Friday 29 May 2015

Vivix Tonik Anti Aging Awet Muda Kekal Sihat



Jika kita benar-benar memahami manfaat Vivix Shaklee, bukan sahaja kehidupan kita boleh diperbaiki, malah hidup orang yang kita sayangi untuk selamanya.

Vivix ™ Shaklee adalah resveratrol yang paling power,semulajadi dan paling tulen di pasaran makanan tambahan anti-penuaan kini. Dalam kajian makmal, bahan-bahan dalam Vivix ™ telah terbukti memberi kesan positif kepada empat mekanisme utama penuaan selular.

Kenapa kita harus memilih Vivix ™ daripada jenama-jenama resveratrol lain di pasaran?  


Vivix adalah jus anti-penuaan terulung di dunia dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh Shaklee Corporation (Syarikat pemakanan semula jadi no 1. di Amerika Syarikat).

Ia memerangi penuaan sellular dan merupakan satu kejayaan revolusi di Shaklee.

Vivix adalah makanan tambahan anti-penuaan yang terbaik di dunia yang pernah dipasarkan.
Ia dirumus khas dan berasaskan sumber tumbuhan terbaik untuk keselamatan dan keberkesanannya.  

Dalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan kesan yang positif kepada 4 mekanisme utama penuaan selular yang membuka kemungkinan untuk manusia mendapat hidup lebih lama dan awet muda.

4 mekanisma utama yang dimaksudkan adalah:

·       Pertahanan Sel - Memerangi tindak balas akibat tekanan biologi  dari semasa ke semasa membawa kepada penuaan dan kerosakan sel

·       Menjana Tenaga sel - Menggalakkan biogenesis untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel. Kecekapan dan tenaga sel menurun seiring dengan peningkatan umur

·       Memperbaiki sel - Melindungi dan membaiki DNA sel yang sering diserang oleh radikal bebas setiap hari. Serangan radikal bebas ini merosakkan DNA sel, mewujudkan “typo” yang boleh menjejaskan fungsi sel dan ketahanan sel.

·       Prestasi sel - Mengaktifkan pengawal selia genetik yang membantu meningkatkan prestasi sel dan melambatkan pembentukan protein AGE (advanced pglycation end products) yang boleh menyebabkan kerosakan di tahap sellular .



Kita terdedah kepada toksin persekitaran, tekanan persekitaran sama ada di tempat kerja mahupun di rumah. Tambahan lagi, di zaman ini boleh dikatakan majoriti mengamalkan pemakanan yang tidak sihat. Justeru, ini menambahkan kelemahan badan kita dalam menghasilkan sel-sel pertahanan semulajadi tubuh, dan ini akan menyebabkan tenaga sel menjadi lebih rendah, kebarangkalian kerosakan DNA yang tinggi dan prestasi sel badan kita menurun keberkesanannya.

Semua di atas akan menyumbang kepada penuaan secara sellular dan lemunculan penyakit-penyakit di dalam tubuh badan. Jadi, bukan angka umur yang meningkat setiap tahun yang menentukan sakit-sakit badan, tetapi faktor-faktor persekitaran yang menyebabkan kita rasa tua daripada umur yang sebenar. Majoriti wanita kelihatan lebih cepat tua daripada usia mereka sendiri. Cubalah Vivix hari ini, elakkan menjadi ‘tua’ sebelum usia.


Hanya satu sudu teh sehari (selepas makan atau sebelum tidur) dapat memberikan suplemen tambahan untuk kekal awet muda dan kekal sihat

Goncang botol Vivix sebaik sebelum menggunakannya dan simpanlah di dalam peti ais. 
Ia didatangkan dengan saiz 150 ml, boleh tahan selama sebulan. 


Berikut adalah beberapa testimoni daripa pengguna Vivix. 
Mereka kini bebas daripada diabetes, TB, asma, masalah sendi dan banyak lagi penyakit dari pengambilan suplemen Shaklee ini.

 Vivix™ adalah minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol.  Mengandungi campuran unik botani Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol menjadikan Vivix begitu unik. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti-penuaan semulajadi.




Order sekarang, tingkatkan tahap kesihatan anda hari ini !

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : 
Nama : Sunita Arzansu 
Whatsapp: 013-3493711 
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Thursday 28 May 2015

TIPS MUDAH HAMIL


Assalamualaikum semua

Hari ni nak share dengan awak semua sedikit Tips untuk Mudah Hamil Cara Islam. InsyaAllah semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat buat semua terutamanya bagi mereka yang sudah lama berusaha untuk hamil tetapi masih tidak berjaya.


Saya cukup memahami perasaan wanita yang masih gagal untuk hamil walau pun sudah lama berkahwin. Kadang-kadang bila period baru delay 2-3 hari jer sibuk dah nak buat pregnancy test, lepas tuh rasa down bila result menunjukkan NEGATIVE. Kemudian akan timbul rasa bersalah sebab suami nak sangat ada anak, ditambah dengan rasa frust bila orang keliling asyik tanya bila nak ada anak. 


Berhenti rasa runsing dan Teruskan berusaha. Dapatkan rawatan moden dan tradisional. Anda juga boleh mengambil Set Kesuburan Shaklee yang telah terbukti mmebantu ramai pasangan menimang cahayamata. Dan anda juga boleh mengamalkan tips-tips berikut:

1. Banyakkan beristighfar dan bertaubat diatas segala dosa yang dilakukan.

Sucikan hati, dekatkan diri dengan Allah. Jika kesukaran untuk mengandung yang kita alami adalah kifarah dari Allah atas dosa yang pernah kita lakukan, mohon supaya Allah terima taubat kita dan berikan peluang untuk kita merasa nikmat mengandung, melahirkan dan membesarkan anak.

2. Berpuasa sunat

Ingat tak kisah Nabi Zakaria yang dah berumur tapi belum dikurniakan cahaya mata? Setiap hari Nabi Zakaria berdoa kepada Allah, sampai menangis-nangis sebab betul-betul nakkan anak. Selain berdoa, Nabi Zakaria juga mengamalkan puasa sunat. Oleh itu, kita boleh berpuasa sunat sebagai salah satu ikhtiar untuk mendapatkan zuriat. Amalan puasa sunat ini lebih afdhal jika dilakukan oleh suami, 2 kali seminggu iaitu puasa sunat hari Isnin dan Khamis.

3. Jaga kelakuan dan tutur kata

Lagi kisah Nabi Zakaria. Ingat tak kisah bahawa Nabi Zakaria dibisukan oleh Allah selama 3 hari selepas isterinya berjaya mengandung? Ia adalah peringatan simbolik dari Allah bahawa suami seharusnya menjaga tutur kata dan tidak bercakap perkara yang sia-sia semasa isteri mengandung. Oleh itu, jika kita sedang mencuba untuk mengandung, adalah baik jika kita menjaga kelakuan dan tutur kata agar doa kita supaya mendapat cahayamata dimakbulkan.

4. Banyakkan berdoa dan membaca Al-Quran 

Tips mudah mengandung cara islam yang seterusnya ialah banyakkan berdoa dan membaca Al-Quran. Jangan pernah berhenti berdoa. Jadikan membaca Al-Quran sebagai amalan harian.

Anda boleh mengamalkan surah-surah berikut,

Surah al-Fatihah: Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan.

Surah Maryam: Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

Surah Luqman: Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa.

Surah Yusuf: Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak.

Surah Hujurat: Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.

Surah Yaasin: Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.

Surah Taubah: Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.

Surah an-Nahl: Untuk melahirkan anak yang berdisiplin.
 


5.  Cari ilmu tentang kesuburan dan kehamilan

Di samping berdoa, kita juga perlu menggali ilmu tentang bagaimana proses kehamilan berlaku, kesuburan seperti punca ketidaksuburan, cara tentukan waktu subur, tips meningkatkan kesuburan suami isteri, dan punca susah mengandung,  Adalah penting juga untuk kita mengetahui  masalah ketidaksuburan di kalangan lelaki kerana ia boleh menjadi punca kenapa kita belum berjaya mengandung. Kita juga perlu tahu tentang waktu terbaik untuk membuat ujian kehamilan agar mendapat keputusan yang tepat. Kita perlu tahu apakah perkara yang perlu dielakkan kerana boleh menjejaskan kesuburan. Akhir sekali, kita perlu tahu apakah tanda awal mengandung supaya kita alert apabila kita telah berjaya.


6. Amalkan tips kesuburan

Anda juga boleh mengamalkan tips mudah mengandung yang mungkin boleh membantu usaha anda untuk mengandung.

[Tips Meningkatkan Kesuburan Isteri] 

Betulkan kitaran haid

Jangan terlalu kurus atau terlalu gemuk sebab ia akan mengganggu kestabilan hormon & akibatnya period jadi tak regular. Kalau ada masalah period tak regular, sebelum kahwin lagi kena betulkan. Anda boleh mengambil supplement GLA COMPLEX SHAKLEE untuk membantu membetulkan kitar haid anda.

Jangan makan benda tajam

Nenas, air tebu, air kelapa, air coke is a BIG NO! Tinggalkan terus. Memang belum ada kajian yang membuktikan bahawa makan tajam ini boleh menjejaskan peluang anda untuk hamil, tapi apa salahnya kalau kita ikut nasihat orang-orang tua? PAsti ada sebab kenapa makanan-makanan ini dikatakan tajam.

Miliki berat badan yang ideal

Berat badan yang berlebihan atau kurang sememangnya menjejaskan kesuburan anda. Dapatkan berat badan unggul. Sekiranya anda mempunyai masalah kurang berat badan, anda boleh mengambil B Complex & MealShake Shaklee. Sekiranya berat anda berlebihan, anda boleh mengambil Set Kurus Shaklee.

Kawal pengambilan makanan yang tinggi gula & karbohidrat

Makanan yang tinggi gula & karbohidrat, terutamanya junk food akan menyebabkan benih yang anda hasilkan tidak berkualiti. Amalkan pemakanan yang seimbang & cara hidup yang sihat, Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. Window shopping pun dikira sebagai senaman. Mudah saje kan tips meningkatkan kesuburan supaya mudah mengandung ni?

Minum Teh Hijau

Teh hijau kaya dengan Catechins yang membantu meningkatkan kesuburan anda.

Jangan menggunakan pencuci atau pewangi vagina

Penggunaan pencuci atau pewangi vagina akan menukar PH bahagian tersebut. PH yang tidak sesuai akan membunuh sperma sekali gus mengurangkan peluang anda untuk mengandung. Membasuh bahagian intim dengan air sahaja adalah mencukupi.

Seminggu sekali anda boleh mengamalkan petua ini:

Rebus beberapa helai daun sirih & manjakani. Gunakan air rebusan tersebut untuk mencuci bahagian intim anda. Anda juga boleh mencuci bahagian tersebut dengan air rebusan ini selepas haid anda berhenti. Tujuannya ialah untuk menyegarkan semula bahagian tersebut.

Tingkatkan kesuburan dengan Set Kesuburan Shaklee

  
Pengantin baru selalunya akan merasa gemuruh dan berdebar-debar apabila bersama suami sehingga menyebabkan kekeringan dan ketidakselesaan ketika bersama. ALFALFA COMPLEX boleh membantu mengatasi masalah ini.

Ohh lagi satu tips yang anda tahu, elakkan mandi atau berendam dalam air panas. Juga ingatkan suami anda supaya jangan mandi dengan air yang terlalu panas kerana ia akan mengganggu kualiti sperma.


[Tips Tingkatkan Kesuburan Lelaki]

Anda boleh amalkan tips tingkatkan kesuburan lelaki dalam masa 14 hari yang berikut. Sangat mudah & sesungguhnya insyaAllah terbukti berkesan.

DIET

Jaga pemakanan anda. Pastikan badan mendapat nutrien yang mencukupi agar menghasilkan sperma yang berkualiti. Kurangkan pengambilan lemak tepu kerana ia boleh meningkatkan hormon estrogen dalam badan seorang lelaki yang menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan hormon. Kesannya? Ia boleh menyebabkan ketidaksuburan. Pastikan anda minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari & kurangkan makanan yang diproses.

SENAMAN

Apabila anda bersenam, ia bukan sahaja menyebabkan badan mengeluarkan peluh & menjadi semakin sihat, ia juga meningkatkan kesihatan jantung. Dalam masa yang sama senaman dapat menyeimbangkan hormon didalam badan dan meningkatkan kesuburan anda. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 20 minit.

TEKANAN

Elakkan tekanan kerana tekanan merupakan antara punca utama ketidaksuburan. Stress juga mengganggu mood untuk bersama.

GAYA HIDUP SIHAT

Berhenti merokok kerana asap rokok boleh menyebabkan kualiti sperma anda jatuh merudum. Elakkan alkohol & penyalahgunaan dadah termasuk steroid yang sering dugunakan oleh atlit dan ahli bina badan.

(VIVIX SHAKLEE: Supplement yang dapat membantu untuk berhenti merokok)

PENGAMBILAN SET SUBUR LELAKI SHAKLEE

Pengambilan set subur lelaki Shaklee sememangnya terbukti berkesan jika diambil dengan aturan makan yang betul secara konsisten. Peluang untuk mengandung akan semakin meningkat sekiranya isteri juga mengambil set subur Shaklee.
 
 

Semoga tips mudah mengandung yang saya kongsikan ini bermanfaat untuk kita semua. Teruskan berusaha dan jangan lupa berdoa kepada Allah, mohon rahmat dan kasih sayang dari Nya. Kalau nak cuba berikhtiar dengan Set Kesuburan Shaklee, anda boleh hubungi saya untuk mendapatkannya dengan consultation yang terbaik. InsyaAllah dengan ilmu dan pengalaman yang saya sendiri ada, saya akan cuba untuk membantu :) 


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : Nama : Sunita Arzansu whatsapp: 013-3493711 COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Wednesday 27 May 2015

Tips Sembuh Cepat Dengan Nutriferon Shaklee


Adakah anak anda sering sakit? Asyik demam? Kerap selsema? Senang batuk? 

Masalah demam, selsema, batuk dan sebagainya sering mengganggu kita sebagai ibu bapa sehingga tugasan harian juga terganggu. Kemungkinan besar anak-anak akan sakit kerana cuaca yang tidak menentu, atau jangkitan penyakit atau virus dari budak-budak lain.  
Namun, kita sebagai ibu bapa boleh “membekalkan” anak kita Nutriferon untuk mempertingkatkan sistem imun yang lebih untuk mereka menangani masalah ini.
Nutriferon dari Shaklee direka khas untuk meningkatkan sistem imun. Ia bertindak seperti tentera yg menjaga badan anak-anak dari dijangkiti penyakit.
Nutriferon boleh diambil oleh semua peringkat umur dan amat digalakkan untuk mereka yang selalu demam, selsema atau batuk. Nutriferon membantu mempercepatkan anak-anak sembuh dari sakit. Ini kerana sistem imun badan kita akan dikuatkan lagi dengan pengambilan Nutriferon. Ia selamat dan jauh lebih baik dari sebarang ubat dan antibiotik.
Ibu-ibu yang masih menyusukan pun amat sesuai mengambil Nutriferon demi meningkatkan sistem imun bayi. 

 
Nutriferon amat sesuai untuk kegunaan seisi keluarga. Biasakan mengambil satu pek seminggu untuk mencegah daripada demam, selsema dan batuk. 



Kemajuan Besar dalam Sains Sistem Imun
Dicipta Oleh Individu Yang Menemui Interferon
Dr. Yasuhiko Kojima merupakan ahli imunologi yang terkenal di dunia, dan individu pertama yang menemui interferon pada tahun 1954, di Universiti Tokyo, semasa beliau menjalankan penyelidikan. Setelah 40 tahun menjalani penyelidikan dengan menguji ratusan sebatian semulajadi, beliau Berjaya menghasilkan satu campuran unik daripada empat ekstrak tumbuhan yang menggalakkan pembentukan interferon secara semulajadi di dalam badan.*

Meningkatkan paras interferon secara semulajadi*

Para saintis dan komuniti perubatan telah mengenalpasti interferon sebagai sesuatu yang amat penting bagi fungsi imun yang sihat. NutriFeron merupakan satu-satunya pemakanan tambahan di U.S. yang dicipta oleh penemu interferon yang boleh menambahkan penghasilan interferon di dalam badan secara semulajadi.*

Terbukti daripada Empat Kajian Klinikal Pada Manusia
Campuran fitonutrien yang berkesan dan selamat ini memberi sokongan imun tepat pada peringkat sel. Kajian menunjukkan khasiat kesihatan yang luar biasa dan perlindungan imun yang diperolehi daripada campuran khas empat ekstrak tumbuhan di dalam NutriFeron.

Rumusan Berpaten Yang Eksklusif
NutriFeron tidak dapat dijumpai di mana-mana kedai. Ia hanya boleh didapati melalui Shaklee. Rumusan berpaten NutriFeron yang unik adalah eksklusif kepada Shaklee. Sebagai suatu suplemen yang hebat dan efektif, ia telah melepasi satu set ujian-ujian saintifik yang ketat dari segi keselamatan, ketulenan, keberkesanan dan prestasi.

Menurut kajian terbaru, NutriFeron telah berjaya membuktikan kesan positif terhadap serangan sel-sel semulajadi (NK) – menyokong lebih banyak perkembangan untuk sistem sains imunisasi ini.

Cara pengambilan :

Satu minggu sekali sahaja untuk mereka yang sihat, ATAU,
Satu paket sehari (atau, jika perlu),di minum bersama air. 
Sila minum secepat mungkin selepas dibuka kerana ianya mudah menyerap kelembapan.

Siapa yang memerlukan NutriFeron set ini?
Individu yang ingin kukuhkan sistem imun.
Individu yang menghadapi masalah sistem imun.
Individu yang mendapati pengambilan vitamin C (dos lebih) tidak memberi kesan ke atas penyakit yang dihidapi.
Individu yang apabila sakit (demam), sakitnya (demamnya) akan berpanjangan melebihi seminggu.
Ibu menyusu, namun mendapati anaknya masih kerap demam, dan demam berpanjangan.


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : Nama : Sunita Arzansu whatsapp: 013-3493711 COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday 26 May 2015

Kanak-kanak Lebih Bijak Dengan Omega 3




Omega Guard Shaklee adalah antara supplement minyak ikan pilihan ibu-ibu masakini. Ini kerana minyak ikan adalah sinonim dengan tahap kepintaran seorang kanak-kanak. Jom..kita lihat sebab-sebab mengapa ibu-ibu yang memilih Omega Guard Shaklee ini mempunyai anak-anak yang lebih pintar dan sihat.


Secara asasnya, anda perlu tahu bahawa ianya fish oil atau minyak ikan. Dan, minyak ikan ini mengandungi DHA dan EPA atau lebih dikenali dengan Omega 3 penting untuk si manja kerana

· Omega 3 tergolong dalam kumpulan asid lemak tak tepu yang penting (essential unsaturated fatty acids) yang mempunyai ikatan karbon-karbon berkembar pada kedudukan n-3 iaitu pada hujung methyl dalam molekulnya. Oleh kerana itu ia digelar Omega 3.


Apa itu DHA?
· EPA (eiscosapentaenoic acid) dan DHA (docosahexaenoic acid) ADALAH SEJENIS ASID LEMAK omega 3 berantai panjang yang boleh dijumpai dalam setiap sel dalam badan. Ia membentuk lebih 90 % daripada lemak Omega-3 dalam otak, mata, dan sistem saraf pusat. 


Sebab itu DHA adalah nutrien penting untuk
☑ mengoptimumkan fungsi otak (keupayaan mental untuk menyedari dan memahami sesuatu) dan


☑ keupayaan retina (mengoptimakan pengelihatan untuk proses berfikir & melihat)


Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik dunia yang menggunakan penyulingan molekul 3 peringkat yang sangat eksklusif di bawah suhu rendah yang sangat terjaga. Proses ini menghasilkan asid lemak Omega 3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat, kadmium, merkuri dan sebagainya. Ini adalah satu criteria yang penting yang perlu anda tahu sebelum memilih apa jua jenama minyak ikan yang anda mahu.


Apakah Manfaat Omega Guard Shaklee kepada Si Manja Anda?
Menguatkan sistem imun kanak-kanak daripada mudah terkena jangkitan selsema atau demam.
Kesihatan sistem kardiovascular - jantung, arteri, salur darah yang sihat.
Membantu merawat eczema-bagus untuk mencantikkan kulit.
DHA dan EPA bagus untukperkembangan minda kanak-kanak.
Sangat disyorkan kepada kanak-kanak yang hyperactive dan autisme.
Lain-lain manfaat sehingga mereka meningkat dewasa..
Jadi, minyak ikan salah satu supplement yang penting bukan sahaja kepada ibu bapa, malahan kepada anak-anak juga.Pengambilan minyak ikan secara konsisten menolong membantu meningkatkan lagi tahap IQ si manja anda. Jadilah ibu bapa yang bangga dengan pencapaian anak-anak di sekolah dan pastikan si manja anda mengambil sekurang-kurang sebiji Omega Guard setiap hari.


Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya :
Nama : Sunita Arzansu
whatsapp: 013-3493711
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Tuesday 19 May 2015

Amalan Sewaktu Mengandung




Pregnant?...Satu perkataan yg cukup indahkan:-) apabila kita disahkan mengandung...perasaan yg indah dan tidak dapat di gambarkan betapa seronoknya bila mengandung...ingat lagi 1st time disahkan prgnent.rasa mcm nk peluk je doktor time tu.hehehe. So apabila dah prgnant..mcm2 la yg kita koya@berangan-angan. nk ank mcm ni la nk ank mcm tu la...nk beli tu nk beli ni. Boleh dikatakn semua nk la..demi baby dalam perutkan...So disini nak kongsikan serba sedikit amalan yg baik kita amalkan semasa mengandung...

Antara amalan yang disarankan ialah:

1. Banyakkan membaca ayat-ayat suci Al-Quran:

  • Surah Al-Fatihah dan ayat kursi
  • Surah Yaasin - Mengelakkan gangguan syaitan
  • Surah Taubat
  • Surah Maryam - untuk mudah bersalin, anak soleh dan taat
  • Surah Yusof  - utk memperoleh anak yang cantik, kacak, sihat dan sempurna
  • Surah Luqman - utk mendapatkan anak yg taat dan bijak
  • Surah Al-hujuraat - untuk memperbanyakkan susu ibu
2. Doa Nabi Yunus

Ibnu sunni meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah menerangkan bahawa barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah dari segala kesempitan. Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun. Iaitu : 

                                       Ù„َا Ø¥ِÙ„َٰÙ‡َ Ø¥ِÙ„َّا Ø£َÙ†ْتَ سُبْØ­َانَÙƒَ Ø¥ِÙ†ِّÙŠ ÙƒُÙ†ْتُ Ù…ِÙ†َ الظَّالِÙ…ِÙŠ 
                       (La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)
  
Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang membuat zalim." SURAH AL-ANBIYAK(21):87 

3. Doa di permudahkan urusan

                                                
                              "Kemudian jalannya dimudahkan" (Surah Abasa: ayat 20)


                                  ربي يسر ولا تعسر 
                                                  rabbi yassir wa la tu’assir 
                           "Wahai tuhanku permudahkanlah dan jaganlah kau susahkan"

Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah taala dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.Apa yg penting...Hidup mesti Enjoy...tapi jgn TERover ya..mesti di landasan yg betul ('',)



Monday 18 May 2015

Kelebihan B Complex Shaklee / Anti Stress


Tahukah anda dengan mengambil vitamin, ia juga dapat menangani anda daripada stress? Supplemen boleh kurangkan stres sebab dengan peningkatan kualiti nutrisi pemakanan secara tidak langsung menaikkan tahap kecergasan, kestabilan emosi dan kualiti tidur.

Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik
Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

Vitamin B Complex terdiri daripada lapan vitamin B yang penting dan beberapa bahan-bahan yang berkaitan. Lapan vitamin adalah:

1.Vitamin B1 (thiamine)
2.Vitamin B2 (riboflavin)
3.Vitamin B3 (niasin)
4.Vitamin B5 (Pantothenic asid)
5.Vitamin B6 (pyridoxine)
6.Vitamin B7 (Biotin)
7.Vitamin B9 (asid folik)
8.Vitamin B12 (cyanocobalamin)


Bagaimana B Complex Shaklee mengurangkan stres?

1.Vitamin B1~ mengurangkan kelesuan, keresahan, mempertingkatkan kecerdasan mental, melancarkan peredaran darah, meningkatkan stamina badan, menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisma
2.Vitamin B2~ mengurangkan keletihan mata, katarak, jangkitan lidah, membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik.

3.Vitamin B3~ mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah, memperbaiki kesihatan kulit, rambut, sistem pencernaan dan mengelakkan depresi.

4.Vitamin B5~Asid Pantothenic memainkan peranan yang penting dalam melegakan tekanan/ stress. Sering dirujuk sebagai "vitamin anti-tekanan,".
Penting untuk pengeluaran hormon yang berkaitan dengan tekanan yang dihasilkan dalam kelenjar adrenal, menurut University of Maryland Medical Center. Vitamin B kompleks boleh membantu memulihkan kelenjar adrenal daripada stress.

5.Vitamin B6~ penting dalam proses asid amino, mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi), mengurangkan senggugut, menenangkan emosi, mengurangkan kekejangan otot dan sebagainya. 
Perubahan dalam tahap serotonin boleh mengubah mood dan menjejaskan keupayaan seseorang untuk menghadapi tekanan / stress

6.Vitamin B12~ meningkatkan selera makan, memperbaiki tindak balas saraf, mengelakkan anemia, keletihan, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus dan keupayaan seksual

7.Biotin~ membantu B Complex menjadi lebih efektif, mengurangkan rabun, rambut beruban, eczema dan keradangan kulit

8.Asid Folik~ kesihatan fetus, kurang risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, stres, ulser mulut dan sebagainya
#Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh. Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang
kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.
 
Vitamin B memainkan peranan penting dalam metabolisme tenaga. Bahan-bahan choline dan inositol menawarkan kesan menenangkan yang boleh membantu dalam menangani tekanan.


Atasi Stress dengan B Complex Shaklee

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : 
Nama : Sunita Arzansu 
whatsapp: 013-3493711 
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Sunday 17 May 2015

Kepentingan Vitamin B Complex


Untuk mendapatkan kesihatan yang excellent kita memerlukan vitamin dan mineral yang mencukupi. Antara vitamin yang diperlukan oleh badan kita ialah vitamin B.
Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.
Vitamin B menjaga sistem penghadaman, menyerap nutrient dan menjaga sistem saraf. Vitamin B perlu diambil dalam kuantiti yang disarankan dan selengkapnya (9 jenis vitamin B) untuk mendapatkan faedah yang optimum.

Di antara kesan kekurangan vitamin B ialah:-

  • keletihan
  • kebas
  • kerengsaan usus
  • gemuruh
  • kemurungan
  • paranoia
  • lemah dan lesu
  • stress

Vitamin B Complex Shaklee adalah merupakan gabungan dari beberapa vitamin yang larut air. Komponen B Complex terdiri daripada:

1. B1 (thiamin)
2. B2 (riboflovin)
3. B3 (niacin)
4. B5
5. B6 (pyridoxine)
6. B12 (cobalamine)
7. Acid folic
8. Asid panthothenic
9. Biotin


KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS SHAKLEE

1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
6. Mencegah stress.
7. Menguatkan antibodi tubuh.
8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
11. Mencegah anemia.
.
KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK KANAK-KANAK

1. Merangsang pertumbuhan.
2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
3. Memberikan tambahan tenaga.

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK ORANG DEWASA

1. Menambah tenaga.
2. Mengurangkan stress.
3. Melambatkan proses uban di rambut.
4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

KELEBIHAN VITAMIN B KOMPLEKS UNTUK IBU MENGANDUNG

1. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf embrio dan janin yg amat penting untuk pembesaran.
2. B Compleks Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'.
3. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. 
4. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Shaklee, Ingin Tahu tentang promosi Shaklee,Tempahan serta pembelian produk shaklee, daftar keahlian Shaklee atau menjana pendapatan dari rumah, sila hubungi saya : 
Nama : Sunita Arzansu 
Whatsapp: 013-3493711 
COD : PUCHONG,PUTRA PERDANA,CYBERJAYA,PUTRAJAYA 

 ** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.