuk air dan Gemuk angin mudah untuk turun berat badan tetapi Gemuk Daging mengambil sedikit masa untuk turun. Gemuk Daging berpunca dari lemak yang berkumpul menjadi tepu dan bergumpal bersama daging.

Anda Mencari Supplement utk Menurunkan berat badan ??
Shaklee boleh membantu. Hubungi saya utk dapatkan konsultasi serta produk yang sesuai utk anda.




Nama : Sunita Arzansu 
Sms / call / whatsapp: 013-3493711 
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
FB Page : Vitamin Umie Beauty & Healthy
Email: sunita.arzansu@gmail.com 
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.