Saturday, 15 February 2014

Betul ker GLA blh membantu utk hamil ??

GLA Complex boleh membantu untuk hamil? Biar betul? Boleh.. Dengan izin Allah. :) GLA Complex ini hanya lah salah satu usaha kita untuk hamil. Macam mana GLA Complex ini boleh membantu anda untuk hamil? 

GLA membantu wanita untuk menghasilkan mukus/bendalir serviks yang dipanggil "egg white cervical mucus". Bendalir ini akan menolong sperma lelaki untuk berenang ke uterus & tiub fallopio untuk mencari ovum/telur wanita. Bendalir ini juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopio sehingga 5 hari. Ini meninggikan lagi kebarangkalian untuk mengandung. 

Selain daripada itu, GLA juga membantu mereka yang mempunyai period /haid yang tidak teratur kembali normal. Salah satu sebab susah untuk hamil adalah haid yang tidak teratur. Kedatangan haid yang tidak menentu mungkin berpunca daripada ketidakstabilan hormon. Bukan itu sahaja, ada di kalangan wanita mengalami simptom-simptom lain yang tidak menyenangkan seperti kekejangan otot dan beberapa ketidakselesaan lain. GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon wanita. Cyst & fibroid juga antara sebab utama wanita sukar untuk hamil. Fungsi GLA ialah ia akan mengurangkan keradangan & saiz fibroid & juga cyst. 

Saya mencadangkan kepada mereka yang mahu hamil untuk mengambil GLA Complex + B complex + Vitamin C + ESP + Alfalfa + Vita Lea. Jikalau mempunyai kekangan bajet, saya mencadangkan untuk mengambil GLA + B complex + ESP. B complex diperlukan untuk menukarkan GLA kepada protaglandins (good prostaglandins). 


                                                    SET KESUBURAN WANITA

Jom tengok testimonial mereka yang telah mencuba GLA Complex.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:

SUNITA ARZANSU
 sms/whatsApp: 013-3493711
 Emel : sunita.arzansu@gmail.com
 Fb: https://www.facebook.com/ArzanSunil
 Fb page : https://www.facebook.com/UmieAdamArz?ref=hl

KEPENTINGAN VITAMIN - PENTING UNTUK KEPERLUAN TUBUH

Badan lemah dan lesu sering kali menjadi gangguan kepada individu untuk menjalani aktiviti seharian termasuk bekerja dan menguruskan rumah tangga.

Banyak faktor yang menyumbang kepada senario ini termasuk kekurangan vitamin dan mineral dalam badan, kurang bersenam dan kurang rehat serta tidur secukupnya.

Vitamin, misalnya, adalah antara zat yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh badan yang sihat.

Bagi orang dewasa keperluan vitamin dan mineral ini adalah bagi menjamin tubuh badan sentiasa sihat. Badan kita tidak dapat membina secara sintesis vitamin dan mineral justeru itu dan ia diperoleh daripada makanan yang diambil.

Untuk memperoleh vitamin, seseorang itu dinasihatkan memakan pelbagai jenis makanan termasuklah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.

Antara vitamin yang diperlukan badan adalah, vitamin A, B, B1, B2, B3, B5, B6, B12, C, D , E dan K.

Mengikut Akademi Sains Amerika Syarikat, ada pelbagai jenis vitamin dan mineral yang diperlukan badan dan mengesyorkan pengambilan vitamin dan zat makanan di buat mengikut Cadangan Keperluan Pengambilan Harian (RDA).

Melalui RDA itu keperluan harian yang disyorkan akan ditentukan mengikut kadar anggaran keperluan vitamin dan mineral oleh badan.

RDA menetapkan kadar yang berlainan mengikut usia dan jantina. Untuk mendapatkan RDA yang betul, vitamin dan mineral mestilah diperoleh daripada makanan yang seimbang.

Pengambilan vitamin bergantung kepada keadaan. Pertama sekali, anda hendaklah merujuk kepada doktor bagi membuat pemeriksaan untuk menentukan keperluan vitamin dan mineral yang sepatutnya diambil. Ada beberapa keadaan di mana vitamin dan mineral tambahan diperlukan iaitu bila mana seseorang itu mengandung atau menyusukan bayi.

Mengikut jurnal kesihatan, ramai menganggap pengambilan vitamin dan mineral tidak memudaratkan apabila diambil berlebihan kerana mempercayai lebih banyak lebih baik.

Namun, hakikatnya pengambilan apa saja zat secara berlebihan boleh membawa kesan yang memudaratkan, begitu juga dengan vitamin dan mineral.

Pengambilan yang berlebihan akan menyebabkan ketidakselesaan dan dalam keadaan tertentu boleh merosakkan sistem badan.

Oleh itu, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil vitamin dan mineral mengikut sukatan yang disyorkan dan rujuk kepada doktor sebelum mengambil sebarang vitamin dan mineral.

Biasanya doktor anda akan menentukan tahap kesihatan anda dengan nilai vitamin dan mineral yang diperlukan. Vitamin dan mineral tidak boleh menggantikan makanan.

Ia hanyalah makanan tambahan yang tidak sepatutnya diambil sebagai satu-satunya sumber zat makanan yang diperlukan oleh badan kita.


Thursday, 6 February 2014

Vita-Lea Multivitamin Terbaekkk


                         
                                             

Apakah Vita-Lea ?
Ianya dikatakn KILLER PRODUCT OF SHAKLEE kerana ianya adalah multivitamin beserta iron yg sangat penting utk pembentukan darah & sel. Ia seumpama, 2 biji Vitalea bersamaan 40 jenis hidangan lauk. Bermakna, utk mendapatkan zat yg sama banyak dalam 2 biji vitalea ianya samalah dengan 40 hidangan jenis lauk. Hebat kan??

Ada sesetengah kajian mengatakan bahawa pengambilan multivitamin sahaja sudah mencukupi bagi mereka yg sihat & yg menjaga pemakanan seimbang. Asasnya semua masalah kesihatan memerlukan vitalea. Ini kerana di dalamnya mengandungi 12 vitamin & 7 galian utama yg banyak membantu dalam kestabilan sistem tubuh badan manusia.

Vita-Lea Shaklee Multivitamin Terbaik!
Merupakan multivitamin terbaik yg terkemuka & lebih komprehensif kerana mengandungi 23 vitamin & mineral kritikal dalam jumlah yg seimbang utk memantapkan kesejahteraan kesihatan kolon, hati, mata & sistem imun dalam jangka masa panjang.

✔ 2 kali lebih antioksidan utk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada
radikal bebas.
✔ 2 kali lebih kalsium utk pembinaan tulang.
✔ 2 kali lebih magnesium utk mengekalkan rentak jantung, otot & fungsi saraf.
✔ 2 kali lebih Beta karotena utk membentuk vitamin A yg lebih biopotent.
✔ 3 kali lebih selenium utk melindungi paru-paru, kolon & prostat.
✔ 3 kali lebih vitamin K utk menyokong proses pembinaan tulang.
✔ 6 kali lebih boron utk menyokong kesihatan tulang.
✔ 10 kali lebih Biotin yg menyokong proses pengeluaran tenaga.

Kebaikan Multivitamin Vita-Lea Shaklee
Multivitamin terbaik Vita-Lea Shaklee juga menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten eksklusif utk Shaklee, utk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting utk kesihatan keseluruhan sel.

Vita-Lea Shaklee menjalani 349 ujian kualiti yg paling ketat utk menjamin keaslian & keberkesanan produk.

Siapa yg memerlukan Vita-Lea Shaklee?
- Secara umumnya, ia utk semua orang dewasa yg pentingkan kesihatan optimum. Lebih-lebih lagi kepada penggemar makanan segera, suka makan di luar, & yg makan ikut selera – bukan ikut gizi seimbang.

- Mengandungi Beta Carotene yg membantu mengekalkan pertumbuhan badan, mengawal masalah penglihatan & membantu pembentukan tisu badan.

- Diformulasi dengan Iron yg penting utk pembentukan sel darah merah di dalam badan.

- Ibu mengandung yg selalu kena anemia. Tak perlu susah payah makan kerang atau organ dalaman lain. Zat besi perlu utk pembentukan sel darah merah buat janin/ bayi di dalam kandungan.

- Ibu menyusu, terutama yg bayinya dah berumur 6 bulan ke atas. Kajian mendapati kandungan zat besi di dalam susu ibu akan berkurangan selepas 6 bulan. Sebab itu ibu-ibu digalakkan memberi ikan bilis dalam makanan pejal pertama si manja. Dengan pengambilan Vita-Lea, In sha Allah kandungan zat besi di dalam susu ibu dapat dikekalkan pada paras yg selamat. Sebab itu kami mencadangkan Vita-Lea di dalam Set Penyusuan Shaklee kami.

- Cegah penyakit tiroid atau beguk. Penyakit beguk ni disebabkan oleh kekurangan iodin dalam badan pesakit. Sebiji vita-lea mengandungi 75 mcg Iodine (as potassium iodide and sea kelp). Jika anda sedang menghidapi, atau diserang beguk, ambil 2 biji Vita-Lea sehari utk memperolehi sumber 150 mcg Iodine. Ya, In sha Allah.

- Vita-lea banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yng licin, rambut yg kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid @ beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaanya kerana kekurangan iodin & ini terdapat di dalam vitalea. Selain itu juga, ia adalah antara supplement terpenting utk diet atau slim yg mana kalau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu & menjadikan kulit sentiasa tegang.

- Ibu-ibu yg mengandung & menyusukan anak sangat digalakkan mengamalkan pemgambilan vitalea kerana kepentingan zat & vitamin serta keperluan zat besi oleh si ibu & ianya juga penting utk tumbesaran anak.



Mengapa ada sesetengah ibu yg mengandung mahupun yg menyusukan anak mudah rasa pitam atau pening kepala? Hakikatnya ibu-ibu kekurangan zat besi @ iron dalam pengambilan diet harian mereka.

Iron/zat besi banyak terdapt dalam makanan laut seperti kerang, tiram namun terdapat banyak sebab mengapa ibu mengandung tidak boleh terlalu banyak makan makanan laut kerana:
* Ada sesetengah ibu alah dengan makanan laut.
* Perairan / laut yg telah tercemar.
* Tidak bersih ketika mencuci atau membersihkannya.
* Selain itu, ianya bukan mudah utk didapati & harga yg tidak menentu.

Siapa Memerlukan Multivitamin
~ Individu dewasa yang mementingkan kesihatan & kecergasan tubuh jangka panjang.
~ Individu yg tidak lengkap diet hariannya.
~ Individu yg ingin meningkatkan sistem imun.
~ Remaja yg sedang membesar.
~ Wanita yg mementingkan kesejahteran kesihatan mereka.
~ Lelaki - semua peringkat umur dewasa lelaki.
~ Individu yg menopous.
~ Wanita yg baru bersalin.

Usah berkira dalam memberikan yg terbaik utk tubuh badan kita.
Dapatkan Vita-Lea dari Shaklee dengan harga yg sungguh istimewa.

-Berminat? PM/Sms/Call/WhatsApp 013-3493711

Shaklee Get Clean Water Pitcher






Menarik tak? Sekali pandang macam jug heater air biasa tu aje kan? cumanya yang ini tak perlu sambungan pada bekalan elektrik dan yang pasti ia bukan jug heater hehe tapi WATER PITCHER. Ringkas, mudah alih dan boleh MENURAS KANDUNGAN AIR sepertimana kebanyakan 'water filter' yang banyak di pasaran. Untuk SATU BLOK PENURAS boleh menuras sehingga 303LITER air atau bersamaan dengan 80 gelen air. Paling kurang hanya perlu menukar blok penuras berjaring tu sahaja apabila mencecah kapasiti yang disarankan iaitu 303 liter / 80 gelen air. Ataupun setidak-tidaknya boleh tukar blok penurasnya apabila mencecah jangkamasa penggunaan setiap 4 bulan. Kiranya mana yang capai lebih awal la.

Kenapa saya tertarik nak memilikinya??Saya rasa ramai keluarga harini memilih untuk menggunakan pelbagai jenis penapis air yang banyak di pasaran sekarang. Dan rata-rata harganya mencecah ribuan ringgit. Ada juga yang murah sket tapi masih dalam lingkungan ratusan ringgit yang harganya menjangkau 600 lebih kan? Perlukah anda mempunyai penapis air? Itu tepuk dada tanya selera...ehhh bukan!! tanya diri sendiri bagaimanakah KUALITI AIR di kawasan anda diami. Jika anda rasa anda perlu, bolehla dapatkan  mana-mana penapis air yang anda mampu miliki dalam bajet anda. Dah lama dah saya survey untuk memiliki penapis air..cuma kebanyakannya diluar lingkungan kemampuan saya untuk memilikinya. Kat rumah mak saya pakai yang jenama RX Water..so kiranya adalah menjadi sedikit kebiasaan di situ mendapatkan air bertapis untuk dijadikan minuman harian. Ade beza ke minum air bertapis dengan air tidak bertapis?? Emm..kalau anda belum pernah cuba kena la cuba rasa dulu yer. Saya tak mau dianggap 'bias' dalam memberi pendapat itu. Tapi terus terang saya katakan selama kami dirumah sewa ni kami banyak bergantung pada air yang dibeli dari mesin-mesin vendor kat kedai2 tu. Nak beli penapis rasa takde bajet. So tiap2 minggu itu la kejenya. pegi beli air...pegi beli air..angkat letak dalam bekas air yang besar gedabak 10L. Tiap kali beli dalam 2-3 botol...hahaha. Jenuh mak nak angkat u...berat!

Akhirnya setelah berkira-kira itu ini lepas dengar orang kata pembelian air mesin ade risiko dari segi tahap kebersihan sebab kita tak tahu owner dia buat servis pencucian tempoh berapa lama baru nak sekali cuci. Tambah-tambah ada kata kita tak nampak kut ada tikus lipas dan seangkatan dengannya merayap dekat sumber air/penapis ke...aduuiiii..gerun! Makanya setelah ditimbangkira..maka saya pun beli la satu WATER PITCHER from Shaklee ni. Kenapa??Okey..sedikit fakta dari web Shaklee saya copy mengenai Water PITCHER ini:
*************************************************************
MEMPERKENALKAN GET CLEAN®  WATER
Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multipaten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat?
Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain!
• Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat!
• Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin!
• Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka.
• Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak!
• Hanya beberapa sen bagi seliter air
• Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak
• Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik 
• Ringan dan mudah dibawa (Sangat suka ciri ini-nak gi berkelah pun saya boleh bawa Water Pitcher pasni..hehe.. i likeeeee u!)
• Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak (Ni juga salah satu sebab saya nak...saya macam tak sempat jer nak masak air dan sejukkan pada suhu bilik untuk kegunaan harian tiap2 hari)

KEISTIMEWAAN SHAKLEE

SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain
Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos
Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa
Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: 
Memelihara alam sekitar
Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.

************************************************************
Paling penting juga saya katakan ia mampu milik! Dengan harga pasaran serendah RM460 WM/RM483 EM  pun anda dah boleh miliki jag penuras air mudah alih ni tau!

So ape yang saya dapat apabila membeli Starter Kit untuk Get Clean Water Pitcher ni?


So untuk kit permulaan ni adalah cukup untuk setahun kegunaan. After one year?? Cuma perlu beli refillable penapis tu aje.  Harga dalam lingkungan rm1xx aje untuk 3 pack filter tu. Kalau anda beli mana-mana jenis penapis air pun ade tahapnye anda perlu tukar penapis dalamannya. So macamana nak tau bila masa nak tukar? jangan risau..Jag ni ada sistemnya yang tersendiri untuk memberitahu bila saatnya anda perlu menukar filter dalamnya. Paling tidak pun setiap 4 bulan guna, dah cukup syarat dah untuk tukar filter tu. Housing kit dan jug boleh terus digunakan as long dia masih dalam keadaan baik. Proses nak tukar dan cuci pun mudah aje. Ada manual guide dalamnye yang akan bagitau step by step ape perlu dibuat. dan yang menariknya jika anda jenis suka minum air sejuk(chilled) boleh aje nak masukkan jug ni direct ke peti sejuk anda tau! Haha...bestkan??

So buat mereka yang NAK PENAPIS AIR dengan BAJET RENDAH, MUDAH dan RINGKASuntuk diguna pakai..nak CUCI MUDAH, TUKAR FILTER MUDAH..boleh la dapatkan GET CLEAN®  WATER ni dari saya ye. Jangan tunggu-tunggu lagi..peruntukkan sedikit wang jika ianya dalam kemampuan anda untuk miliki penapis air ini. Tak mahal mana pun berbanding hari2 nak kena beli air mineral dalam botol tu.Berminat untuk punyai Get Clean Water ni di rumah anda?? Jangan segan-segan hubungi saya ye.. ;)


I'm your Shaklee Independent Distributor
Sunita Arzansu 
ID No: 952612
sunita.arzansu@gmail.com | 013-3493711

Tuesday, 4 February 2014

Kekal bertenaga dengan SET PANTANG SHAKLEE



Mari saya perkenalkan lagi sekali SET PANTANG SHAKLEE.

Okay Set pantang shaklee ni terdiri dari :
- VITALEA
- B COMPLEX
- VITAMIN C
- ZINK

Optional :
ESP 
- ALFALFA 
- OSTEMATRIK
- LECITHIN

Kini anda boleh dapatkan set pantang ini (tak termasuk yang optional vitamin) dengan harga bajet..Haa .. Murah bukan?

Kenapa perlu pilih SET PANTANG SHAKLEE ni?

❤ Tak seperti jamu atau produk yang lain yang ada banyak pantang larang dan mungkin ada kesan sampingan.
❤ Tak perlu risau takut anak akan terkena jaundice atau penyakit kuning. Boleh mula dimakan dari hari pertama melahirkan lagi.
❤ Membantu ibu lebih bertenaga walaupun baru lepas bersalin
❤ Bonus bagi ibu yang menyusukan di mana kulit anak jadi lebih gebu dan cantik.
❤ Boleh ubat penyakit buasir si ibu
❤ Yang penting luka bersalin/pembedahan cepat baik!
❤ Jika set pantang + ESP pula, boleh membantu ibu langsing semula, kulit cantik dan dapat tenaga yang berpanjangan.
❤Jika set pantang + Alfalfa , boleh kurangkan sakit sendi, cepatkan pengecutan rahim, mengatasi masalah kewanitaan dan paling penting ia adalah milk booster atau boleh banyakkan susu.

Apakah kepentingan mengambil vitamin-vitamin ini?

1) Vitamin B Complex Dengan Asid Folik

B Complex bertindak sebagai penenang dan mengelakkan stress atau meroyan di kalangan ibu berpantang. Ia juga berupaya meningkatkan pembentukkan sel darah merah dan sangat penting untuk menukarkan makanan yang kita ambil menjadi tenaga. Justeru, ibu-ibu akan merasa lebih bertenaga dan kurang letih. Vitamin ini juga memelihara kulit dari dalam dan penting untuk kecantikkan, sesuai dengan namanya 'B' for Beauty.

2) Vitalea / Multivitamin Dengan Zat Besi

Sangat penting untuk diambil oleh ibu berpantang kerana Vitalea membekalkan 23 jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh tetapi sukar diperolehi sewaktu berpantang kerana kebanyakkan makanan perlu dielakkan semasa berpantang (pantang makan). Zat besi pula sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan sel darah merah, bagi menggantikan kehilangan darah semasa proses kelahiran. Ibu-ibu yang kekurangan vitamin ini akan kelihatan pucat, letih dan tidak bermaya.

3) Vitamin C

Sangat penting untuk penyembuhan luka jahitan serta membaik pulih tisu yang rosak selepas bersalin. Juga penting untuk meningkatkan sistem pertahanan badan kerana sebiji vitamin C Shaklee menyamai 7 biji setengah kita memakan buah oren. Vitamin C juga penting dalam membentuk kolagen dan penting dalam kecantikkan kulit.

4) Zinc

Sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman. Makanan yang kaya dengan zink ialah ikan haruan. Agak sukar untuk memasak ikan haruan setiap hari, ditambah pula dengan harganya yang agak mahal. Justeru, pengambilan zink setiap hari adalah pilihan yang tepat bagi ibu berpantang. Zink juga membantu mengatasi masalah 'kedinginan' selepas bersalin, dan pengambilan zink oleh ibu menyusu akan menjamin bayi membesar dengan optimum. 

5) ESP
Membekalkan sumber protein dan menghasilkan hormon di dalam badan.Merupakan komponen utama di dalam susu ibu.Membantu penyembuhan luka dgn pantas dan menyeluruh.

*Soya yg digunakan dlm produk shaklee ialah NON-GMO soya yg tidak merbahayakan kesihatan.

6) Ostematrik
Membekalkan kalsium utk ibu dan anak.Melegakan saraf dan otot ibu serta mengelakkan tekanan.(bersama b-complex).Mengelakkan kerosakkan gigi dan tulang.

7) Alfalfa

Merupakan supplement penting utk mempercepatkan penghasilan susu (dengan syarat memenuhi asas penyusuan) kerana mempunyai 1001 khasiat. Turut membantu dalam memekatkan susu dan menjadikan susu ibu lebih lemak berkrim.

Namun pengambilan dan keberkesanan pada setiap ibu adalah berbeza. Ada yang hanya mengambil 2 biji sehari telah mempercepatkan proses penghasilan susu sehingga mengalami bengkak susu namun tidak kurang juga yang memerlukan 4 atau 6 biji sehari bagi membantu badan stimulate untuk menghasilkan susu dengan lebih cepat.
Turut membantu perkumuhan (lebih lawas)dan
membantu membuang angin dalam badan.. ..secara automatik kesan baik pd bby..susah nak kena kembung.
Bagi yang tidak menyusukan bayi, Alfalfa yang dikenali sebagai raja tumbuh2an ini mempunyai banyak khasiat kesihatan. Ianya dikatakan banyak membantu meningkatkan kelancaran proses perkumuhan dan bagus untuk buah pinggang. Ianya juga adalah dalam kategori fiber dan mengenyangkan. Pengambilan Alfalfa memerlukan pengambilan air yang seimbang dengan pengambilan kuantiti alfalfa. The more we take the more we have to drink
nota: semasa dalam pantang, jika anak masih ada kuning@ jaundis, alfalfa tidak boleh diambil. ibu perlu tunggu sehingga kuning anak telah betul2 tiada.  
***alfalfa juga tidak boleh diambil oleh ibu@anak yang menghidapi penyakit SLE atau pun G6PD.       

8) Lecithin
membakar lemak berlebihan di dalam tubuh.membantu mengurangkan rambut gugur.   

So apa tunggu wahai ibu yang sedang mencari set pantang.. Buatlah pilihan yang tepat untuk kesihatan anda dan anak anda . 

Bagaimana utk mendapatkan nyer ??
Boleh Hubungi saya Sunita
call/sms/wasap ke 013-3493711
Id : 952612