Saturday, 10 May 2014

MAKANAN TERBAIK IBU DALAM PANTANG


Salam mommies...

Mesti ade mommies2 yg tgh pantang sekarang kan...
ok...jom kita teruskan ape agak nya makanan yg terbaik utk org dlm pantang nie.

Mengikut sesetengah petua Melayu, ibu-ibu dalam pantang disyorkan makan nasi berlaukkan ikan masin atau ikan panggang berkunyit dan meminum air mengikut sukatan jari (dua ruas jari untuk sekali minum). Akibat diet cara ini (kurang berzat dan kurang air) ibu-ibu terdedah kepada risiko penyakit buah pinggang dan tekanan darah rendah. 

Oleh sebab itulah makan perubatan moden menentang amalan berpantang cara Melayu. Ingin diingatkan, cara pemakanan tersebut bukanlah cara Melayu tradisional yang sejati tetapi merupakan sebahagian cara hidup mereka yang kurang berkemampuan.


Jenis ikan

Ibu dalam pantang dilarang memakan ikan masin atau ikan kering kerana makanan tersebut hanya akan menyebabkan darah nifas berbau busuk, cepat kering serta melemahkan daya ketahanan fizikal dan mental. Ilmu perbidanan Melayu menggalakkan memakan ikan yang segar, mengelakkan ikan yang berbisa seperti bawal hitam, terubuk, duri, pari, sembilang serta parang kerana takut menyebabkan bisa atau bentan pada pintu rahim.

Selain ikan berbisa, jenis ikan yang dilarang yang menyebabkan kegatalan kulit serta menimbulkan reaksi alahan ialah ikan kembung, tamban, cencaru, atau tongkol dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain.

Mengikut petua Melayu, ikan yang disyorkan dalam pantang bersalin ialah haruan dan yu. Ia dipercayai boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran. Ikan haruan yang hidup di dalam lumpur mengandungi khasiat mineral yang tinggi bagi menyembuhkan luka. Secara tradisi, ikan yu dipercayai dapat membanyakkan susu ibu dan beberapa kajian saintifik turut mendapati perkara tersebut benar.

Ulam-ulaman

Terdapat pelbagai jenis ulam tempatan yang mudah diperoleh di mana-mana, antaranya serai, lengkuas, daun atau ubi cekur, bunga kantan, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Selain ulam di atas, terdapat ulam berkhasiat yang sesuai dimakan oleh ibu dalam pantang, antaranya: Daun pegaga, pucuk mengkudu, ulam raja, daun lemuni hitam, daun kaduk, daun sekentut, daun cemumar, daun pudina, daun kari, daun bebuas dan daun ruku.

Jenis sayuran dan buahan

Ibu bersalin dilarang memakan sayur-sayuran menjalar, sejuk serta berangin. Antaranya ialah kangkung, timun, sayur keladi, pucuk ubi, pucuk paku, bayam, sayur atau daun keti (bunga putih), kacang panjang, petola, labu, rebung, kacang botor, jeruk maman, petai, jering serta terung. Ibu bersalin juga harus mengelakkan minuman bergas, sejuk serta tajam seperti air tebu, cincau, kelapa muda serta buah-buahan seperti nenas, jambu, belimbing, durian belanda, mangga, betik, ciku, langsat, tembikai cina, nangka, cempedak, pisang masak hijau, pisang nangka, pisang embun, pisang udang, ubi kayu, ubi keladi, sengkuang, manggis, macang, kuinin, dan binjai. 

Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.

Jenis ayam dan burung

Ibu bersalin disyorkan memakan ayam hitam, ayam didik atau ayam selasih yang digaul dengan halia tua, garam kasar dan madu lebah. Ayam ini dikukus dan diambil patinya untuk mengembalikan ketahanan tubuh. Burung puyuh dan merpati juga baik untuk melancarkan aliran darah dan mengatasi masalah sukar tidur pada waktu malam.

sumber : tips kesihatan ibu


Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) Email: sunita.arzansu@gmail.com Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ Sms / call / whatsapp: 013-3493711 Pages Facebook : Vitamin Umie Beauty & Healthy ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

BERPANTANG ADAT CINA DAN INDIA

Hi mommies semua...

ok...sekarang sharing pasal adat berpantang org cina dan india.Sebenarnya adat berpantang kite nie same je...cuma cara je kot berbeza..
Tujuan yang ditekankan untuk menjalani proses pantang turut masih memberi penekanan untuk mengekalkan kecantikan luaran dan dalaman untuk jangka masa panjang. Sebagai contoh, tumpuan diberikan lebih kepada aspek pemakanan.
 Amalan masyarakat India
Suri rumah yang masih mengamalkan cara berpantang tradisional, K Kausalya Devi berkata, dia meyakini berpantang banyak membantu dirinya bukan saja untuk mengekalkan kelangsingan tubuh tapi mengembalikan kecergasan diri.
"Saya yakin, tidak banyak perbezaan dalam cara berpantang antara Cina, Melayu mahu pun India. Sebagai contoh, sepanjang berpantang, makanan yang `sejuk´ perlulah dielakkan kerana ia boleh menyebabkan badan berasa sejuk, lantas menyebabkan tubuh menjadi `tidak kuat´ pada waktu tua.
"Selain itu, kami juga mengamalkan kaedah mengikat tubuh menggunakan kain bagi mengelakkan otot tubuh mengembang selepas melahirkan bayi. Cuma seperkara menjadi kelainan adalah kami menggunakan kain sari untuk dijadikan bengkung selepas ramuan khas disapukan di perut," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.
Menceritakan lebih lanjut pengalamannya berpantang, ibu kepada tiga anak memberitahu sepanjang tempoh itu pelbagai pantang larang perlu dituruti demi menjaga kesihatan diri dan anak yang baru dilahirkan. Walaupun kurang selesa dengan keadaan itu, dia akur.
"Masih jelas di kotak pemikiran saya bagaimana perut saya disimbah dengan air ketika dimandikan mak bidan. Percikan air yang kuat menusuk terus ke dinding perut menyebabkan perut saya rasa seperti ditumbuk.
"Mak bidan memberitahu saya, kaedah menyimbah air seperti itu bertujuan untuk membuang darah beku yang tersekat dalam perut. Namun, ia perlulah dilakukan dengan teknik betul dan hanya oleh mereka yang benar-benar berpengalaman," katanya sambil tergelak kecil menceritakan keadaannya ketika itu.
Menyambung lanjut, Devi memberitahu dia juga tidak dibenarkan membasuh rambut setiap hari sebaliknya ia dilakukan secara berselang seli. Wanita itu juga tidak dibenarkan membersihkan diri selepas jam 10 pagi kerana khuatir badan akan menyerap air dan menyebabkan kembung.
Katanya, kepalanya turut diasap menggunakan kemenyan, yang dipercayai mampu memanaskan kepala selepas dibilas dengan air. Kaedah mengasap itu turut dilakukan pada bayi bagi mengekalkan badan mereka panas.
Selain itu, jelasnya, bagi mengelakkan bayi daripada gangguan ketika tidur, dahi mereka akan ditandakan hitam supaya mereka tidak terkejut ketika tidur. Malah, tetamu mengunjungi keluarga yang baru mendapat bayi juga tidak digalakkan menjamu selera di rumah itu.
Wanita yang membesar dalam persekitaran Melayu itu juga memberitahu masyarakat India percaya adalah tidak elok untuk duduk di ambang pintu sepanjang kehamilan kerana khuatir kepala bakal bayi dilahirkan nanti besar.
Ditanya cara pemakanan yang diamalkan bagi membuang angin dalam badan sepanjang tempoh berpantang, Devi menjelaskan masyarakatnya gemar menggunakan bawang putih sebagai bahan asas menghilangkan rasa kembung malah ia juga dipercayai baik untuk bayi menyusu.
Kelebihan bahan semula jadi seperti kapur juga digunakan untuk merawat kesan parut regangan pada perut dan bahagian lain seperti peha dan lengan.
"Selain mengelakkan pengambilan makanan yang banyak pada satu waktu, kami juga dilatih untuk mengurangkan pengambilan makanan sejuk seperti timun, tembikai, kangkung, kubis dan buah kundur. Elak juga makanan mengandungi banyak lemak dan santan.
"Bahan penting yang perlu ada dalam masakan ialah halia, lada hitam, ketumbar, cekur dan pokok kekunci. Tidak cukup dengan itu, ibu yang sedang berpantang akan dipaksa untuk memakan bawang putih goreng mengikut jumlah dan keperluan ditetapkan," jelasnya lagi.
Devi memberitahu, selain memberi penekanan pada pantang larang dan peraturan, ibu yang sedang hamil juga sering dinasihatkan untuk menceriakan hari mereka sambil melakukan pelbagai aktiviti sekali gus sentiasa bersikap positif.
"Kami percaya, apabila ibu yang hamil menjalani kehidupan yang bermakna sepanjang usia kandungan, ia bakal mempengaruhi perkembangan bayi dan apabila dilahirkan, kanak-kanak itu akan membesar menjadi seorang individu yang ceria dan baik.
"Jika kita murung dan menjadikan masalah yang dihadapi sebagai satu bebanan, anak yang bakal dilahirkan nanti akan turut menerima kesannya," katanya menamatkan perbualan.
 Amalan masyarakat Cina
SEMENTARA itu, model terkenal, Amber Chia menjelaskan, wanita Cina yang mengandung sentiasa diberi kawalan ketat dalam setiap tindak-tanduk dan kegiatan seharian mereka, malah ibu mentua yang bertanggungjawab menjaga wanita mengandung dan bukannya suami.
Katanya, masyarakat Cina juga amat mementingkan anak lelaki. Ini kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka melalui pewarisan nama nenek moyang. Anak perempuan hanya menjadi milik ibu bapa buat sementara waktu dan apabila berkahwin, mereka dianggap menjadi milik keluarga suaminya.
"Banyak pantang larang yang perlu dipatuhi semasa mengandung. Antaranya, ibu mengandung tidak dibenarkan melakukan kerja seperti memaku kerana dikhuatiri bayi yang lahir akan mengalami kecacatan.
"Wanita hamil juga perlu mengawal tingkah laku seperti tidak mengeluarkan kata-kata kesat dan dilarang memukul binatang. Ini bertujuan menghindari bayi daripada terkena badi. Mereka juga digalakkan bekerja supaya mudah bersalin," katanya.
Model yang sarat mengandung bayi sulungnya itu berkata, masyarakat Cina juga percaya memberi nama kepada bayi belum lahir semasa mengandung juga tidak boleh dilakukan bagi mengelak perasaan kecewa andai harapan tidak tercapai. Selain itu, wanita hamil turut tidak digalakkan terlalu kerap menggosok perut mereka kerana khuatir bayi yang dilahirkan akan bersifat manja.
"Banyak perkara yang perlu dituruti sepanjang kehamilan. Namun itu tidak mengecualikan wanita Cina untuk terus berdisiplin meneruskan pantang selepas melahirkan bayi. Antaranya berpantang selama 40 hari. Ibu berpantang juga tidak dibenarkan mandi air sejuk kerana dibimbangi masuk angin.
"Pusat bayi yang baru dilahirkan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perutnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan perut bayi dimasuki angin dan untuk mengeringkan tali pusat," jelasnya.
Amber menjelaskan, dari segi pemakanan pula masyarakat Cina menggunakan sejenis arak yang dibuat daripada beras diperam dalam masakan mereka. Arak itu dimasukkan bersama-sama ayam, halia dan lada, lalu digoreng. Masakan panas dan pedas ini dipercayai dapat mengeluarkan angin daripada badan wanita yang bersalin di samping menguatkan semula tenaga.
Katanya, masyarakat Cina juga tidak terkecuali mengadakan kenduri kesyukuran seperti masyarakat Melayu, iaitu apabila bayi mencapai usia sebulan. Kuih khas berbentuk bulat berwarna merah dan kuning berintikan kacang dan telur yang diwarnai merah diberikan kepada saudara terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah seperti pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu terbabit.
"Seperti masyarakat Melayu, kami juga menyambut meriah kehadiran anggota baru. Selain majlis kesyukuran, masyarakat Cina turut mengamalkan adat mencukur rambut kerana beranggapan rambut bayi yang dilahirkan adalah rambut sementara.
"Rambut yang tumbuh semasa dalam kandungan perlu dicukur untuk membenarkan kehadiran rambut baru. Adat ini sebagai pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat," katanya.
==============================
Dapatkan Set Berpantang Lengkap disini...

Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) Email: sunita.arzansu@gmail.com Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ Sms / call / whatsapp: 013-3493711 Pages Facebook : Vitamin Umie Beauty & Healthy ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

BERPANTANG ADAT MELAYU


Pengenalan
Menanti detik kelahiran adalah sesuatu yang mendebarkan bagi ibu-ibu terutamanya bagi yang menyambut kelahiran pertama. Tempoh sembilan bulan dilalui dengan penuh harapan dan ketabahan. Kandungan diberi perhatian yang sewajarnya semoga cahaya mata yang bakal dilahirkan membawa sinar kebahagiaan.

Detik kelahiran yang tiba ditempuh dengan tabah. Tangisan pertama yang kedengaran bagaikan memberi semangat, apalagi apabila sicomel yang didakap buat pertama kalinya lena dalam pelukan. Terasa mengalir perasaan keibuan dan kasih sayang yang melimpah untuk sicomel.

Selamat melahirkan, bagi ibu-ibu muda tempoh berpantang merupakan satu pengalaman baru. Badan harus dirawat agar bila tamat tempoh berpantang, anda tetap kelihatan segar semula seperti sebelumnya. Berpantang merupakan tempoh waktu membosankan bagi setiap wanita selepas bersalin kerana menunuggu selama 44 hari ibarat bertahun lamanya. Namun bagi mereka yang tahu akan rahsia berpantang, saat ini dipergunakan semaksimanya untuk mengembalikan kecantikan dan kesihatan diri luar dan dalam.
Amalan yang diwarisi daripada nenek moyang tidak sukar dilakukan, malah dedaun dan herba yang digunakan bagi tujuan rawatan, kini boleh dibeli di pasar harian. Bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk mendapatkan dedaun, rempah-ratus dan herba untuk tujuan rawatan sendiri, bolehlah mendapatkan set bersalin lengkap yang sedia dijual di pasaran. Kini terdapat pelbagai gedung kecantikan yang menjual dan menawarkan rawatan kecantikan khas bagi ibu bersalin seperrti Mustika Ratu, Lia Sari, Sari Ayu, Nona Roguy dan banyak lagi. 
Rawatan Tradisional Melayu

Kebanyakan wanita muda masih mengutamakan cara perubatan tradisional serta petua daripada orang tua-tua bagi menjaga kesihatan diri sewaktu mengandung dan berpantang. Biasanya amalan berpantang cara orang dulu-dulu dilakukan dengan bimbingan orang yang lebih tua. Kaedahnya pelbagai, bergantung kepada keturunan dan budaya seseorang. Misalnya cara wanita Sarawak mungkin berbeza dengan orang utara. Begitu juga ibu berketurunan Jawa, Arab, Cina atau India berbeza petua dan rahsia yang menjadi amalan mereka. Walau apa jua cara yang digunakan, tujuannya tetap sama iaitu ingin menyembuhkan luka dan kesakitan ibu ketika bersalin dan selepas bersalin. Banyak perkara misteri yang masih belum terhurai dan terjawab tentang rawatan selepas bersalin secara tradisi Melayu warisan pusaka. Apa lagi kalau hendak dihuraikan secara saintifik kerana masih belum ada penyelidikan dijalankan untuk membuktikan kebaikannya terhadap kaum wanita. Namun kita sedia maklum akan khasiat herba dalam mengubati beberapa penyakit seperti akar Tongkat Ali atau nama sainsnya Eurycoma longfolia, Bunga Pakma dikenali juga sebagai Rafflesia, Kacip Fatimah iaitu Labisia pumila dan lain-lain lagi. Rawatan dalam berpantang boleh dikategorikan kepada beberapa perkara dan menggunakan ramuan-ramuan yang tertentu. Antara rawatan tersebut adalah bertungku, berurut, mandi herba dan mandi lulur, bertangas, memakai bengkung, berpilis, bertasak, minum air akar kayu dan jamu serta berpantang makan dan minum


Makanan Berkhasiat Untuk Yang Berpantang

Jika merawat diri tetapi tidak berpantang makan samalah seperti mandi tidak bersabun. Pada minggu awal bersalin eloklah dimakan makanan yang kering bagi tujuan mengecutkan rahim. Hidangan yang pedas, gatal, berlemak dan terlalu berminyak tidak elok dimakan. Kalau ditanya pendapat orang tua-tua atau bidan kampung, mereka akan mengatakan ianya adalah untuk mengelakkan meroyan atau tempat peranakan menjadi licin dan tidak kembali ke tempat asalnya. Minum air batu atau minum terlalu banyak air juga akan menyebabkan urat dan peranakan menjadi kembang. Namun tidak diketahui sejauh mana kebenarannya akan perkara ini. Perkara yang nyata mengamalkan pantang makan selepas bersalin membuatkan ibu kembali sihat malahan anggun dan ceria kerana mengurangkan pengambilan lemak, gula dan minyak yang berlebihan. Sebenarnya banyak hidangan yang boleh dijadikan menu ibu bersalin, dengan cara memasak yang berbeza, sama ada dipanggang, direbus atau dikukus. Lada hitam , halia, serai, asam gelugur dan rempah ratus adalah sebagai perisa yang dijadikan aroma serta membangkitkan selera makan ibu. Selain dari itu ulaman seperti pegaga (Centella asiatica), kunyit (Curcuma domestica), halia (Zingiber officinale), cekur (Kaempferia galanga), mengkudu (Morinda citrifolia) dan sebagainya boleh mengimbangi diet di dalam makanan ibu-ibu di samping mempunyai khasiat yang tinggi untuk tujuan rawatan semasa berpantang. Menurut orang tua-tua buah mengkudu (Morinda citrifolia) jika dimakan mentah mempunyai khasiat yang sama dengan seperiuk ubat akar kayu. Cara makannya, ia perlu dimakan dengan sedikit garam dan terus ditelan. Ia tidak boleh dikunyah kerana boleh menyebabkan mulut berasa terbakar. Makanan yang menyebabkan angin patut dielakkan. Angin atau dalam bahasa saintifiknya flatulence boleh didefinisikan sebagai situasi di mana seseorang terasa sangat kenyang. Menurut Mary Easaw, Pengurus Dietetik & Dietari di Intitut Jantung Negara, selain dari beberapa faktor tertentu, makanan turut menjadi penyumbang kepada masalah angin. Masalah angin yang disebabkan oleh makanan adalah berbeza dari seorang individu kepada individu yang lain.

Makanan yang menyumbang kepada penghasilan angin di dalam perut;
• • Legumes - kebanyakannya dari jenis kekacang kering, kacang panjang dan kacang soya.
• • Susu dan hasil susu - susu, aiskrim dan keju.
• • Sayur-sayuran - kubis, lobak putih, lobak merah, kubis brussel, bawang, kubis bunga, asparagus, timun dan brokoli.
• • Sayuran berubi - kentang dan sengkuang
• • Buah-buahan - prun, aprikot, epal, kismis, pisang, sukun, nangka, pear dan pic.
• • Bijirin dan roti - kesemua jenis makanan yang mengandungi gandum dan produk daripada gandum termasuk bijirin, roti dan pastri.
• • Makanan berlemak - makanan bergoreng, lemak daging, sos krim dan sos tartar.
• • Cecair - minuman bikarbonat soda, fizi, minuman bergas, ubatan atau serbuk.
• • Seserat (fiber) - kacang, oat, bran dan kacang panggang.

Minum Air Akar Kayu Dan Jamu

Semasa tempoh berpantang ibu-ibu digalakkan minum air akar kayu dan jamu yang boleh dibeli terus dari penjual-penjual ubatan tradisional. Minum air akar kayu dan jamu menyihatkan badan di samping mengembalikan kesegaran ibu di sepanjang tempoh berpantang. Minum air akar kayu turut membantu mengecutkan rahim secara rawatan dari dalam kerana khasiat dari campuran herba akar kayu yang digunakan. Cara minum air akar kayu dan jamu turut mempunyai petua dan cara yang tersendiri dan diminum sebelum makan. Tekan ibu jari kaki kanan ke atas ibu jari kaki kiri supaya rahim dan punggung tidak kembang. Tangan kiri digunakan untuk ampu payudara agar tegang sentiasa. Selawat tiga kali, tarik nafas dan kempiskan perut supaya tidak buncit. Minum senafas agar tidak terasa mual.

Bertasak

Bertasak penting untuk memulihkan semula otot perut seperti sebelum melahirkan. Sebaiknya ia dimulakan selepas seminggu bersalin, dan diminum selepas makan. Ia hendaklah dilakukan sembilan hari berturut-turut, dua kali sehari pagi dan petang. Setiap tiga hari, bahan berlainan digunakan. Caranya, bahan-bahan ditumbuk sehingga lumat, dicampur setengah cawan air, ditapis dan diminum. Pada hari pertama hingga ketiga, segenggam daun inai iaitu Lawsonia terma, garam jantan (secukup rasa) dan 1/2 camca teh lada hitam atau nama sainsnya Piper nigrum. Pada hari keempat hingga keenam, gunakan segenggam daun senduduk yang dikenali dengan nama Melastoma malabathricum dan garam jantan. Sementara pada hari ketujuh hingga kesembilan, bahannya adalah 5 cm kunyit iaitu Curcuma domestica, garam jantan dan 1/2 camca teh Piper nigrum.

Memakai Bengkung

Selain dari rawatan dalaman, kita perlu juga mengamalkan rawatan luaran. Antaranya ialah pemakaian param ke seluruh badan supaya badan tidak masuk angin dan memakai pilis. Pilis disapukan memanjang menutupi dahi bertujuan untuk menghilangkan rasa pening yang sering dialami oleh wanita bersalin Seterusnya sebelum memakai bengkung, sapukan perut dengan tapel ( ubat barut ) yang dicampurkan dengan lima titik minyak kayu putih, tiga titik minyak gandapura, kapur sirih dan perahan limau nipis. Khasiat tapel adalah untuk mengurangkan rasa sakit-sakit di perut selepas bersalin, mempercepatkan pengeluaran darah kotor, mengempiskan perut serta memulihkan kondisi kulit perut. Selain menggunakan tapel, ramuan berjadam juga boleh digunakan untuk mengecutkan perut serta membuang angin di dalam badan sewaktu berbarut.

Antara ramuan berjadam adalah seperti berikut :-
• • segenggam jadam ( diperbuat dari kayu gaharu atau lidah buaya )
• • halia ( Zingiber officinale ) sebesar ibu jari
• • isi kunyit terus sebesar ibu jari
• • tiga ulas bawang putih ( Allium sativum )
• • asam jawa ( Tamarindus indica ) sebesar bola pingpong
• • secawan air kosong
• • periuk tembikar dan sudip

Cara membuatnya:
Masukkan jadam di dalam periuk tanah. Tumbuk halia, isi kunyit terus dan bawang putih selumat-lumatnya. Kemudian gaul dengan jadam dan campur perahan air asam jawa. Jerang di atas api perlahan hingga mengggelegak. cara menyapu jadam: Biarkan jadam suam-suam kuku. Bentang barut dan baring di atasnya. Selepas itu sapu jadam pada seluruh perut hingga ke bahagian ari-ari. Tutup dengan kain kecil dan ikat barut dengan kemas. Seterusnya untuk lebih kemas pakailah bengkung. Bengkung haruslah diikat ketat dan kemas meliputi bahagian punggung, perut sehingga bahagian bawah payu dara. Ini untuk mengelakkan bahagian-bahagian seperti punggung dan perut mengalami pengumpulan lemak yang membawa gejala buncit dan mengendurkan punggung.

Cara-cara mengikat bengkung:
1. Sempurnakan ikatan barut.
2. Ikat satu hujung kain pada tombol pintu atau dipegang pembantu. Lilit bermula di bawah paras punggung. Pastikan satu hujung kain pendek, agak-agak melepasi kepala. Bahagian berkenaan dijadikan tulang bengkung.
3. Lilitan dipusing ke belakang, apabila tiba di depan, simpul pada bahagian pendek, kemudian pusing ke belakang semula.
4. Bahagian depan siap diikat.
5. Bahagian belakang, dililit kemas dan bertindih setiap satunya.

Bertanggas

Ia dilakukan selepas mandi. Amalan ini penting agar luka dan jahitan cepat sembuh. Bahagian sulit juga cepat kering dan ketat, mengecut rahim serta otot-otot yang kembang dan mengelakkan proplase ( keluar tombong ). Berbagai ramuan boleh digunakan untuk bertangas seperti kemiyan yaman, jintan hitam, halba dan lain-lain.

Ramuan tanggas:
• • 9 keping asam gelugur
• • 2 camca besar garam jantan
• • 3 helai daun sirih ( Piper betel )
• • segenggam inai ( Lawsonia terma )
• • halia sebesar ibu jari ( Zingiber officinale )
• • 3 biji manjakani
Caranya : Rebus semua bahan bersama air hingga mendidih. Angkat dan tangas selama kira-kira 20 minit. Untuk hasil yang baik ia dilakukan dua tiga kali sehari hingga 44 hari. Air yang sudah sejuk jangan dibuang, sebaiknya jadikan pencuci bahagian sulit.

Cara Menyediakan Air Mandian

Ambil periuk tanah ukuran sederhana. Sediakan bahan-bahan di atas. Basuh bersih-bersih dan jerangkan bersama air di atas api yang sederhana. Masukkan halba yang dipunjutkan. Setelah air panas, ambil air rebusan ini dan campurkan dengan air pili dan pastikan suhu air, suam-suam kuku sahaja. Mandi air rebusan dedaun ini juga seharusnya mengikut petua orang tua-tua. Mulakan menjirus pada bahagian ibu jari kaki kanan dahulu diikuti kaki kanan hingga ke pinggang. Ulang pada kaki kiri. Adalah penting memulakan jirus pada bahagian kaki supaya urat tidak tersentak apabila terkena air. Kemudian ulang semula menjirus kaki hingga ke bahu kanan. proses yang sama dilakukan pada bahagian kiri dan seterusnya barulah mandi keseluruhan badan. Daun-daun rebusan tadi boleh digunakan untuk menggosok badan agar khasiat dan harumannya meresap ke dalam kulit. Punjut halba juga boleh digunakan untuk menggosok badan kerana ia dapat membantu memejalkan otot di samping menghalang air dari masuk ke dalam badan. Adalah dipercayai amalan mandi cara ini dapat mengeluarkan angin di dalam badan, mengendurkan otot, menghaluskan kulit dan untuk tujuan awet muda. mandi lulur Sebenarnya ilmu merawat wajah dan tubuh ini telah dikenali dan diamalkan kaum wanita sejak zaman dahulu lagi umpamanya puteri raja Mesir dahulu kala menggunakan kaedah mandi lumpur yang kaya dengan mineral untuk mencantikkan kulit. Begitu juga warisan nenek moyang kita sendiri yang membuat bedak lulur menggunakan campuran tepung beras, tulang sotong dan daun nangka, bedak sejuk cekur atau bedak kulit ari daripada batang rambai untuk melulur kulit. Sebelum mandi seluruh tubuh akan dilulur dan bahan yang terkandung di dalam lulur bertindak sebagai ‘scrub’ bertujuan membuang daki-daki yang melekat pada kulit. Dalam masa yang sama sel-sel mati akan turut tertanggal. Bagi yang berkemampuan mereka boleh mendapatkan khidmat rawatan mandian di pusat-pusat kecantikan yang terdapat di negara kita. Kebayakan ramuan mandian yang digunkan adalah berupa ramuan herba, akar kayu dan rempah ratus yang mempunyai khasiat rawatan yang tersendiri. Mandi Mandi tidak boleh terlalu kerap semasa berpantang. Oleh itu adalah lebih baik mandi menggunakan air rebusan dedaun ataupun mandi lulur menggunakan lulur.

Berurut Menyegarkan Badan

Urut juga merupakan amalan penting dalam pantang. Ia hendaklah dilakukan setiap pagi sebelum mandi atau selepas bertungku. Pastikan rawatan ini dilakukan oleh bidan atau tukang urut yang berpengalaman. Amalan urut perlu dilakukan seminggu selepas bersalin selama tiga hari berturut-turut. Bagi yang ingin merasa lebih segar, amalan berurut boleh dilakukan pada penghujung pantang iaitu hari ke 42, 43 dan 44 diikuti pada hari ke 60 dan ke 100 selepas berpantang. Sebaiknya mulakan urutan pada sebelah pagi dan proses ini mengambil masa lebih dari satu jam. Urut bertujuan memulihkan kesegaran badan, melancarkan peredaran darah, membuang angin, membetulkan urat, memperkemaskan bahagian perut dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas serta kekotoran. Urut hendaklah menggunakan minyak. Kini terdapat banyak minyak yang menggunakan herba dan khasiat tumbuhan yang dijual di pasaran. Misalnya minyak serai wangi, minyak kayu putih dan lain-lain lagi. Namun jika rajin kita sendiri boleh membuat minyak urut.

Berikut adalah ramuan dan cara membuatnya :-
• Minyak kelapa, dibuat sendiri menggunakan santan daripada sebiji kelapa, dimasak hingga menjadi minyak.
• 3 camca besar halba
• 4 cm halia ( Zingiber officinale )
• 4 cm kunyit hidup ( Curcuma domestica )
• 3 ulas bawang putih ( Allium sativum ) • 5 biji bawang merah ( Allium cepa )
• Tumbuk kasar halia, kunyit hidup, bawang putih dan bawang merah. Masak bersama halba dan minyak hingga panas. Sejukkan dan simpan di dalam bekas kering agar tahan lama.


Bertungku

Amalan bertungku merupakan amalan tradisional yang penting ketika berpantang. Tidak lengkap berpantang sekiranya tidak bertungku. Biasanya tungku diperbuat daripasda besi sebesar botol 500ml dan beratnya kira-kira 1.5 kg. Bertungku juga tidak semestinya menggunakan besi kerana batu sungai atau anak lesung juga boleh digunakan. Ini kerana kesan bertungku bukan terletak kepada beratnya tungku tetapi tahap kepanasannya yang dapat meresap hingga ke dalam. Besi atau batu tungku perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 1/2 - 1 jam di atas api yang sederhana. Kemudian tungku perlu dibalut dengan kain cita yang telah dilapik dengan daun mengkudu yang dikenali sebagai Morinda citrifolia. Jika daun Morinda citrifolia tiada maka daun sirih iaitu nama sainsnya Piper betel atau daun lengkuas juga boleh digunakan. Kesan panas dari tungku akan meresap ke dalam daun dan sekaligus bertujuan merawat bahagian badan semasa proses bertungku. Proses bertungku dilakukan sambil berbaring dan tungku ditekan perlahan-lahan pada sekitar pangkal paha, berhampiran ari-ari / bawah pusat dan di atas perut ( bawah buah dada ). Untuk kesan tungku yang lebih baik tapak kaki serta tumit juga perlu ditungku. Amalan bertungku ini penting memandangkan ia dapat menghangatkan badan ibu, membuang angin, mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin di samping memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah. Biasanya darah nifas mengalir lebih lancar selepas bertungku. Justeru bertungku ada kala diteruskan hingga keluar darah terakhir berwarna seakan-akan putih keperangan atau dipanggil darah meroyan. Jika ibu rajin bertungku bolehlah diteruskan hingga habis pantang.

Kesimpulan

Memperolehi badan yang sihat seperti sedia kala adalah menjadi keinginan setiap ibu selepas selamat melahirkan. Cara terbaik adalah dengan mengamalkan pantang iaitu dari segi tingkah laku, makan dan minum serta mengamalkan rawatan-rawatan secara tradisional mengikut amalan warisan pusaka. Walaupun amalan ini belum dijalankan penyelidikan yang dapat membuktikan keesahannya namun bagi mereka yang merawat diri dalam pantang atau tidak dirawat memang ada bezanya dan dapat dirasakan oleh mereka sendiri semasa dalam tempoh berpantang atau selepas pantang. Tumbuhan yang dijadikan Allah melata di sekeliling kita banyak gunanya dan berkhasiat jika kita tahu cara mengadunnya.


Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) Email: sunita.arzansu@gmail.com Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ Sms / call / whatsapp: 013-3493711 Pages Facebook : Vitamin Umie Beauty & Healthy ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Friday, 9 May 2014

BERPANTANG BAGI IBU YANG KEGUGURAN


Selamat Petang semua...

jom kali ini saya nak share mcmne nak berpantang bila terjadi keguguran ini?

-->>jika berlakunya keguguran selepas dua minggu hingga tiga bulan kehamilan ,ibu pantang berjimak selama 3 hari.

-->>jikalau keguguran berlaku pada usia kehamilan 4-4 bulan ,ibu harus pantang berjimak 40 hari.



-->>jikalau keguguran berlaku lebih daripada bulan ke-6,ibu pantang berjimak selama 44 hari.

-->>untuk lebih berkesan pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin.

pantang larang ini lebih kurang sama dengan orang bersalin tetapi untuk orang yang keguguran lebih kene ambil berat...

-->>jika wanita yang keguguran lalu atau berjalan di bawah penyidai kain akan mendapat sakit kepala.

-->>jika terkena titisan hujan atau hujan panas serta terkena angin senja atau tengah malam,akan mudah dihinggapi demam panas atau demam menggigil.

-->>tidak boleh melintas di bawah pohon cermai atau memakan buah cermai kerana ia dipercayai boleh mencetus bentan atau kesan tegang urat sehingga membawa kepada demam menggigil.


-->>dari segi pemakanan ibu keguguran mesti mengelakkan makanan berangin seperti ubi keladi,rebung,sayur keladi,pucuk paku,pucuk ubi serta terung.

-->>selain itu dipantangkan juga makanan sejuk serta menjalar seperti labu,kangkung,kacang panjang,timun dan buah-buahan yang sejuk seperti ciku,betik,langsat,duku,macang,kuini,nangka,cempedak,pisang masak hijaun,durian belanda dan tembikai madu.

-->>turut ditegah mengambil ikan yang berbisa seperti ikan berduri,terubuk,bawal hitam,tudung periuk,cencaru,tamban,sardin ,pari dan makanan laut seperti udang,sotong,kerang,belacan,budu,cencaluk dan ikan masin.


jangan terkejut pulak ye!!!!!!

kesan sekiranya melanggar pantang->>

alahan bagi ibu yang melanggarnya seperti bentan urat,demam yang susah turun,rambut gugur,mudah sayu,pekang,alahan kulit dan cuaca serta mudah letih.

sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.


apa yang baik kita buat pengajaran apa yang tidak baik kita buat teladan***

ok semoga ape yg saya share kan blh membantu kite semua...



Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) Email: sunita.arzansu@gmail.com Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ Sms / call / whatsapp: 013-3493711 Pages Facebook : Vitamin Umie Beauty & Healthy ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

BERPANTANG SELEPAS KEGUGURAN ....PENTING KE?


Assalammualaikum...hari ni sy nak share pasal berpantang selepas keguguran ,,,,alhamdulillah sy belum pernah lagi mengalami detik keguguran tersebut tapi umie sy sering berpesan bahawa berpantang selepas keguguran lebih penting atau jauh lebih kuat lagi kene berpantang dari berpantang semasa bersalin....kenapa? sy pun ingin tahu....



Mengikut ilmu perbidanan melayu,keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran.keguguran umpama buah yang gugur sebelum masak dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan iaitu mudah diserang angin gugur atau dikenali angin jahat.

Angin gugur -->>ialah angin yang menyerang selepas keguguran ,mengakibatkan ibu mudah terdedah kepada pelbagai masalah alahan makanan dan persekitaran.

Bisa keguguran-->>ialah rasa sakit yang tajam dan berdenyut di bahahgian ari-ari ,pinggang dan sendi selepas kejadian keguguran.

Angin gugur yang menjadi pembawa bisa keguguran akan sentiasa terpendap di dalam urat saraf sehinggalah ibu tersebut hamil semula dan melahirkan ,barulah dia dapat kembali sembuh.penyakit angin gugur ini tidak dapat di ubati walaupun melalui kaedah moden seperti pembersihan rahim atau D&C.malah dipercayai angin ini akan bertambah mudah menyerang selepas rawatan D&C  terutamanya jika tidak dilaksanakan dengan sempurna.


keadaan adalah lebih buruk bagi ibu keguguran yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya.ibu keguguran seperti ini akan menghadapi masalah angin toksik yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat infeksi di bahagian peranakkan .masalah keracunan darah dapat dielakkan sekiranya rawatan pencucian atau pembersihan rahim dilakukan dengan teliti dan sempurna.

keguguran tanpa penjagaan yang rapi juga menyumbang kepada masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah.apabila rahim tidak dibersihkan dengan rapi,toksin akan meresapi ke seluruh sistem badan.sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.

Mengikut petua melayu.penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang kegugran,ibu dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan badan dalam peraturan rawatan dan pemakanan.berlainan halnya dengan ibu yang keguguran sebab mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk dari segi perubatan dan pemakanan oleh sebab itulah  bukan mudah untuk menjaga ibu-ibu keguguran tambahan pula bagi yang tidak berpengetahuan atau berpengalaman dalam hal perawatannya.

kebanyakkan wanita hari ini mengambil ringan tentang kejadian keguguran.ini tejadi kerana ramai yang jahil tentang pentingnya penjagaan diri selepas keguguran,manakala ilmu yang berkaitan tidak disebarkan secara meluas ,akibat terpengaruh dengan mentaliti perubatan moden walaupun kita menghormati ilmu dan sistem perubatan moden,kit percaya mereka belum cukup mendalami dan memahami hukum alam badan dan kesihatan manusia yang berkait rapat dengan suasana alam semulajadi.

Ramai wanita masa kini menganggap rawatan pantang keguguran secara tradisional adalah remeh kerana berpendapat bahawa proses kelahiran lebih teruk daripada proses keguguran.oleh sebab itu ilmu penjagaan tentang keguguran semakin ditelan zaman bahkan hampir berkubur tanpa pengamalnya.sesungguhnya ilmu tersebut dapat mempercepatkan proses pemulihan "penyakit melanuih keguguran" seperti tekanan emosi,masalah kesuburan,lemah rahim,ketidakseimbangan hormon serta bengkak dan bisa otot peranakkan .penyakit melanuih juga boleh menyebabkan bisa-bisa tumit.betis.lutut serta pinggang,kebas-kebas sendi,mudah seram sejuk ,demam tidak kebah dan kalah dalam perjuangan jimak.

oleh itu sebagai pengajaran kita wajib berpantang tidak kira pantang bersalin atau keguguran kerana demi menjaga rumahtangga kita ,kita wajib menjaga "dalaman" kita .....
Nak tahu cara berpantang selepas keguguran mcmna??? 
Tunggu next entry saya ye...


Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) Email: sunita.arzansu@gmail.com Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/ Sms / call / whatsapp: 013-3493711 Pages Facebook : Vitamin Umie Beauty & Healthy ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Pantang Selepas Keguguran


Assalamualaikum dear.....






Keguguran Ensiklopedia Perbidanan Melayu”, Oleh Datin Sharifah Anisah Barakbah

Mengikut ilmu perbidanan Melayu, keguguran ialah situasi yang dianggap lebih serius daripada kelahiran. Keguguran umpama buah yang gugur sebelum masak dan dipercayai akan membawa kesan yang kurang menyenangkan, iaitu mudah diserang “angin gugur atau dikenali sebagai ‘angin jahat’. ‘Angin gugur’ yang menjadi pembawa ‘bisa keguguran’ akan sentiasa terpendap di dalam urat saraf sehinggalah ibu tersebut hamil semula dan melahirkan, barulah dia dapat kembali sembuh.

Penyakit angin gugur ini tidak dapat diubati walaupun melalui kaedah moden seperti pembersihan rahim atau D&C. Malah dipercayai angin ini akan bertambah mudah menyerang selepas rawatan D&C, terutama jika tidak dilaksanakan dengan sempurna. Keadaan adalah lebih buruk bagi ibu yang tidak merawat diri dan cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri masih tertinggal di dalam rahimnya. Ibu keguguran seperti ini akan menghadapi masalah angin toksik yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat infeksi di bahagian peranakan. Masalah keracunan darah dapat dielakkan jika rawatan pencucian atau pembersihan rahim dilakukan dengan teliti dan sempurna.

Keguguran tanpa penjagaan yang rapi juga menyumbang kepada masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah. Apabila bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresapi ke seluruh sistem badan. Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.

Mengikut petua Melayu, penjagaan dalam pantang bersalin adalah lebih mudah berbanding penjagaan ibu yang keguguran. Kalau dalam pantang bersalin dikehendaki sentiasa memanaskan baadan dalam peraturan rawatan dan pemakanan. Berlainan halnya dengan ibu yang keguguran, sebab mereka tidak boleh dirawat dengan cara panas atau sejuk dari segi perubatan dan pemakanan. Oleh sebab itulah, bukan mudah untuk menjaga ibu-ibu keguguran. Tambahan pula, bagi yang tidak berpengetahuan dan berpengalaman dalam hal perawatannya.
Ilmu penjagaan tentang keguguran sekain ditelan zaman. Sesungguhnya ilmu tentang penjagaan keguguran dapat mempercepat proses pemulihan “penyakit melanuih keguguran” seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, bengkak dan bisa otot peranakan.

Penyakit melanuih ini juga menyebabkan bisa-bisa tumit, betis, lutut, pinggang, demam tidak kebah. 
SOALAN: Bagaimana pula yang dikatakan keguguran berlaku tanpa  mengakibatkan pendarahan?

JAWAPAN: Jika pusingan haid seseorang wanita itu teratur, iaitu sebulan sekali, kemudian jika mengalami kelewatan haid seminggu misalnya, dia sudah boleh mengadakan ujian air kencing.
Jika ujian air kencing didapati positif, bererti wanita itu mengandung. Selepas dua minggu, doktor boleh melakukan scan ke atas kandungan wanita itu. Melalui scan tersebut, segumpal daging akan kelihatan dan di bahagian tengahnya ada denyutan jantung.
Tanda sedemikian akan kelihatan paling lewat sekalipun, dua bulan kandungan ia sudah boleh dilihat melalui scan. Namun, jika denyutan jantung itu tidak dapat dilihat sewaktu scan, biasanya , kandungan itu tidak dapat diteruskan.
Biasanya doktor akan memberi tempoh sehingga tempoh dua minggu lagi. Khususnya untuk wanita yang mempunyai pusingan haid tidak teratur.
Bukan semua orang mengalami pendarahan sewaktu keguguran. Ada kalangan wanita tidak mengalami pendarahan sebagai tanda dia mengalami keguguran. Contohnya, jika doktor melakukan scan, kandungan tidak membesar atau janin didapati tiada, walaupun tiada turun darah. Perkara ini menyebabkan orang percaya kandungan dimakan bunian.

SOALAN: Apakah tanda-tanda tertentu yang boleh  menjadi petunjuk bahawa kandungan seseorang wanita itu kuat, atau tidak mudah mengalami keguguran?
JAWAPAN:  Sebenarnya menilai kandungan kuat atau tidak, kalau wanita mengandung mengalami loya dan muntah lagi bagus. Maknanya hormon kandungannya itu tinggi, kalau tiada tanda, kadang-kadang kandungan boleh terancam, dan menghadapi banyak masalah. Jadi bagi wanita yang mengandung jangan pandang perasaan loya dan tiada selera makan sebagai sesuatu yang negatif.

SOALAN: Apakah faktor yang menjadi penyebab kepada keguguran?
JAWAPAN: Sebenarnya kalau mengikut kajian, sebahagian besar wanita menganduang mengalami keguguran mungkin bakanya, iaitu kromosom atau gen ada mengalami kerosakan.
Tak semestinya menandakan baka di pihak suami atau isteri mengalami kerosakan, tetapi ketika di dalam proses percantuman benih dan telur berlaku kesalahan. Akibatnya benih dan telur bercantum akan rosak dan akan berlaku keguguran.
Jika setiap kali wanita mengandung kemudian gugur, baka suami atau isteri, akan dikaji. Kadang-kadang salah satu kromosom mereka abnormal. Jika ia berlaku, keadaan ini tidak dapat dibaiki.
Pasangan sedemikian tiada jalan lain selain mengambil anak angkat. Bayi tabung uji boleh dilakukan dengan menggunakan benih penderma, namun kaedah ini tidak dibenarkan dari segi undang-undang dan agama Islam.

Faktor kedua:
Mungkin juga penyakit dalam rahim yang sering dikaitkan endometriasis  (rahimnya jatuh ke belakang), dan fibroid juga boleh menyebabkan keguguran berulang-ulang. Wanita yang mengalami penyakit endometriasis dan fibroid ini kadang-kadang mengalami keguguran biarpun usia kandungan sudah  mencecah antara 4 hingga 5 bulan.

Faktor ketiga:
Jangkitan kuman pada darah wanita yang mengandung.
Wanita yang mengandung kadang tidak menunjukkan sebarang tanda penyakit atau kesakitan, kemudian mengalami keguguran.
Apabila darahnya diperiksa, darahnya dijangkiti kuman. Kuman pada darah itulah yang merosakkan kandungan. Antaranya seperti  kesan beberapa jenis  virus  CMG, herpes simpleks dan rubela.
Begitu juga dengan sejenis parasit toksoplasmosis yang ada  pada badan kucing boleh menyebabkan keguguran. Oleh itu  bagi wanita yang sering mengalami keguguran dan memelihara kucing, perlulah sentiasa berhati-bati.
Biarpun kucing peliharaan itu dijaga dengan baik dan bersih, tetapi parasit itu tetap ada pada bulu-bulu kucing dan tidak kelihatan pada mata kasar.

SOALAN: Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan dari keguguran berulangkali ini?
JAWAPAN: Selepas pemeriksaan dilakukan, jika ujian mengesan virus  dilakukan dan ia menjadi faktor keguguran, wanita itu perlu mengambil inisiatif untuk memperkuatkan ketahanan diri. Doktor boleh menasihatkannya untuk mengambil vitamin C dalam dos tinggi, dan multi- vitamin E.
Apabila seseorang mengandung sejak dari peringkat  awal lagi, amalkan pemakanan berkhasiat, ambil juga asid folik dan vitamin yang disebutkan  sehingga kandungan berusia tiga bulan.
Penting juga kalau boleh wanita yang mengandung diberi rehat tiga bulan, dari bekerja. Antara perkara menyebabkan keguguran ialah stress dari segi fizikal dan mental. Ada baiknya jika wanita ini berehat sehingga tiga bulan.
Mereka digalakkan berehat, banyakkan baring dan tenangkan fikiran. Di samping itu, jauhkan persetubuhan kerana adakalanya  persetubuhan pada peringkat mengandung boleh menyebabkan rahim kuncup dan mengakibatkan keguguran.

SOALAN: Apakah ada kaedah lain untuk mengatasi masalah ataupun kaedah yang boleh dilakukan bersama rawatan yang diberikan secara moden bagi mengatasi keguguran secara berulangkali ini?
JAWAPAN: Ada setengah cara rawatan  pesakit  dimasukkan ke hospital, rawatan secara gantian darah protein untuk memperkukuhkan darahnya. Ada juga yang percaya bahawa peranan makhluk halus menjadi penyebab kepada keguguran dan kecacatan. Bagi wanita yang sedang haid memang tidak boleh melakukan solat dan membaca quran, ketika itu gangguan boleh berlaku, khususnya jin.  Oleh itu ada baiknya wanita yang sedang haid digalakkan membanyakkan membaca selawat ke atas nabi.
Bagi wanita mengandung dan mudah gugur, sewajarnya memperkuatkan  rohani dengan mengamalkan bacaan ayat Kursyi sambil memegang rahim hingga tertidur.

Untuk tempoh pantang keguguran
- Jika berlakunya keguguran selepas dua minggu hingga tiga bulan kehamilan, ibu pantang berjimak selama 30 hari

- Jikalau keguguran berlaku pada usia kehamilan 4-5 bulan, ibu harus pantang berjimak selama 40 hari
- Jikalau keguguran berlaku lebih daripada bulan keenam, ibu pantang berjimak selama 44 hari
- Untuk lebih berkesan pantang larang pemakanan ibu keguguran akan tamat apabila ibu kembali hamil dan bersalin.

Pantang Larang Keguguran 

- Jika wanita yang keguguran lalu atau berjalan di bawah penyidai kain akan mendapat sakit kepala.
- Jika terkena titisan hujan atau hujan panas serta terkena angin senja atau tengah malam, akan mudah dihinggapi demam panas atau demam mengiggil. 
- Tidak boleh melintas di bawah pohon cermai atau memakan buah cermai kerana ia dipercayai boleh mencetuskan bentan atau kesan tegang urat sehingga membawa kepada demam menggigil.
-Dari segi pemakanan, ibu keguguran mesti megelakkan makanan berangin, seperti ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta terung.
- Selain itu dipantangkan juga makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, dan buah-buahan yang sejuk seperti ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai madu.
- Turut ditegah mengambil ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, tudung periuk, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti udang, sotong, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.

Kesan sekiranya melanggar pantang
- alahan bagi ibu yang melanggarnya seperti bentan urat, demam yang susah turun, rambut gugur, mudah sayu, pekang, alahan kulit dan cuaca, serta mudah letih.
- Sering kali terjadi ibu mengalami demam panas sehingga terkancing gigi apabila mereka tidak berpantang makanan yang dilarang selepas berlakunya keguguran.
ok dear...itu je citer kite hari nie.semoga membantu anda...
Nak cari set pantang boleh hubungi saya di :
Facebook : Sunita Arzansu Supiyan ( Sila add friend saya dahulu ya ) 
Email: sunita.arzansu@gmail.com
Blog: http://vitaminumiebeautyandhealthy.blogspot.com/
Sms / call / whatsapp: 013-3493711
Pages Facebook : Vitamin Umie Beauty & Healthy

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.